BAB 2

Romance Completed 25600

Part 2.
" Assalamualaikum " mata Naufal melilau mencari tuan rumah.

" Waalaikumsalam " jawab Pak Samad.

Naufal tersenyum memandang lelaki berusia itu. Jadi dia tidak salah rumah.

" Saya Naufal pakcik " dia segera menghulurkan tangan untuk bersalam.

" Haa kau lah Naufal ya. Susah tak nak cari rumah pakcik? " .

" Susah lah jugak. Saya sesat sikit tadi. Nasib baik jumpa " .

" Eh marilah masuk. Orang rumah pakcik dah siap masak. Boleh lah kita makan tengahari sama-sama ya " .

" Terima kasih pakcik " .

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah.

" Yam oh Yam, tetamu dah sampai ni " .

Mak Yam terkocoh-kocoh keluar daripada dapur.

" Oh ini lah Naufal ya " .

" Iya makcik. Makcik sihat? " soal Naufal berbahasa.

" Alhamdulillah sihat. Ni mesti lapar kan. Makcik dah siap masak. Jom lah makan " .

" Mari-mari makan " ajak Pak Samad.

Naufal agak malu kerana pasangan suami isteri itu terlalu baik dengannya. Dia berasa syukur dipertemukan dengan mereka.

Mereka bertiga duduk di meja makan. Lauk-pauk sudah pun terhidang di atas meja.

Mak Yam mengisi nasi ke dalam pinggan lalu dihulurkan pada Naufal kemudian suaminya pula.

" Mana Risa? " soal Pak Samad.

Arisa yang lenggang lenggok berjalan ke dapur itu terus berpatah balik ke biliknya apabila melihat ada lelaki yang tidak dikenalinya.

Setelah memakai tudung, Arisa kembali semula ke dapur.

" Makan tak ajak Risa pun " Arisa terus menarik kerusi dan duduk.

Tidak dihiraukan langsung dengan Naufal. Arisa berpura-pura tidak melihat lelaki asing itu.

Naufal terpaku seketika melihat Arisa. Gadis itu membuatkan hatinya cair.

" Mak baru nak panggil. Dah makan lah. Naufal maaflah ya kalau tak berapa suka lauk kampung makcik masak ni, makcik tak pandai nak masak makanan orang putih tu. Lauk kampung jer lah yang makcik tahu " .

" Eh takpa makcik, saya pun dah lama tak merasa lauk-lauk kampung ni " .

Arisa terus makan tanpa menghiraukan sesiapa pun di situ. Sesekali dia mencuri pandang Naufal yang menahan kepedasan kerana sambal belacan Mak Yam. Haa baru kau tahu.

Arisa tersenyum sendirian. Mak Yam dan Pak Samad memandang pelik pada anak daranya itu.

" Yang kau tersengih-sengih macam kerang busuk tu kenapa Risa? " soal Mak Yam.

Arisa pantas menggeleng. Aduh boleh kantoi pulak.

" Naufal duduk sini berapa lama? Dah jumpa homestay? " soal Pak Samad.

" Belum lagi pakcik. Tadi ada juga saya cari homestay kat depan tu. Tapi semuanya penuh. Maklumlah sekarang kan tengah cuti sekolah. Sekejap lagi saya pergi cari homestay yang lain pulak " .

" Eh tak payah lah Naufal. Susah-susah jer nak cari. Tidur jer sini. Lagi jimat " cadang Pak Samad.

" Betul tu Naufal. Rumah makcik ni besar, boleh lah kamu tumpang tidur. Banyak bilik kosong " sampuk Mak Yam.

Arisa mengerutkan keningnya. Mak dengan abah ni sesuka hati jer ajak orang luar tumpang tidur dekat rumah.

" Mak, abah dia ni kan orang kaya. Biarlah dia tidur kat homestay jer, tak luak pun duit dia tu. Lagipun rumah kita ni rumah kampung jer, mana lah nak sama kalau dibandingkan dengan rumah dia kat KL tu " Arisa yang dari tadi diam, mula bersuara.

Mak Yam menjengkilkan matanya memandang anaknya itu. Mahu ditelan sahaja rasanya.

" Nur Arisa, hormat tetamu sikit. Tetamu ni bawak rezeki " marah Mak Yam.

Arisa mencebikkan bibirnya. Naufal curi pandang wajah gadis itu, jelas dia tidak sukakan Naufal.

" Maaflah ea Naufal. Risa ni nakal sikit " kata Pak Samad.

" Takpa pakcik. Biasalah gurau-gurau tu " balas Naufal.

Arisa memandang tajam ke arah Naufal.

' Bila masa pulak aku bergurau. Ni Risa lah, takda masa nak gurau-gurau ' katanya dalam hati. Tidak berani dia mahu berkata begitu di hadapan Mak Yam, ada yang kena telan nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience