BAB 17

Romance Completed 25600

Setelah solat Isyak berjemaah, Pak Samad dan Mak Yam masuk ke dalam bilik untuk berehat. Mereka terlalu letih kerana melayan tetamu seharian.

Arisa juga terus masuk ke dalam bilik. Fikirannya kini hanya katil. Dia juga letih seharian melayan tetamu. Pipinya juga sakit kerana terpaksa senyum seharian.

Masuk sahaja bilik Arisa terus membaringkan tubuhnya di atas tilam. Matanya terus terlelap.

Naufal menolak perlahan pintu bilik Arisa. Dilihat sekujur tubuh sedang terbaring di atas katil. Naufal mendekati Arisa. Dia tersenyum kecil. Dia juga begitu letih melayan tetamu hari ini.

Naufal menarik selimut menutupi tubuh Arisa. Sambut Arisa yang tertutup wajahnya diselak ke belakang. Naufal mencium perlahan dahi Arisa.

Setelah menutup suis lampu bilik, Naufal baring di sebelah Arisa. Dia terus terlena.

Sayup-sayup kedengaran azan subuh membuatkan Arisa tersedar dari lenanya.

Perlahan-lahan Arisa membuka matanya perlahan. Matanya yang tadi masih layu terus terbuka luas apabila melihat seorang lelaki di sebelahnya.

Arisa terus bangun dari pembaringan nya. Dengan pantas dia menjerit.

" Arghhhh! Kau siapa ha?! Kenapa kau tidur dalam bilik aku?! Keluar!!! " badan Naufal di pukul kuat.

Naufal yang masih mamai terpinga-pinga.

" Perogol!!! Mak! Ayah! Tolong Risa! " Arisa menjerit sekuat hati.

Pak Samad dan Mak Yam terkocoh-kocoh berlari ke bilik Arisa.

Naufal menekup pantas mulut Arisa.

" Risa behave. Saya suami awak. Saya bukan perogol. Saya tak buat apa-apa pun dekat awak " Naufal cuba menenangkan Arisa.

Arisa menggigit kuat tangan Naufal yang menekup mulutnya itu.

" Arghh sakit Risa " Naufal membelek jarinya yang sudah bertanda dengan gigitan itu.

Mak Yam terus menolak pintu bilik anak menantunya itu.

" Apa dah jadi ni? Terjerit-jerit subuh macam ni? " soal Mak Yam.

Arisa terus berlari mendapatkan Mak Yam. Tubuh mak nya itu dipeluk kuat.

" Mak, dia tu perogol. Dia nak rogol Risa " adunya.

Pak Samad sudah menggelengkan kepalanya.

" Hey Risa, perogol yang kau cakap ni suami kau. Kau lupa kau baru bernikah semalam? Apa wayar kau dah putus ke ha? " marah Mak Yam.

Arisa baru teringat yang dia sudah bernikah semalam. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Naufal hanya tunduk.

" Sudah pergi mandi, amik wudhuk. Kita solat subuh berjemaah " arah Pak Samad.

Pak Samad terus berlalu keluar dari bilik Arisa. Mak Yam memberikan jelingan tajam pada Arisa sebelum keluar dari bilik.

" Sakit tau Risa, awak gigit tangan saya " Naufal bersuara memecah kesunyian.

" Sorry lah. Siapa suruh buat orang terkejut " .

" Risa, saya tahu awak tak bersedia lagi. Saya takkan pernah paksa awak. Saya akan tunggu sampai awak betul-betul bersedia. Saya tak akan ambil kesempatan pun ke atas awak. Awak jangan risau, saya pegang pada janji saya " Naufal mencapai tuala mandi lalu terus keluar daripada bilik.

Arisa duduk di birai katil. Dia mengeluh panjang. Kalaulah dia tidak buat keputusan bodoh ini. Pasti semua ini tidak akan terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience