BAB 14

Romance Completed 25600

" Hello, Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam, pakcik. Ada berita gembira untuk Naufal ke? " soal Naufal teruja.

Sudah lama dia menantikan panggilan daripada Pak Samad.

" Teruja betul Naufal ya. Sama jugak macam Arisa " .

" Ha? Yeke pakcik? Maknanya Risa setuju lah ni? " .

" Iya Risa setuju kahwin dengan Naufal " .

" Alhamdulillah. Terima kasih pakcik. Terima kasih banyak-banyak. Saya janji akan jadi suami yang terbaik untuk Arisa nanti " .

Pak Samad tersenyum mendengar kata-kata Naufal.

" Iya Naufal. Jadi bila Naufal nak datang meminang? " .

" Minggu depan. Naufal bawak keluarga Naufal datang ya. Pakcik tunggu tau " .

" Baiklah kalau macam tu. Nanti apa-apa beritahu pakcik ya. Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam " .

Pak Samad menamatkan panggilan. Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Macam-macam karenah budak-budak zaman sekarang ni.

" Mama, Naufal nak cakap sekejap boleh tak? " .

" Apa dia Naufal? " soal Datin Azura.

Naufal melabuhkan punggungnya di atas sofa.

" Naufal nak kahwin " .

" Seriously sayang? Dengan siapa? " soal Datin Azura teruja.

" Dengan Arisa. Dia anak ketua kampung yang Naufal tumpang tidur rumah dia haritu. Naufal suka dengan dia mama. Sebab tu Naufal nak kahwin " terang Naufal.

" Orang kampung? No Naufal. Mama tak suka. Mama dah agak dah. Benda ni mesti akan terjadi. Carilah orang lain Naufal " .

" Tak mama. Dia baik. Family dia orang dari keturunan yang baik-baik. Naufal ikhlas nak jadikan dia isteri Naufal. Please mama. Naufal tak pernah minta apa-apa dengan mama, sekali ni jer mama. Demi kebahagiaan Naufal " .

Datin Azura mengeluh perlahan. Dengan Naufal susah untuk dia membantah. Anaknya itu pandai memujuk hatinya.

" Baiklah mama setuju. Tapi jangan salahkan mama kalau mama tak berapa nak suka dengan dia. Bila Naufal nak mama hantar rombongan meminang? " .

Senyuman terukir di bibir Naufal apabila mendengar jawapan Datin Azura.

" Minggu depan. Thank you so much mama. Naufal akan buktikan, Arisa adalah pilihan terbaik Naufal " tangan Datin Azura digenggam erat.

Datin Azura tersenyum kelat. Meskipun dia seakan tidak merelakan, demi kebahagiaan anaknya itu dia terpaksa terima.

" Risa, mak nak tanya lagi sekali ni " .

Arisa yang ralit menonton rancangan kartun Upin Dan Ipin itu dipandang tajam.

" Apa mak? " soal Arisa. Matanya masih lagi terarah ke kaca televisyen.

" Macam ni nak kahwin? Masih lagi tengok cerita kartun. Tak payah lah kahwin kalau macam ni. Belum cukup matang lagi Risa ni " .

Arisa dengan pantas menutup suis televisyen. Dia terus berpaling menghadap Mak Yam.

" Alah mak, janganlah macam ni. Risa nak kahwin. Biasalah tengok cerita kartun tu, bolehlah mak, Risa nak kahwin " .

" Gatal sangat dah nak kahwin. Terdesak? Ha? Dah miang sangat ke ? " .

Arisa tersengih-sengih memandang Mak Yam.

" Betul Risa nak kahwin ni ? Boleh pegang tanggungjawab sebagai seorang isteri ? " soal Mak Yam serius.

Dia memandang serius soal perkahwinan. Tidak mahu anaknya itu menyesal suatu hari nanti.

" Iya mak. Risa setuju. InsyaAllah Risa akan cuba jadi isteri yang baik " .

" Hmm mak bukan apa. Mak tak nak kau menyesal kemudian hari nanti. Kau tu muda lagi Risa " .

" Insya Allah Risa buat keputusan yang betul. Mak jangan risau okay " .

Berat hati Mak Yam untuk melepaskan anak daranya itu berkahwin. Dia kenal Arisa, gadis itu terlalu muda untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience