BAB 13

Romance Completed 25600

Naufal tidak senang duduk. Sekejap dia duduk, sekejap dia berdiri. Bagaikan orang angau sahaja. Namun memang benar dia sedang angau. Angaukan Arisa.

Dia tersenyum sendirian apabila mengingatkan perangai Arisa yang nakal itu.

Naufal mengambil telefon pintar nya, app galeri dibuka. Dia tersenyum melihat gambar Arisa, yang sempat dicuri ambil ketika Arisa khusyuk bermain dengan ' Leman ' .

Dia begitu berharap Arisa sudi menerimanya sebagai seorang suami. Naufal yakin, Arisa ialah pilihan yang terbaik buatnya.

Awal pagi lagi Arisa sudah bangun hari ini.

" Mak, abah mana? " soal Arisa. Sejak dari tadi matanya melilau mencari Pak Samad.

" Abah kat kandang. Awal betul bangun " .

" Risa nak pergi kandang dulu ea. Jumpa nanti. Bye " sebaik menyarungkan tudung, Arisa terus berlalu ke kandang lembu milik abahnya.

" Budak bertuah ni. Ada sajalah " bebel Mak Yam.

" Abah oh abah " terjerit-jerit Arisa memanggil ayahnya.

Pak Samad yang sedang memberi lembu makan itu terkejut. Luruh jantung orang tua itu.

" Apa kena ni Risa? " Pak Samad mengurut dadanya.

" Abah, Risa nak kahwin! " .

" Ha? " soal Pak Samad kaget. Biar betul anak daranya itu.

" Betul bah. Risa dah buat keputusan Risa nak kahwin. Risa terima pinangan Naufal. Risa serius ni abah. Tak main-main ".

" Tapi kenapa tiba-tiba? Haritu Risa cakap tak setuju. Muda lagi lah. Macam-macam alasan. Kenapa tiba-tiba nak kahwin pulak ni Risa? " .

" Macam ni bah, haritu Risa tak fikir panjang lagi. Kalini Risa yakin dengan keputusan Risa. Risa dah bersedia nak kahwin. Nak jadi isteri solehah " Arisa tersenyum simpul memandang Pak Samad.

" Risa, betul ni? " soal Pak Samad lagi.

Bab perkahwinan bukanlah satu perkara yang main-main baginya. Ini melibatkan dua buah keluarga.

" Betul abah. Percayalah. Risa dah buat keputusan ni. Risa betul-betul nak kahwin dengan Naufal " Arisa menyakinkan lagi Pak Samad.

" Kalau macam tu yelah. Nanti abah beritahu Naufal " .

" Bagi tahu sekarang ayah " kata Arisa teruja.

" Haish kan pagi lagi ni. Nanti lah tunggu siang sikit " .

" Okay abah. Abah jangan lupa beritahu pulak tau. Nanti Risa tak jadi kahwin pulak " .

Pak Samad memandang pelik kepada anaknya itu. Teruja semacam sahaja anaknya itu. Dia yakin pasti ada sebab kenapa tiba-tiba Arisa mahu berkahwin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience