BUNYI barang dicampak dan suara jeritan membuatkan hati Fattah kurang senang. Langkahnya pantas naik ke tingkat atas. Ada sesuatu yang tidak kena.
Sebaik saja kakinya sampai di tingkat dua rumah itu, mata dijamu satu pemandangan yang menyakitkan. Isterinya ditampar ayah sendiri.
"Kurang ajar! Kau siapa hah?! Cermin diri kau sikit! "
Tangan memegang pipi yang terasa panas. Perit dan sakit. Terteleng sekejap kepala akibat tamparan ayah.
"Ayah yang patut cermin diri! Mana ayah di saat ibu bertarung nyawa? Mana ayah di saat ibu bapa lain datang ke majlis graduasi anak-anak? Mana ayah di saat Kina pegang ijazah? Mana ayah masa tu? Masa tu ayah curang belakang ibu! "
"Berani kau?! Anak tak kenang budi! Aku bagi kau duit, bukannya aku tak bagi! "
Sekali lagi penampar singgah di wajahku. Ini bukan kali pertama. Lebih teruk daripada ini pun aku pernah rasa.
"Kami tak perlukan duit ayah. Duit ayah semua tu takkan boleh beli kasih sayang! Lelaki dayus! Sanggup tampar anak sendiri! "
"Kurang ajar! "
Mata terpejam rapat. Bengkak ke apa aku sudah tidak peduli. Anehnya pipiku tidak terasa sakit. Ke aku dah mati kena tampar? Hmm... jadi duda juga Khair Fattah.
Aku membuka kelopak mata. Tangan Fattah sedang menahan tahan ayah. Mereka saling bertatapan. Man to man.
"Tak ada siapa boleh sakitkan isteri saya. Not even me, not even you. "
"Kita balik sekarang, Kina. "
Fattah mengangkat kotak baranganku. Sebelah tangannya menarik tanganku. Tubuhku ditolak lembut masuk ke dalam kereta. Beberapa saat selepas bunyi bonet kereta ditutup, dia masuk ke tempat pemandu.
Rasa menyesal tahap langit kerana tidak mahu menolak pelawaan untuk menemani aku ke atas tadi. Kalaulah dia tahu jadi begini. Argh... Enjin dihidupkan lalu kereta dipandu membelah jalan penuh kebisuan.
"MASUK, Kina. " Lelaki itu melangkah keluar dari kereta. Mataku memandang sekeliling kawasan kondominium itu. Rumah siapa pula ni?
Ah, dia kan kaya. Suka hati dialah nak beli rumah. Silap-silap di setiap residen perumahan, dia ada satu unit setiap satunya.
Aku hanya berdiri kaku di sebelah Fattah dalam lif. Rasa tak sedap pula melihat lelaki itu diam. Kalau tidak, mesti ada saja akalnya nak mengusik aku.
Kaki mengekor langkah Fattah ke hujung tingkat lima belas itu. Uish, ini kalau jatuh mati terus ni. Eh, jangan fikir yang bukan-bukan.
Tangan menutup pintu. "Rumah sia... "
Tidak sempat menghabiskan kata-kata. Tubuhku kini dalam dakapan erat Fattah. Terkedu dibuatnya. Pelukannya tidak seperti seminggu lalu. Aku rasa selamat.
"You don't know how worried I am. Kalau dia bukan ayah you, dah lama I tumbuk dia. How could he slapped his own daughter? "
Pipiku yang ditampar tadi diusap lembut. Kemudian bibirnya singgah mengucup pipiku. Lama. Anehnya aku tidak memberontak. Hanya terpaku dengan sentuhannya.
Kau dah gila, Kina.
Jangan mudah berlembut hati. Dia Werewolf. Kau Red Riding Hood.
"I tak suka tengok orang tampar muka you. Even that person is your own father. "
"Hesy.. tak ada apa-apa lah ni. Lebih dari tampar pun saya pernah kena. "
Mata Fattah membulat. "What? Habis, ayah pernah pukul you? "
Aku mengangguk. Perkara biasa semasa aku masih remaja. Ayah pilih kasih antara aku dan Karmila.
"Oh my God, dia dah gila ke apa? " marah Fattah.
Tangannya mengusap pipiku. Terbuai seketika dengan sentuhannya. Ah, gila kau. Sedar, Kina. Jangan hanyut. Ingat apa tujuan kau!
"Dah lah. Saya tak nak perbesarkan hal ni. Lagipun kena tampar je. Takkan cacatlah muka saya ni. "
Aku menepis lembut tangan Fattah yang memegang bahuku. "Rumah siapa ni? Cantiknya, " Tukar topik.
"Rumah I. "
Dahiku berkerut. "Habis tu rumah yang kita duduk minggu lepas tu rumah siapa? "
"Oh, itu rumah nenek. Zid tak ada, so I lah kena teman nenek. "
"Jadi... kita berdua je tinggal sini? " soalku.
Fattah memeluk tubuh. "You ada nampak orang lain ke selain kita dekat sini? "
Aku berdehem. "Mana bilik saya? "
"Tak ada bilik saya bilik awak dekat sini, Kina. You kena tidur sebilik dengan I. "
Air liur ditelan. Pahit. Hakikat yang pahit.
"MASAK apa tu? " Suara itu membuatkan aku menoleh ke belakang. Sebelah tangan sedang memegang sudip.
"Makanan, " jawabku selamba.
"Tahulah makanan. Takkan you goreng batu pula, kan? "
"Sudah gaharu, cendana pula. "
Fattah berdehem. Penat dia bertikam lidah. Asyik kalah saja. Boleh tahan laser mulut isterinya ini.
"Dah siap. "
Bekas diletak atas meja setelah dialas dengan kain tebal. Masak sajalah apa yang ada. Hakikat rumah bekas orang bujang. Macam pasaraya nak berpindah tempat.
"Apa ni? "
"Batu, "
"Ei... main-main. "
Pinggan diletak atas meja. Mi berkuah itu disenduk masuk ke dalam pinggan. Kemudian ditolak kepada Fattah.
"Makan diam-diam, "
Senyuman sengal Fattah muncul. Dia mencapai sudu dan garpu. Laju saja dia menjamah makanannya.
Entah sedap, entah tidak. Makanlah kau mana yang ada. Tergamam sekejap aku melihat isi almari dapurnya. Satu paket maggie ayam dan keropok Super Ring.
"Sedap? " soalku. Lama memandang Fattah yang fokus makan sambil menanti jawapan. Aku bukanlah pelajar gastronomi nak masak sedap macam restoran lima bintang.
"Sedaplah. Macam mana you masak? Bukan barang sikit je ke? "
Bibir senyum meleret. Kau tak tahu lagi macam mana kekuasaan perempuan memasak walaupun hanya ada lima bahan. Ini baru sikit Khair Fattah.
"Esok I habis kerja, kita pergi kedai. Beli barang dapur. "
"Hmm... Habiskan lah. "
"TOLONG I pilih baju, please. " Kepala menoleh memandang empunya suara. Amboi, kau fikir aku ni kau punya kuli batak? Suka-suka nak suruh itu ini.
"Tak reti lah. "
"Then, learn. "
Ada saja jawapan. Memang tak mahu kalah.
"Mana? "
Pili air ditutup. Kain lap dicapai. Tangan yang basah dilap. Kemudian aku mengekor langkah Fattah ke bilik.
"You pilih lah. "
Aduh... kau ingat aku ni pakar perunding fesyen ke?
"Saya tak reti, "
"Asyik tak reti, tak reti. Sebab tu orang belajar, sayang. Barulah pandai. "
Fattah menghampiri almari baju. Satu set seluar dan kot diambil. Kemeja putih yang bergantung di hanger juga diambil. Tali leher hitam polkadot putih diambil dari laci. Kemudian semuanya dicampak atas katil.
"Ambil baju, seluar, kot, tali leher. Senang, kan? Apa yang you pilih, itu yang I pakai. Tapi jangan sampai I nampak macam badut. " ujarnya mengingatkan.
Aku ketawa. Lucu betul. Nampaknya dia tahu akal jahatku. Baru saja aku mahu pedajal dia.
"Now, it's your turn. "
just to inform,, sya mungkin jarang update disebabkan busy dengan classes etc.. harap semua bersabar yaa.. love u all
Share this novel