BAB 3

Romance Completed 25600

Part 3.
" Naufal, pakcik tak dapat nak temankan kamu melawat tapak tu. Pakcik ada mesyuarat kat balairaya pulak tiba-tiba. Tapi jangan risau, pakcik suruh Risa hantar kan kamu nanti kat sana " .

" Baiklah pakcik. Tapi Risa nak ke? " soal Naufal.

Bukannya dia tidak tahu Arisa tidak menyukainya. Mana mungkin gadis itu sukarela mahu menemaninya ke tapak kawasan.

" Sekejap lagi pakcik cakap dengan dia. Kamu jangan risau lah. Pakcik minta maaf lah ya kalau-kalau perangai Risa tu buat kamu tak selesa " .

Pak Samad kenal sangat anak daranya itu, mulutnya cakap tidak pernah bertapis. Apa yang terlintas di hati, terus diluahkan.

" Takpalah pakcik. Risa tu budak lagi. Biasalah kan. Boleh saya tahu berapa umur dia? " .

" Risa baru jer 18 tahun. Sekarang tengah tunggu keputusan SPM, tu yang dia duduk kat rumah jer " .

" Oh. Muda lagi Risa tu rupanya. Risa seorang ke anak pakcik atau ada adik beradik lain? " .

" Takda. Risa jer lah satu-satunya anak pakcik. Mak Yam kamu tu, nampak jer marah kan Risa tu. Dalam hati dia sayang sangat. Risa tu jer lah harta yang kami ada " .

Naufal mengangguk faham.

" Risa, boleh tak jaga sikit mulut tu depan Naufal. Main lepas jer kalau bercakap " bebel Mak Yam.

" Risa cakap benda yang betul mak. Bukannnya Risa main-main. Lagipun Mamat tu bukannya kita boleh percaya sangat. Entah-entah orang jahat " .

" Eh kau ingat ni drama tv ke apa? Niat Naufal tu baik. Lagipun dia nak dirikan kilang kat sini sebab nak buka peluang pekerjaan dekat orang-orang kampung kita ni " .

Arisa mencebikkan bibirnya. Malas mahu bertekak lagi. Dia tahu walaupun dia bertekak sehingga hilang suara sekalipun dengan Mak Yam, pasti dia kalah juga.

" Lepas ni Risa tolong tunjukkan tapak tu dekat Naufal. Abah ada mesyuarat kat balairaya " arah Mak Yam.

" Tak nak. Suruhlah dia pergi sendiri " jawab Arisa pantas.

" Budak bertuah ni kan. Degil lah. Naufal tu tetamu kita, apa salahnya kalau Risa tolong tunjukkan tapak tu " .

" Tetamu? Dia tetamu mak bukan Risa. Jadi mak jer lah yang tunjukkan. Kenapa Risa pulak yang kena " Arisa terus berlalu masuk ke biliknya.

Sebelum Mak Yam mengamuk, lebih baik dia lari dahulu.

" Bertuah betul lah budak ni. Aku pulak yang dikenakan " bebel Mak Yam sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience