BAB 4

Romance Completed 25600

Part 4.
Wajah Arisa kelat sahaja apabila dipaksa menemani Naufal ke tapak projek. Jelas sekali dia tidak mahu dan terpaksa.

" Risa jom lah. Naik kereta saya sekali " ajak Naufal.

Arisa memandang tajam ke arah Naufal. Suka-suka hati jer ajak aku naik kereta dengan dia. Eh memang tak lah aku nak naik sekali.

" Tak payah. Saya lebih rela naik basikal buruk ni. Bukannya boleh percaya awak ni. Nanti bawa saya entah ke mana-mana jer " balas Arisa.

Naufal ketawa kecil. Lucu pula dia melihat gadis ini.

" Takpalah. Nak buat macam mana kan. Risa tak percayakan saya. Takkan saya nak paksa Risa pulak " .

" Memang. Memang tak percaya pun. Muka pun meragukan. Macam mana nak percaya. Dah cepat lah. You waste my time tahu tak " .

Naufal ketawa lagi.

" Wah cakap mat salleh " usik Naufal.

" Suka hati lah " Arisa terus mengayuh basikalnya.

Naufal terkocoh-kocoh masuk ke dalam keretanya.

" Nak pergi tapak kan. Haa tapak baik punya aku bagi " Arisa tersenyum nakal.

Dia memberhentikan basikalnya. Naufal juga memberhentikan keretanya. Lalu dia keluar dari kereta.

" Dah sampai ke? " soal Naufal.

" Dah. Depan tu. Belah kiri tau " .

" Dah tu kenapa berhenti kat sini? " .

" Saja jer. Emm...saya nak cepat balik rumah ni. Awak balik sendiri ea nanti. Saya sakit perut. Bye " Arisa terus berlalu mengayuh basikalnya.

Senyuman tidak putus-putus di bibirnya.

Naufal termanggu seketika.

" Dia tinggal aku macam tu jer? Depan tu, belah kiri " Naufal masuk semula ke dalam kereta.

" Eh Risa, sekejapnya. Naufal mana? " soal Mak Yam.

" Er...er dia ada kat tapak. Lepas tunjuk tapak tadi, Risa balik lah. Tak manis lah mak kalau berdua jer kat tapak tu " .

" Hmm yelah. Siaplah kalau mak tahu kau buat perangai " .

Mak Yam kenal sangat anaknya itu. Ada saja rancangannya untuk mengenakan orang.

" Takda lah. Mak. Risa ni kan anak solehah " .

" Kalau anak solehah, pergi kandang lembu abah tu. Pergi bagi lembu-lembu tu makan " .

" Takpalah mak. Risa sibuk " Arisa terus berlalu masuk ke biliknya.

Mak Yam menggelengkan kepalanya. Menjaga Arisa seperti menjaga 5 orang budak kecik.

Naufal memerhati sekeliling kawasan itu.

" Kawasan perkuburan? " seram sejuk sahaja dia di situ.

Tanah perkuburan itu sunyi kerana sudah hampir senja. Siapa saja yang mahu duduk di situ.

" Risa kenakan aku ke? " .

" Atau mungkin tapak tu dekat-dekat sini? " mata Naufal melilau mencari kalau-kalau ada orang yang dapat membantunya.

Bulu roma nya meremang saja.

" Macam mana ni? Aku dah lah tak tahu sangat kawasan ni. Aduhh habislah aku " Naufal menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience