TS Maria tak lepas memandang wajah itu. Jelas riak wajahnya yang terkejut dan juga....Takut.
" Mama, ni kak Elena. Kak El tolong hantar Eri ke hospital tadi."
TS Maria dengar apa yang dikatakan Erika namun matanya tidak mampu lepas dari memandang wajah putih mulus itu. Gementar, itu yang dia rasai saat itu. Tidak tidak mampu menebak apa disebalik pandangan gadis itu.
Elena melangkah perlahan ke arah katil. Saat terpandang wajah anggun itu dia terkaku. Ibu Erika mempunyai wajah yang cantik. Dan saat melihat pandangan wanita itu entah kenapa jantungnya berdebar- debar.
" Akak, kenalkan ni mama kami. Mama, ni kak Elena kawan abang Elfan dan kakak kesayangan Eri!" ujar Erika ceria.
Elena mendekati katil lalu dengan senyuman nipis dia menghulurkan salam kepada PS Maria. Namun mengejutkan saat PS Maria terus menarik tubuh Elena ke dalam pelukannya. Terkedu Erika dan Elfan apatah lagi Elena yang turut terkejut saat tubuhnya tenggelam ke dalam pelukan wanita itu. Sempat pandangannya bertemu dengan mata Elfan buat seketika sebelum dia melarikan matanya.
Erika sempat mengangkat kedua keningnya serentak saat matanya dan mata Elfan bertembung.
" Amboi mama, macam peluk menantu je. Kan bang." usik Erika mengundang jelingan Elfan. Wajah Elena juga memerah.
PS Maria merenggangkan pelukannya lalu wajah Elena dipandang. Gadis itu tersenyum malu. Walaupun dia tahu kemudian hari, tidak mungkin dia dapat melihat wajah itu tersenyum padanya tapi pada hari ini dia cukup gembira.
" Maafkan mama, mama gembira jumpa Elena." ujar PS Maria sambil mengenggam erat tangan Elena.
Elena tersenyum nipis.
" Saya doakan Puan Sri cepat sembuh." ujar Elena lagi.
" panggil mama,sayang. Terima kasih datang sini tengok mama." ujar PS Maria ramah. Tangannya utuh mengenggam erat tangan Elena. Elfan perasan akan kelakuan mamanya itu namun dia hanya membiarkan saja.
" Kalau mama nak tahu, Kak El la yang selalu Eri cerita. Mama nak tahu tak cerita paling latest? Hari tu Eri jalan dengan Kak El dekat kampus, ada student tegur ingat kami ni adik beradik sebab dia cakap muka Eri dan kak El seiras." cerita Erika teruja.
Elena hanya tersenyum mendengar cerita Erika. Manakala PS Maria pula tak lepas memandang wajah Elena seakan ingin melepaskan rindu.
Selepas itu mereka berbual ringkas dan saat doktor masuk untuk membuat pemeriksaan, Elena meminta diri.
" Thanks sekali lagi sudi datang jenguk mama." ujar Elfan saat mereka berdua melangkah ke arah lif.
" Sama-sama. Semoga puan sri cepat sembuh." ujar Elena pula.
"Mama mesti tak suka kalau awak panggil dia macam tu. call her mama, as her wish." ujar Elfan lagi dan Elena hanya tersenyum nipis.
Bukan dia tidak mahu memanggil wanita itu dengan panggilan mama namun entah kenapa hatinya menegah. Mungkin kerana baru pertama kali jumpa dan juga ingin menjaga adab. Kan ada yang cakap dia cuba menumpang kekayaan dan nama keluarga itu.
" Mama likes you."
Suara Elfan membuatkan Elena mencari wajah tampan itu.
" Mama awak sangat peramah. Cara mama awak berbual pun boleh tahu yang dia mudah rapat dengan orang. She's sweet, bertuah awak dapat kasih sayang dari seorang ibu seperti puan sri."
Tersenyum Elfan mendengarnya. Dalam diam Elfan memuji kemahiran Elena menilai. Apa yang dikatakan Elena dia tidak menyangkal kerana apa yang dikatakan seratus peratus tepat. Mama memabg seorang yang peramah.
Elena menekan punat turun. Dan tak sampai seminit, salah satu lif iaitu di sebelah kiri terbuka.
" Saya balik dulu.." ujar Elena lalu melangkah ke dalam lif. Dan dia berdiri menghadap Elfan yang berada diluar.
Pandangan mereka berdua bertemu dan saat itu hanya mata menjalankan kerja sehinggalah pintu lif tutup secara perlahan. Elena sempat menangkap bibir Elfan bergerak namun dia tidak mendengar butir kata- kata itu kerana lif telah pun tertutup.
Hilang wajah Elena di pandangan mata Elfan namun wajah itu tetap terbayang difikirannya. Dalam diam bibirnya menguntum senyum.
Baru saja Elfan ingin melangkah ke wad semula, tiba- tiba lif sebelah lagi berbunyi menandakan lif itu baru berhenti. Terpacul wajah TS Emran saat lif tu terbuka. Tersenyum Elfan menyapa papanya itu.
" Eh! kamu buat apa dekat sini?" soal TS Emran mendekati Elfan.
" Hantar kawan, kebetulan dia datang hantar Eri dan jenguk mama sekali." ujar Elfan.
" Kawan?"
" Elena, dia yang hantar Eri dari kampus tadi. Sempat dia jumpa mama sekejap tadi."
Meluas mata TS Emran saat mendengar sebaris nama itu dan apa yang membuatkan jantungnya berdegup lebih saat Elfan menyatakan bahawa gadis itu sempat bertemu dengan isterinya.
" Mama kamu dah sedar?" soal TS Emran.
Melihat anggukan Elfan, laju kakinya menghala ke wad isterinya itu. Elfan pula hanya mengekori langkah papanya itu.
Bunyi pintu bilik di tolak membuatkan mata PS Maria dan Erika menoleh ke arah itu. Terpacul wajah TS Emran yang terpamer riak risau itu. TS Emran terus mendekati katil isterinya itu.
" Mar macam mana? ada sakit dekat mana- mana tak?" soal TS Emran risau. Erika yang melihat kerisauan papanya itu tersenyum sipu. Dan saat melihat isyarat mata Elfan, laju dia mengekori langkah Elfan meninggalkan bilik itu.
Bunyi pintu ditutup membuatkan TS Emran menoleh ke belakang. Kini hanya tinggal dia bersama isterinya sahaja dibilik itu. Dia kembali menoleh ke wajah PS Maria.
" Mar jumpa dia,bang." ujar PS Maria.
TS Emran dapat lihat dari mata isterinya itu, terbias rasa gembira dan dalam masa yang sama dia tahu isterinya itu turut merasa terkejut saat dapat bertemu mata dengan Elena.
LAMA dia melihat ke arah Elena yang jelas sedang jauh termenung itu. Sejak pulang tadi dia perasan yang rakan baiknya itu senyap dan tidak ceria seperti biasa. Dia menyarung selipar ke kaki lalu langkahnya di atur ke arah Elena yang sedang duduk di kerusi rehat di laman rumah teres mereka berdua itu.
" Malam ni nak kira apa pulak dekat langit tu?"
Teguran itu membuatkan Elena tersentak. Lalu wajah Najiha yang sedang mendekatinya itu dipandang.
" Kau ada masalah ke?" soal Najiha lagi. Elena hanya tersenyum nipis sambil menggeleng kepalanya.
" Then, kenapa aku tengok sejak balik kau senyap je. Aku bukan baru kenal kau sehari dua El, kita membesar bersama. Segala perangai kau dalam poket seluar tidur aku ni la."
Tertawa kecil Elena mendengarnya.
" Aku okay je. Cuma rindu..."
Saat itu, wajah Najiha berubah nakal.
" Rindu Elfan ke?" usik Najiha. Elena menampar lembut lengan Najiha saat mendengar usikan gadis itu.
" Hari ni hari jadi arwah ibu aku...." ujar Elena perlahan.
Mati senyuman mengusik Najiha saat itu.
" Maafkan El..." ujar Najiha serba salah.
" Takde hal la. Aku just teringatkan ibu, pejam celik dah sepuluh tahun ibu tinggalkan aku. Aku yatim piatu, Jiha." ujar Elena sayu.
" El, kau bukan yatim piatu. kau kan masih ada ayah kau. Kau tak nak cari dia ke?" soal Najiha membuatkan Elena terkedu.
" Dia dah buang aku,Jiha. Buat apa aku nak cari dia lagi. Selama ibu dan Emir masih ada, tak pernah sekali pun dia cari kami malah Emir tak pernah kenal siapa ayah dia. Kau rasa layak ke dia dipanggil ayah?!" ujar Elena keras.
Najiha memeluk bahu Elena, dia tahu rakannya itu banyak memendam rasa dan masih terluka.
" Maafkan aku sebab buat kau sedih. Aku tak patut..."
" Aku tak marah kau, maafkan aku sebab teremosi.." sampuk Elena tersenyum tawar.
" Aku benci dia,Jiha. Kalau boleh aku nak berdendam dengan dia walaupun aku berbinti kan nama dia tapi aku tak boleh. Aku tak boleh sebab aku dah janji dengan arwah ibu yang takkan berdendam, tapi hati aku tetap terluka dan luka tu aku tak pasti akan hilang ke tak." Luah Elena.
Najiha tahu hati kawannya itu tidak pernah sembuh dari luka lalu. Silapnya juga kerana membangkitkan hal ini sedangkan Elena tak suka bercakap tentang ayahnya itu. Kerana itu Elena tak pernah mengambil tahu tentang ayahnya dan tidak pernah gadis itu berusaha mencari keberadaan adakah ayahnya masih hidup atau pun telah tiada.
"Kau pun tahu kan, aku tak pernah ambil tahu dimana ayah aku sekarang malah tiada sebarang maklumat tentang dia pun yang aku ingin tahu. Bagi aku cukup la sekadar nama dan wajah dia diingatan aku agar aku sentiasa ingat apa yang dia dah buat dekat keluarganya sendiri." ujar Elena lagi.
" Andai kau ditemukan kembali dengan ayah kau, kau boleh terima dia kembali?" soal Najiha pula.
Elena merenung ke langit gelap. Jauh sambil memikirkan soalan Najiha itu.
" Aku tak tahu, sebab hati aku Allah yang pegang. Tapi jika kau tanya aku sekarang apa yang aku rasa, yang aku rasa hanyalah sebuah kebencian yang aku sendiri harus hapuskannya. Cuma aku tak tahu aku mampu ke tak lakukannya."
Kata-kata Elena membuatkan Najiha terdiam. Dia tidak mahu bercakap tentang itu lagi kerana dia mula rasa api kebencian Elena makin besar saat berbicara tentang ayahnya. Dia tidak mahu kawan baiknya itu ada sifat benci kerana ia akan menyiksa Elena dikemudian hari.
" Petang tadi kau tinggalkan kampus awal tapi kau balik lambat. Kau pergi mana?" soal Najiha mengubah topik.
" Aku ke hospital."
" Hah?! kau sakit ke?" soal Najiha risau. Sempat dia membelek tubuh Elena jika ada kelainan. Elena pula hanya tersenyum lucu melihat reaksi kawannya itu.
" Aku tak sakit.. Aku hantar Erika tadi. Mama dia masuk hospital." ujar Elena. Kejadian petang tadi berlayar diingatan.
" Mak dia sakit apa?"
" Kena ragut. Tadi pun kebetulan aku terserempak dengan Erika yang sedang menangis, jadi aku hulurkan bantuan hantar dia ke hospital."
" Elfan takde ke?"
" Ada, masa aku smpai dia dah ada di wad. Dia pun habis meeting terus datang hospital lepas dapat berita. Sempat la aku borak dengan mereka sementara tunggu mama diaorang sedar. Segan pula aku nak balik terus tadi." Ujar Elena lagi.
" Jadi kau tunggu la sampai mama dia orang sedar?" soal Najiha lagi.
" Haah, sementara tu aku teman Elfan makan. Kesian dia cakap tak sempat makan dari pagi. sempat la kami borak pasal Teratak Jannah. Dan Puan Sri Maria tu pula friendly sangat. Mula- mula Aku ingat sombong" Cerita Elena tanpa sedar Najiha sudah tersengih.
" hmm.. one steps closer.."
" Apa maksud kau?" soal Elena hairan.
" Maksud aku, kira dah ada perkembangan la kalau dah jumpa parents kan? Kan?"
" Perkembangan apa pula ni?"
" Kau tak nampak ke,El? " Soal Najiha hairan.
" kau ni dah kenapa? tadi perkembangan, sekarang nampak pulak. Apa yang cuba kau sampaikan ni?" soal Elena hairan kuasa dua.
Najiha menepuk dahinya.
" Kau tak nampak ke Elfan tu suka dekat kau? Ke kau buat- buat tak nampak?"
" pandai je kau ni. Kenapa tiba- tiba cakap pasal Elfan pulak? Kisah aku hari ni aku tolong bawa Erika ke hospital je"
" Aku memang la pandai, sebab tu jadi pensyarah." kata- kata itu mendapat jelingan menyampah Elena.
" El, Adik kita yang tadika pun boleh nampak yang Elfan tu suka dekat kau. Kau tu je yang buat- buat tak nampak kan. Meh aku beritahu simptom- simptom yang dialami Elfan yang menandakan dia suka kau..." ujar Najiha lalu kakinya naik dan duduk bersila menghadap Elena.
Elena juga turut pusingkan badannya dan tangan disilang ke dada, menunggu butir bicara Najiha.
" Pertama, Cara dia pandang kau tu macam nak telan kau tahu tak. Not in pervert way tapi pandangan dia lain sangat dan hanya bila dia pandang kau je pandangan tu akan muncul."
" Kedua, sejak papa dia sumbangkan dewan untuk Teratak Jannah, boleh dikatakan kerap Elfan datang sedangkan kalau ikutkan tugas tu dah diberikan pada kontraktor dan anything kontraktor akan inform pada dia. dan bila kau ada, dia akan stay lama dekat situ dan of course korang dah macam belangkas tahu tak!"
" Ketiga, yang paling obvious kau cakap yang dia sentiasa mesej dan call kau walaupun tanya hal- hal simple je kan? That how dia nak kenal kau dengan lebih rapat lagi dan pejam celik kau dah kenal dia nak dekat setahun. Dari kejadian dekat stadium sehinggalah bangunan lama belakang Teratak Jannah tu diubahsuai jadi dewan yang di taja oleh keluarga Elfan. He's like you cuma dia tak luahkan lagi." Ujar Najiha lagi.
Elena cuba menginggati kejadian yang diberitahu Najiha. Tak dinafikan apa yang diujar oleh Najiha itu tepat namun selama ini dia menganggap Elfan hanya menghubungi memang semata- mata ingin bertanya. Baginya Elfan tak menunjukkan minat terhadapnya kecuali renungan mata itu yang sentiasa sukar untuk dia taksirkan. Renungan itu kadang- kadang membuatkan jantungnya berdegup lari dari tempo tenangnya.
" Kau pun setuju kan?" soal Najiha.
Elena hanya tersenyum lucu lalu menggeleng kepalanya.
" Sejak bila cik Najiha, pensyarah sains ekonomi ni jadi doktor cinta? Harry ada sponsor kau sambung PhD bidang lain pulak ke?" gurau Elena.
" Kau tak payah nak pusing topik. Aku tahu kau cuba nak elak dari jatuh cinta kan? sebab sebelum ni bukan takde yang cuba nak pikat kau tapi kau awal-awal lagi dah letak batu sempadan kan?"
Kendur senyum Elena saat itu.
" Aku takut, Jiha." Akui Elena.
" El, tak semua lelaki sama. Kau takut untuk mencuba sedangkan Allah dah hadirkan seseorang yang terbaik untuk kau. Kita harus cuba pertaruhkan hidup kita. Aku tahu kau masih ingat kenangan lalu tapi Allah dah takdirkan begitu. Allah uji arwah ibu kau dulu sebab Dia tahu ibu kau mampu laluinya, buktinya kau sendiri cakap yang ibu kau tak pernah marah ayah kau, malah setiap hari kau dengar ibu kau selalu cakap tentang kebaikan ayah kau. Kalau aku dapat jumpa ibu kau dulu, aku nak cakap yang dia wanita hebat. Kau harus beri peluang, kalau bukan Elfan sekali pun, pada lelaki lain yang ingin mencintai kau." ujar Najiha.
Elena terus menarik Najiha dalam pelukannya.
" Thanks Jiha. Aku tak boleh janji tapi aku akan cuba. Aku sayang kau sangat- sangat. terima kasih kerana jadi pendengar setia aku dulu sehinggalah sekarang." ujar Elena.
" Sama-sama.. sayang kau jugak. Dan aku nak kau cari bahagia kau,El. Hari ni hari jadi ibu kau, kau sepatutnya happy sebab tarikh ni lahirnya wanita hebat yang dah lahirkan kau. Dan...."
" Dan apa?" Soal Elena.
" Dan tarikh hari ni kau dapat kenal mama Elfan..." Najiha kembali mengusik Elena. Elena dah menjuling mata ke atas.
" Cerita la dekat aku, Puan Sri tu lawa tak? Mesti lawa kan, dah nama pun orang kaya." ujar Najiha.
Elena mengangguk kepalanya.
" Puan Sri Maria aku klasifikasikan sebagai wanita yang anggun. Walaupun dah berumur tapi lawa. Macam kau cakap la, dah orang kaya. Ada kelas dia sendiri." Ujar Elena pula.
" Tapi, entah kenapa aku seakan pernah jumpa dia sebelum ni. Macam pernah nampak tapi aku tak ingat dekat mana dan bila." tambah Elena lagi.
" Mungkin dalam majalah kut. Erika kan pernah cakap yang mama dia ni selalu dapat temubual daripada wartawan majalah tempatan." ujar Najiha.
Elena mengangguk tanda setuju tapi jauh disudut hatinya dia rasakan dia pernah nampak wajah itu dan ia bukan daripada dia lihat dari majalah tapi ingatannya kabur.
UMI KHADIJAH merenung lama ke satu arah atau lebih tepat memandang ke arah pasangan yang sedang rancak berbual itu. Tanpa sedar bibirnya turut tersenyum saat melihat senyuman yang tidak lekang dari bibir Elena. Sebagai penjaga Elena, dia belum pernah lagi nampak gadis itu tersenyum sebegitu.
" Umi skodeng ek.." Tersentak Umi Khadijah saat disergah perlahan. Lantas dia menoleh ke arah kirinya dan wajah Najiha dan Erika sedang tersengih memandangnya.
" Kamu berdua ni, terkejut umi! Nakal sangat ek!" Marah Umi Khadijah perlahan sambil mengacah ingin mencubit kedua anak dara itu.
" Dah, umi tu syok je duk usyar Elena dan Elfan sampai tak sedar kita orang dekat sebelah ni." ujar Najiha lagi.
" Umi tak pernah tengok Elena senyum macam tu. Umi gembira bila Elfan boleh buat Elena gembira."
" Kami pun sama Umi. Eri harap sangat mereka ada jodoh. Tapi tulah, Abang tu slow sangat! Macam tak pernah bercinta. Padahal masa belajar dulu bukan main tersohor dia!" bebel Erika lagi.
" Biasa la,Eri. Dah matang cara dia lain kalau nak dibandingkan tika remaja. Masa remaja jiwa muda tengah melonjak naik. Sekarang masing- masing dah matang, mungkin Elfan nak guna cara yang berhemah dan bertatasusila." balas Najiha.
Umi Khadijah tertawa lucu mendengar perbualan anak gadis itu.
" Dah-dah, jangan dikacau mereka tu. Jom tolong umi tengok persiapan majlis ni. Haa Eri, pukul berapa tan sri dan puan sri sampai?" soal Umi Khadijah memandang Erika.
" Papa ada meeting, papa cakap lepas lunch papa mama sampai, ikut seperti di rancang, Umi." balas Erika.
Umi Khadijah mengangguk lalu dia terus menarik tangan kedua tangan gadis itu agar mengikut langkahnya.
ELFAN tak lepas memandang wajah yang sedang tersenyum itu. Mata itu seakan bersinar bahagia saat senyuman merekah di bibir.
" Kenapa awak tengok saya macam tu?" soal Elena sambil tersenyum nipis. Kanak- kanak yang berusia lapan bulan diatas ribanya di cium sekilas.
" Nothing, you look gorgeous today." Puji Elfan.
" Ada- ada je awak ni. Uncle Elfan ni suka cakap main- main Kan Fatimah? " Ujar Elena sambil mengagah kanak- kanak itu. Terus kedengaran gelak tawa membuatkan Elfan juga turut tersenyum.
" Mana ada uncle main- main. Aunty Elena ni tiap- tiap hari cantik kan Fatimah? Buatkan hati uncle di terus berdebar- debar." Balas Elfan turut mengagah baby Fatimah diriba Elena.
Tawa Elena terlepas. Dia hanya menganggap Elfan sekadar bergurau.
" Tan sri dan puan sri sampai pukul berapa?" soal Elena mengundang jelingan nakal Elfan. Lelaki itu tahu Elena hanya ingin mengubah topik perbualan mereka.
" As per schedule. Mungkin kejap lagi sampai la tu. Mama dah tak sabar jumpa awak. Dia rindu."
Elena tersengih nipis. Dia tahu PS Maria sentiasa ingin berjumpa dengannya namun disebabkan kekangan masa dia terpaksa menolak pelawaan wanita anggun itu beberapa kali.
" Kesian Puan Sri, Saya terpaksa tolak ajakan dia sebab busy dengan musim exam students." Ujar Elena dengan rasa bersalah.
"Mama mesti faham. Lagipun musim exam kan. Tapi mama harap agar dapat jumpa awak lagi."
" But, its okay. Lepas ni confirm mama akan selalu ajak keluar lagi. Siap la awak ambil alih tugas Erika. Macam belangkas la mama buat nanti."
Tersenyum Elena mendengar celoteh mulut Eflan. Mereka terus menyambung berbual ringkas. sambil menyiapkan adik- adik untuk majlis sebentar lagi.
Elena melangkah ke arah sekitar majlis itu. Majlis serba ringkas yang hanya dihadiri oleh beberapa tetamu sahaja. Tiada wartawan atau sebarang pihak media dijemput untuk majlis ini atas permintaan kedua pihak. Elena tersenyum melihat anak- anak yang berusia lima sehingga lapan tahun sedang berlari riang. Begitu juga yang remaja elok berkumpul disatu tempat.Dan ada yang membantu umi serta kakak dan abang mereka yang lebih tua.
jam di pergelangan tangan kirinya di lihat, Saat itu entah kenapa jantungnya berdebar dengan tiba- tiba. Sebenarnya sejak subuh pagi tadi lagi hatinya merasakan sesuatu yang tidak enak seakan sesuatu akan berlaku namun sehingga kini semuanya baik- baik saja. mungkin perasaannya saja.
" El!"
Elena menoleh ke arah Najiha yang sedang berlari anak itu.
" Kenapa?" Soal Elena saat Najiha mendekat.
" adik Laila, dia nak kau siapkan dia. Tengah menangis dalam bilik tu sebab seharian ni tak jumpa kau." Ujar Najiha.
Elena tersenyum. Laila, kanak-kanak kelainan upaya berusia sepuluh tahun. Pada umur empat tahun dia diserang demam panas yang sangat teruk sehingga merosakkan sistem saraf yang menyebabkan dia lumpuh. Dia sangat rapat dengan adik itu dan kalau dia pulang ke TJ, dia yang akan uruskan adiknya itu dan Laila juga begitu. kalau tahu dia ada, pasti segala benda nak dirinya uruskan.
" takpelah, aku pergi siapkan Laila sekejap. Nanti kau dan umi la sambut tan sri dan puan sri tu." Ujar Elena lalu meninggalkan Najiha.
"MAR takut la bang."
" Insyaallah takde pape..."
" Tapi, ini pertemuan abang dengan dia setelah berpuluh tahun.. Dan bila dia nampak kita berdua, Mar tak sanggup nak lihat kebencian dari mata dia..." PS Maria mengenggam erat tangan suaminya.
" kalaupun kebencian tu ada, hanya untuk abang saja Mar. biarlah abang yang menanggung kesalahan itu,Mar. Dah terlalu lama Mar, abang rasa sekarang adalah waktu yang sesuai." TS Emran membalas genggaman tangan isterinya itu.
Mereka berdua melangkah keluar dari kereta dan saat itu mereka disambut oleh Umi Khadijah dan beberapa warga teratak tersebut. Elfan dan Erika yang datang lebih awal jugak turut ada bersama kecuali satu wajah! Kemana dia pergi? Adakah dia sudah tahu?
" Selamat datang tan sri dan puan sri. Mari kita ke ruangan dewan." Jemput Umi Khadijah.
Mereka melangkah ke arah dewan yang ingin dirasmikan itu. Sambil itu mereka berbual kosong sementara majlis bermula sebentar lagi.
PS Maria menoleh ke sekeliling namun sungguh, tiada kelibat Elena yang menyapa matanya.
" Mama cari siapa?" Soal Erika saat menyedari pandangan mata mamanya itu.
" Hurmm... Elena tak ada ke?" Soal PS Maria perlahan.
" Oh! Kak El ada, tengah siapkan adik Laila. Anak teratak Jannah ni." Balas Erika yang tidak mengerti akan apa yang terbuku dihati ibunya itu.
Pandangan PS Maria dan TS Emran bertemu saat itu dan TS Emran hanya mengerdipkan matanya. Cuba menenangkan hati isterinya.
Elena menolak perlahan kerusi roda itu menuju ke arah dewan. Tertawa kecil dia saat mendengar celoteh Laila yang bersemangat bercerita tentang aktiviti sekolahnya.
Najiha menoleh saat dia merasakan seseorang duduk di kerusi sebelah. Tersengih Elena saat pandangan mata mereka bertemu.
" majlis dah lama mula?"
"Baru je, tu parents Elfan Erika pun baru sampai."
Elena menoleh ke arah meja VVIP yang tersedia dan saat itu dia melihat dua susuk tubuh yang duduk membelakanginya. Sepasang suami isteri separuh usia itu. Suara Ustaz Ahmad selaku pengerusi majlis mula kedengaran lantas Elena mengalih pandangan ke arah depan. Sempat dia baca banner yang tergantung.
'Majlis Perasmian Dewan EmiNor. Dirasmikan oleh YhB Tan Sri Emran Esmail'
Tersentak Elena setelah membaca baris nama itu. Jantung dia mula berdegup laju. Tak mungkin! Dia memandang susuk tubuh yang duduk di sebelah PS Maria itu. Dari gaya dia tidak mengenali lelaki itu. Arghh! mungkin nama bapa Erika kebetulan sama saja. Malah beribu orang memilikki nama yang hampir sama!
Elena cuba melupakan hal tersebut lalu dia mula memberi perhatian kepada Ustaz Ahmad yang sedang berucap.
"Dengan berbesar hati saya ingin menjemput TS Emran untuk memberi sepatah dua ucapan seterusnya merasmikan dewan yang diberi nama EmiNor ini. Dipersilakan."
Saat itu bergema tepukan gemuruh dari semua yang ada disitu. Elena tidak lepas memandang susuk tubuh yang sedang melangkah itu dan saat badan itu berpusing menghadap ke depan, saat itu Elena merasakan dunianya terhenti.
Wajah itu!
Renungan itu!
Dan saat itu pandangan mata TS Emran singgah lama ke wajah Elena. dia dapat lihat wajah Elena yang kaku dan terkejut saat melihat wajahnya. Dia sudah bersedia untuk segala kemungkinan selepas ini.
"Assalamualaikum dan selamat petang buat semua, pertama sekali......"
Elena tidak lagi mampu mendengar baik kata- kata yang keluar dari mulut lelaki separuh usia didepan sana. Selepas dua puluh tahun! wajah itu masih dia ingati walaupun sudah dimamah usia. Kenapa pertemuan harus begini. Kenapa? Dia memandang ke meja hadapan, saat itu matanya melihat ke arah Elfan yang sedang mendengar ucapan TS Emran. Jauh disudut hatinya dia kecewa, kenapa saat hatinya mula berbunga dia harus menghadapi semua ini. Matanya beralih kepada Erika, atau lebih tepat adik kandungnya. Dia sudah mulai sayang Erika seperti dia sayangkan Emir namun kebenaran yang baru dia temui membuatkan hatinya sakit. Dan dia melirik ke arah wanita bertudung biru lembut itu, hatinya mula berkecamuk! Dendam,marah,sedih menjadi satu sehingga dia tidak mampu melakukan apa- apa pun.Dalam dia tidak sedar, tangannya mula menggigil. Dia tidak betah lagi untuk terus berada disini. Baru saja dia ingin berdiri, kata- kata TS Emran bergema lagi.
" Dewan ini saya berikan nama EmiNor bersempena nama insan yang bermakna dalam hidup saya, Emir dan Nora. Saya ingin abadikan nama itu disini kerana tempat ini amat bermakna buat insan yang sayang sayang dan rindui. Saya seorang pendosa dan saya tahu apa yang saya lakukan sekarang tidak mampu menebus dosa silam saya cuma saya ingin nyatakan yang saya ikhlas lakukan semua ini. Dan hari ini saya bersyukur sangat kerana hari ini saya dipertemukan seseorang yang lama ingin saya cari."
Dilihat TS Emran menarik nafas dalam. Elena bagai tahu apa yang bakal dikatakan TS Emran sebentar lagi dan saat itu dia sudah tidak mahu lagi berada disini. Baru saja dia ingin bangun, tiba- tiba tangan Najiha menyambar tangannya.
" Kau nak pergi mana?" Baru saja Elena ingin jawab, suara TS Emran bergema.
" Seperti yang semua tahu pada hari ini saya ditemani isteri dan anak- anak saya, Elfan dan Erika. Namun tak semua tahu bahawa saya mempunyai dua orang lagi anak hasil perkahwinan terdahulu. Anak lelaki saya bernama Emir sudah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu..."
Saat itu Elena dapat melihat pandangan Elfan beralih ke arahnya dengan kerutan diwajahnya.
" Dan hari ini saya ingin perkenalkan anak perempuan sulung saya, Lea Elena binti Emran..."
Saat itu Elena dapat merasakan semua mata menoleh ke arahnya. Wajahnya hanya kaku tak beriak. Dan saat matanya mencari wajah Elfan, ternyata mata itu sudah merenungnya dengan riak terkejut dan kecewa. Lama mata mereka bertaut sehingga dia merasakan genggaman tangan Najiha. Tanpa menunggu lagi dia terus berdiri dan meninggalkan dewan tersebut tanpa menoleh lagi.
" Maafkan ayah, kakak...."
Share this novel