BAB 10

Romance Completed 25600

" Hati-hati memandu tu Naufal " pesan Pak Samad.

" Baiklah pakcik " .

" Ni makcik ada buat kuih sikit. Kamu makanlah nanti ya " Mak Yam menghulurkan sebekas kuih.

" Terima kasih makcik. Baik sangat makcik " Naufal menyambut huluran Mak Yam.

" Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat makcik dan pakcik yang dah banyak tolong saya. Terima kasih sangat. Takda apa saya mampu balas " .

" Takpalah Naufal. Takda salah pun bantu kamu. Kamu tu suka bantu orang, sebab tu Allah permudahkan urusan kamu. Insya Allah, 2 bulan lagi siaplah kilang tu " kata Pak Samad.

" Betul tu Naufal. Terima kasih lah ya sebab bukak peluang pekerjaan kepada orang-orang kampung ni " ucap Mak Yam.

" Tak ada apa lah makcik. Takda salah kan kita bantu orang. Naufal pergi dulu ya. Takut lewat pulak sampai KL nanti " .

" Naufal tak nak jumpa Risa dulu? " soal Pak Samad.

Mak Yam memandang ke arah suaminya.

" Takpalah pakcik. Sampaikan salam saya pada dia ya. Tak nak kacau dia tidur pagi-pagi buta macam ni " .

" Ha iyalah. Nanti nak datang, beritahu ya " .

" Baiklah. Assalamualaikum " Naufal masuk ke dalam keretanya. Enjin kereta dihidupkan.

" Waalaikumsalam " jawab Pak Samad dan Mak Yam. Mereka berdua menghantar pandangan sehinggalah bayang kereta Naufal hilang.

" Abang, ada apa-apa ke yang saya tak tahu? " soal Mak Yam.

Pak Samad tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

" Ishh orang tanya dia, dia boleh senyum pulak " bebel Mak Yam sendirian.

" Mak, selamat pagi " ucap Arisa yang baru sahaja keluar dari biliknya.

" Banyaklah kau punya pagi. Kau tak nampak matahari dah terpacak atas kepala tu " balas Mak Yam.

" Mana-mana? Takda pun " Arisa sengaja buat aksi mencari-cari sesuatu di atas kepalanya. Kemudian dia ketawa.

" Bertuah punya budak. Bangun dah lah lambat. Dia buat lawak pulak kat sini " bebel Mak Yam.

Sehari tidak membebel hidup Mak Yam bagaikan ada yang tidak sempurna.

" Mak ni, Risa mengantuk lah. Semalam tidur lewat tengok drama korea. My oppa hensem sangat " .

" Banyak lah kau punya opah " .

Arisa ketawa memandang Mak Yam. Gurauan mereka memang kasar, tetapi itu sudah menjadi rutin harian mereka.
" Yang kau bertudung dalam rumah ni kenapa? Dah buang tebiat? " soal Mak Yam.

" Lah ' anak angkat ' kesayangan mak kan ada " sengaja ditekan perkataan ' anak angkat ' .

" Dia dah balik. Dah mak nak masak. Layankan kau, sampai ke sudah kerja aku tak siap " Mak Yam terus berlalu ke dapur.
" Dah balik? Awalnya. Ish biarlah dia Risa, ada aku kisah dia dah balik ke tak " Arisa bercakap sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience