BAB 20

Romance Completed 25600

" Awak " Arisa terus menerjah ke arah Naufal.

Naufal yang baru sahaja pulang dari kerja itu terpinga-pinga.

" Kenapa ni Risa? " soalnya.

" Er...er macam mana nak cakap ea " .

" Cakap jer lah. Kenapa ni Risa? " .

" Saya nak tangan " .

" Ha? Tangan apa? " Naufal mengerutkan dahinya. Dia menghulurkan tangan kirinya pada Arisa.

" Tak nak tangan kiri. Nak tangan kanan " .

Naufal menjadi semakin bingung. Tangan kanannya dihulur. Arisa pantas mencium tangannya.

" Awak saya minta maaf sebab tak jadi isteri yang baik untuk awak. Saya tak jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Tolong maafkan saya. Saya tak nak berdosa. Saya tak nak Allah murka dengan saya. Maafkan saya. Saya janji akan jadi isteri yang baik buat awak lepas ni " bahu Arisa terhinjut-hinjut kerana menangis.

Tangan Naufal sudah basah kerana air matanya.

" Risa kenapa ni? Hey, jangan menangis " Naufal menarik Arisa ke dalam pelukannya.

" Saya...minta maaf.. " Arisa melepaskan tangisannya di dada Naufal.

" Risa, abang tak pernah marahkan Risa pun. Abang tak kan paksa Risa bila Risa belum bersedia. Risa terima abang sebagai suami Risa pun abang dah bersyukur sangat sayang. Please jangan menangis lagi " pujuk Naufal.

" Awak tak marahkan saya? " soal Arisa.

Naufal menggeleng laju.

" Tak pernah. Makin sayang adalah " balasnya sambil tersenyum manis.

" Risa sayang abang tak? " soal Naufal.

Arisa mengangguk perlahan. Wajahnya ditundukkan.

" Malu lah tu " Naufal mencuit hidung Arisa.

Tidak putus-putus Naufal mengucapkan syukur kepada Allah dengan pemberianNya. Semoga bahagia milik mereka, doanya.

Arisa ralit memasak sehingga tidak sedar sejak dari tadi Datin Azura memerhatikannya.

" Arisa " .

Senduk yang dipegang Arisa tercampak. Dia terkejut apabila disergah begitu.

Arisa pantas mengutip senduk yang jatuh itu. Datin Azura memandangnya pelik.

" Maaf mama. Risa tak sengaja. Risa terkejut " katanya.

Datin Azura hanya diam.

" Masak apa? " soal Datin Azura.

" Er...ayam masak lemak cili api. Abang Naufal yang mintak Risa masakkan lauk ni " .

" Sedap ke? Sejak bila pulak Naufal makan lauk kampung ni? Selama ni tak pernah pun dia makan " .

" Risa tak tahu pulak " .

" Hmm yelah " Datin Azura terus berlalu ke ruang tamu.

Arisa terpinga-pinga di situ.

" Sedapnya Risa masak. Nanti masakkan lagi tau " puji Naufal.

Arisa mengangguk perlahan. Dia tersenyum kecil apabila dipuji Naufal.

" Sedap kan ma ? " soal Naufal pada Datin Azura.

" Ermm boleh lah " balasnya.

Datin Azura akui masakan Arisa lebih sedap daripada masakan orang gajinya. Tetapi dia malu mahu mengaku.

Arisa memandang sekilas ke arah ibu mertuanya itu. Hatinya sedikit senang. Sekurang-kurangnya ibu mertuanya itu sudi menjamah masakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience