BAB 1

Romance Completed 192587

" El?!"

Terus tegak tubuh Elena saat itu dan dia melepaskan pegangannya dari lengan lelaki itu.
Begitu juga lelaki turut melepaskan pegangannya. Lalu belakang lehernya digosok perlahan bagi menghilangkan kejanggalan saat itu.

" El?"

" Ya?"
" Ya?"

Serentak Elena dan lelaki itu menyahut panggilan Najiha kali kedua. Wajah kawan baik Elena itu pula jelas masih terlopong saat melihat aksi yang baru berlaku tadi.

Elena menoleh ke arah lelaki tinggi lampai disebelahnya sambil berkerut, kenapa lelaki itu turut menyahut sama?.

" Hurm...I means Elena.." Ujar Najiha sambil memandang Elena dengan pandangan pelbagai persoalan.

" Ohh! i'm sorry. I thought you call me.." Ujar lelaki itu tersenyum malu.

" Really? nama awak pun Elena jugak ke?" soal Najiha dengan wajah terkejut membuatkan Elena membulatkan matanya ke arah Najiha manakala lelaki itu tertawa kecil mendengarnya.

" No, no!.. My name Elfan. Some of people will call me El as well. That why I thought you know me..." jawab Elfan tersenyum.

"Oh! begitu. Saya Najiha dan ini Elena, kawan baik saya." ujar Najiha ramah.

Makin berkerut wajah Elena saat Najiha terlebih peramah itu. Namun saat matanya bertembung dengan mata koko cerah itu, dia hanya tersenyum nipis.

" Nice to meet you girls.." ujar Elfan tak kurang ramahnya. Saat itu dia mula melihat jam di tangannya.

" I think i got to go. My sister in there. Hope to meet you guys again.." Ujar Elfan seakan ingin berlalu namun saat kakinya baharu saja selangkah menapak, suara Elena mula kedengaran.

" Encik Elfan..."

Elfan menoleh ke arah Elena. Elena menoleh ke arah Elfan. Dan Najiha seakan faham itu menjarakkan dirinya.

" Saya nak minta maaf pasal tadi. Saya memang tak sengaja." ujar Elena.

Elfan memberikan senyuman dan tika itu terlihat lesung pipit di sebelah kanannya.

" No problem, cik Elena. Ia hanya kemalangan kecil. Dan saya pun turut minta maaf juga." ujar Elfan pula.

Elena hanya mengangguk lalu tersenyum nipis. Elfan terus membuka langkah saat melihat beberapa penonton yang mula keluar. Ia turut menandakan perlawanan sudah pun tamat.

" Hensem kan Elfan tu. Bila senyum lagilah, dengan lesung pipitnya. Hai la... nasib baik aku dah ada Harry.."

Elena menoleh ke kirinya. Entah kenapa tangannya rasa gatal nak ketuk kepala anak dara. Elena tidak mengendahkan kata- kata Najiha itu.

" Kenapa kau dekat sini?" soal Elena.

Elena cukup tahu kalau Najiha melihat perlawanan yang melibatkan kekasih hatinya itu, Kencing pun sanggup tahan malah dia di antara orang terakhir yang bangun dari kerusi. Tetapi rasakan perlawanan baru tamat, dan Najiha sudah keluar.

" Harry pesan semalam, kalau dah nak habis match dia suruh aku keluar tunggu dia dekat bilik persalinan." ujar Najiha.

Patutlah laju keluar. Elena menggelengkan kepala.

" El... Harry cakap kawan dia nak..."

" No, Jiha."

Seakan tahu apa yang bakal dikatakan Najiha, laju Elena memotongnya.

" Kenapa?" soal Najiha kecewa.

" Cukup la aku tengok kau... Tak nak aku gila macam kau." cebik Elena.

" Heii! kejam tau cakap aku macam tu."

Elena tersenyum saat melihat muncung Najiha. Terus dia peluk erat baru rakan baiknya itu.

" Gila kau pun, kau antara orang yang aku paling sayang." ujar Elena membuatkan Najiha tersengih suka.

" Aku pun sayang kau jugak.Kau la kakak, kau la adik aku. Tapi....aku sayang Harry lebih sikit dari kau.." ujar Najiha lalu ketawa.

Elena hanya tersenyum mendengarnya. Adik. Andai lah Adiknya....

Dalam dia termenung, Najiha menarik tangannya menuju ke arah bilik persalinan pemain.

***************************

Dia menanggalkan cermin matanya lalu diletakkan ke atas meja. Dia mengurut perlahan pangkal hidungnya sambil memejam mata bagi menghilang penat.

" Abang....."

Dia membuka mata saat mendengar suara itu. Dari muka pintu dia nampak susuk tubuh yang dia cintai itu menghampiri sambil membawa secawan kopi yang pasti untuknya.

" Dah lewat malam ni bang, sudah- sudahlah dengan kerja.."

Dia hanya tersenyum mendengar bebelan isterinya itu.

" Abang semak dokumen untuk meeting esok, Maria. Meeting penting." Jawabnya.

Isterinya berlalu ke belakangnya lalu bahu itu diurut perlahan. Dia merasa selesa dengan sentuhan isterinya itu. Terus penat itu seakan beransur hilang.

" anak sulung kita kan ada. Dia boleh tolong abang semakkan."

" Bagilah dia berehat, Mar. Siang dah bertungkus lumus dekat office, malam bagilah dia rehat. Abang okay, jangan risau."

" anak dara kita mana?" soalnya lagi.

" Kemana lagi kalau bukan ke tempat kesukaan dia."

Dia tahu. Mana lagi kalau bukan ke tempat yang menjadi kegemaran anaknya itu. Dia cukup kenal betul dengan anak bongsunya itu.

" Mar, abang harap abang dapat tebus semua kesilapan abang."

si isteri memeluk erat bahu suaminya itu. Dia tahu apa yang terbuku dihati suaminya.

" Mar pun sama bang. Insyaallah, kita akan usaha sebaik mungkin." Balasnya.

******************************

"Miss Elena!!"

Elena menoleh ke arah suara itu. Dia memicingkan matanya saat melihat ada susuk berlari anak mendekatinya. Saat tubuh itu mendekat, dia dapat melihat pemuda itu menarik dalam oksigen untuk disalurkan ke jantungnya. Elena hanya tegak melihat kelakuan lelaki itu. Dia kenal, lelaki itu merupakan salah seorang pelajarnya.

" Sorry ganggu Miss. Cuma saya nak bagi ni."

Ujar jejaka itu lalu menghulurkan sejambak bunga ros merah kepada Elena. Berkerut keningnya saat melihat jambangan itu. Siapa tak kenal jejaka di depannya itu, Amsyar namanya. Salah seorang pelajar ijazahnya. Walaupun pelajar, Amsyar lebih tua darinya. Umur dua puluh lapan namun masih di tahun kedua. Kenapa umur dua puluh lapan tapi masih belajar? Amsyar pernah kongsikan sebab dia baru sambung ijazah. Katanya ibu bapanya yang beria suruh dia sambung belajar sebab lepas ni dia kena ada lebih ilmu untuk mengikut jejak ayahnya yang merupakan seorang usahawan. Dan lelaki ini juga pernah bekerja disyarikat milik bapanya sebelum melanjutkan pelajaran.

Dan selain memegang title anak seorang Dato Seri, Amsyar menjadi pelajar yang sangat popular di universiti ini terutama dikalangan pelajar wanita kerana rupa parasnya yang kacak dan dia juga merupakan kapten kumpulan ragbi. Tetapi yang menjadi persoalan Elena, kelakuan jejaka ini terhadapnya telah membuatkan ada gosip mula timbul antara mereka berdua dan Elena amat tidak menyenanginya kerana ini boleh mengundang tanggapan buruk kepadanya selaku pensyarah.

" Kenapa awak bagi saya bunga ni? ada sambutan apa- apa ke?" soal Elena sambil melihat jambangan bunga itu.

" Takde apa- apa. Saja nak bagi miss. Terimalah, saya ikhlas nak bagi pada miss." ujar Amsyar tersenyum.

Elena sempat melihat sekeliling, ternyata adegan yang sedang berlaku ini menjadi tontonan para pelajar lain.

"Amsyar, tak manis awak buat macam ni di kawasan kampus. Cuba awak tengok sekeliling, perbuatan awak ni dah menarik minat semua orang untuk terus timbulkan gosip." balas Elena lembut tapi tegas.

Amsyar sempat memandang sekeliling. Benar apa yang dikatakan pensyarahnya itu namun riak wajahnya tetap sama. Seakan tidak mengendahkan pandangan orang terhadapny tika ini.

" I don't care about people, miss. Saya minta maaf kalau miss tak suka. Tapi ambil la, saya ikhlas nak bagi sempena hari jadi miss yang ke dua puluh lima." ujar Amsyar perlahan.

Terkedu Elena saat itu. Hari jadinya? dia mengerling jam di tangan kirinya lalu dilihat tarikh hari ini. Benar. Ternyata dia terlupa bahawa hari ini hari jadinya. Matanya naik memandang wajah Amsyar yang sedia memandangnya.

" Terima lah pemberian saya ni.." Ujar Amsyar lagi.

Dengan perlahan Elena menyambut jambangan bunga itu. Melebar senyum Amsyar saat itu.

" Happy birthday miss Elena..." ujar Amsyar lalu melangkah pergi.

Elena masih kaku disitu sambil melihat jambangan bunga di tangannya.

'Selamat hari jadi anak ibu yang sangat cantik dan baik'

Kata- kata itu terngiang difikirannya membuatkan matanya mula berkaca. Tak ingin air matanya jatuh disaksikan para pelajar yang masih memandang ke arahnya, terus kakinya laju melangkah pergi meninggalkan tempat itu.

************************

" Selamat hari jadi anak umi..."

Dan sebuah ciuman hinggap di pipi Elena tika itu. Melebar senyumannya lalu tubuh wanita berusia hampir tujuh puluh tahun itu dipeluk erat.

" Terima kasih umi. Terima kasih kerana besarkan dan jaga El selama ini."

" Umi sayang anak- anak umi, dan umi juga nak ucap terima kasih pada El dan semua anak- anak umi yang dah berjaya kerana sanggup bersama- sama jaga teratak ni sama- sama umi."

" Teratak Jannah ini rumah kami semua membesar. Tanpa umi dan teratak ni, kami pun tak tahu nasib kami." ujar Najiha pula.

Umi Khadijah memaut bahu Najiha dan kini dua gadis itu dipeluk erat oleh Umi Khadijah.

" Alhamdulillah.."

Elena dan Najiha berpandangan lalu tersenyum. Dengan isyarat mata yang masing-masing dapat fahami, Elena terus merenggangkan pelukannya. Lalu dia mencapai sesuatu disebelahnya.

" Sempena hari jadi El, El ada sesuatu untuk umi.." Ujar Elena lalu sebuah sampul surat dihulurkan kepada Umi Khadijah. Wanita separuh umur itu memandang sampul surat di tangan Elena.

" Patut El yang dapat hadiah tapi ni terbalik pula, umi pulak yang dapatnya." Umi khadijah berjenaka mengundang sengih dua gadis itu.

" El tak perlukan hadiah, dapat bernafas sehingga hari ini pun El dah bersyukur, umi. Dan untuk nikmat yang El dapat sehingga hari ini, El kena hargai jasa umi yang membesarkan El selepas arwah ibu pergi. Walaupun hadiah ini tak mampu untuk balas jasa umi tapi El pasti, ia akan membuatkan umi gembira" ujar El lalu melentokkan kepalanya ke bahu wanita itu.

Umi Khadijah mengambil sampul itu lalu membukanya. Terpana saat melihat isi kandungannya.

" Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana menjemputku lagi.." bisik Umi Khadijah perlahan. Dan ia mengundang senyum dibibir merah Elena saat mendengarnya.

"Tapi, bulan depan teratak ada event penting. Umi pergi dua hari sebelum majlis tu." ujar Umi Khadijah saat membaca maklumat di kertas tersebut.

Elena dan Najiha tahu tentang majlis tersebut.

" Umi jangan risau, tentang majlis tu Jiha dan El akan uruskan. Lagipun ustaz Ahmad cakap semua persiapan dah hampir siap. Kami pun dah minta ustaz Ahmad menjadi wakil umi nanti." ujar Najiha.

Sebelum hadiah pakej umrah diberikan kepada Umi Khadijah, Elena telah berbincang dengan Najiha dan juga ustaz Ahmad yang merupakan salah seorang pendidik di teratak Jannah itu. Dan majlis jamuan makan malam bersama para penderma teratak Jannah itu pun ustaz Ahmad sudah memakluman kepadanya. Elena juga akan bersama membantu ustaz Ahmad menjayakan majlis itu demi niatnya menghantar umi Khadijah mengerjakan umrah tercapai. Tahun lepas giliran Najiha dan tahun ini dia.

" Alhamdulillah, rupanya ini hikmah yang sangat indah dari Allah. umi tidak dikurniakan anak dari rahim umi tapi Allah menghadiahkan anak-anak yang sangat baik." ujar Umi Khadijah lalu mengucup pipi kedua gadis itu.

Elena dan Najiha terus memeluk Umi Khadijah serentak. Sayu saat mendengar kata-kata umi Khadijah. Mereka tahu kisah hidup umi mereka itu. Teratak Jannah merupakan nyawa umi Khadijah sejak kematian suaminya berpuluh tahun lalu. Dan disebabkan mereka tidak dikurniakan anak, arwah suami Umi Khadijah menghadiahkan Teratak Jannah ini untuk menggembirakan hati sang isteri dan Umi Khadijah juga memberitahu mereka, teratak ini merupakan hadiah terakhir suaminya sebelum meninggal dunia. Sesungguh kuat cinta suami umi Khadijah tidak seperti ibunya yang merana kerana ayahnya tegar meracuni cinta demi kekayaan.desis Elena.

Dia mendongak memandang langit yang kelam tanpa bintang. Kalau ada pun mungkin terselindung disebalik awan yang tebal. Mungkin malam ini hujan bakal menemani tidur. Dan berbicara tentang tidur, kini ada satu wajah yang selalu menjengah mimpinya. Dia pun tak tahu mengapa namun terlalu wajah itu kadang-kadang muncul difikirannya walau di dalam sedar. Satu keluhan kecil terlepas dari bibirnya.

"Jauh termenung..."

Dia menoleh lalu senyuman kecil diberikan kepada wanita anggun separuh usia yang datang menghampirinya.

" Mama tak tidur lagi?" soalnya.

" Belum, baru nak masuk tidur tapi ternampak anak teruna mama ni jauh termenung. Ada apa-apa yang El nak share dengan mama?"

'El'

Mamanya kadang- kadang memanggilnya dengan nama itu. Terus wajah putih bermata bundar menerpa ingatannya.

Tengok tu, dia boleh senyum pula bila orang tanya. Teringat dekat Maya ke?"

"Maya?"

" adik cakap El bawa Maya sekali hari tu."

Elfan menggelengkan kepalanya. adiknya itu laju saja menyampaikan berita kepada ibu mereka.

"Maya tu kawan El je ma. Hari tu dia yang nak ikut kami ke stadium"

"So bukan Maya. siapa gadis yang berjaya buat anak bujang mama ni merenung bintang?" giat mamanya lagi.

"Takde siapa la ma..."

Elfan tidak mengendahkan pandangan tajam mamanya itu. Dan si ibu yang cukup mengenali si anak tidak mahu memaksa, lama- lama dia akan tahu juga. Sesaat kemudian mamanya mula berdiri.

" Kalau macam tu mama masuk dulu. El pun jangan nak berembun pula kan demam nanti. Ingat El, kalau ada calon, cepat cepat bagitahu mama papa. Senang kami nak hantar rombongan"

Elfan melihat senyuman mamanya dan seterusnya tubuh ibunya itu hilang disebalik pintu. Dia mendongak ke langit lagi, saat itu setitis air jatuh ke wajahnya. Terus dia bangun lalu masuk ke dalam rumah.

" Kira bintang ke?" Elena menoleh ke arah kirinya dan Najiha sedang mendekat sambil membawa dua mug hitam.

" Siapa la dapat kira bintang di langit Jiha oii.."

Dia menyambut huluran mug lalu mengucapkan terima kasih. Najiha mengambil tempat di sebelah Elena lalu dia menyisip perlahan kopi yang berasap nipis.

" Rindu kan zaman sekolah dulu. Kau ingat lagi tak dulu selalu kita kena marah dengan umi sebab suka lepak dekat sini. Dan umi la yang selalu jadi tukang jemput kita masuk dorm."

Elena tersenyum saat mendengar kata- kata Najiha. Elena takkan lupakan kenangan dia membesar disini. Dia mula melangkah ke Teratak Jannah ini ketika berusia enam belas tahun disaat dia tidak punya tempat berteduh. Umi Khadijah la insan yang membawa dia kesini saat wanita itu melihatnya sedang bekerja sambilan di sebuah restoran. Dan saat dia tinggal disini, dia mengenali Najiha yang juga senasib dengannya. Dan dengan bantuan Teratak Jannah ini dia bersama anak- anak yang lain berjaya dalam pelajaran dan sekarang masing-masing bersama- sama menjaga teratak ini bersama Umi Khadijah. Wanita mulia itu yang menjaganya sedangkan ayahnya sendiri membuangnya.

Tanpa sedar Elena mengenggam kedua tangannya. Saat api kemarahan mula menyala dihatinya, suara arwah ibunya mula terngiang diingatan membuatkan dia berisgtifar.

" El...."

Elena menoleh memandang wajah Najiha yang sudah sedia memandangnya.

" Aku ada terdengar gosip dekat kampus pasal kau dan...."

" Aku dah agak yang benda ni akan tersebar." Balas Elena.

" Aku tersedar student aku bercakap pasal ni. Masing- masing cakap pasal kau dapat bunga dari student."

" Amsyar bagi sempena hari jadi aku. Aku taknak terima tapi aku tak mahu malukan dia depan orang ramai. Lama- lama dia orang bosan senyap la gosip ni." Ujar Elena malas, dia melentokkan kepalanya ke bahu Najiha.

" Aku tak suka pelajar mengata kau, El. Ada yang jeles mula la mengutuk kau dan kata kau macam- macam. Nak je aku cilikan mulut dia orang semua tu." ujar Najiha geram. Tersenyum Elena.

" Jangan nak jadi kakak gangster ek! aku report Harry nanti. Biar la Jiha, mulut orang kita tak boleh tutup. Lagipun gosip semua tu tak betul pun. Kau pun lagi kenal aku kan?" soal Elena sambil mengosok kepala Najiha yang dilapisi tudung.

" Aku tak nak kau sedih, El. Aku nak kau bahagia sebab aku sayang kau." Ujar Najiha sebak.

" Insyaallah, setakat gosip tu takkan buatkan aku sedih Jiha sebab aku dah lalui yang lagi sedih. Terima kasih kerana sayangkan aku."

Selepas itu Najiha hanya senyap tidak membalas. Elena Mendongak memandang bintang yang makin tidak kelihatan. Malam akan disirami hujan......

********************************

"Laila, panggil Elfan jumpa saya..." Dia melepaskan butang interkom dan selepas mendapat balasan daripada setiausahanya, tak sampai sepuluh minit bunyi ketukan dipintu kedengaran.

" Papa panggil Fan ke?" Soal jejaka yang kemas berkemeja biru lembut dan berseluar hitam itu.

Kerusi di depan meja Tan Sri Emran didudukinya.

" Ya, papa sebenarnya nak minta kamu wakilkan papa di majlis makan malam dirumah anak- anak yatim. Kebetulan tarikh sama dengan tarikh papa ke Amsterdam. Papa terlepas pandang pulak." Ujar TS Emran lagi.

" Maknanya Sabtu depan ni ke majlis tu?" soal Elfan lagi. Dia tahu bahawa sabtu depan papanya akan terbang ke Amsterdam bersama mamanya untuk hadiri satu temujanji niaga.

TS Emran mengangguk kepalanya.

" Nanti ajak Erika pergi sekali. Boleh la berkenalan dengan anak- anak di Teratak Jannah."

" Teratak Jannah?" Soal Elfan hairan. Tidak pernah dia mendengar nama tersebut kerana sebelum ini, selalunya rumah anak yatim yang lain yang selalu dia pergi.

" Ya, ia salah satu rumah anak- anak yatim yang dari sumbangan dari syarikat kita untuk tahun ini dan tahun ini kali pertama kita berikan sumbangan bagi Teratak Jannah. Dan pihak pengurusan di situ ingin hargai kita. Papa dah terima jemputan itu tapi Fan pun tahu kan yang papa kena pergi Amsterdam. Sebab itu papa nak Fan yang wakilkan papa. Papa tak nak mereka terasa hati jika papa batalkan kehadiran papa nanti." Ujar TS Emran lagi.

" Baiklah, nanti Fan ajak adik pergi. Papa tak perlu risau. Nanti Fan akan uruskan." ujar Elfan tersenyum.

Tersenyum TS Emran mendengarnya.

ELENA melihat para pekerja katering sedang menyiapkan meja dan menyusun segala kelengkapan untuk makan malam lepas maghrib sekejap lagi. Tetamu mereka akan tiba sekejap lagi dan dia harus pastikan semua persiapan sudah sedia. Itu yang dia telah janjikan kepada Umi Khadijah dua hari lepas.

" Wow, cantiknya kakak Lea Elena kita ni."

Elena menoleh ke arah suara tersebut. Najiha yang berabaya hitam itu sedang melangkah ke arahnya.

" Awalnya cik Najiha kita sampai. Kata nak datang lepas Isyak." perli Elena mengundang sengih Najiha.

" Sorry El," Ujar Najiha sambil mengerdipkan kedua matanya.

" Dah, tak payah buat muka macam tu. Kau tolong tunggu sini incase tetamu kita dah sampai. Aku nak pergi tengok adik- adik sekejap." Ujar Elena lalu meninggalkan Najiha di situ.

" Ok, Jom!"

Elfan mematikan enjin keretanya lalu pintu bahagian pemandu dibuka. Dia keluar dari keretanya. Malam itu dia mengenakan kurta berwarna kelabu gelap berseluar hitam. Erika di sebelah turut keluar dari kereta lalu papan tanda dibaca.

' Teratak Jannah'

" Cantik la bang " ujar Erika sambil melihat sekeliling rumah ayam yatim tersebut.

" Papa kata penaung Teratak Jannah ni isteri arwah kawan papa." balas Elfan.

" Bang tengok tu, comel- comel la budak- budak tu. aishhh! geram." ujar Erika teruja saat melihat kanak- kanak yang berbaris menuju ke satu tempat.

Elfan menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Erika. Dia melihat anak- anak kecil berbaris sambil dan dia melihat seseorang yang memakai dress labuh kelabu yang membelakanginya sedang memberi arahan. Pasti itu cikgu atau pun para kakitangan teratak ini.

" Assalamualaikum, Encik Elfan ke?"

suara garau yang memanggil namanya membuatkan dia mengalihkan pandangannya. di depannya ada seorang lelaki sebaya papanya sedang memandangnya dan Erika sambil tersenyum.

" Waalaikumusalam. Ya, saya. Encik ni Ustaz Ahmad ke?"

" Ya, saya. Dan ini mesti cik Erika." soal Ustaz Ahmad sambil memandang Erika di sebelah Elfan.

Sambil tersenyum, Erika membalas soalan Ustaz Ahmad.

" Ya, saya. Saya dan abang Elfan wakil papa dan mama malam ni. Ibu bapa kami minta maaf sebab tak dapat hadir malam ini." ujar Erika ramah.

" Tak mengapa, Tan Sri dah maklumkan kepada pihak kami beberapa hari lepas. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Encik Elfan dan cik Erika kerana sudi datang ke mari."

" Tak payah berencik- cik la ustaz. Panggil nama kami saja. Lagipun kami datang sebagai keluarga untuk anak- anak disini." ujar Elfan merendah diri.

Ustaz Ahmad tersenyum senang melihat budi pekerti dua beradik itu.

" Kalau macam tu mari lah kita masuk. Anak- anak dah tunggu nak berjemaah sekali. " Ajak Ustaz Ahmad dan Elfan mengangguk tanda setuju lalu mereka bertiga melangkah ke arah dewan.

Selesai solat maghrib, suara ustaz Ahmad mula membacakan doa dan saat doa selesai dibacakan, Ustaz Ahmad menjemput semua menuju ke dewan. Elena yang berada dibahagian wanita yang dipisahkan oleh tirai kain membantu beberapa anak- anak cilik menanggalkan telekung mereka.

" Terima kasih kak Elena..."

ujar beberapa anak- anak kecil itu yang membuatkan Elena tersenyum. Elena turut menanggalkan telekungnya lalu dia bersama- sama adik- adiknya menuju ke dewan.

Sementara di dewan, Najiha mula menghampiri tetamu yang sudah ada di situ lalu bertegur sapa, kebanyakkannya yang baru sampai. Dari jauh dia melihat ada seorang gadis yang sedang duduk sambil melihat telefonnya ditangan. Lalu dia menghampiri gadis itu.

" Assalamualaikum.."

Erika menoleh ke arah suara yang memberi salam itu. Dia melihat gadis itu tersenyum lalu dia turut membalas senyuman itu.

" Waalaikumusalam..."

" Cik Erika Tan Sri Emran ke?"

Erika mengangguk kepalanya.

"Selamat datang cik, terima kasih kerana sudi datang pada malam ini.." ujar Najiha ramah.

" Sama- sama... Tak payah bercik la kak, panggil Erika je. Akak...."

" Najiha. Panggil kak Jiha je. Akak wakil umi Khadijah, Umi tak ada sekarang ni sebab buat umrah."

" Oh yeke.. hurmm saya macam pernah nampak la akak tapi tak ingat dekat mana." ujar Erika sambil cuba menginggati dimana dia pernah jumpa wanita di depannya itu.

Najiha mengerutkan wajahnya. Sambil itu dia turut cuba menginggati wajah Erika tapi sesungguhnya dia tidak mengenali gadis itu. Adakah Erika ni salah seorang pelajarnya?

" Mungkin...."

Baru saja Najiha berkata, matanya menangkap figura yang dia kenal sesang datang ke arahnya.

"Sini meja kita ke dik?" soal Elfan lalu duduk di sebelah Erika.

" Encik Elfan!?"

Elfan mendongak dan saat itu dia mula sedar ada seseorang di sebelah adiknya.

" Ya, saya. cik kenal.... Eh! Cik Najiha!" ujar Elfan terkejut saat melihat wajah Najiha. Dia masih menginggati raut wajah itu dan Jika Najiha ada mungkinkah....

" Panggil Jiha je. Encik Elfan dan Erika ni anak- anak TS Emran ya?" soal Najiha namun riak wajah hairannya cuba disembunyikan.

Ada persoalan difikiran Najiha saat ini dan dia harus pendam soalan itu buat masa sekarang.

" Call me Elfan, Jiha. Ya, kami wakil ibu bapa kami malam ni. Apa Jiha buat dekat sini?"

" Saya salah seorang anak- anak Teratak Jannah. Saya pun wakil Umi Khadijah malam ni sebab umi pergi buat umrah. Saya dan kawan- kawan bantu Ustaz Ahmad malam ni. Dan Umi mohon maaf kerana rezeki ke mekkah dapat saat- saat akhir. Kami harap pihak Elfan tak kecil hati ya." Ujar Najiha lagi.

" Ohh! begitu. Tak mengapa. Kami berbesar hati menerima jemputan malam ni." Ujar Elfan dan sambil itu matanya sempat melirik ke sekeliling mencari satu wajah yang dia harap akan ada disitu tika ini.

" abang dan kak Jiha dah lama kenal ke? " Suara Erika menyampuk.

" Baru lagi. Itu pun sekali kami jumpa masa dekat stadium baru- baru ni." ujar Najiha ramah.

" Stadium?" Erika cuba menginggati dan tiba- tiba matanya meluas seakan memorinya mula muncul.

" Saya dah ingat! akak kawan kakak cantik kan!?" Erika mula menginggati wajah Najiha. Dia mula cam yang Najiha duduk disebelah gadis yang Maya sindir tempoh hari.

" Kakak cantik?" Soal Najiha hairan.

" Oh! Elena.. Erika kenal El?"

Saat mendengar nama Elena, Elfan menoleh ke arah Najiha.

" Elena ada malam ni, dia juga salah seorang anak asuhan disini. Kejap akak tengok mana dia..."

Najiha meliarkan matanya ke sekeliling dewan namun tiba- tiba....

" Assalamualaikum dan selamat malam...."

" Haa.. tu Elena!" tunjuk Najiha ke arah pentas dewan.

Elfan terus menoleh ke arah depan dewan dan saat itu matanya menangkap wajah ayu gadis berdress kelabu yang sedang berdiri sambil memberi kata- kata. Tangan Elfan naik menekap dadanya saat jantungnya mula berdegup kencang. Matanya langsung tidak dikalih dari menatap wajah gadis itu.

' Kita berjumpa lagi, Elena.....'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience