BAB 23

Romance Completed 25600

Naufal berulang kali mendail nombor telefon Arisa. Namun tiada jawapan.

Dia terus memandu pulang ke rumah.

" Risa.. Risa " panggilnya.

Dilihat dalam bilik, Arisa tiada.

" Bibik " .

Bibik terkocoh-kocoh datang kepada Naufal.

" Iya encik " .

" Arisa mana? " soal Naufal.

" Puan Risa keluar daripada pagi tadi. Sampai sekarang belum balik " .

" Oh okay takpa " .

Naufal meraup wajahnya. Dia yakin Arisa pulang ke rumah mak dan abahnya.

Telefon bimbit Naufal berbunyi tanda ada panggilan masuk. Terpapar nama ' Abah ' di skrin telefonnya.

Benar tekaan Naufal. Arisa berada di rumah mak dan abahnya. Naufal sedikit lega. Sekurang-kurangnya dia tahu Arisa selamat.

Baru sahaja tadi Pak Samad memberitahunya. Naufal segera bersiap. Dia harus memujuk Arisa.

Merah telinga Arisa mendengar bebelan Mak Yam sejak dia sampai tadi.

" Mak...anak mak Risa tau. Bukan Naufal. Yang mak asyik sebelahkan dia kenapa? " .

" Dah memang kau tu yang salah. Eh Risa, kau tahu apa hukum isteri keluar rumah tanpa izin suami? " .

Arisa terdiam.

" Bukan salah Risa. Siapa suruh dia menggatal dengan perempuan lain " .

" Kau yakin dia menggatal? Kau ada bukti? " .

" Risa nampak mak. Risa nampak dengan biji mata Risa sendiri. Perempuan tu peluk leher dia. Dia pulak pegang pinggang perempuan tu. Sakit hati Risa tahu tak " .

" Habistu kau dah tak reti nak bincang elok-elok ? Risa ingat lari dari masalah ni elok sangatlah? " .

Arisa diam. Dia malas mahu bertekak lagi.

" Dah lah. Risa nak rehat. Penat " Arisa berlalu masuk ke dalam biliknya.

Mak Yam menggelengkan kepalanya. Pening dia memikirkan anaknya itu.

Arisa melihat telefon bimbitnya. Ada 53 missed call daripada Naufal.

Dia mencampakkan telefon bimbitnya di atas tilam. Malas mahu mengambil tahu lagi.

Matanya dilelapkan. Arisa terus hanyut dalam mimpi.

Naufal terus mencari isterinya itu. Kata Mak Yam, Arisa sedang berehat di dalam bilik.

Naufal menolak perlahan daun pintu bilik Arisa. Di lihat sekujur tubuh sedang terbaring di atas tilam.

Baru lega hatinya melihat Arisa sudah berada di depan matanya.

Dia juga terasa letih kerana memandu kereta dari KL ke Melaka. Naufal terus baring di sebelah Arisa.

Dia menarik Arisa ke dalam pelukannya. Mereka berdua hanyut di buai mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience