LAJU langkah kakinya mencari wad yang menempatkan isterinya. Erika juga mengekori langkahnya dibelakang. Saat jumpa, Dia terus menolak pintu kayu itu dan tika itu wajah pucat isterinya menerpa matanya.
" Sayang okay? Ada sakit dekat mana-mana ke?" Soal Elfan cemas. Terus tangan Elena dicapai dan dibawa ke bibirnya.
Elena tersenyum nipis.
" El okay je,abang. Doktor cakap El dehydrated je. Mungkin sebab El kurang rehat semenjak dua menjak ni. Sekarang kan musim exam." Ujar Elena cuba meredakan kerisauan suaminya itu.
" I'm sorry, sayang. Abang tak jaga sayang betul-betul."
" No, bukan salah abang. El yang salah. Takde pape la, ni pun El dah okay cuma pening- pening sikit. Doktor cakap dah habis drip air ni, El dah boleh keluar." Ujar Elena lagi.
Barulah wajah tegang Elfan mengendur. Dia mengusap wajah pucat Elena itu dengan penuh kasih.
" Syukur akak okay, abang sikit lagi nak terbang datang hospital tadi." Ujar Erika yang sedang duduk di kerusi sebelah katil.
" Of course la, abang risau." balas Elfan sambil mengucup lembut belakang tangan Elena.
Bunyi pintu dibuka mengalihkan perhatian mereka bertiga. Tika itu seorang doktor wanita separuh usia sedang melangkah masuk sambil tersenyum manis. Dia merapati katil Elena sambil memberi salam.
Mereka bertiga menjawab salam tersebut perlahan. Elfan bangkit dari duduk lalu memberi ruang untuk doktor itu membuat pemeriksaan.
" Kita buat pemeriksaan sekejap ya?Macam mana puan rasa sekarang? getting better?" Soal Doktor sambil memeriksa drip air disebelah tersebut ramah.
" Alhamdulillah, makin okay. Cuma pening- pening tu masih ada." adu Elena. Bukan setakat pening, tekaknya merasa mual.
Doktor wanita itu tersenyum mendengarnya.
" Memandangkan suami puan dah ada disini, ada baiknya saya sampaikan berita ini."
Berubah wajah Elfan saat itu. Sirna senyumannya tika itu. Yang digambarkan pasti ada berita yang tidak elok namun dia harap kalau berita buruk sekalipun, biarkan tidak terlalu memudaratkan.
" Punca puan pengsan, dehydrated dan pening ni daripada kurang rehat dan jadual makan yang tak teratur tapi boleh jadi berpunca dari faktor lain. "
" Maksud doktor?" sampuk Elfan risau.
" pening itu biasa bila difasa awal kandungan." Kata doktor tersebut sambil tersenyum.
Manakala tiga pasang mata yang mendengar kata- kata doktor tadi terkedu shinggalah suara Elfan kedengaran.
" Isteri saya mengandung?" soal Elfan dengan riak wajah terkejutnya.
" Ya, Puan Lea Elena mengandung lapan minggu." Balas doktor itu lagi.
Mata Elfan mencari wajah Elena.
" We gonna have baby,sayang!" Terus Elfan menarik tubuh Elena kedalam pelukannya dan sempat dia mengucup pipi isterinya itu.
" Tapi dehydrated tak elok untuk kesihatan janin. Ia bahaya dan boleh mengundang keguguran."
Terus mati senyuman pasangan itu. Laju tangan Elena naik menekap perut kempisnya itu.
" Tapi puan jangan risau, kandungan puan baik- baik sahaja. Cuma lepas ni puan kena lebih berhati- hati dan jangan biarkan diri puan terlampau stress dan makan harus jaga." Ujar doktor itu lagi saat mengesan perubahan wajah pasangan itu.
" Insha Allah doktor..." Balas Elfan perlahan sambil mengeratkan genggaman tangan Elena.
" Nanti selesai drip air ni, kita buat ultrasound. Boleh tengok keadaan kandungan puan. Dan lepas tu puan boleh balik." Ujar doktor wanita itu lagi sambil tersenyum dan tak lama doktor tersebut terus meninggalkan bilik tersebut.
ELFAN membetulkan bantal di kepala Elena lalu menarik selimut menutupi separuh badan isterinya itu. Elena memerhati setiap pergerakan suaminya itu. Sejak keluar dari hospital lagi, Elfan mengurus segala keperluan Elena. Dalam tak sedar Allah mengurniakan seorang suami yang sangat baik dan dia merasa Khilaf kerana pernah menolak kehadiran Elfan sebagai suaminya dulu.
Saat Elfan ingin menjauh, laju tangannya menyambar lengan Elfan.
" Maafkan El sebab hampir buatkan baby kita dalam bahaya." Ujar Elena perlahan.
" Sayang, it's not your fault. Jangan sesekali fikir macam tu. Kita kan tak tahu, tapi Allah dah jagakan our little angel here so well." Ujar Elfan sambil menekap tangannya ke perut kempis Elena.
" Abang tak nak sayang fikir pasal tu lagi. Doktor kan pesan tadi jangan stress dan terlalu overthinking. Its not good for your health." ujar Elfan sambil membelai pipi mulus Elena.
Elena tersenyum manis dan tangannya menarik tangan Elfan di pipinya lalu dicium dengan penuh kasih.
" i love you, abang." Ucap Elena ikhlas.
" i love more, sayang. Tapi, abang ada permintaan" ujar Elfan dengan wajah serius.
" apa dia?"
" Boleh tak kalau abang nak sayang berhenti kerja? "
" What?"
Jelas wajah terkejut Elena saat itu. Dia tidak menyangka itu permintaan suaminya.
"Tapi kenapa?" Soal Elena dengan wajah masam. Dia seperti dapat agak yang permintaan Elfan pasti ada kaitan dengan kejadian yang baru menimpanya.
"Abang risau, sayang. Abang tak senang kalau biarkan sayang pergi kerja. Abang tak nak perkara sama berulang." Ujar Elfan sambil mengucup lembut tapak tangan Elena.
" El sayang kerja El. Kalau El tak mengajar, apa El nak buat?" Soal Elena perlahan.
" El duduk rumah, rehat je. Tak pun teman abang dekat office."
Elena menjulingkan matanya ke atas. Bernas sangat idea suaminya itu.
" Tak nak lah! Kalau asyik duduk rumah je makin stress la El. Kalau pergi office abang, lagi la bosan. abang buat kerja, El tercongok tak buat pape. Abang, El tak nak berhenti mengajar." Rengek Elena memujuk Elfan. Dan Elena simpan senyum saat taktiknya menjadi. Elena melepaskan keluhan perlahan.
" How about unpaid leave? El boleh ambil cuti tanpa gaji until my maternity leave." Cadang Elena lagi.
Elfan memikirkan idea Elena. Dia mengangguk kepalanya perlahan tanda bersetuju. Kenapa dia tidak terfikirkan hal itu.
" Baiklah, sayang minta unpaid leave sampai sayang bersalin. Every month i pay you double." ujar Elfan.
" Waaa... Kaya la El macam ni. Dan El nak sepanjang El cuti, El nak tolong umi uruskan Teratak Jannah, boleh bang?" pinta Elena.
Dan tika Elfan mengangguk, laju Elena memeluk tubuh Elfan dan dengan senang hati suaminya itu membalas pelukannya.
LAJU langkah kakinya menuju ke belakang rumah agam itu setelah menghempas pintu kereta dengan kelam kabut. Dari jauh dia sudah mendengar keriuhan yang dia sudah dapat agak apa yang sedang berlaku.
" Lea Elena Emran!!"
suara yang riuh tadi terus terhenti saat mendengar suara tegas itu. Bibik yang mula berwajah takut, manakala PS Maria pula sedang memicit dahinya.
" Sayang buat apa ni?!" Soal Elfan yang masih kemas berkemeja kerja sambil bercekak pinggang.
Elena tersengih melihat wajah tegang suaminya itu. Alamak! kantoi la pulak! Dia tahu, semua risau bila dia buat kerja ni tapi dia teringin.
" El teringin nak makan mangga tu." Ujarnya sambil menunjuk ke arah buah mangga epal yang bulat dan besar itu.
" Habis tu, dah takde orang kat dalam rumah ni untuk ambilkan buah tu sampai sayang nak kena panjat pokok tu? ke sayang sendiri yang senyap- senyap panjat tanpa pengetahuan orang?!" Soal Elfan lagi dengan berwajah serius.
Hampir gugur jantungnya saat mamanya menghantar gambar isterinya yang mengandung enam bulan itu berada di atas pokok. Laju dia memecut ke rumah apabila mamanya memberitahu Elena tidak mahu turun.
" Abang marah El?!" Cebik Elena di atas pokok itu.
" Yes! abang marah! Sayang membahayakan diri sayang dan anak kita. Sayang turun sekarang!" Ujar Elfan lagi.
" Abang dah tak sayang El lagi!" Kali ini Elena meraung pula. Elfan terus menepuk dahinya. PS Maria pula mula menggeleng kepala. Elfan pun satu, dia ni dah lupa ke isterinya sedang mengandung dan hormon orang mengandung ni lain macam. Bila- bila masa je boleh berubah.
" El sayang, turun la. nanti mama suruh Elfan yang ambilkan mangga tu untuk El ya. Turun sayang, mama risau la El dekat atas tu." Pujuk PS Maria pula.
" Abang tak sayang El, mama!" Bentak Elena namun pujukan PS Maria menjadi saat Elena mula melangkah turun. Laju Elfan mendekati bawah pokok tu, bersedia untuk segala kemungkinan.
" Abang tak cakap Abang tak sayang El. Sebab abang sayang la abang suruh El turun. Kalau jadi pape, hati abang juga yang risau." Ujar Elfan mendekati Elena yang sudah selamat menjejak tanah.
" Abang tipu! Dah lah! El nak merajuk! El nak tidur, jangan kacau!" Lalu Elena berjalan meninggalkan Elfan dan semua yang berada disitu. Baru saja Elfan ingin mengejar, PS Maria menghalangnya.
" Tak guna pujuk isteri kamu tu sekarang. Biar dia tidur dulu sekejap, nanti dia bangun kamu bagi mangga tu dekat dia. Confirm hilang merajuk dia tu." Ujar PS Maria lagi.
Elfan mengeluh perlahan. Tali leher dilonggarkan lalu ditanggalkan.
" Lain macam perangai orang mengandung ni,ma. Seram Elfan macam ni." Ujar Elfan lalu duduk di kerusi bersebelahan PS Maria.
" Alah, biasalah. Anggap jela pengorbanan seorang bapa. El dah penat bawa perut mengandung, kamu pula kena la hadap perangai dia." Ujar PS Maria tersenyum.
Dia tahu, ini bukan kali pertama Elena buat perangai pelik. setiap bulan mesti ada karenah yang buatkan Elfan pening kepala. Elfan pernah cerita yang Elena merenggek nak makan pasembur pagi-pagi buta. Takkan nak pergi pulau pinang pukul tiga pagi. Jenuh Elfan memujuk isterinya itu dan keesokkan harinya terus terbang ke pulau pinang. Pernah juga Elena mengajak Elfan pergi Thailand semata- mata nak tengok gajah di sana. Macam dekat Malaysia ni dah takde gajah. Namun Elfan tetap melayan permintaan isterinya itu.
" Sebab tu Elfan selalu ikut je apa yang dia nak,ma. Setiap malam Elena tak selesa tidur, nak-nak bila perut dia makin besar ni. Tadi tu je Elfan tak boleh kompromi, bahaya ma." Ujar Elfan lagi.
" Mama faham. Dah la, pergi ambilkan mangga tu, mama nak masuk dalam dulu tengokkan Elena. Yeke dia tidur, entah-entah tengah melayan drama air mata dia tu." Ujar PS Maria lalu meninggalkan Elfan disitu.
Elfan melipat lengan bajunya hingga ke siku lalu dia memandang buah mangga yang berada di atas pokok.
" Ada juga aku tebang pokok ni karang." Bebel Elfan lalu melangkah memanjat pokok mangga rendang itu.
" MARAH lagi ke?" Soal Elfan sambil melihat isterinya itu yang sedang ralit mencicah mangga dengan kuah rojak.
" Bila El marah?" Soal Elena sambil mengunyah.
Berkerut muka Elfan saat melihat dengan selamba Elena mengunyah mangga muda itu yang masam itu.
" Tadi kata merajuk dengan abang la, tuduh abang tak sayang El la."
" Itu tadi, sekarang tak dah..."
Hai, cepat betul mood dia berubah? desis Elfan namun dia tidak mempersoalkan demi keamanan sejagat. Lalu dia memeluk bahu isterinya itu dan terus dia mengucup lembut pipi Elena yang makin berisi itu.
" Janji dengan abang jangan buat perkara bahaya macam tadi lagi. Abang risau, sayang." Ujar Elfan lembut.
Elena menundukkan kepalanya. Dia tahu, perbuatan petang tadi membuatkan semua isi rumah ini risau. Mujurlah papanya tiada di rumah, kalau tak mesti kena bebel.
" El minta maaf. El buat salah petang tadi. El janji El takkan buat lagi." Ujar Elena sambil mengerdipkan kedua mata bulatnya itu beberapa kali. Terletus tawa kecil Elfan sambil menggelengkan kepalanya.
" Kita dekat ruang tamu ni sayang, jangan macam- macam!" ujar Elfan sambil mencuit hidung mancung isterinya itu. Elena yang pada mulanya tidak memahami kata- kata suaminya itu terkulat- kulat sebelun dia menampar perlahan dada bidang lelaki itu dan makin kuat tawa Elfan.
" Abang ada benda nak beritahu sayang." Ujar Elfan saat tawanya mengendur dan wajahnya mula serius.
" Apa dia bang?" Soal Elena mencapai mangga yang sudah dipotong kecil.
" Abang jumpa Maya."
Terhenti tangan Elena saat itu. Laju kepalanya ditoleh ke arah suaminya itu.
" Dekat mana?" Elena cuba mengawal suara dan wajahnya agar dilihat tenang.
" Hospital Assyifa..Dah tiga bulan dia dekat situ."
Kali ini Elena tidak mampu menyembunyikan wajah terkejutnya. Hospital Assyifa, sama seperti hospital bahagia yang menempatkan pesakit mental. Sungguh dia tak menyangka, kehilangan Maya selepas kematian tragis ayahnya itu berakhir dengan dia berada disitu.
" Macam mana abang tahu Maya ada di situ?"
" Kakak dia beritahu, abang terserempak dengan kakak dia masa pergi meeting. Dia beritahu abang yang Maya banyak berhalusinasi dan kemurungan. petang tadi sebelum balik, abang pergi melawat tapi abang hanya tengok dari jauh saja." Ujar Elfan lagi.
" Kesian Maya, mungkin dia tak boleh terima dengan apa yang terjadi." Ujar Elena. Elfan mengangguk.
" Tapi semua dah tertulis dalam takdir hidup kita semua. Abang pun tak menyangka semua ini terjadi. Sekarang kita hanya mampu doakan Maya sembuh semula." Ujar Elfan lagi.
"AKAK!"
Pergerakan tangan Elena terhenti saat mendengar suara yang cukup dia kenali itu. Saat terpandang wajah itu, dia hanya mampu tersengih.
" Dekat sini rupanya! Puas Eri dengan Am cari akak! Ni kenapa makan aiskrim? Abang kan tak bagi akak makan manis, due akak dah nak dekat" Bebel Erika sambil duduk disebelah Elena.
" Akak teringin la, bukan akak makan satu tub, satu kon je."
Erika menjeling tajam, memang la satu kon tapi ada tiga perisa aiskrim.
" Abang mana? kenapa dia tinggalkan akak sorang- sorang?"
Elena tersengih.
" Akak yang tinggal dia sebab abang Eri tu shopping mengalahkan perempuan! semua barang baby dia nak tengok betul- betul. Eri tau tak tadi boleh dia tanya staff kedai tadi, jumper ni confirm ke boleh buat baby tidur dengan selesa tak?! Terkulat- kulat budak tu nak menjawab. Akak dah bosan, kebetulan nampak kedai aiskrim ni akak keluar la." Ujar Elena sambil tersengih.
Erikan dah garu kepalanya. Pening dengan perangai kakaknya itu.
" Habis macam mana abang boleh tak jumpa akak? Sampai dia call kami suruh cari bini dia yang hilang ni" Soal Erika hairan.
" Akak nampak je, saja buat perangai tak nak panggil. Biar dia penat cari akak, dah penat nanti, takde la dia buat tanya macam- macam. Bijak tak akak?" Soal Elena sambil tersengih nakal.
" Hurmmm... bijak sangat!"
Mati terus sengihan Elena. Suara garau itu kedengaran betul - betul dia belakangnya. Erika dan Amsyar sudah mengangkat tangan tanda tidak mahu masuk campur. Dengan lafaz Bismillah, dengan kadar kelajuan siput dia menoleh ke belakang. Terpacul wajah serius Elfan sambil berpeluk tubuh berdiri di belakangnya.
" Okaylah, kami berdua meminta izin untuk berundur dulu. Ada barang lain lagi yang kami nak cari." Erika dan Amsyar terus laju meninggalkan suami isteri itu disitu.
Elena dengan wajah pasrah memandang pasangan itu meninggalkannya. Silapnya juga sebab beria nak ikut Erika dan Amsyar keluar cari barang kahwin mereka. Kononnya bosan duduk dirumah dan apabila suaminya bersetuju, dia pula buat perangai.
" Seronok buat abang risau?"
Suara Elfan membuatkan Elena menoleh kembali ke arah suaminya itu.Dia tersenyum nipis lalu lengan sasa suaminya ditarik lalu Elfan duduk disebelahnya.
" Maaf abang, El tahu El salah..."
" Tak salah nak makan aiskrim tapi beritahu abang dan sayang sepatutnya makan satu scoop je. kenapa sampai tiga? due sayang lagi beberapa minggu je, abang nak sayang senang bersalin. Doktor dah peasan kan jaga makan bila dah sampai bulan. Kenapa degil ni?" bebel Elfan. Namun bila dia ingin menyambung bebelannya, matanya terpandangkan mata isterinya dah berkaca itu. Dia menarik dalam nafasnya sebelum memeluk bahu isterinya itu.
" Abang tak marah, abang cuma risau. Sayang hilang dari pandangan abang, sayang buat jantung abang nak meletup tau tak bila abang tak nampak sayang. Dah- dah jangan nangis, pasal aiskrim abang minta maaf, tak patut abang cakap lagi sedangkan dah selamat masuk perut sayang pun." Ujar Elfan cuba bergurau namun rentapan tangan Elena membuatkan dia tersentak.
" Abang! Jom pergi hospital!" Ujar Elena sambil memandang tajam wajah Elfan.
" Hah? Buat apa?"
" Main masak- masak!."
" Hah?" Makin terpingga- pingga dengan lawak tak lucu Elena.
" Hishh dah datang dah blurr dia. Aku sekeh kepala kan derhaka pulak! El nak beranak la bang!" jerit Elena sehingga mengundang beberapa pasang pandangan berdekatan.
" Apa!!???"
Share this novel
x sabarnya nk tunggu junior Elfan dgn Elena..tq author up chapter baru..