BAB 16

Romance Completed 25600

2 bulan kemudian...

" Aku terima nikahnya Nur Arisa Binti Abdul Samad dengan mas kahwin sebanyak 500 ringgit tunai " .

" Sah? " .

" Sah " .

" Alhamdulillah " .

Dengan sekali lafaz, Arisa kini menjadi isteri yang sah untuk Naufal.

Naufal perlahan bangun mendekati Arisa untuk sesi pembatalan air sembahyang.

" Hulur tangan tu Risa " arah Mak Yam disebelahnya.

Arisa menghulurkan tangan kanannya. Naufal tersenyum lebar memandang Arisa. Gadis itu sangat cantik apabila mengenakan sedikit solekan di wajahnya.

Naufal perlahan-lahan menyarungkan cincin di jari manis Arisa.

" Salam suami " arah Mak Yam lagi.

Arisa hanya mengikut. Tangannya sejuk kerana terlalu takut. Inilah kali pertama ada lelaki menyentuhnya selain Pak Samad.

Tangan Naufal dicium perlahan. Tetamu yang hadir tidak putus-putus mengambil gambar mereka.

Naufal mendekati bibirnya di telinga Arisa.

" Kenapa sejuk sangat tangan ni? Takut ya? " bisik Naufal di telinga Arisa.

Arisa membulatkan matanya. Perasaan takut semakin meningkat di dalam dirinya.

" Cium dahi isteri tu, kami nak ambil gambar " arah seorang cameraman.

Naufal hanya mengikut. Jantung Arisa bagaikan hendak terkeluar sahaja.

Naufal perlahan-lahan mencium dahi Arisa. Arisa memejamkan matanya. Berharap ini semua hanyalah mimpi buatnya.

Najwa tersenyum lebar melihat sahabatnya itu. Siapa sangka, jodoh Arisa sampai dahulu sebelumnya. Datin Azura tersenyum bahagia melihat wajah Naufal. Jelas Naufal bagitu bahagia.

Selesai majlis pernikahan mereka, mereka terus bersanding. Ini semua permintaan Arisa. Dia mahu menggabungkan sekali. Katanya lebih mudah dan tidak begitu penat.

Setelah habis majlis, Datin Azura dan Hana, adik Naufal meminta diri untuk pulang.

" Mama balik dulu, take care okay " pesan Datin Azura.

Naufal mengangguk perlahan. Tangan Datin Azura dipegang erat.

" Thank you for everything mama. Naufal sayang mama. Naufal tahu mama belum dapat terima isteri Naufal sepenuhnya. Tapi percayalah, mama akan terima juga dia suatu hari nanti. I love you so much mama. Walaupun Naufal dah ada Risa, mama sentiasa ada di hati Naufal " .

Datin Azura tersentuh mendengar kata-kata Naufal. Dia mengangguk perlahan.

" I love you too. Be a good husband. Jaga dia baik-baik " .

Naufal tersenyum kecil. Dia kenal sangat dengan Datin Azura. Hatinya yang keras itu mudah sahaja cair dengan anak-anaknya.

" Hana, jaga mama baik-baik okay " Naufal mengusap rambut Hana perlahan.

" Alright boss " balas Hana.

Naufal menghantar mereka sehingga ke kereta. Setelah kereta yang dipandu Datin Azura meluncur keluar dari halaman rumah mertuanya, Naufal masuk semula ke dalam rumah.

Sejak tadi Arisa memerhati Naufal dan keluarga mertuanya. Dia sedikit kecil hati kerana ibu mertuanya sendiri tidak dapat lagi menerimanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience