BAB 5

Romance Completed 25600

Part 5.

" Yam, mana Naufal? " soal Pak Samad.

" Dia pergi melawat tapak lah bang. Risa hantarkan tadi. Lepastu dia balik " .

" Aikk, balik dari balairaya tadi abang ada singgah tapak tu. Takda sesiapa pun " .

" Betul ke bang? Jangan-jangan Naufal sesat? Ni mesti kerja Risa ni bang " .

" Awak ni. Sabarlah. Tunggu sekejap lagi. Kalau dia tak balik jugak, kita pergi cari dia " cadang Pak Samad.

" Iyalah bang. Abang minumlah dulu " .

Pak Samad meneguk kopinya perlahan.

" Assalamualaikum Pak Samad oh Pak Samad " panggil Abu.

" Waalaikumsalam. Ada apa ni Abu? " soal Pak Samad.

" Ni tadi saya jumpa ada orang pengsan kat kubur " terang Abu.

Sewaktu dia berjalan ingin ke surau untuk menunaikan solat maghrib, dia terlihat seorang lelaki yang sedang terbaring kaku.

" Ya Allah. Siapa orangnya? Mana dia sekarang? " soal Pak Samad risau.

Sebagai ketua kampung dia sangat prihatin dengan apa yang terjadi.

" Ada kat rumah Ustaz Amirul. Saya rasa dia tu kena kacau Pak Samad " .

" Beginilah, lepas solat maghrib nanti kita pergi melawat dia lah ya. Pak Samad rasa dia tu Naufal " .

" Baiklah Pak Samad " .

Pak Samad yakin ini kerja anak daranya. Kenal sangat dia dengan perangai nakal Arisa.

" Apa nak jadi ni Risa? Mak dah agak dah. Mesti kamu ada buat benda tak baik dengan Naufal. Mak suruh kamu tunjukkan dia tapak tu bukannya pergi bawak dia kat tanah kubur tu " bebel Mak Yam.

Telinga Arisa sudah merah mendengar bebelan maknya sejak dari tadi.

" Takpa makcik, saya okay. Pengsan sikit jer sebab terkejut tadi " kata Naufal.

Meskipun dia geram kerana Arisa mempermainkan nya, dia tidak sanggup melihat gadis itu dimarahi sejak tadi. Kasihan pula rasa hatinya.

" Naufal, Risa ni tak boleh dibiarkan sangat. Naik lemak dia nanti. Risa nak mak hantar Risa kat kubur tu malam ni jugak ke? " .

Arisa membulatkan matanya. Kubur?

" Tak nak " laju sahaja dia menjawab.

Naufal tersenyum melihat Arisa.

" Mak nak Risa minta maaf dengan Naufal " .

" Bukan salah Risa. Risa cuma nak bergurau jer dengan dia " .

" Banyaklah kamu punya bergurau. Minta maaf sekarang " arah Mak Yam.

" Sorry " kata Arisa sepatah.

" Hey sorry naik lori lah. Minta maaf betul-betul Nur Arisa " .

Arisa mengeluh perlahan.

" Wahai Encik Naufal, saya minta maaf. Lepas ni kalau nak pergi kubur lagi, cakap lah ea. Saya bawak kan " Arisa terus melangkah masuk ke dalam biliknya.

" Bertuah punya budak. Maaflah ea Naufal. Risa tu memang macam tu. Degil. Pening makcik nak melayan " .

" Eh takpa makcik. Biasalah tu. Nak bergurau " .

Mak Yam tersenyum kecil. Baik betul budak Naufal ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience