BAB 21

Romance Completed 25600

" Sayang nak beli apa-apa tak? " soal Naufal.

Sejak dari tadi mereka berpusing-pusing di mall itu tetapi Arisa tidak membeli apa-apa pun.

" Tak nak lah. Takda yang menarik pun " balasnya.

" Baju? Kasut? Tak nak beli? " soal Naufal lagi.

Pelik dia melihat isterinya itu. Perempuan mana yang menolak apabila shopping. Arisa begitu berbeza.

" Tak nak. Baju yang abang belikan hari tu pun Risa belum habis pakai lagi. Membazir jer lah " .

Datin Azura hanya memandang anak dan menantunya itu. Sengaja dia mengikut Naufal ke mall. Dia ingin melihat sama ada menantunya itu kaki kikis ataupun tidak.

" Iya lah sayang. Mama nak beli apa-apa lagi? " .

" Takpalah. Ni dah banyak mama beli " .

" Okay. So jom balik. Lepastu kita singgah makan kat restoran western tu " ajak Naufal.

Arisa dan Datin Azura hanya mengikut. Mereka bertiga berjalan ke parking lot.

" Alamak, Naufal nak pergi toilet sekejap. Mama dengan Risa tunggu sini sekejap boleh? " .

" Iyalah. Cepat sikit " balas Datin Azura.

Naufal terus berlalu ke tandas.

Arisa hanya diam. Tidak tahu ingin berborak apa dengan mak mertuanya itu.

Tiba-tiba datang seorang lelaki memaki topeng, dia terus menarik tas tangan Datin Azura.

Arisa segera merampas semula tas tangan itu. Datin Azura sudah cemas. Parking lot itu sunyi. Jadi sukar untuknya meminta pertolongan.

" Bagi balik lah " Arisa menarik sekuat hatinya tas tangan itu.

" Jangan harap. Baik kau lepas. Sebelum aku bunuh kau ! " ugut lelaki itu.

Arisa masih tidak melepaskan tas tangan itu. Malah semakin kuat dia menarik.

Lelaki itu mengeluarkan pisau lipat dari poketnya. Dia mengacukan pada Arisa.

" Risa, biarkan jer dia ambil! Tolong! " jerit Datin Azura.

Arisa cuba merampas pisau dari tangan lelaki itu. Namun entah apa silapnya, pisau itu tertusuk di pergelangan tangannya.

" Arghh " jerit Arisa. Darah pekat sudah pun mengalir.

" Woii! " .

Lelaki itu terus berlari meninggalkan Arisa dan Datin Azura. Dia tidak sempat untuk mengambil tas tangan milik Datin Azura itu.

Naufal berlari ke arah isteri dan ibunya.

" Risa, Ya Allah macam mana boleh jadi macam ni? " .

" Sikit jer " kening Arisa berkerut menahan sakit.

" Naufal cepat kita bawak Risa pergi klinik " arah Datin Azura.
Naufal menurut. Dia terus membawa Arisa masuk ke dalam kereta.

" Sayang please jangan buat abang risau lagi lepas ni. Biar jer dia nak ambil hand bag tu. Duit boleh cari sayang, tapi nyawa? Tak ada ganti " bebel Naufal.

Teringat pula Arisa pada Mak Yam. Naufal nampaknya sama seperti Mak Yam, suka membebel panjang.

" Sikit jer lah. Risa cuma pertahanka hak mama jer. Kalau biarkan orang macam tu, lagi lah dia suka meragut " .

" Sikit apanya Risa? Doktor cakap sikit lagi nak kena nadi tu tau. Bahaya tahu tak " .

" Yelah. Risa janji lepas ni Risa akan hati-hati " .

Naufal tersenyum kelat. Rambut Arisa diusap perlahan.

" Dah, pergi rehat " arah Naufal.

Arisa hanya mengikut. Dia melangkah ke bilik.

Naufal mengeluh perlahan. Mujur sahaja Arisa tidak apa-apa. Risau hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience