"AKU TERIMA nikahnya Kartina Wahida binti Ahmad Kamil dengan mas kahwinnya senaskah kitab al-quran tunai. "
Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya gugur menuruni pipi. Perasaan hiba dan sebak bercampur. Ada juga terselit rasa kecewa dan marah.
Kini aku sah menjadi milik mutlak Khair Fattah Ar-Razi bin Khair Tarmizi. Seorang lelaki yang aku sendiri tidak pernah tahu kewujudannya.
Lelaki melangkah ke arahku. Buat seketika anak mataku dan anak mata biru laut itu bertaut. Lelaki itu. Lelaki kerek itu. Dia... dia Khair Fattah?!
Cincin yang dihulur seorang wanita tua disambut Fattah. Perlahan-lahan disarungkan ke jari manisku. Anehnya saiz cincin itu sepadan dengan jariku.
Terketar-ketar tanganku menyarung cincin di jarinya. Kemudian aku menyambut salam tangannya. Tangan kekar itu dikucup syahdu. Hangat terasa tatkala lelaki itu mengucup lama dahiku.
Tangannya menarik lembut daguku untuk mendongak. Mata kami bertaut lagi. Aku nampak bias keliru dari wajahnya. Mungkin pelik melihat aku berpurdah.
Beberapa jam sebelum.
SELESAI membantu Mak Nani menyiapkan meja, aku melangkah naik ke atas. Dua orang mak andam mengekor aku dari belakang.
"Sempat ke nak make up ni, Kak Sya? " soalku.
Jurumekap itu tersenyum. "Sempat je, Kina. Akak buat kerja berdesup aje. Don't worry lah. " jaminnya.
Lega hati aku. Sampai akhirnya di hadapan pintu bilik Karmila. Pintu kayu putih itu diketuk perlahan.
"Mila... dia orang dah sampai ni. "
Hatiku mula rasa kurang senang. Namun aku abaikan saja. Bukankah aku selalu overthink? Biasalah tu pengaruh minda.
Aku salah satu ahli persatuan mereka yang overthinking. Walaupun aku tahu overthink tidaklah selalunya menyelamatkan diri, tapi aku tak boleh buang penyakit itu jauh-jauh. Aku pernah motivasikan diri dengan sentiasa berfikir 'overthinking kills tour happiness'. Tapi, kalau namamya degil tu memang sampai kiamatlah degil.
"Mila... "
Kali ini aku memula tombol pintu. Tidak berkunci. Anehnya. Selalu Karmila kunci pintu bilik.
"Tunggu sekejap ya, kak. Saya masuk dulu. "
Syasya dan pembantunya mengangguk. Kemudian aku melangkah masuk ke dalam bilik Karmila. Mataku membulat. Kosong!
Aku menerpa masuk ke bilik mandi. Kosong juga. Kaki mundar-mandir di tengah bilik. Resah. Kenapa Mila buat begini?
Mata tertancap pada nota atas meja belajarnya. Kertas itu diambil. Automatik mulutku terlopong luas.
'Mama, Ayah, Kina,
Mila minta maaf. Sumpah tak ada niat langsung Mila buat macam ni untuk sakitkan hati sesiapa. Mila cuma ikut kata hati. Mila tak sanggup jadi korban bisnes Ayah. Hati Mila bukan untuk jual beli.
Bila Mila dah bersedia untuk terima Khair Fattah, Mila akan balik. Kina terpaksa berkorban kali ini. Mila minta maaf dah malukan Mama dan Ayah. Halalkan makan minum Mila.'
Kata hati... oh, menyesalnya bagi nasihat semalam!
"Mama! "
Aku meluru keluar dari bilik. Pintu bilik mama dan ayah diketuk laju.
"Apa bising-bising ni, Kina? " soal Raudah.
"Ini! "
Terbeliak besar mata Raudah tatkala membaca isi surat itu. Nyaris rebah dia dibuatnya. Mujur ayah di belakangnya sempat menyambut.
"Mila, abang! Mila! "
TIDAK pernah terdetik hari bahagia yang aku impikan, yang acap kali aku nukilkan dalam diari akan berakhir menjadi sebuah perkahwinan paksa! Menyesal setuju dengan cadangan mama dan ayah.
"Sekejap saja, Kina. Maybe for two or three months. "
"Ya, Kina. Kalau Kina kahwin dengan Khair Fattah, ayah akan layan Kina macam mana ayah layan Mila. "
Aku tersepit dan terjerut dengan kata-kata ayah. Benar. Aku juga mahu rasa kasih sayang ayah yang melimpah ruah seperti mana yang Karmila rasakan. Tapi bukan dengan cara begini.
"You tak panas ke? "
Selesai saja majlis akad nikah, aku terus meloloskan diri ke bilik. Terasa hati dengan mama dan ayah. Sengaja aku membiarkan mama dan ayah saja yang melayan tetamu Lagipun majlis resepsi akan diadakan hujung bulan depan disebabkan jadual Khair Fattah yang sibuk.
Kepala menggeleng perlahan. Tak mahu bersuara. Aku letih dengan semua ini. Aku cuma mahu rehat dan tidur. Kalau tidak sedar sampai bila-bila pun lagi bagus. Tapi nanti tak pasal-pasal Khair Fattah jadi duda.
"You tak nak tukar baju ke? Or mandi? "
Hanya Allah saja yang tahu betapa aku mahu melepas tudung dan berendam dalam bath up lama-lama. Tapi aku tak segila tu bila lelaki ni ada!
"Since when you pakai tudung, Kar? Setahu I you freehair. "
Jelas tersuluh kebodohan aku di situ. Terang-terang Karmila dan Khair Fattah saling mengenali. Mila freehair pun dia tahu. Mestilah terkejut siamang tengok aku tiba-tiba bertudung. Pakej purdah lagi.
"Kar... "
Mata melirik ke arah mata biru itu. Eh? Sekarang sudah bertukar coklat gelap. Mana pergi mata biru tadi?
Ah, gasaklah Kina. Aku tak tahan lagi.
"Awak, "
"Yes? "
"Saya Kartina. Bukan Karmila, "
"I know. Akad yang I lafazkan tadi nama you bukan Karmila Adrina. "
Aku mendengus perlahan. Nampaknya dia masih tak faham. Tangan mencapai jarum peniti di sisi tudung. Purdah yang aku pakai terlucut. Nampak wajahnya berubah.
"Saya Kartina. Awak sepatutnya kahwin dengan Karmila, bukan saya. "
Lelaki itu diam. Mungkin sedang mencerna apa yang baru berlaku. Mungkin?
"I know, Kartina. I sedar siapa wanita yang I kahwini. "
Fattah bangun dari duduknya. Nyaris terjatuh ketika lelaki itu bangun. Katil terasa lebih ringan.
"Mandilah. Ke you nak I mandikan? " Bibirnya tersenyum mengusik. Tangan sedang membuka butang baju Melayu satu persatu. Isy... serial killer vibes!
Aku mencebik. Tuala di rak penyidai dicapai. Kaki meluru ke arah bilik mandi. Sengaja aku menolak bahunya.
"Kerek! "
"WHY are you sitting there? " Berkerut dahi Fattah memandang aku yang sedang bersandar di pintu bilik. Lantaklah dia panggil aku sengal. Asalkan aku tidak duduk sekatil dengan dia.
Goosebumps!
"Suka hati lah. "
"You tahu tak tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya? "
"Tahu, "
"Then, kenapa duduk situ? Sini tidur sebelah I. Tudung tu. I berhak ke atas aurat you tahu sebab I suami you. " tekan Fattah.
Aku mendengus geram. Mula sudah kerek dia. Nak ceramah aku konon. Aku tahulah pasal hak-hak suami ni.
Melihat aku yang tidak berganjak membuatkan Fattah tidak jadi melelapkan mata. Dia benar-benar terganggu dengan sikap degil aku.
"Apa yang you takutkan sangat, Kartina? "
"Awak, "
Serta-merta tawa Fattah meletus. Dia tuding jari ke wajah sendiri. "Me? Afraid of me? Who am I? Jembalang? Hantu raya? Orang minyak? Hilarious, Kartina. "
"Karmila will come back. Selagi dia belum pulang, selagi tu saya jadi isteri awak. Apabila masa tu tiba, awak kena ceraikan saya. "
Fattah turun dari katil. Dia melangkah ke arahku. "Bila agaknya masa tu tiba? "
"Mungkin sebulan dua lagi? "
"Are you sure? "
Melihat Fattah semakin hampir, aku bingkas bangkit. Tangan memegang tombol pintu. Aku kena lari selamatkan diri.
"But at this moment, we're legally married. Akad yang I lafazkan ada nama you. Istilah you gantikan Karmila tak wujud. "
"Tapi awak tunang dengan Karmila, bukan saya. Selepas sebulan, saya nak awak ceraikan saya. "
Bang!
Pintu kembali tertutup. Tangan Fattah mengunci pintu. Sepantas kilat dia menekan kedua tanganku ke dinding.
"Apa awak buat ni? "
"What do you think? "
"Don't you dare, "
Fattah tersenyum senget. "Kita sah suami isteri. Halal bagi I, halal bagi you. Apa masalahnya? "
"Masalahnya, saya tak kenal siapa awak! "
"Hello, I'm Khair Fattah. Your husband. The man who you throw your bag to. The man who bought the shirt you chose. He is me. "
"Lepaslah... " Aku meronta. Namun makin kuat dia mencengkam. Ah, pasti merah esok.
"Sakitlah. "
Sebaik saja perkataan sakit itu keluar, Fattah terus mencempung tubuhku. Aku dibaling ke katil. Belum sempat aku lari, tanganku kembali dicengkam. Tubuhku ditekan ke katil.
Mata membulatku memandang Fattah. Apa yang dia cuba buat ni? Lupakah dia apa yang aku baru katakan tadi?
"Awak nak buat apa ni? "
"Sebut lagi perkataan cerai tu, I'll kiss you. Try me. "
Aku mendengus kasar. "Lepaslah. Awak dah gila ke? "
Kerasukan apakah si Khair Fattah ni. Ibu... tolong Kina. Ayah... mama... Kina tak kahwin dengan businessman, tapi dengan werewolf!
"Saya janji saya takkan masuk campur hal peribadi awak atau apa-apa berkaitan awak. We have our own privacies. After one or two month, ceraikan sa.... "
Mataku membulat. Aku tergamam. Lelaki werewolf ini sedang mengganas mencium bibirku. Gila! Lelaki ni gila!
Puas aku meronta. Namun ciumannya makin dalam. Nyaris lemas aku jadinya. Hampir beberapa minit seolah diving tanpa tangki oksigen.
"Awak dah gila ke?! " aku menempelak.
Dadaku berombak. Begitu juga Khair Fattah. Matanya memandang aku tajam.
"Lepas lah. Sakit ta... "
Sekali lagi. Dia melumat bibirku seolah-olah tiada hari esok. Bodohnya aku kerana turut hanyut dalam permainannya.
Daripada cengkaman bertukar menjadi sulaman tangan. Aku tidak tahu apa yang merasuk aku. Ah, jin nafsu. Jangan malukan aku!
Bibirnya beralih ke leherku. Seakan baru tersedar, aku cuba menolak tubuhnya menjauh. Khair Fattah makin menggila. Seolah hilang kewarasan.
Sudahnya aku yang penat melawan kudratnya. Aku merelakan perbuatannya. Halal bagi dia, halal bagi aku. Kata-kata itu melekat dalam telinga.
Akhirnya tindakan gila Khair Fattah terhenti. Dia memandang wajahku. Begitu juga aku.
Kedua tanganku memegang wajahnya. Tanpa sedar air mataku mengalir. Aku tahu apa yang dia mahukan.
"I'm not ready. "
Share this novel