BAB 18

Romance Completed 25600

Arisa termenung memandang rumah nya. Rumah yang akan ditinggalkan sebentar lagi.

Naufal perlahan mendekati Arisa.

" Risa " panggil Naufal perlahan.

Arisa terus berpaling menghadap Naufal.

" Risa sedih sebab nak tinggalkan mak dengan ayah? " soalnya.

Arisa mengangguk perlahan.

" Tak payah lah sedih. Saya janji, bila kita free kita balik sini. Okay? Lagipun KL dengan Melaka bukannya jauh sangat. Dah jangan sedih-sedih " pujuk Naufal.

Kepala Arisa diusap perlahan.

" Saya tak pernah jauh dengan dia orang " .

" Saya tahu. Risa, tak perlu risau. Saya akan jaga Risa sebaik mungkin " .

" Boleh tak kita bawa Leman ikut sekali? " soal Arisa.

Naufal sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Serba salah dia hendak menjawab. Bahu Arisa dipegang.

" Risa, Leman tak suka duduk KL. Dia dah selesa dekat kampung ni. Lagipun kat KL tu susah lah nak cari makanan dia " .

Arisa tunduk sedih.

" Risa, jangan lah macam ni. Saya janji akan carikan Risa pets baru. Yang lagi comel daripada Leman " .

" Janji? " .

" Janji " .

Mak Yam menghampiri anak dan menantunya itu. Meskipun berat hatinya untuk melepaskan Arisa pergi, dia harus akur juga.

" Naufal, jaga Arisa baik-baik ya. Kalau dia nakal, beritahu mak " .

" Baiklah mak " .

" Mak.. " Arisa memeluk tubuh Mak Yam.

Selepas ini tiada lagi pertengkaran antara mereka berdua.

" Risa jaga diri. Ingat, jangan lawan suami. Jangan malas. Jaga makan pakai suami. Hormat suami " pesan Mak Yam.

Air matanya sudah bertakung. Hanya tunggu masa untuk menitis.

Pak Samad mendekati anak beranak itu. Dia juga sedih kerana berpisah dengan Arisa.

" Kami bertolak dulu ya mak ayah " pinta Naufal.

Mak Yam dan Pak Samad mengangguk. Mata Arisa sudah merah. Inilah kali pertama dia berjauhan dengan mak dan ayahnya.

Sebaik kereta audi milik Naufal meluncur keluar dari halaman rumah mereka, Mak Yam terus menangis. Dia sudah tidak dapat menahan lagi air matanya.

" Dah banjir dah. Lepas ni takdalah awak bergaduh dengan si Risa tu lagi kan " Pak Samad berlalu masuk ke dalam rumah.

Kata-katanya membuatkan Mak Yam bertambah sebak.

Setelah 2 jam perjalanan, mereka tiba juga di rumah Naufal.

Arisa terlena dibuai mimpi. Naufal mendekati wajah isterinya itu.

" Sayang, bangun kita dah sampai " Naufal mengejut Arisa perlahan.

Bimbang nanti jika terus dikejut, Arisa akan menggelabah. Arisa perlahan-lahan membuka matanya. Wajah Naufal terlalu dekat dengannya. Dia menjauhkan sedikit.

" Dah sampai? " soalnya.

Naufal mengangguk.

" Jom, jumpa mama " ajak Naufal.

Arisa tersenyum kelat. Inilah yang paling dia takuti. Perbualan mak mertuanya bersama Naufal tempoh hari masih segar di ingatannya.

Arisa menarik nafas perlahan. Dia harus hadapi juga. Dia harus menawan hati mak mertuanya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience