BAB 9

Romance Completed 25600

" Termenung jauh Naufal. Rindukan buah hati kat KL ke? " tegur Pak Samad.

Naufal yang sejak dari tadi termenung di tangga itu tersedar dengan kehadiran Pak Samad.

" Eh pakcik. Takdalah. Saja ambil angin malam " .

Pak Samad melabuhkan punggungnya di sebelah Naufal.

" Seronok duduk kampung ? " .

" Seronok. Tenang jer. Kat KL tak macam ni. Lagipun saya takda kampung. Ini kali pertama saya duduk kampung " .

Pak Samad mengangguk faham.

" Kamu ni baik pakcik tengok. Beruntung siapa dapat kamu sebagai suami " puji Pak Samad.

Sejak pertama kali dia berjumpa dengan Naufal, dia sudah tertarik dengan budi bicara Naufal. Dia sangat hormatkan orang tua.

" Eh takdalah pakcik. Saya ni banyak kekurangan " .

" Kamu dah ada calon isteri? " .

Naufal tersenyum kelat. Lalu dia menggeleng perlahan.

" Muka dah hensem. Ada kerjaya. Kenapa tak cari? " .

" Takda yang sesuai pakcik. Lagipun saya muda lagi " .

" Berapa umur Naufal? " .

" 24 " .

" Muda sangat. Muda-muda dah berjaya. Pakcik bangga " .

" Alhamdulillah pakcik. Sebenarnya saya ambil alih syarikat arwah ayah saya. Bukanlah saya yang punya syarikat tu " cerita Naufal.

" Oh. Begitu. Tapi atas usaha kamu jugak syarikat kamu boleh naik macam sekarang. Kamu anak tunggal? " .

" Eh tak pakcik. Saya ada adik perempuan. Dia baru jer habis belajar " .

" Oh pakcik ingat kamu anak tunggal " .

" Pakcik, boleh saya tahu Arisa dah ada kekasih? " .

Pak Samad tersenyum kecil.

" Takda. Arisa tu ganas budaknya. Nakal pulak tu. Ada lah budak-budak saing dia cuba pikat dia, tapi tak jalan. Risa tu tak berminat " .

" Yeke? Alhamdulillah " .

" Kenapa? " soal Pak Samad hairan.

" Saya sebenarnya...ermm..erm " tergagap-gagap Naufal.

" Kenapa Naufal? " .

" Saya dah jatuh hati dengan Arisa " .

" Jatuh hati? Nak kata Risa tu baik dengan kamu, memang tak lah. Kamu biar betul Naufal? Tak serik dia tinggalkan kamu dekat kubur tu dulu? " Pak Samad ketawa.

Geli hatinya apabila mengenangkan perbuatan anaknya itu.

" Saya jujur dan ikhlas sukakan Arisa pakcik. Ada sesuatu yang istimewa dalam diri dia yang perempuan lain takda. Kalau pakcik sudi, saya nak jadikan dia isteri saya yang sah. Saya tahu dia masih muda, tapi pakcik jangan risau. Saya akan jaga dia macam mana pakcik jaga dia " .

" Pakcik tak dapat buat keputusan Naufal. Semua ni terletak pada Risa. Pakcik akan tanyakan pada dia nanti. Pakcik takda masalah untuk terima kamu sebagai menantu pakcik. Pakcik suka. Tapi tu lah, pakcik kena tanyakan pada Risa dulu " .

Naufal mengangguk faham. Dia juga harus menghormati keputusan Arisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience