PERLAHAN-LAHAN aku membuka kelopak mata. Aku masih bernyawa. Syukur pada Allah. Mata dipejam. Cuba mengingat kembali apa yang berlaku.
Pisau! Apa yang aku ingat, aku ditikam. Mata terus memerhati sekeliling. Aku di mana?
"Dah bangun? "
"Kau... "
Tangan menekan kuat lula tikaman. Darah masih mengalir. Sakit. Selama aku hidup, aku asyik tertanya-tanya bagaimana rasanya ditikam. Hari ini aku merasa.
Betapa seksanya. Teringat pada arwah Qaym.
"Kau... nak apa? "
Bakhtiar duduk bertinggung di hadapan aku. Bibirnya mengukir senyuman sinis. "Aku nak kau. Dari dulu lagi. "
Tangannya naik mengelus wajahku. Pantas aku menepis. Tawanya kedengaran.
"Dah nyawa-nyawa ikan macam ni pun, masih garang juga? Makin aku suka, Kina. "
"Kau dah gila! "
Bakhtiar mendengus kasar. Dia berdiri tegak. "Memang! Memang aku dah gila, Kartina! Aku gilakan kau! "
Kemudian dia berjalan mundar-mandir di tengah bilik berbau hapak itu. "Susah sangat ke kau nak terima aku? Aku tahu aku tak sekaya Khair Fattah. Tapi aku cintakan kau sepenuh hati! "
Aku tersenyum sinis. "Cakap aje lah kau sebenarnya nak harta ayah. "
Menyeringai Bakhtiar ketawa. "Kau bodoh, Kina. Cinta kau pada lelaki tu takkan terbalas. Sebab dalam hati dia cuma ada Engku Najihah. "
Tengok tu, semua orang kenal siapa Engku Najihah. Kenapa aku saja? Jumpa pun tak. Hei tak puas aku.
"Tak sangka kau sekeji ni, Tiar. Kau dan mama... "
Nafas rasa tersekat. Tuhan, andai ini saatnya Kau tarik nyawaku, biarlah aku dapat melihat wajahnya buat kali terakhir. Biarlah aku pergi tanpa penyesalan.
"Inilah akibatnya kau tolak cinta aku, Kina. Dulu masa aku beriya-iya, kau pandang aku sebelah mata. "
"Hubungan cinta tak sepatutnya wujud! "
"Kenapa? Sebab aku abang kau? "
"Ya! "
"Abang tiri, Kartina! "
Meja kayu reput ditendang sekuat tenaga hingga jatuh. Aku memejam mata. Sedikit gentar dengan kegilaan Bakhtiar. Dia bukan lagi Bakhtiar yang aku kenal.
"IBU... kenapa ayah suruh kita datang sini? " Mata memandang rumah banglo besar itu. Sudah agak lama aku dan ibu berkunjung ke sini.
Semenjak ibu dan ayah bercerai, aku pun jarang bertemu kakakku, Karmila. Aku tinggal bersama ibu manakala Karmila pula tinggal dengan ayah.
Ayah takkan minta kami datang ke sini tanpa apa-apa sebab penting. Jejak ke sini pun aku fikir dua tiga kali. Kalau boleh satu batu lagi aku buat pusingan U.
"Ayah, "
Tangan ayah disalam hormat. Mata sempat memandang sebuah kereta di garaj. Bukan kereta ayah. Aku tahu.
"Kenalkan, ini Mama Raudah. "
"Ini ke anak abang? Cantiknya. Macam Mila. "
Ibuku hanya tersenyum kelat. Nampak ibu kekok dengan isteri baru ayah. Jadi inilah perempuan 'pilihan' ayah semasa ibu terlantar sakit di hospital dulu.
"Yang itu... siapa? " Mata memandang seorang budak lelaki sedang duduk di ruang televisyen.
"Itu Bakhtiar. Anak mama. Abang Kina. " ujar ayah.
Bakhtiar.
NIAT untuk melelapkan mata hilang. Diganti pula dengan rasa kurang senang dalam hati. Perasaan apakah ini?
Hatinya kerap kali teringatkan Kartina. Dia cuba membuang segala tanggapan buruk. Entahlah. Asyik terdetik nama isterinya itu.
Patutkah aku layan dia dingin macam tu? Bukankah itu apa yang aku mahukan selama ini? Untuk dia cintai aku dan terima aku.
Telefon dicapai. Mesej ditaip. Hatinya masih rasa kurang senang. Dia duduk bersandar di kepala katil. Ruang kosong di sebelah ditatap sayu.
Sepanjang Kartina tiada, dia tidur di kamar ini. Kamar tempat mereka berkongsi cerita setiap malam. Hatinya dipagut rindu.
'Aku rasa tak sedap hati'
'Kenapa? ' -Hilal.
'Kina tak balik rumah '
'Lah.. bukan kau ke yang tak nak dia balik. Aku rasa hari tu dia ada mesej kau suruh jemput dia dekat rumah ayah dia. Betul tak? ' -Hilal.
Fattah meraup wajahnya. Sedar kebodohan sendiri. Ya, Kartina ada mesej dia tempoh hari.
'Esok aku jemput dia balik. '
'Jangan ikutkan ego, Fa. Nanti kau menyesal! ' -Hilal.
Tahulah aku! Mentang-mentang dia dan Zita sudah bertunang, boleh lah cakap besar. Sebelum ni bukan main lagi minta nasihat segala.
Dahinya berkerut. Satu notifikasi kerap masuk. Sejak bila dia download aplikasi ni?
Aplikasi itu dibuka. Macam aplikasi GPS. Ada satu titik merah asyik berkelip pada suatu tempat dalam peta. Titik itu dizum besar.
Makin bertambah kerutan di dahinya. Apa semua ni?
"MATI pun aku takkan tanda tangan! " Aku menjerit kuat. Mencerlung aku memandang Raudah. Berani dia tunjuk muka depan aku?
Aku senyum mengejek memandang dokumen yang dihulur Raudah. Dia mahu aku tanda tangan. Kemudian apa? Dia ambil semua harta ayah. Ingat aku bodoh ke?
Fikirku dia tidak tahu perancangan ayah. Ayah sudah menukar semua aset ke atas nama aku dan Karmila. Apa-apa yang berlaku, Raudah takkan dapat sesen pun melainkan haknya.
"Baik kau tanda tangan sebelum kau menyesal! "
Aku menjerit kuat. Terbeliak mata memandang tangan Raudah yang menekan kuat luka tikamanku. Gila! Dia nak bunuh aku!
"Kau tu pun dah tak lama dah hidup. Bagi je harta kau. Kan senang? Dah nyawa-nyawa ikan nak berlagak lagi. Ayah kau pun dah nazak. Boleh kau berdua sekali gus jumpa ibu kau tu, kan? "
Raudah bangun. Dokumen penyerahan aset diambil. Dia tersenyum sinis memandang aku.
"Lepas ni, kau dan ayah kau dah tak ada. Tinggal kakak kau tu saja lagi. Pandai kau sorokkan dia dari aku, kan? "
"Jangan sentuh kakak aku! "
Raudah ketawa. "Aku bagi kau masa sampai petang ni. Fikirkanlah. "
Wanita itu melangkah keluar dari bilik. Pintu dikunci. Aku melepaskan keluhan berat. Patutkah aku pasrah saja dan serahkan semuanya?
Tak mungkin.
Tangan yang menggeletar menyelak sedikit tudung. Cuping telinga disentuh. Masih ada. Hujung bibir ternaik sedikit.
Sebijak-bijak kau, bijak lagi aku, Raudah.
"INI bukan app biasa, Fattah. Ni app tracker. " ujar Rei. Dahi Fattah berkerut. Matanya kembali memandang peta dalam aplikasi itu.
"Tracker? "
"Aik, bukan kau yang download ke? "
Fattah menggeleng. "Aku pun baru perasan semalam ada app ni. "
Rei meneliti peta dalam aplikasi itu. Lokasi titik merah dizum besar. "Aku rasa... app ni untuk trace location Kartina. "
Lama Fattah terdiam. Sejauh mana pun dia mahu Kartina di sisi, takkan dia segila itu mahu trace lokasi isteri sendiri tanpa kebenaran. Nampak macam dia posesif sangat.
"Siapa je yang tahu password telefon kau selain diri kau sendiri? "
"Kina, "
"Bingo! "
"Bingo? "
"Kartina is the one who download this app. Dia mahu kau trace location dia. "
DARAH semakin banyak mengalir. Betul kata mereka. Aku sekarang nyawa-nyawa ikan saja. Menunggu malaikat maut menjemput aku pergi.
Rasanya masa aku dah tak lama. Berapa lama saja aku boleh bertahan setelah ditikam? Tambahan pula, aku...
Belum sempat aku mengkhabarkan cerita itu pada Fattah. Aku mahu berjumpa dia sebelum aku menghembus nafas yang terakhir. Aku mahu wajah dia menjadi wajah terakhir yang aku lihat sebelum mata aku terpejam.
"Liat juga kau ni rupanya kan? "
"Kau memang keji, Raudah! "
Raudah tersenyum sinis. "Tapi lagi bagus kalau kau mati dalam keadaan tertanya-tanya. Betul tak? "
Bibir diketap kuat. Melihat wajahnya aku rasa marah. Sangat sangat.
"Oh, untuk makluman kau. Ayah kesayangan kau yang tak pernah bagi kau cukup kasih sayang tu tengah tenat. Doa-doa lah semoga dia mati dalam kalangan orang yang beriman. " sinisnya.
"Tak guna! Kau dah bunuh ibu aku, kau cuba bunuh kakak aku. Sekarang kau nak bunuh ayah aku pula?! "
Raudah ketawa menyeringai. "Rupanya kau dah tahu. Patutlah makin lama kau makin kurang ajar dengan aku. "
Kemudian dia duduk mencangkung. Wajahku dielus lembut. "Tapi sayang, di saat kematian kau dan ibu kau, tak ada insan bernama ayah atau suami melihat kau berdua menghembus nafas terakhir. "
"Tiar, habiskan dia. "
Bakhtiar tersenyum. Tangannya memegang pistol. Aku menelan air liur. Kesat.
"Kalau aku tak dapat kau, Fattah pun takkan dapat kau. "
Bang!
kali ni chapter panjang sikit.. uuu makin menarik
Share this novel