BAB 12

Romance Completed 25600

Arisa berjalan sendirian menuju ke rumah Najwa. Tayar basikalnya pancit, jadi dia hanya berjalan kaki.

" Woii! " jerit seorang perempuan.

" Bala dah sampai dah " Arisa mengeluh panjang.

Walaupun dia tidak melihat siapa pemilik suara itu, dia kenal sangat dengan pemilik suara itu.

Arisa berpaling. Kan betul sangkaannya.

" Kau nak apa? " soal Arisa.

" Eh Risa kau ni tak tahu malu ke ha? Dasar perampas. Dah lah tak laku, nak rampas kekasih orang pulak " hambur Nadia.

" Apa masalah kau ni Nadia? Bila masa pulak aku rampas kekasih pujaan hati kau tu? " .

" Kau ingat aku tak tahu? Kau pergi menggatal dengan dia kat warung haritu. Perempuan jenis apa kau ni ha? " Nadia menolak bahu Arisa.

Terdorong ke belakang Arisa apabila ditolak Nadia.

" Eh kau jangan nak sentuh-sentuh aku ea! Kau dengar sini, kekasih hati kau tu yang gatal. Dia yang sibuk terhegeh-hegeh nak berkawan dengan aku. Aku pun tak hingin lah setakat lelaki macam tu " .

" Mulut kau jaga baik sikit ea Risa, memang kau tu perampas. Takda siapa nak kan kau. Walaupun kau tu anak ketua kampung, kau jangan ingat kau boleh buat apa kau nak! " .

" Aku bukan macam kau. Loser " Arisa tersenyum sinis.

" Biadap! " Nadia mengambil tepung yang baru sahaja di belinya di kedai runcit tadi.

Plastik tepung itu di koyakkan lalu di siram tepung itu pada Arisa. Arisa dengan pantas cuba menepis. Namun apalah daya dia, Nadia lebih berisi daripadanya yang kurus kering itu.

Setelah mereka berdua bergelut, Nadia terus berlalu meninggalkan Arisa yang satu badannya sudah dimandi dengan tepung.

Arisa pantas melangkah pulang ke rumah. Niatnya yang ingin ke rumah Najwa terus terbatal.

Dari jauh Mak Yam melihat anak daranya itu. Satu badan sudah dipenuhi tepung.

" Oi Arisa! Apa lagi kau buat ni? " soalnya sebaik Arisa tiba di hadapan rumah.

" Nadia. Dia sakit hati dengan Risa. Dia cakap, Risa nak rampas Aiman daripada dia " .

" Yang kau pergi melayankan tu kenapa? Malu kalau orang kampung tengok kau orang bergaduh tau " .

" Mak, Risa tak salah. Risa tak melayan pun si Aiman tu. Mak ingat Risa suka ke dengan Aiman tu " .

" Sudah lah tu, lepas ni jangan dilayankan lagi. Risa bukan tak tahu perangai si Nadia tu " .

" Mak dengar dia orang dah nak bertunang. Mungkin sebab itu dia marah " sambung Mak Yam lagi.

" Risa sakit hati tau mak. Macamlah kita nak sangat kat si Aiman tu " .

" Sudah. Jangan dilayan kan lagi. Pergi masuk mandi, dah macam tepung cekodok dah mak tengok Risa ni. Tinggal nak goreng jer " Mak Yam ketawa.

" Makkkk! " protes Arisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience