Vol. 13

Short Story Completed 27144

DOKTOR dan jururawat silih berganti keluar masuk dewan pembedahan. Sekejap-sekejap pintu terbuka. Muncul jururawat membawa sebuah mesin. Kadang muncul pula jururawat keluar membawa mesin.

"Kina sabar ya? Insya Allah ibu akan okey. " pujuk Mak Nani. Belakang tubuhku diusap lembut.

Wajahku sembap. Mata sudah bengkak. Air mata sudah kering. Puas aku menangis. Habis sudah tenaga yang ada.

"Ibu orang yang baik. Allah akan lindungi. "

Tangan mengenggam erat surat tawaran ke universiti yang baru diterima. Niatku mahu ibu jadi orang kedua yang tahu selepas aku. Aku mahu membuat ibu rasa bangga.

Separuh nyawaku terasa melayang tatkala suara garau jururawat menyapa ketika aku menghubungi ibu. Lebih teruk lagi, suara itu mengabarkan ibu kemalangan.

"Kina takut... " Suaraku serak.

"Banyakkan berdoa. Allah mendengar doa anak yang soleh. "

Ya Allah, kau selamatkanlah ibuku. Dia saja yang aku ada setelah ayah memilih untuk meninggalkan kami demi seorang wanita.

"Cik ni ahli keluarga pesakit ke? "

Mendadak aku bangun. Tangan memegang kuat tangan doktor bedah yang memakai sarung tangan itu. Tuhan, katakanlah semua ini hanya mimpi. Tolong.

"Kenapa? Ibu saya okey je kan? Tak ada apa-apa yang berlaku. "

Panjang doktor itu mengeluh. "Cik, kami sudah berusaha sehabis baik. Mungkin kita sayangkan dia, tapi Allah lebih sayangkan ibu cik. "

Aku jatuh terduduk. Luluh jantung mendengar khabar itu. Aku benar-benar sebatang kara kini.

"Ibu... "

Kepala menggelengkan laju. "Mustahil... "

Aku bangun. Bahu doktor itu dicengkam. "Cakap, doktor. Semua ni bohong. Ibu saya masih hidup! Ibu saya masih bernyawa! Cakap, doktor! "

"Cik, bawa mengucap. Kami doktor, hanya perantara. Bukan penyembuh atau pencipta. Ajal maut semua di tangan Allah. Kami hanya manusia, cik. Bukan malaikat atau Tuhan. "

"Tak.... Tak.... Ibu saya masih hidup. Ibu..."

"Ibu.... "

"Ibu....! "

"KINA, wake up! Sayang, kenapa ni? " Aku membuka kelopak mata. Bahuku tadi digoncang kuat. Tepat aku memandang Fattah.

"Are you okay? You're crying. " Tangannya menyeka air mata di pipi. Tubuhku dipeluk erat.

"Ibu, saya mimpi ibu. Ibu dah tak ada. Saya tak nak ayah pergi macam ibu. "

"Ya Allah, mengarut apa ni? Nothing is going to happen. Ayah okey dekat hospital. Pak Samad jaga dia malam ni. "

Perlahan-lahan Fattah menjatuhkan kepalaku di atas bantal. Selimut ditarik menutupi tubuh. Wajahku dielus lembut.

"Sleep well, okay? Anything just call my name. "

Aku menarik lengan bajunya. Fattah menoleh. Dahinya berkerut.

"Nak pergi mana? "

"Tidurlah. Dekat bilik abang, "

Aku menggeleng.

"Kenapa geleng? "

"Tidur sini. " Ternaik sebelah kening Fattah.

"Sayang biar betul? "

Aku angguk laju. Bibir Fattah mengukir senyuman lebar. "Sebelah sayang ke atas sofa? "

"Sebelah. "

Senang hati Fattah memanjat katil. Selimut diselak. Tanganku digenggam kemas. Dia baring mengiring. Menghadap aku.

"Kenapa suruh abang tidur sini? "

"Saya tak nak awak pergi macam ibu. "

Fattah mengetap bibir. "Abang takkan tinggalkan sayang. Never as I'm alive. "

Spontan tanganku memegang wajahnya. "Jangan tinggalkan saya. Saya dah tak ada sesiapa selain ayah dan awak. "

Lebar senyuman Fattah. "Pinky promise. "

Rezeki malam ni dapat tidur sebelah isteri. Selama ini kami tidur berpisah bilik. Orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Fattah tersenyum panjang.

CAWAN diletak atas meja. Alat kawalan jauh dicapai. Dia menukar siaran televisyen. Lebih baik daripada tadi.

Dia duduk bersandar di sofa. Kemudian matanya melirik ke arah gadis itu. Bibirnya spontan mengukir senyuman.

"Kenapa pandang macam tu? "

"Suka hati aku lah. Bila kau nak blah ni? Dia dah bagi green light untuk kau keluar. Tak ada sebab untuk bersembunyi lagi. "

Gadis itu menghirup teh hijaunya. "Tahulah aku. Ini cuma precaution. Aku nak tengok, sejauh mana dia boleh berlakon. Aku taklah bodoh mana. Sekali terkena cukup. "

Gadis yang berdiri itu mencekak pinggang. "Senang hidup kau, kan? Bil api air semua aku yang bayar. "

"Aku ada je duit nak bayarkan. Kau yang tak mahu. "

"Apa rancangan kau sebenarnya? "

Senyuman itu lebar. Menampakkan gigi putih yang tersusun. "Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat. "

FAIL atas meja disusun kemas. Diletak satu tempat di sudut meja. Kemudian mata kembali menatap skrin komputer. Satu persatu diteliti penuh tekun.

Sesekali tangan mengurut pangkal hidung. Sakit kata melihat skrin terlalu lama. Silap-silap boleh jadi rabun.

"Kina."

Aku mendongak. "Kak Zah, kenapa? "

"Kak Zah ganggu ke? " Mata Kak Zah melirik ke arah skrin komputer. Dia juga perasan aku dari tadi asyik tekun meneliti.

"Tak ada lah sibuk mana. Kak Zah nak minta tolong ke? Kalau saya boleh tolong, saya tolong. "

Kak Zah herot bibir. Mata memandang ke arah pintu keluar pejabat. "Hari ni Alice cuti. "

Aku mengangguk. Tahu.

"Boleh tak kalau Kak Zah nak minta Kina gantikan Alice? Kejap lagi ada wakil syarikat tu nak datang. "

"Eh, kak. Mana boleh macam tu. Saya intern je. Cik Alice tu kan... "

Kak Zah memintas. "Alice kata tak apa. Kerja Kina present je. Nanti akak briefing. "

"Tapi.... "

"Ala, Kina. Sekali ni je. Bila lagi Kina nak dapat peluang ni? "

Betul juga. Peluang hanya datang sekali. Mana berkali-kali. Kalau sekali ditolak, seribu tahun nanti pun belum tentu lagi dapat balik.

"Kina cuba lah, kak. "

"Yess! "

DOKUMEN dan slaid diteliti sekali lagi. Kedua tapak tangan digosok bersama. Berpeluh. Menggigil. Menggeletar.

Okey, aku gemuruh. Sumpah tak tipu.

Masa di universiti dulu selalu juga aku buat pembentangan. Buat spontan pun pernah. Tapi kenapa hari ni rasa gemuruh lain macam?

Syarikat tu, syarikat tu. Fattah ke? Eh, tak mungkin. Syarikat yang diurus Khair Fattah ialah syarikat pembinaan.

Siapa ya? Ah, penasaran aku jadinya.

"Silakan masuk, encik. "

Suara Encik Azhar. Wakil syarikat tu dah sampai. Ah, makin gemuruh. Cepat nyanyi lagi Faizal Tahir.

Gemuruh jiwa....

Semangat membara...

Dari puncak ingin ke angkasa....

"Kita dah sampai " Encik Azhar membuka pintu.

Lelaki berkot warna krim itu melangkah masuk. Aku memandang pintu. Automatik mataku bertaut dengan matanya.

"Tiar? "

"Kina? "

Yaish!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience