Vol. 6

Short Story Completed 27144

CAWAN diletak tepi. Jarang aku menolak kopi. Entah kenapa hari ini tekak semacam saja dengan kopi. Aip, bukan mengandung ya.

"Ayah sihat ke? "

Raudah mengangguk. "Macam tu lah. Sihat saja. Tapi lepas Kina datang hari tu, ayah nampak sedih. "

Dahiku berkerut. Sedih? Ayah sedih? Setahu aku, ayah lah manusia paling gembira kalau aku keluar dari rumah itu.

"Mama minta maaf, Kina. "

Aku menghela nafas. Asyik-asyik itulah yang diucapkan Raudah. Minta maaf. Aku tahu dia serba salah tentang hal lalu. Tapi bukankah semuanya sudah jadi kisah silam?

"Mama tak salah. Berapa kali Kina nak cakap? Jangan minta maaf. "

Keluarga aku antara keluarga tipikal complicated dalam Malaysia ni. Macam yang selalu baca dalam novel. Itulah dia. Konflik berpanjangan.

"Tak mahulah cakap pasal ni. Kita tukar topik. Okey. Any news about Mila? "

Raudah menunduk. "Entahlah, Kina. Puas mama mesej, call, email. Langsung tiada jawapan. "

"Kina dengan Fattah sekarang macam mana? " soalnya.

"Okey je. Mungkin kami tak macam suami isteri tapi boleh cakap kami macam kawan. "

Kawan kepala otak kau. Dah macam Kuasa Paksi dengan Pakatan Bertiga je aku tengok. Tambah lagi si Fattah tu buas, macam werewolf!

"Baguslah macam tu. Kalau tertulis Fattah tu jodoh Kina, mama doakan semoga Kina dan Fattah bahagia. "

Bibir tersenyum kelat. Sudah dua orang cakap begini. Rasanya kalau cukup 40 orang, bahagialah aku dengan Fattah sampai anak cucu. HAHAHA.

"NENEK! " Tubuh nenek dipeluk erat. Rindunya pada nenek. Minggu ini kami tinggal di rumah nenek memandangkan adik Fattah, Yazid cuti semester. Lagi ramai lagi meriah kan?

"Lawanya kakak ipar Zid. Macam apa tu bang pelakon korea yang kau minat tu? Go Eun? Go Won? "

Aku memandang Fattah di sebelah. Wajahnya merah padam. Amboi, encik. Ingatkan tak layan drama korea.

"Eh, masuklah Kak Kina. Kita sembang-sembang. "

Aku mengekor langkah Yazid ke dalam rumah. Cergas saja anak muda seorang ni. Wajahnya agak berbeza dengan Fattah. Kenapa? Ada iras-iras tapi jelas berbeza.

"Sorry lah, kak. Hari tu nikah tak dapat attend. Zid ada exam. "

"Eh, tak apa. Tak marah pun. "

Tiba-tiba Khair Yazid memandang sekeliling. Line clear. Kemudian dia mendekatkan wajahnya.

"Abang tu buas, kan? "

Eh, tahu-tahu aje.

"Tak juga. Kenapa? "

"Dia panggil Kak Kina sayang tak? "

Aku menggeleng. Minda sudah membayangkan tiga minggu lagi bakal bercerai. Sudahlah cakap pasal cinta. Aku tak berminat.

Topik perasaanlah paling aku loya tekak mahu bualkan. Apa yang menimpa arwah ibu membuatkan aku takut untuk bercinta. Aku tahu tak sepatutnya bersangka buruk. Tapi aku tak mahu apa yang berlaku pasa ibu berlaku semual kepada aku.

"Oh... maybe sebab Kak Jiha, kut. "

Naik sebelah kening. "Kak Jiha. "

Yazid garu kepala. "Alamak, terlepas cakap. Erm... tak apa lah. Lupakan je apa Zid cakap tadi. Okey? "

Lelaki muda itu bangun lalu berlari keluar dari rumah. Membiarkan aku seorang diri terpinga-pinga. Jiha... siapa dia?

"TUAN Fattah suka makan asam pedas. Kalau dia balik ke sini, Puan Besar akan suruh saya masakkan. " ujar Bik Ita. Fasih berbahasa Melayu. Hampir hilang slang Indonesia. Agaknya disebabkan dia sudah lama tinggal di sini.

"Oh... Fattah suka asam pedas? "

Bik Ita mengangguk.

Aroma asam pedas itu benar-benar menggamit selera. Tapi sayang aku bukan peminatnya. Beranilah buat gila makan pedas, sakit perut dua hari dua malam. Tak sanggup aku.

Aku mempunyai toleransi terhadap makanan pedas yang rendah. Sedangkan sos cili pun aku sudah menggelupur cari air, inikan pula kari, tom yam, asam pedas dan keluarganya.

Kedengaran macam aku terlalu kebudak-budakan. Tapi itulah kenyataannya. Memang impian aku mahu mencuba semua makanan pedas yang cukup menggiurkan selera. Tapi, aku pula yang berkampung di hospital nanti.

"Bik boleh gorengkan telur tak? "

Bik Ita kerut dahi. "Kenapa puan? Tak makan asam pedas? "

Lambat-lambat aku menggeleng. Lantaklah nak kata aku manja pun. Bukannya aku tak cuba tapi dah memang aku tak tahan. Nak buat apa?

"Nanti bik gorengkan ya puan? "

"Terima kasih, "

DENGUSAN geram kedengaran. Aku menggaru kening. Kaki mundar-mandir dalam bilik. Hati pula sedang berdongkol geram.

"Aku tak kira. Buatlah apa cara sekalipun. Asalkan dia buka mulut. "

Susu yang dihantar Bik Ita tadi diteguk hingga habis. Cawan diletak atas dresser katil. Kemudian aku duduk.

"Aku bayar kau bukan sedikit. Dengan duit sebanyak tu, takkanlah kau tak dapat siasat apa-apa. Mustahil! "

Amarah bergelora dalam jiwa. Lebih-lebih lagi gagal mendapatkan apa yang aku mahukan. Memang pantang aku jika rancangan yang sudah direncana rapi tidak berjalan seperti yang diharapkan. Aku tidak pernah gagal.

"Kau dengar sini. Selagi aku tak jumpa apa yang aku mahu, jangan harap kau boleh terlepas. Jangan ingat aku tak tahu kerja-kerja kotor kau. " tajam suaraku mengugut.

"Sudah. Lepas ni, kau buang nombor ni campak dalam laut. Beli nombor baru. Duit aku bagi banyak, kan? "

Seraya itu aku mematikan panggilan. Kad sim dikeluarkan dari telefon. Gunting diambil lalu kad sim dipotong dua.

Laci almari ditarik. Balutan kemas itu dibuka. Kad sim baru dimasukkan. Kad sim yang terpotong dua tadi aku masukkan ke dalam sebuah karung kecil. Esok akan dicampakkan ke tasik.

Niatku mahu ke bilik mandi terbantut. Kepala terasa pusing seperti gasing. Langkahku terhuyung-hayang.

Aku berpaut pada dinding. Mataku melihat cawan susu tidak jauh dari tempat aku berdiri. Ada apa dalam susu itu?

Akhirnya aku rebah.

BUNYI tombol pintu yang dipulas kasar mengganggu lenaku. Perlahan-lahan aku memisat mata. Terkejut aku melihat diri sendiri atas katil. Bukankah tadi aku pengsan atas lantai?

Mataku terbeliak besar. Mengejutkan bila mendapati diriku kini hanya berbaju tidur tali halus tanpa sebarang protection! Siapa punya kerja ni?!

Pintu bilik terbuka. Fattah terhuyung-hayang melangkah masuk. Dahiku berkerut. Baru balik dari kelab ke? Tapi tak pula berbau arak.

"Awak okey ke? "

Laju tangannya mencengkam bahuku. Kuat. Penuh dengan force. Tak seperti selalu. Jangan cakap...

"Kina.... help me... "

Suara itu kedengaran seperti dia sangat menderita. Menderita melawan keinginan nafsunya sendiri. Aku telan air liur.

Masak aku kali ini. Betul-betul jadi makanan Werewolf.

"Apa jadi ni? "

Tanganku melekap di wajahnya. Panas gila. Banyak mana ubat yang diberi kepada lelaki ini?

Tiba-tiba wajahku dekat dengan wajahnya. Tangannya melingkar di pinggangku. Tubuhku ditolak ke katil. Bertubi-tubi ciuman singgah.

Masin mulut aku. Bulan mengambang malam ini. Khair Fattah dah bertukar jadi Werewolf.

"I want you, Kina... I can't hold myself any longer... "

maaf kalau pendek sgt...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience