BAB 15

Romance Completed 25600

Arisa termenung jauh. Esok rombongan meminang daripada Naufal akan tiba. Dia keliru dengan keputusan yang telah dibuat.

Andai sahaja Mak Yam tahu tujuannya berkahwin adalah kerana ingin membuktikan pada Nadia masih ada lelaki yang mahukannya. Dan lelaki itu bukan calang-calang orang. Mahu Mak Yam mengamuk jika tahu tujuannya itu.

Arisa mengeluh perlahan. Hendak patah balik pun sudah tidak berguna lagi, dia sendiri yang membuat keputusan dengan kerelaan hatinya.

" Agak-agak berdosa tak ea apa yang aku buat ni? " katanya sendirian.

" Jemput duduk Datin " pelawa Mak Yam.

Datin Azura tersenyum kelat. Dia terpaksa akur dengan keputusan Naufal. Walaupun hakikat dia tidak rela menerima Arisa sebagai menantu. Mereka berbeza darjat.

" Terima kasih " balas Datin Azura.

Terpaksa dia datang sendirian sahaja kerana semua ahli keluarganya sibuk. Anak perempuannya pulak ada saja urusan.

" Mana anak Pak Samad? " soal Datin Azura.

Sejak dari tadi dia tidak nampak kelibat gadis itu. Hanya Mak Yam dan Pak Samad sahaja dia lihat.

" Oh Risa ada di dapur. Bantu mak dia hidangkan air dengan kuih " balas Pak Samad.

Datin Azura mengangguk faham.

" Datin bertolak tadi pukul berapa? " soal Pak Samad. Terasa janggal pula apabila masing-masing diam.

" Pukul 12 tadi. Tak payah lah panggil datin. Panggil Kak Zura jer " .

Mak Yam keluar dari dapur sambil membawa dulang berisi air. Arisa pula membuntuti langkah Mak Yam sambil membawa dua piring kuih-muih.

Sebaik meletakan piring itu di atas meja, Arisa menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Datin Azura.

Datin Azura memandang wajah Arisa lama, tangan Arisa disambut. Dia mengakui Arisa memang seorang gadis yang cantik. Tapi entah mengapa hatinya sukar untuk menerima Arisa.

Setelah bersalam, Arisa meminta diri untuk masuk ke dalam bilik. Terasa janggal pula jika dia ada di situ sekali.

" Itulah anak kami, Arisa " kata Pak Samad.

Datin Azura mengangguk perlahan.

" Jemput minum datin " pelawa Mak Yam.

" Terima kasih " .

Setelah sejam kemudian mereka berbincang, Datin Azura memutuskan mereka terus bernikah tanpa bertunang. Katanya lebih mudah dan tidak membuang masa. Segala persiapan semuanya dia yang akan sediakan. Dalam masa 2 bulan lagi, Arisa dan Naufal akan dinikahkan.

Pak Samad dan Mak Yam hanya bersetuju. Dia juga kalau boleh tidak mahu membuang masa dengan bertunang. Katanya banyak dugaan dalam hubungan pertunangan.

Arisa terpaksa akur. Dia juga yang tidak sabar ingin berkahwin, jadi terpaksalah dia terima hakikat yang dia akan menjadi isteri Naufal dalam masa 2 bulan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience