"THERE'S something wrong with her. Makin lama dia makin pelik. " Fattah mengurut dahi. Ya, Kartina Wahida makin bersikap aneh.
"Kau expect apa? Lepas drama buas kau tu, kau rasa senang-senang dia nak percayakan kau? Memanglah dia hak kau. Tapi bukan ke kau juga yang nak memberi ruang? " selar Hilal.
Fattah ketap bibir. Dia lagi yang kena. Itu semua rencana neneklah. Mana ada sangkut-paut dengan Fattah!
"Kau serius ke nak cerai dengan dia lepas sebulan? "
"Itu kata dia. Bukan kata aku. Aku takkan ceraikan dia. "
Dia bertekad. Dia takkan menceraikan isterinya hinggalah maut saja yang memisahkan. Walaupun apa-apa pun yang terjadi, dia nekad.
"Boleh ke kau buat dia jatuh cinta? Aku tengok dia boleh tahan keras kepala juga. "
"Budak kecil, biasalah. "
"Oh, ya. Jiha... "
Fattah memintas. "Jangan berani sebut nama dia. " Berdesing telinga mendengar nama itu disebut. Sejarah sudah jadi sejarah. Lupakan lah. Buka buku baru. Macamlah tak reti guna planner!
Hilal buat gaya zip mulut. Kedua tangan diangkat separas bahu tanda mengalah. Kalau ada bendera putih, sudah lama diangkat tinggi.
"RINDUNYA kau, Kina. " Zita memelukku erat. Aku juga rindu dia. Hari ini Zita pulang ke tanah tumpahnya darahku. Berkat ugutan maknya.
"Wah... makin lawa kau sekarang semenjak kahwin. Seri pengantin. " puji Zita.
"Kau dah makan? " Zita mengangguk.
"Aku laparlah, Zi. Jom teman aku makan. "
Nampak Zita senyum meleret. Adalah benda tak masuk akal yang difikirkannya tu. Macam aku tak tahu.
"Ada baby eh? "
"Hei, ada nanti kena tendang balik Milan kang. "
Zita ketawa. "Sorry, sorry. Fahmi mana? Tak nampak pun. Baru perasan. "
"Mangkuk, Fattah lah. Kau ingat je, nama laki aku kembar Fattah Amin. Tapi beza bapa je. "
"Uish... ada iras-iras Fattah Amin tak? "
Aku menggeleng. "Ada iras-iras Chris Evans. "
"Uiyooo....! "
"THIS is soo not right, Kina. Kau ada fikirkan ke akibat perbuatan kau ni? Ya, memang aku tak ada di tempat kau. Tapi aku juga manusia macam kau, Kina. Aku tahu betapa sakitnya sesebuah kekecewaan. "
Zita juga pernah kecewa. Dulu ketika kami menghabiskan degree, mak Zita tunangkan anaknya dengan seorang lelaki. Boleh kata lelaki itu berada dan mampu menyara Zita kalau Zita tak bekerja pun.
Siapa sangka di sebalik wajah kacak dan janji manis lelaki itu, dia ditinggalkan pada hari perkahwinan. Apa yang lebih teruk, lelaki yang kononnya single and available tu dah berkahwin dua. Anak lima!
"Aku terpaksa cakap. Kau tak ada di tempat aku. Kau cuma kecewa sedikit. Tapi kecewa aku besar, Zi. Bayangkan mak kau meninggal tapi kau tak tahu pun macam mana dia pergi atau di mana kuburnya. Sakit, Zita. Sakit rasanya sampaikan aku susah nak terangkan. "
"Hati aku rasa macam ditusuk pisau. Sakitnya masih terasa. Bertambah teruk lagi, ayah aku curang di saat ibu bertarung nyawa. Kecewanya aku, Zi. " luahku.
Zita mengusap tanganku erat. Satu-satunya kawan yang aku ada dari dulu hingga kini. Dia memahami dan menyokong apa saja kemahuanku. Tapi... kali ini...
"Cara kau salah, Kina. Bagi kau mungkin dendam kau terlunas. Tapi apa akibatnya nanti? "
"Aku ceritakan pada kau sebab aku nak sokongan kau. Malah Hud dah bagi green light. "
Panjang keluhan Zita. Aku tahu dia tak suka nama Hud dikaitkan.
"Stay away from him, Kina. I warned you. "
"I know what I'm doing, Zita. " Bibirku tersenyum. Aku baru berdiri di garisan permulaan, bukan penamat.
"MAJLIS apa awak kena attend malam ni? " Mata melirik ke arah Fattah yang sedang memandu. Malam ini dia memakai tuxedo hitam. Nampak... kacak.
"Sempena kerjasama syarikat dapatkan projek mega. I memang malas tapi I have to. Nanti orang cakap I sombong pula. "
Kereta Fattah membelok. Kemudian dia memberhentikan keretanya. Audi biru metalic ini terparkir di hadapan bangunan mewah ini. Parking VVIP.
"Come, "
Kami melangkah seiringan masuk ke dalam dewan. Sambil berpegangan tangan. Ramai juga yang melongo melihat Fattah mengenggam tanganku.
Beg tanganku bergetar. Nasib aku tukarkan mod telefon kepada mod senyap. Namun nama pada skrin itu membuatkan aku resah.
"Fattah, saya pergi ladies dulu ya? "
Fattah hanya mengangguk. Lekas-lekas aku membawa langkah ke tandas wanita. Bahuku terlanggar bahu seseorang yang melangkah keluar.
"Maaf... "
"Tak apa. Saya yang cuai. Awak okey? "
Kepala hanya mengangguk sambil menunduk. Tidak memandang wajah gadis itu. Terus aku masuk ke dalam tandas. Pintu dikunci.
"Kau nak apa? Kan aku dah cakap, biar aku saja yang call kau. "
"Ini penting, Kina. "
Aku menghela nafas. Cuba menenangkan diri. "Apa dia? Cakap, "
"Dia dah buka mulut. Klu kita hampir lengkap. "
Aku terkedu. "Dia buka mulut? "
Share this novel