BAB 22

Romance Completed 25600

" Risa, mama nak cakap sikit " .

Arisa yang sedang menyiram pokok itu terhenti seketika. Dia memandang ke arah ibu mertuanya.

" Boleh. Apa dia ma? " soalnya.

" Risa mama minta maaf sangat-sangat sebab dah pandang serong pada Risa. Mama silap. Risa baik sangat. Mama beruntung dapat menantu macam Risa. Maafkan mama " tubuh Arisa dipeluk.

Arisa tersenyum. Dia membalas pelukan Datin Azura.

" Takpa ma. Risa tahu apa yang mama buat, semuanya untuk kebaikan abang Naufal. Risa tahu mama sayang sangat dengan dia. Dan mama mestilah nak yang terbaik kan " .

" Terima kasih Risa. Beruntung Naufal sebab ada isteri macam Risa " .

" Risa pun beruntung sebab ada suami dan mak mertua yang baik sangat " .

Mereka berdua sama-sama ketawa. Naufal memerhati dari jauh. Dia tersenyum lebar melihat Arisa dan Datin Azura. Tiada lagi perang antara menantu dan mertua.

Setelah selesai memasak, Arisa bersiap untuk ke office Naufal. Hari ini dia mahu membuat kejutan pada Naufal.

Arisa mengenakan jubah berwarna biru muda dipadankan dengan shawl berwarna ungu.

Arisa merenung dirinya di dalam cermin seketika. Dia tersenyum sendirian.

Arisa pantas mencapai hand bag nya lalu terus melangkah.

" Hai. Saya nak jumpa Encik Naufal " .

" Oh. Ni isteri Encik Naufal ya? " .

Arisa mengangguk. Gadis itu memandangnya pelik. Mungkin Arisa terlalu muda baginya untuk menjadi isteri Naufal.

" Tu bilik Encik Naufal. Silakan Puan " kata gadis itu.

Arisa mengangguk sambil tersenyum. Dia terus melangkah menuju ke bilik yang ditunjukkan oleh gadis itu tadi.

Sebaik membuka pintu bilik Naufal, jantung Arisa bagaikan terhenti seketika. Dia benar-benar terkejut.

" Risa " Naufal juga terkejut dengan kehadiran Arisa.

Mata Arisa sudah berkaca.

" Risa dengar dulu, ini semua salah faham. Abang boleh jelaskan " .

" Tak payah. Saya tak nak dengar apa-apa penjelasan. Semuanya dah cukup jelas Naufal " Arisa terus berlalu meninggalkan Naufal.

Air matanya laju menitis. Kedatangannya untuk membuat kejutan pada Naufal, tapi dia pula yang diberi kejutan.

Naufal mengeluh panjang. Dia meraup rambutnya. Arisa sudah salah faham.

" Pak cik, boleh hantar saya pergi Melaka? " soal Arisa pada driver teksi itu.

" Boleh nak " jawab driver teksi itu.

Arisa termenung jauh. Sakit hatinya apabila melihat Naufal dan perempuan itu.

' Kenapa bila aku dah sayang, dia buat aku macam ni? ' .

Air matanya dikesat. Tidak mahu kelihatan lemah. Dia harus kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience