BAB 5

Romance Completed 192587

LANGKAH kakinya terhenti saat telefon bimbitnya berbunyi. Elena mengagau tangannya ke dalam beg tangannya dan saat menjumpai, laju jarinya menekan butang hijau setelah melihat nama pemanggil. Langkah kakinya diatur semula.

" Waalaikumusalam umi...."

..............................

" Ya baru habis kelas, ada apa ya umi?"

…............................

" Nanti El beritahu Jiha. Inshaallah kami akan usahakan untuk hadir nanti. Lagipun sekarang dah nak masuk musim peperiksaan, ada pelajar request extra class tapi El dan Jiha akan cuba ya Umi."

Langkah kakinya terhenti saat ada sekumpulan pelajar melangkah keluar dari dewan auditorium. Sempat Elena membalas senyum kepada pelajar yang menegur dirinya. Telinganya masih mendengar butir bicara umi Khadijah ditalian. Dan setelah itu Umi Khadijah menamatkan talian.

Elena menyimpan semula telefonnya ke dalam beg tangannya. Baru saja dia ingin melangkah, Mata dan telinganya menangkap keriuhan di depan pintu dewan auditorium itu. Dilihat ramai pelajar yang kebanyakkannya perempuan sedang berkerumum di situ.

Setahu dia dewan itu selalu digunakan oleh pihak universiti untuk mengadakan seminar ataupun ceramah dan dia tahu nak sampai musim peperiksaan ini akan ada ceramah untuk bangkitkan semangat pelajar. Selalunya tokoh-tokoh serta seseorang yang berpengaruh akan dijemput untuk memberikan talks.

" Handsomenya! Kaya pulak tu, Hai untung la siapa dapat dia."

Elena mendengar kata- kata seorang pelajar perempuan yang duduk di sebelah kirinya. Tersenyum Elena mendengarnya. Jiwa muda!

Baru saja dia ingin melangkah meninggalkan tempat itu, tiba- tiba namanya di panggil membuatkan kakinya yang baru saja melangkah terus kaku.

Dia mendongak kepalanya mencari dari mana datangnya suara itu. Dan saat matanya meliar ke arah kerumunan orang itu, ada wajah menyinggah pandangannya. Dia kenal malah cukup kenal. Mata kelabu itu sedang merenung ke arahnya bersama senyuman. Elena membalas senyum itu.

Setelah meminta diri dari beberapa staf yang mengiringinya dan Para pelajar juga turut memberi ruang untuk lelaki yang kemas memakai suit biru gelap itu melangkah ke arah Elena.

" Elfan..."

" Hai Elena... Baru habis kelas ke?" soal Elfan saat mendekat. Elena mengangguk.

" Are you the guest for that program?" soal Elena sambil menjeling ke arah banner di sebelah pintu dewan itu.

Elfan mengangguk.

" For business's students. Saya pun tak sangka dapat invitation." ujar Elfan lagi tersenyum

" You one of successful entrepreneur, that's why they choose you." ujar Elena tersenyum.

" Saya hanya sambung legasi arwah daddy saya,Elena. He started everything. Dan papa yang banyak ajar, sepatutnya papa saya yang patut bagi talks." ujar Elfan merendah diri.

" Kalau papa awak, agak- agak ramai students datang tak? Don't offended, to get students attention they must find something interesting to show, like you." ujar Elena mengundang tawa kecil Elfan. Elena yang melihat Elfan tertawa itu turut tersenyum lucu.

" Saya bercakap dari pengalaman,Elfan. pelajar sekarang tak macam dulu. Kita kena kerah akal macam mana nak tarik minat mereka untuk attend program terutama ceramah. Bukan wajib cari yang good looking guest tapi much better if they can tackle student's attention. Kalau itu berjaya, students akan give fully attention dan saya rasa nak sujud syukur sebab itu petanda program tu berjaya." Ujar Elena tersenyum lebar menjelaskan betapa dia gembira.

Elfan Yang mendengar turut tersenyum melihat wajah Elena yang seakan bercahaya saat bercerita.

" i think if you bagi speech, mesti dewan penuh dengan students lelaki rasanya." gurau Elfan.

Dia pernah berbual dengan Erika dan adiknya itu suka berkongsi tentang gosip- gosip Elena di kampus kepadanya. Katanya Elena antara favourite lecturer di kampusnya dikalangan pelajar senior terutama pelajar lelaki. Elena bukan seorang yang tegas namun pelajar akan sentiasa dengar katanya. Mungkin kerana kelembutan Elena melayan para pelajarnya membuatkan pelajar begitu menghormati dia. Dan kata Erika lagi, Elena sentiasa dicari untuk para pelajar mendapatkan nasihat.

" Saya masih lagi belajar dalam dunia pendidikan ni. sekadar memberi ilmu kepada para pelajar saya dikelas itu saja saya mampu."

" Saya pun sama, masih belajar dalam dunia perniagaan dan hari ni saya berbesar hati dapat kongsikan pengalaman saya dengan pelajar yang akan menempuhnya di masa hadapan." Balas Elfan.

Elena mengangguk tanda menyetujui kata- kata Elfan. Elfan tidak lepas merenung ke wajah manis Elena. Dia gembira kerana mereka berdua semakin rapat, walaupun selalu perbualan mereka tidak berkisar tentang hati dan perasaan, namun itu sudah cukup menggembirakan Elfan.

" Your students are so lucky because have a lecturer like you..."

Elena merenung ke mata Elfan. Tiba- tiba jantungnya berdegup kencang. Renungan itu sungguh dalam menusuk ke hatinya. Dia cuba mencari maksud renungan itu sehinggalah dia seakan tersedar sesuatu. Terus Elena melarikan pandangan matanya.

" Ehem... Hurm saya minta diri dulu..." Ujar Elena tanpa memandang ke wajah Elfan.

" Nice to see you today,Elena..." ujar Elfan tersenyum.

Elena hanya mengangguk sambil tersenyum nipis. Lalu dia terus membuka langkah meninggalkan Elfan disitu dan fikiran Elfan turut mengekori langkah Elena sehinggalah dia mendengar keluhan yang agak kuat dari kirinya. Terus dia menoleh dan saat itu terpacul wajah Erika yang sedang berpeluk tubuh sambil matanya turut melihat langkah Elena yang makin menjauh.

" Eri rasa abang kena ambil kelas la..."

Elfan menjungkitkan sebelah keningnya tanda tidak faham saat mata Erika beralih kepadanya.

" Seriusly Mr. Elfan Gillton? Abang ni memang tak pandai mengurat ke apa? Kenapa tak ajak Kak El pergi minum? Time ni la abang nak rapat dengan dia!" ujar Erika.

" Eri, please don't start it. She's on working hours now, so do i." balas Elfan lalu melangkah menuju ke parking kereta. Erika turut mengekori langkah Elfan.

" But you can ask her to go out after work,right? Eri geram la dengan abang ni, slow sangat!" ujar Erika lagi.

Elfan yang baru membuka pintu keretanya merenung Erika yang berdiri disebelahnya. Dia menutup kembali pintu kereta lalu badannya bergerak menghadap Erika.

" Okay, actually what's in your mind, Zea Erika?" soal Elfan sambil menyilang tangannya. Erika menelan air liurnya.

Dia tahu jika abangnya itu memanggilnya nama penuh menunjukkan Elfan dalam mood serius atau marah. Dan sekarang dia telah menukar mood abangnya itu.

" Eri nak abang dengan kak El, bukan Maya." jawab Erika menunduk.

" Apa kaitan dengan Maya pula ni?" Soal Elfan hairan melihat wajah kelat adiknya itu.

" Eri dengar mama tanya abang semalam. Kenapa abang tak cakap yang abang dah ada pilihan hati? Abang macam bagi green light dekat mama untuk pilih Maya tu. Abang sepatutnya beritahu siap-siap dari perkara ni pergi lebih jauh." ujar Erika lagi.

" Why you hate Maya so much? Is there anything happened between you guys? or you know something bad about her?" Soal Elfan musykil. Jarang Erika ingin membenci seseorang kecuali ada sesuatu yang gadis itu tahu.

Melihat Erika seakan- akan cuba menggelak dari ditenung Elfan membuatkan andaian Elfan kukuh.

" Abang bukan tak nak bantah pilihan atau rancangan mama tapi abang malas nak fikirkan hal- hal macam tu. Lagipun i bet mama mesti tahu hubungan abang dengan Maya macam mana. Eri pun tahu kan Maya sekarang ni dekat mana? dah berbulan kami tak contact."

" Kalau mama tahu kenapa mama tanya abang semalam? Eri rasa mama tak tahu la bang."

Elfan lepaskan keluhan kecil.

" Okay, malam ni abang cakap dengan mama yang abang tak bersedia untuk kahwin. Okay? And Elena tak masuk campur dalam hal ni. Dah, abang nak balik office sekejap. Malam nanti dinner sekali. Jangan gatal nak lepak, abang suruh papa potong elaun nanti!" ugut Elfan lalu meromboskan badannya ke dalam kereta. Dan Terus dia meninggalkan Erika yang masih berdiri disitu.

NAJIHA tersengih melihat mug hitam yang berasap dihulurkan kepadanya.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada Elena, dia menghirup perlahan milo panas itu. Elena mengambil tempat di sebelah Najiha.

" Umi suruh kita balik hujung bulan ni." Elena memulakan bicara.

" Dewan tu dah siap ke?" soal Najiha menoleh ke arah Elena.

Elena mengangguk.

" Umi kata dah siap, semua dah complete. Hujung bulan ni nak rasmi sebab tu umi nak kita semua ada sama nanti."

" Ada tetamu penting ke nanti?"

" Umi cakap papa Elfan akan rasmikan dewan tu sebagai penghargaan kerana sudi dermakan fasiliti untuk adik- adik kita."

Najiha mengangguk.

" Betul tu, dewan tu bagi banyak sangat manfaat untuk anak- anak Teratak Jannah. Ada bilik khas untuk belajar, bilik komputer dan juga pustaka yang sangat luas.Menyenangkan untuk adik- adik kita belajar nanti."

Elena tersenyum. Dia bersetuju dengan kata- kata Najiha itu.

" Kau pernah jumpa ke dengan tan sri tu? " soal Elena ingin tahu.

" Tak pernah tapi siapa je yang tak kenal Tan Sri tu. Satu Malaysia kenal la." ujar Najiha.

" Siapa dah nama Tan Sri tu?" soal Elena ingin tahu. Baru dia sedar yang dia tidak pernah tahu nama bapa Erika itu.

"Ehem...."

Elena menoleh saat mendengar deheman Najiha. Kening Elena terjungkit saat melihat sengihan Najiha.

" Hai, nama bakal bapa mentua pun takkan tak tahu..." usik Najiha sambil menjungkit kedua keningnya serentak.

Elena menjeling tajam saat mendengar kata-kata Najiha yang seakan menjurus ke arah usikan itu. Bahaya ni, kalau dibiarkan makin melarat!

" Aku dengar kau jumpa Elfan petang tadi.."

Najiha tersengih memandang wajah Elena yang jelas kelat itu. Tahu niat hatinya itu.

kan dah cakap!

" Bukan jumpa, terserempak tadi. Dia ada program dengan business student dan aku baru habis kelas. So kitaorang borak la sekejap. Salah ke?" soal Elena yang geram melihat sengihan Najiha.

" Eh! Tak salah. Lagi baik.. Mana tahu ada cinta berputik.."

Ujar Najiha sambil mencuit- cuit lengan Elena.

"ke dah berputik tapi dalam proses nak kembang??" Usik Najiha lagi.

" Tiada yang berputik maka tiada apa yang kembang. Dahlah! malas aku layan kau, good night!"

" Wei nama papa Elfan Tan Sri...."

Elena menekup kedua telinganya dan dengan laju berlalu ke biliknya. Laungan usikan Najiha tidak diendahkan.

ELFAN melangkah laju sambil matanya mencari nombor wad yang diberitahu oleh jururawat tadi. Hampir gugur jantungnya tengah hari tadi saat membaca mesej daripada papanya sesudah dia mesyuarat tadi.

Mama kena ragut! Itu yang diberitahu papanya saat dia menelefon sebentar tadi.

Dia menolak pintu wad vip itu dan saat itu dia melihat papa sedang duduk di kerusi sebelah katil mama, tangannya erat mengenggam tangan mama seakan memberi semangat buat isterinya itu. Dia memberi salam perlahan dan saat itu TS Emran menoleh ke arahnya.

Elfan melihat ke arah sekujur tubuh mamanya yang sedang lena di atas katil. TS Emran berdiri lalu menepuk bahu Elfan perlahan lalu mengisyaratkan agar Elfan mengikutnya.

Mereka berdua berlalu ke ruang tamu kecil yang tersedia di bilik wad tersebut. TS Emran melabuhkan punggungnya ke sofa diikuti dengan Elfan.

" Macam mana keadaan mama,pa?" soal Elfan.

" Mama kamu okay cuma dia darah dia naik. Mingkin sebab terkejut kena ragut tadi. Yang lain hanya luka kecil akibat terjatuh tadi. Doktor cakap kalau darah mama kembali okay, esok atau lusa dah boleh keluar wad." Ujar TS Emran.

Elfan menarik nafas lega. Tenang sedikit hatinya saat mendengar kata-kata TS Emran.

" Macam mana mama boleh kena ragut pa?" soal Elfan lagi.

" Papa pun tak tahu,Fan. Tunggu mama sedar barulah kita tahu apa yang terjadi." Balas TS Emran lagi.

" Erika dah tahu ke pa?" soal Elfan lagi.

" Dah, dia dah on the way datang. Papa pun tunggu kamu sampai ni sebab papa kena pergi balai, tadi pegawai polis ada telefon papa dan minta papa pergi ke balai. Tapi papa tak nak tinggalkan mama kamu tu sendirian. Memandangkan kamu dah sampai, papa tinggalkan mama dengan kamu dulu ya " ujar TS Emran lalu berdiri.

Elfan mengangguk dan turut berdiri mengiringi TS Emran ke pintu wad.

" Anything call me, okay." pesan TS Emran dibalas dengan anggukan Elfan.

TS Emran meninggalkan wad itu dan setelah TS Emran berlalu, Elfan terus menutup rapat pintu. Tali leher di buka lalu dicampaknya bersama kot ke atas meja.

Elfan menyandarkan badannya ke sofa bagi menghilangkan penat. Dari pagi jadualnya penuh dengan temu janji. Makan tengah hari pun tak sempat setelah membaca mesej terus dia bergegas ke sini.

BUNYI pintu dibuka membuatkan Elfan membuka matanya. Jelas dipandangannya wajah Erika yang basah dengan air mata. Laju Erika menerpa ke arahnya.

" Mama macam mana bang? Mama okay ke?" Soal Erika lalu memeluk erat tubuh Elfan bersama tangisan.

" Shh don't cry...mama is fine. Mama tengah rehat, kita tunggu mama sedar dulu okay?" ujar Elfan memujuk Erika. Dia mengosok perlahan kepala Erika cuba meredakan tangis Erika.

" Eri takut bang. Eri tak nak hilang mama..." Ujar Erika dalam esakan.

" Everything is fine. Don't worry. Mama luka sikit je..Dah jangan nangis, Kejap lagi mama sedar kita jumpa mama okay."

Merasa seakan diperhatikan, Elfan mengangkat wajahnya dan terkedu dia seketika saat melihat satu susuk yang sedang berdiri di depan pintu bertutup itu.

" Elena...." Sebut Elfan perlahan. Saat itu dia melihat Elena tersenyum nipis kepadanya.

Mendengar nama Elena disebut Elfan, Erika merenggangkan pelukannya.

" Sorry, Eri lupa kak El ada sekali." Ujar Erika serba salah lalu dia mengajak Elena duduk di sofa.

" It's okay, akak faham..." ujar Elena lalu melabuhkan punggungnya duduk bertentangan Elfan.

" Kak El yang bawa Eri datang sini.." ujar Erika lagi.

Elfan memandang wajah Elena dengan riak blur.

" Tadi saya baru habis kelas dan nampak Erika menangis. Kebetulan saya memang dah takde kelas so dari tunggu driver datang, saya bawa Eri ke sini. Takziah atas kejadian menimpa mama awak." ujar Elena lagi.

" Terima kasih tolong hantar Eri. Maaf kalau menyusahkan awak.." ujar Elfan lagi.

" Tak susah pun.. Saya ikhlas bantu, sambil tu boleh saya melawat sekali tapi maaf sebab tak sempat beli buah tangan untuk mama awak.."

" It's okay, awak datang pun dah cukup. Terima kasih Elena.." ujar Elfan ikhlas dan dibalas dengan senyuman Elena.

" Papa mana bang?" soal Erika sambil melihat sekitar ruang itu mencari susuk ayahnya.

" Papa pergi balai, pegawai polis nak jumpa." ujar Elfan lagi.

"Owh... Boleh Eri tengok mama?" soal Erika lagi.

" Pergilah, tapi jangan ganggu mama rehat." Ujar Elfan dan setelah Erika mengangguk terus gadis itu berlalu ke bilik yang menempatkan mamanya.

Kini tinggallah Elfan dan Elena diruangan itu. Sunyi tanpa bicara. Dan tika pandangan mereka bertemu, laju Elena melarikan pandangannya. Dan Elfan pula saat Elena muncul, dia merasakan segala kekusutan tadi seakan beransur hilang.

" Ehem..."

Deheman dari Elena mematahkan renungan Elfan.

" erm.. Saya pergi beli air sekejap ya.." Ujar Elena sambil berdiri. Baru saja ingin melangkah, Elfan mula bersuara.

" Boleh awak teman saya makan?" soal Elfan membuatkan Elena terkedu seketika sebelum dia mengangguk kepalanya perlahan.

NASI goreng disuap ke mulutnya lalu dikunyahnya perlahan. Elena pula hanya diam memerhati Elfan sedang menjamu selera. Setelah memberitahu Erika, mereka berdua menuju ke kafe terletak di tingkat paling bawah hospital elit ini.

" Awak belum makan lagi ke?" soal Elena saat melihat begitu berselera Elfan makan.

Meluas mata Elena saat melihat gelenggan Elfan kerana sekarang sudah hampir pukul lima petang.

" Tak sempat, pagi tadi sempat minum kopi je, lepas tu jadual saya padat dengan temujanji dan meeting. Tadi ingat nak pergi makan tapi lepas dapat mesej papa terus datang sini." ujar Elfan lalu menyuap lagi nasi ke mulut.

" Awak boleh dapat gastrik kalau macam ni. Kerja tu kerja jugak tapi kesihatan kena jaga. Badan tu nak pakai lama. Kalau abaikan nanti dapat sakit." ujar Elena lagi.

" Thank you because concerns about me. Lepas ni saya akan lebih alert lagi." ujar Elfan tersenyum lebar membuatkan Elena tersedar sesuatu. Terus berbahang wajahnya tika itu.

" Ehem... macam mana keadaan mama awak?" soal Elena cuba mengalih topik.

" She's fine.Papa cakap darah dia tinggi, mungkin terkejut dengan apa yang berlaku. Lain cuma luka kecil akibat terjatuh.." ujar Elfan lagi.

Dia meletak sudu dan garfu ke pinggan lalu mata Elena ditatap redup.

" She's everything to me, lepas mummy meninggal mamalah yang menggalas tugas membesarkan saya seperti anaknya sendiri. Mama dan papa tak pernah membezakan kasih sayang antara saya dan Erika. Dan bila jadi macam ni, saya jadi takut sangat. Takut jika saya akan kehilangan buat kali kedua." Tambah Elfan lagi.

" Awak bertuah kerana merasa kasih sayang dari kedua ibu bapa awak. Kasih sayang mereka tak terhingga sehingga awak berjaya seperti sekarang." ujar Elena tersenyum tawar.

Elfan merenung ke mata bundar itu. Ada satu perasaan yang terbias dari mata itu. Sedih.

" Saya kehilangan semuanya namun Allah hadirkan umi Khadijah untuk memberi kasih sayang walaupun saya harus berkongsi dengan berpuluh- puluh anak yatim yang lain. Bukan saya tak bersyukur namun lagi indah jika dapat kasih sayang dari darah daging kita sendiri pasti manis kasih sayang yang diberikan. Terutama dari seorang ayah yang sepatutnya jadi pelindung buat keluarganya" Tambah Elena lagi. Ayat terakhir diujarnya cukup perlahan namun tetap dapat ditangkap oleh telinga Elfan.

"Ayah awak masih ada lagi?" soal Elfan seakan terkejut.

Elena tersentak saat disoal tentang ayahnya. Dia sedar dia sudah terlepas cakap kerana terlalu jauh tenggelam dalam memori silamnya. Liur ditelan saat melihat wajah Elfan yang sedang menunggu jawapan darinya.

" Ermm..."

Seakan berpihak kepadanya, tiba- tiba telefon Elfan berbunyi dan perhatian lelaki itu teralih ke arah telefon bimbitnya yang berada diatas meja. Elfan terus menjawab panggilan itu namun tak sampai seminit dia menamatkannya.

" Mama saya dah sedar...."

ELENA mengekori langkah Elfan masuk ke dalam wad itu, dari situ dia melihat sekujur tubuh terbaring dan Erika sedang memeluknya. Dia tidak dapat melihat wajah itu dengan jelas dek terlindung oleh tubuh Erika. Dia hanya berdiri jauh dibelakang sambil memerhati tingkah mereka. Elfan juga turut mendekati katil tersebut.

" Mama buat Eri takut..." ujar Erika sambil menangis.

PS Maria tersenyum nipis lalu mengelap air mata di pipi Erika.

" Mama okay. Benda dah nak jadi dan alamdulillah mama takde cedera teruk. "

" Tapi kami betul- betul risau bila dapat berita tadi. Mujurlah mama selamat. Elfan rasa lepas ni mama kena ada bodyguard. " Elfan menyampuk sambil dia duduk di kerusi sebelah katil. Tangannya erat mengenggam tangan kanan PS Maria.

" Kamu ni El, mama okay saja tak perlu bodyguard ke apa. Dah takdir mama nak kena ragut hari ni. Dah, jangan stress mama okay aje." balas PS Maria sambil mengusap pipi Elfan yang berjambang nipis itu.

" Mama gembira sebab anak- anak mama risaukan mama. Tenang hati mama"

" Mama satu-satunya ratu hati kami. Mesti la Eri dan abang risau. Eri sayang mama sangat- sangat."

" Elfan lagi sayang mama." Ujar Elfan lalu menolak kepala Erika yang sedang melentok di tepi kepala PS Maria. Terletus tawa PS Maria saat Erika mula tidak puas hati lalu berlawan kata dengan Elfan. Dan Elfan pula sengaja mahu mengusik Erika tak kalah melawan setiap kata adiknya itu

Erika menegakkan badannya dari memeluk dan saat itu mata PS Maria terlihat satu susuk tubuh ayu bertudung yang berdiri di sebelah pintu wad itu. Tak berkelip matanya saat melihat raut wajah itu.

Elena ralit melihat setiap tingkah tiga beranak itu. pada mulanya dia juga turut merasa sebak saat mendengar perbualan mereka. Terus dia teringatkan arwah ibu dan adiknya. Andai ibu dan adiknya masih ada, pasti dia akan merasai momen seperti didepannya itu. Matanya yang mula bergenang itu dikelipkan beberapa kali.

Dan bila dia melihat Elfan mula mengusik Erika, dia juga turut tersenyum. Ternyata Elfan seorang anak dan abang yang baik. Dia dapat lihat betapa Elfan mementingkan keluarga. Dalam diam dia ralit melihat tawa dan senyuman Elfan.Elena juga tidak sedar bahawa ada rasa yang mula bercambah di hatinya.

Sedang ralit dia melihat keletah mereka bertiga, tiba- tiba Erika menegakkan tubuhnya dan saat itu matanya menangkap wajah separuh usia yang sedang separa terbaring itu.

Elena terkaku!

Oh my! apa yang akan terjadi?! Agak² korang bila Elena akan berjumpa dgn ayahnya?? enjoy guys, maaf kalau ada typo..nnt CE amend blik ya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience