Vol. 14

Short Story Completed 27144

PENYEDUT minuman dikacau dalam gelas. Sesekali aku menghirup jus mangga. Kemudian mata melirik ke arah lelaki itu. Bila tertangkap, pura-pura menyuap makanan.

Argh...

Sudah hampir setengah jam ditayangkan drama bisu ini. Bila mahu bercakap? Apa ingat aku tiada kerja lain? Encik Azhar ni pun satu lah. Mentang-mentang aku kenal si Bakhtiar ni, dia suruh pula aku berbual pasal proposal tu dengan lelaki ini.

Tolong saya, Cik Alice.

"Lama tak jumpa Kina. " Bakhtiar bersuara. Serak basah.

Lama. Lama sangat. Rasanya kali terakhir semasa aku di sekolah menengah dulu. Atau mungkin ketika aku mendapat keputusan SPM dulu.

"Lama juga. Dalam tujuh tahun macam tu. "

Kau kira, Kina?

"Kina sekarang macam mana? " soal Bakhtiar. Anak matanya memandang wajahku. Tak selesa aku rasa.

Alhamdulillah, masih ada hidung. Telinga pun tidak berkurang satu. Setakat hari ini aku belum membuat tempahan gigi palsu.

"Kina sihat. "

"Ayah Mil macam mana? "

"Ayah pun sihat. Tapi hari tu masuk hospital. Alhamdulillah tak serius. "

Bakhtiar mengangguk. "Mila macam mana? Dengar cerita hari tu dia kahwin. Sorry Tiar tak dapat datang. Ada urusan kerja. "

Belum lagi aku bercerita, sudah panjang berjela alasan.

"Majlis berjalan lancar. Syukur pada Allah, selamat semuanya. Tiar jangan risaulah. Datang majlis nikah tu fardu kifayah, bukan fardu ain. "

Jahat kau ya, perli dia. Haha. Sejak bila datang majlis nikah orang tu fardu kifayah? Apa ini mandi jenazah?

"Kina masih single? "

Kalau Fattah dengar ni, tercabut dah berbatang gigi cantik si Tiar tu. Alamak, jumpa Tiar ni pun aku lupa bagitahu Fattah!

"Single tu.... susah nak cakap. Tapi not available. "

"Ya ke single? "

Terus kepala berpusing ke arah suara itu. Mataku membulat. Mulut sudah terlopong. Kantoi!

"Betul ke Kartina single? " Suara itu berbunyi lagi.

Aku terkedu. Bakhtiar nampak tercengang. Berkerut dahinya memandang aku dan lelaki yang berdiri di sebelahku ini.

"Dah lunch hour ni. Sayang tak nak makan? Nanti baby lapar. " ujarnya selamba.

Lihatlah wajah Bakhtiar sekarang. Macam tertelan biji getah goreng. Aduh, mamat seorang ni. Sejak bila aku mengandung?

"Er... Tiar. Ni suami Kina. "

Fattah tayang gigi. Tangan dihulur mahu berjabat. Lambat-lambat Bakhtiar menghulur tangannya.

"Kami gerak dulu lah. Baby kami nak makan chicken chop hari ni. "

Fattah memeluk bahuku. Bibirnya tersenyum. Senyuman kemenangan.

"KENAPA cakap macam tu dekat Tiar? Dan macam mana awak tahu saya dekat situ? "

Wajah Fattah tanpa ekspresi memandu kereta. Aku tahu, senyuman tadi semua fake belaka. Sengaja mahu mengapi-apikan Bakhtiar.

Kau orang bau sesuatu tak? Alah, bau ni. Bau orang cemburu. Haha. Khair Fattah cemburu.

"Awak cemburu? "

Tawa Fattah meletus. Kedengaran dibuat-buat. "Me? Jealous? " Jari dituding ke wajah sendiri. "Muka ni nampak macam ada muka orang cemburu ke? "

Lama aku memandang wajahnya. Ada ke tidak? "Ada, "

Lelaki itu mencebik. Matanya fokus pada pemanduan. Diamnya membuatkan satu persoalan muncul dalam benak.

"Macam mana awak tahu saya dekat situ? "

"Sayang tak tahu satu rahsia. Abang ada psychic power. Boleh tahu mana sayang berada. " jawabnya selamba.

Wei... creepy gila ayat dia ni. Merinding sembilan puluh darjah bulu roma aku.

"Dah makan ke? "

"Tiga suap. Awak rasa kenyang tak? "

Berkerut dahi Fattah. Dia menyindir? "Kalau macam tu, jom lah singgah makan. Sayang nak makan dekat mana? "

"Chicken chop, boleh? Tadi baby kata nak makan chicken chop, kan? "

Hilang segala kerutan di wajahnya. Senyuman lebar muncul.

"SEDAP tak? " soal Fattah. Laju kepala mengangguk. Tak rugi Fattah membawa aku ke restoran ini. Makanan sedap dan harga berpatutan.

"Lama lagi ke dia nak sampai? "

Terus aku menatap skrin telefon. "On her way. Kejap lagi sampailah. Dia pula? "

"Sama. Tengah cari parking. Dalam tujuh minit, sampailah. "

Aku dan Fattah saling tersenyum. Tengah hari ini kami ada tetamu. Niat kami baik. Mahu mereka saling berkenalan.

Sudu diletak atas pinggan. Mataku memandang tanganku yang digenggam Fattah. Entah kenapa sejak dua menjak ini aku rasa lain dengan Fattah.

Eh, bukan benci. Entahlah, dia rasa macam... Tahu tak butterflies in your stomach? Haa yang itu. Kes aku ni bukan rama-rama tapi burung enggang.

Anak mataku dan anak mata biru itu saling menatap. Tidak menggunakan suara untuk berkomunikasi. Hanya pandangan mata.

Aku melihat sesuatu dalam matanya. Ada bias bahagia. Ada juga kasih. Ada juga...

"Siapa lelaki tadi? "

Bibir tersenyum tawar.

SEJAK tadi Zita memandang Hilal bagai mahu menelan lelaki itu hidup-hidup. Hilal juga begitu. Mereka ini bermusuhkah?

"You guys kenal ke? " soal Fattah.

"No! " Serentak.

Terhenjut bahuku mendengar Zita menjerit di tepi telinga. Hilal pun boleh tahan juga. Macam bapa gorila hilang anak. Hilal biasanya tenang.

"Tapi you guys nampak macam dah lama kenal. " Aku pula bersuara.

"Ma... mana ada. Aku baru jumpa dia ni hari ni. Baru jumpa. "

Dia ni. Maksudnya dah lama kenal.

"Hilal kenal ke Zita? "

"Saya pun baru jumpa dia ni hari ni. Tak pernah kenal pun sebelum ni. "

Macam musuh tradisi yang baru berjumpa setelah mengelak berselisih simpang selama tujuh keturunan. Mereka berdua ni tidak pandai menipu.

Aku memandang Fattah. Berkomunikasi secara telepati. Lelaki itu seakan faham.

"Oh, I see. Lepas ni boleh lah Cik Zita dan Encik Hilal berkawan, betul tak? "

Hilal mendadak bangun. "Bro, jom lah. Petang ni ada meeting, kan? Nanti lambat pula. "

Berkerut dahi Fattah. Meeting apa? Hari ni dia batalkan semua mesyuarat demi mahu berdating dengan isteri. Hilal... nak kena kau ni.

"Okeylah. Abang balik dulu tahu. Sayang nanti call ya. Abang datang ambil. "

Aku mengangguk. "Bye, sayang. "

"Bye, see you later. "

Nampak Fattah mencengkam bahu Hilal kuat. Tahulah aku itu cuma helah Hilal untuk mengelak. Hilal, Hilal.

Zita berdehem. "Explain, please. "

"Err.... "

BEKAS makanan diletak atas meja makan. Menu malam ini ialah ayam goreng berempah. Kata Fattah ayam goreng berempah buatan aku lebih sedap berbanding di restoran kegemarannya.

Well... air tangan isteri kan one in a million.

Telefon diambil. Mesej dari ayah dibaca. Sesekali aku tersenyum membaca mesej dari ayah.

Sejak kebelakangan ini hubungan aku dan ayah semakin baik. Boleh dikatakan berbaloi segala kesabaran aku selama ini.

Aku melangkah mendekati peti sejuk. Fattah masih belum muncul. Selepas solat maghrib tadi, katanya mahu mandi.

Kalendar dibelek perlahan. Jari bergerak menghitung baki hari yang ada. Tinggal satu minggu empat hari.

Nafas panjang dihela. Tangan memegang dada. Ada satu perasaan sakit yang sukar digambarkan.

Tinggal satu minggu empat hari. Seperti yang aku katakan pada Fattah dahulu, cukup sebulan kami akan bercerai. Aku sedar aku hanya menggantikan Karmila. Demi menjaga maruah keluarga.

Entah mengapa hatiku terasa berat. Jika kami berpisah, bagaimana dengan Fattah? Siapa yang akan menyediakan pakaiannya? Siapa yang akan membacakan buku untuknya? Ah, tentulah Karmila.

Perasaan asing ini kerap muncul. Aku tak nafikan sejak menjadi isteri lelaki itu, hidupku makin bahagia. Sebuah keluarga yang menganggap aku layaknya darah daging mereka. Walaupun kami tiada pertalian darah.

"Tengah buat apa tu? "

Aku memejam mata. Haruman ini buatkan aku melayang seketika. Aku pasti akan rindukan haruman ini.

"Lagi satu minggu empat hari. "

"Untuk apa? "

"Untuk tamat tempoh sebulan. "

Fattah memusing tubuhku menghadapnya. Dahi lelaki itu berkerut. Seperti kurang faham maksud ayatku.

"What do you mean? "

"Selepas sebulan kita akan bercerai. We've discussed about this. "

Anak mata biru itu menatap aku tajam. Aku nampak sesuatu dalam matanya. Dia juga berat hati untuk melepaskan aku pergi.

Bahuku dicengkam kuat. Seolah-olah dia mahu aku tahu jiwanya meronta. Ada perasaan marah yang membuak-buak dalam detak jantungnya yang deras itu.

"Lepas berpisah, kita still boleh jadi kawan. We can... "

Bibirnya menindih bibirku. Aku terkedu. Tangannya memeluk aku erat. Lama-kelamaan tanganku juga naik memeluk dirinya.

Aku sedar sesuatu malam ini. Aku sudah jatuh cinta pada dia. Aku jatuh cinta pada Khair Fattah.

kina dah fall in loveee

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience