BAB 1

Romance Completed 25600

Part 1.
" Naufal gerak dulu ya mama. Takut terlewat pulak nanti " pinta Naufal.

" Iyalah. Jaga diri kat kampung tu. Bukan boleh percaya sangat orang kampung ni sebenarnya " nasihat Datin Azura.

Berat hatinya untuk melepaskan anak bongsunya itu pergi. Jika tidak kerana projek syarikat, dia tidak akan membenarkan anaknya pergi.

" Naufal ingat ma. Dah beratus kali mama pesan. Take care. I love you " pipi Datin Azura dicium seketika.

" I love you too " balas Datin Azura.

Sebaik menghidupkan enjin keretanya, kereta mewah itu terus meluncur laju. Datin Azura hanya memerhati sehinggalah bayang kereta anaknya itu hilang.

" Risa, cuba kau tolong mak ni. Daripada tadi baca novel tu. Apa mak ni tak cukup menarik? Novel tu lagi menarik? " bebel Mak Yam.

Itulah rutin anak daranya itu selepas habis SPM. Arisa hendak bekerja sementara menanti keputusan SPM nya tetapi dia tidak izinkan kerana bimbang keselamatan anaknya itu. Katanya di pekan itu bahaya. Sudah lah Arisa satu-satunya anak yang dia ada.

" Mak ni, cair taik telinga Risa dengar mak membebel. Memanglah novel ni lagi menarik. Cerita cinta. Mak ni kacau jer Risa tengah feeling feeling " balasnya.

" Banyaklah kau punya feeling feeling. Kau ingat ni drama? Cepat tolong mak masak. Sekejap lagi ada tetamu nak datang rumah " .

Arisa akhirnya melangkah juga ke dapur dalam keadaan terpaksa. Bimbang nanti satu kampung dengar mak nya menjerit. Dengan Mak Yam jangan berani main-main..

" Siapa pulak nak datang mak? Anak raja datang nak meminang Risa ke? " .

Mak Yam dengan pantas mencubit lengan anak daranya itu.

" Sakit lah mak " Risa mengusap-usap lengannya.

" Padan muka. Siapa suruh gatal sangat. Dah tak sabar nak berlaki ke? " .

" Mak ni. Mana lah tahu kan kot-kot jodoh Risa sampai awal. Rezeki tu mak " .

" Banyaklah kau punya rezeki. Tanah Pak Man dekat hujung kampung tu kan ada orang beli. Orang tu nak datang melawat kawasan katanya tanah tu nak buat kilang sebab tu abah jemput orang tu makan dekat rumah kita " .

Arisa mengangguk faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience