" INGAT KELAKAR?"
Elfan menjeling. kacau daun betul budak ni!
Terus Erika tersengih sambil mengangkat jari simbol peace lalu duduk di sebelah Elena.
Sempat Elena menjeling ke arah datangnya Erika dan dia menggeleng kepala saat kelibat Amsyar sudah menghilang. Gaduh lagi ke mereka ni? Sejak dia dan Erika berada disitu, Amsyar yang selalu menemani mereka dan setiap hari jugalah dia melihat Amsyar mengusik Erika sehingga membuatkan adiknya itu marah. Namun dia dapat lihat ada sesuatu disebalik usikan Amsyar.
" Abang Elfan tu jiwang tak tengok kiri kanan. Tengok tu, akak dah malu dah tu, kan akak kan?" Elena mengalihkan kembali pandangan ke arah Erika dan dia hanya tersenyum nipis. Dia masih terkejut melihat Elfan muncul disitu.
" Eleh, Eri yang kacau daun tu kenapa?" Balas Elfan geram.
" Kalau tak kacau daun, sampai ke malam la akak Eri ni kena layan suami dia yang jiwang karat.Dah nak magrib ni. Jom balik bilik kak." Ajak Erika lalu menyambar lengan Elena lalu menarik gadis itu mengikutnya.
" Eh!Eh! Nak bawa isteri abang pergi mana!?" Soal Elfan gelabah.
" Eri sebilik dengan Kak El! Abang jangan nak rampas kak El dari Eri!" Ujar Erika selamba.
" Amboi, sekarang ni Eri rampas isteri abang! Abang dah lama kena tinggal tahu tak!"
" Eleh, baru seminggu je! Abang kena bersyukur tau, kalau bukan Eri yang bagi info, abang takkan sampai sini."
Meluas mata Elena memandang Erika. Jadi adiknya itulah yang jadi punca Elfan muncul disitu. Erika yang baru tersedar, terus memandang Elena sambil tersengih.
" Sorry kak, Abang ugut nak potong elaun Eri! Jom lari!!" Jerit Erika perlahan sambil kembali menarik tangan Elena Meninggalkan Elfan yang terpingga- pingga.
Panggilan Elfan tidak dilayan Erika. Sempat Elfan melihat Elena berpaling ke arahnya beberapa kali sambil meninggalkannya. Bercekak pinggang Elfan saat itu. Penat- penat dia datang, berani Erika larikan isteri dia.
"Nak kena budak ni!" Bebel Elfan perlahan sambil melangkah ke resort.
TERKAKU Elena saat melihat susuk yang berdiri di depan pintu biliknya yang tertutup rapat itu. Mujurlah dia siap berpakaian saat keluar bilik air. Dia melihat ke sekeliling bilik mencari Erika namun tiada. Dia menelan air liurnya saat melihat Elfan yang melangkah mendekatinya.
"Abang dah halau Eri keluar. Dia tidur bilik abang malam ni." Ujar Elfan seakan faham apa yang ada dalam fikiran Elena.
" Habis a..awak nak tidur mana?" soal Elena gugup.
" Tidur sini la. Lagipun abang banyak benda nak tanya isteri abang ni." Ujar Elfan merenung ke dalam mata cantik Elena.
Elfan menarik tangan Elena lalu mereka duduk di birai katil. Menghadap satu sama lain. Elfan tersenyum nipis saat melihat rambut Elena yang separa kering itu. Rambut yang dulunya jarang sekali dapat dia lihat kerana isterinya itu selalu bertudung walau dirumah.
" You're so beautiful." bisik Elfan perlahan.
Memerah muka Elena saat itu. Dia mengalihkan pandangannya sebelum Elfan mengenggam erat kedua tangan Elena.
" Kenapa tak reply mesej dan call abang?" Soal Elfan lembut. Dia tahu Elena mahukan ruang namun dia sebagai suami ingin tahu keadaan isteri itu. Agak terkilan juga bila Elena langsung tidak membalas setiap mesej dan panggilannya.
" Saya perlukan masa..."
" Tapi El beritahu Erika. Atleast El beritahu abang yang El baik- baik saja. Seminggu hati abang risau fikirkan isteri abang. Kalau ikutkan hati abang boleh je suruh Roy cari El namun abang hormat permintaan El tapi..." Kata- kata Elfan tergantung. Dia cuba pancing rasa bersalah Elena dan ia berjaya. Dia menyimpan senyum.
" Maafkan saya. Saya perlukan ruang namun dalam saya tak sedar saya membelakangkan suami saya. Tapi awak jangan marah Eri, saya yang suruh dia rahsiakan. " Ujar Elena perlahan menunjukkan wajahnya. Dia tidak beritahu Elfan tapi dia beritahu Erika. Sebab dia fikir jika apa- apa berlaku, Erika tahu dia di mana.
" Pandang abang."
Ujar Elfan lalu membelai pipi mulus Elena perlahan. Mata mereka bertemu.
" Memang Eri yang bagi abang alamat sini. Tapi bukan Eri yang cakap sayang dekat sini. Bukan Najiha juga."
Elena mengerutkan keningnya memandang Elfan yang sedang tersenyum itu. Baru seminggu tak jumpa, makin kacak pula suaminya itu. Desis hati Elena.
" Amsyar. Dia yang beritahu abang. Lepas tu baru abang jumpa Najiha dan tahu Eri pun ada di sini. Mujurlah papa mama tak marah bila tahu yang dia subahat sorokkan kakak dia. "
" Amsyar?"
Elfan mengangguk.
" Amsyar call abang cakap El ada disini, masa tu dah beberapa hari dia nampak El tapi dia tak nampak abang. Dan bila Eri cerita dekat dia, barulah dia tahu hal sebenar. Amsyar cakap El tak boleh sendirian lama- lama. Nanti ia akan mempengaruhi emosi El. Lepas tu abang jumpa Najiha dan dia pun cakap benda sama sebab tu abang ugut Eri untuk bawa abang ke sini." Ujar Elfan jujur.
" Maafkan saya." Ujar Elena menunduk.
" Sayang tak salah cuma abang setuju dengan Amsyar dan Jiha. Abang tak boleh biarkan El sorang- sorang. Sayang isteri abang dan susah senang kita akan lalui bersama. Walau apapun terjadi abang akan sentiasa ada, El boleh luahkan semuanya dekat abang, just put your trust on me. Can you?" soal Elfan lembut.
Elena merenung ke dalam mata Elfan. Hatinya terpujuk dengan kata- kata suaminya itu. Perlahan- lahan dia menganggukkan kepalanya. Melebar senyum Elfan saat itu.
" Abang takkan biarkan sayang sendirian, lagi- lagi bila lepas abang dapat surat cinta pertama dari isteri abang ni."
Memerah wajah Elena saat itu. Elfan membelai pipi Elena dengan penuh kasih dan cinta.
" Thank you sayang. Sebab cintakan abang." Bisik Elfan romantis. Elena tersenyum manis mendengarnya.
" Saya yang patut ucap terima kasih pada awak kerana terima saya sebagai isteri awak dan cintakan saya." Balas Elena. Elfan tersenyum.
" Kita sambung semula hubungan kita dengan sesuatu yang manis. Abang nak sayang tahu yang abang cintakan El sangat- sangat dan abang akan sentiasa ada disisi El selamanya. Kita harungi bersama dan walau apa pun terjadi, i'm here for you." pinta Elfan.
Tangan Elena naik menekap pipi Elfan. Dia pun terkejut dengan tindakannya namun tidak pula dia melepaskan. Mata mereka merenung lama, seakan merasai hati perasaan masing- masing.
" I love you, abang." Bibir Elfan melebar saat mendengar ucapan dari bibir Elena buat pertama kalinya.
MATA dibuka perlahan saat mendengar bunyi telefon yang telah diset penggera. Tangannya laju mencari telefon bimbitnya dan terus dimatikan alarm tersebut kerana tidak mahu menganggu tidur lena orang disebelahnya itu.
Tersenyum bahagia dia saat melihat wajah tenang yang sedang tidur itu. Malah makin bahagia saat tangan itu memeluk tubuhnya. Dia mengusap rambut ikal lembut milik wanita yang dia cintai itu dengan lembut. Kenangan ini dia takkan lupakan, Elena berada di dalam pelukannya membuatkan dia rasa seakan melindungi isterinya itu. Malah melihat isterinya itu tidur dengan nyenyak juga melegakan hatinya. Jam ditelefon dijeling sekilas, sudah hampir enam pagi. Ikutkan hati dia tak ingin lepaskan isterinya itu namun panggilan yang paling penting harus dilaksanakan. Elfan menyelit rambut yang melindungi wajah Elena ke tepi telinga lalu pipi Elena dibelai lembut.
" Sayang, bangun. Dah subuh ni."
" Ermmm....five minutes.."
Satu perasaan aneh menerpa hati Elfan saat mendengar suara Elena yang serak itu merengek . Dia memejam matanya seketika cuba menenangkan naluri lelakinya yang tiba- tiba muncul. Dia tidak mahu memaksa, malah semalam pun dia sedaya upaya menahan keinginannya dan buat masa sekarang ia berjaya, selagi dia boleh bertahan dia akan bertahan demi meraih cinta ikhlas isterinya. Pagi ini juga dia harus bertahan sehingga isterinya itu betul- betul bersedia.
" Sayang... Bangun, kita solat subuh dulu."
Elena yang mendengar suara lembut itu membuka matanya perlahan- lahan. Saat melihat wajah Elfan dia terpaku. Kenapa dekat sangat wajah suaminya itu? Dia pejam celik beberapa kali, saat sedar sepenuhnya barulah meluas matanya saat melihat tangannya sedap memeluk tubuh sasa itu. Laju tangannya ditarik namun belum sempat dia menjauhkan dirinya, tangan kekar Elfan merangkul kemas pinggangnya.
" Tadi sedap peluk abang, sekarang nak lari pulak. kenapa nak malu? i'm all yours." Bisik Elfan romantik. Makin memerah wajah Elena saat itu. Meletus tawa Elfan bergema ruangan bilik itu.
" Nasib baik dah subuh, kalau tak jangan harap sayang dapat turun katil ni. Dah, sayang pergi ambil wuduk dulu. Kita solat sama- sama." Ujar Elfan lalu melonggarkan pelukannya. Elena tanpa menunggu terus melompat turun ke bilik air. Saat dia menutup pintu, sempat dia mendengar tawa Elfan yang masih bersisa. Laju dia menekup wajahnya, malu dengan kelakuannya yang terlebih memeluk tubuh Elfan. Walau tidak lakukan sesuatu yang lebih, namun buat pertama kalinya mereka tidur sekatil. Tiba- tiba Elena mengukir senyum saat menginggati peristiwa tadi. Ya, dia bahagia!
ERIKA merenung ke arah pasangan yang sedang menyuap makanan di depannya itu. Dahinya berkerut saat melihat masing- masing senyap.
" Akak dengan abang bergaduh ke?"
Saat itu, Elena dan Elfan mengangkat kepalanya serentak. Memandang Erika yang berada di depan mereka.
" Kenapa cakap macam tu?" soal Elfan.
" Dari tadi Eri tengok abang dan akak senyap je..." Jawab Erika selamba.
" Kalau senyap tu dikira kami bergaduh ke?" soal Elfan lagi.
" Boleh jadi" jari Erika mengurut dagunya perlahan. Elena menahan senyumnya. Sempat dia dan Elfan membalas pandangan.
" Kami okay, cuma mengantuk sikit, semalam tidur lambat ." Balas Elfan selamba.
"Uhukk! Uhukk!"
Laju Elena menghulurkan tisu kepada Erika yang tersedak kopi itu. Merah wajah adiknya itu yang sedang terbatuk itu.
" Abang ni! cakap tu pandang- pandang sikit! Eri ni belum kahwin lagi tau!" Marah Erika kepada Elfan.
" Dah kenapanya? Eri tu yang pikir bukan - bukan. Semalam kami borak sampai tak sedar dah lewat malam. Dan pagi ini, terpaksalah turun breakfast atas permintaan adinda di depan kami ni." Ujar Elfan memerli Erika.
" Eri ni dah besar la, of course la akan terrr fikir pasal tu!" Muncung Erika lagi.
" Yela, adik abang ni dah boleh kahwin la kan.. Haa tu jodoh dah datang tu." Ujar Elfan sambil menoleh ke arah belakang Erika. Terus Erika menoleh ke belakang, dari jauh kelihatan Amsyar sedang berjalan ke arah kafeteria itu. Dia mencebik
" Itu bukan jodoh tapi masalah tu. Eri tak faham la dengan mamat tu. Macam saja je nak cari gaduh dengan Eri. Tak tenang kot hidup dia kalau tak gaduh dengan Eri. Benci betul!" Cebik Erika lalu menoleh kembali ke arah Elfan lalu menyuap roti bakar ke mulut.
" Jangan benci sangat. Nanti jadi cinta!" Usik Elfan sambil tersengih nakal. Elena hanya menggelengkan kepalanya saat melihat Elfan seronok mengusik Erika.
" Assalamualaikum, selamat pagi."
Tangan Erika yang ingin menyuap makanan ke mulut terhenti saat mendengar suara yang cukup sebati dengan telinganya untuk lebih seminggu ini. Dia tidak mengendahkan Amsyar lalu menyambung suapannya.
" Waalaikummusalam, jemput makan Am.." Jawab Elena ramah. Elfan sempat berjabat tangan dengan lelaki itu.
" Boleh ke saya join sekali?" Soal Amsyar lagi. Sempat matanya melirik ke arah Erika yang terang terangan tidak mengendahkan dia.
" Boleh sangat. Lagipun nak minta awak teman Erika makan, saya nak bawa wife saya ni pergi ambil angin pantai sekejap. Kan sayang?" Soal Elfan sambil mengenyit matanya sebagai isyarat. Elena tertawa perlahan namun kepalanya mengangguk.
Erika terus mengangkat wajahnya lalu menjegil matanya kepada Elfan namun tak sempat dia menahan, Elfan sudahpun menarik tangan Elena meninggalkan dia disitu bersama Amsyar. Tak guna punya abang! Marah hati Erika.
"Merahnya muka. Marah ke?"
Terus Erika menjeling ke sisinya. Dia hanya diam tidak membalas lalu menyudahkan suapannya. Baru saja ingin bangun meninggalkan Amsyar, tiba- tiba suara lelaki itu kedengaran lagi.
" Boleh awak teman saya makan? saya tak breakfast lagi.."
" Kan ramai dekat kafe ni, dia orang boleh teman awak!"
" Tapi saya nak awak..."
" Sama je saya dengan orang lain.."
" Tak sama dan takkan sama... please Erika."
Terkedu Erika saat mendengar suara lembut Amsyar. Satu perasaan hadir dengan tiba- tiba di hatinya tika itu dan saat melihat senyuman manis Amsyar, hatinya merasa aneh. Apakah?
Elena merenung tak lepas wajah Elfan. Dia perasan bibir suaminya itu tak lekang dengan senyuman. Dari mereka mula berjalan menyusuri pantai itu lagi dia menyedarinya. Tertanya-tanya juga apa yang membuatkan Elfan gembira sangat.
Sedang leka dia merenung wajah Elfan, tiba- tiba suaminya itu menoleh ke arahnya.
" Kenapa tengok abang macam tu?" soal Elfan tersenyum lucu. Terhibur dia melihat wajah Elena yang tercengang itu.
" Sebab El tengok abang senyum je dari tadi. Apa yang buatkan abang gembira?" soal Elena lagi.
Terletus tawa kecil Elfan saat itu.
" Lagi mau tanya ke? Abang gembira sebab Lea Elena binti Emran lah." Ujar Elfan sambil mencuit hidung mancung Elena dengan hujung jari telunjuknya.
" Abang gembira sebab pandangan sayang pada abang dah tak sama macam kita mula-mula kahwin dulu. Dulu abang nampak kemarahan dalam mata sayang tapi sekarang abang nampak cinta sayang buat abang." Ujar Elfan bahagia.
Sirna senyuman Elena saat itu. Dia menundukkan pandangannya.
" Maafkan El sebab banyak buat abang terasa hati. El berdosa dengan abang.." Ujar Elena perlahan.
Elfan terus membelai pipi Elena lalu dia merenung tepat ke dalam mata.
" No sayang. El tak pernah berdosa dengan abang. Kita dah janji nak mulakan kembali hubungan kita. Benda yang lepas kita jadikan pengajaran. Abang cintakan El dan abang juga perlukan cinta El untuk abang." Ujar Elfan romantis.
" Tapi El banyak buat dosa dengan ayah dan mama.." Ujar Elena lagi.
Elfan menarik Elena ke dalam pelukannya, Elena turut membalas pelukan suaminya itu.
" Kita balik ya sayang? mama dan papa tengah tunggu El." Pujuk Elfan dan lega hatinya saat merasa anggukan Elena.
MATANYA tak lepas memandang kedua-dua susuk separuh usia itu. Dia masih tegak berdiri di sisi Elfan dan tanpa sedar dia mengeratkan lagi genggaman tangan Elfan itu.
" Sayang...."
Elena mendongak memandang Elfan. Dengan senyuman Elfan mengangguk kepalanya seakan memberi isyarat yang hanya mereka berdua tahu.
" Elena..." TS Emran bersuara namun terhenti saat melihat Elena mendekatinya sehingga anaknya itu berdiri betul- betul depannya.
Tiba-tiba Elena menyambar tangan kanannya lalu dicium.
" Maafkan El, papa. El banyak berdosa dengan papa."
Terkedu TS Emran saat itu, Elena memanggilnya papa! Sebak dirasakan saat itu, tiada apa yang dia rasa saat itu selain bersyukur kepada Allah. Lantas dia terus menarik tubuh Elena ke dalam pelukannya.
" Maafkan papa, sayang. Papa yang banyak dosa. Maafkan papa, terima kasih ya Allah atas kurniaanMu ini! " Ujar TS Emran sebak.
Elena mengeratkan pelukan ayahnya itu. Tenang,itulah yang dia rasakan saat ini. Kerinduannya terubat. Indah sungguh sebuah kemaafan. Saat dia membuang perasaan marah dan kecewa, hatinya menjadi lapang dan gembira.
Elena melonggarkan pelukannya lalu PS Maria di sebelah dipandang. Kini da beralih ke arah PS Maria yang sedang bergenang air mata.
" Dulu, saya benci puan sri sebab puan sri rampas kebahagiaan saya..."
Tersentak Elfan mendengar kata- kata Elena. Matanya sempat menoleh ke arah TS Emran. Ternyata papanya itu juga terkejut dengan kata- kata Elena.
" Sayang??" Panggil Elfan perlahan.
Elena menoleh ke arah wajah risau Elfan sebelum memandang ke arah PS Maria yang sedang menunduk itu.
" Saya dah hilang ibu saya. Dan lepas itu saya hanya ada Umi Khadijah untuk menumpang kasih tapi saya harus kongsi umi dengan berpuluh- puluh orang lain. Boleh tak saya minta.."
Jantung Elfan mula berdebar - debar menanti kata- kata Elena. Dia tidak mahu kata- kata isterinyai tu mengguris hati mamanya.
" Boleh tak saya minta kasih sayang mama untuk saya? sayang yang sama mama bagi dekat abang Elfan dan Erika?" Soal Elena tersenyum.
PS Maria terus mengangkat wajahnya dengan wajah terkejut sebelum dia menarik tubuh Elena ke dalam pelukannya. Jatuh air mata PS Maria saat itu, terharu dengan kata-kata Elena. Sempat dia mengucup lembut tepi kepala Elena, memujuk Elena yang sudah menangis itu.
Elfan dan TS Emran menarik nafas lega saat itu. Erika yang turut berada disitu juga mengalirkan air mata gembira.
"Boleh sayang. Terima kasih kerana terima mama. Mama sayang El sama macam mama sayang Elfan dan Eri. El anak mama." Ujar PS Maria dalam tangis.
" Eri pun nak peluk juga!" Kedengaran suara Erika lalu dia juga memeluk erat PS Maria dan Elena.
' Alhamdulillah... Nora, akhirnya abang dapat kemaafan dari anak kita. Maafkan abang atas dosa abang yang dulu. Abang janji akan jaga anak kita sehingga akhir nafas abang.' Desis TS Emran di dalam hati.
"EH! Nak ke mana tu?" Soal Elfan saat melihat Elena melangkah ke arah lain.
" Errr... Nak masuk bilik El..." Jawab Elena.
" Bilik sayang dekat sini." Ujar Elfan sambil menunjukkan ke arah biliknya. Elena terkaku disitu, masih cuba memproses kata-kata Elfan itu.
" Lagipun barang- barang sayang abang dah suruh bibik pindahkan ke bilik ni. Bilik tu dah takde pape dah." Ujar Elfan mendekati Elena lalu dia merangkul bahu isterinya itu dan menarik ke arah biliknya.
Selesai membersihkan diri, Elena berehat di atas katil. Dia memerhati ke sekeliling, pertama kali dia melangkah masuk ke dalam bilik suaminya itu. Susun atur ringkas namun nampak gaya yang mencerminkan diri Elfan. Teringat suaminya itu terus bibirnya melakar senyum, sungguh sudah lama dia terpikat dengan jejaka itu sejak mereka berkawan lagi. Elfan sentiasa melayannya dengan baik dan selepas mereka berkahwin pun, suaminya itu tetap sabar melayan karenahnya yang kadang-kadang melampau.
Cup!!
Tersentak Elena saat pipi kanannya dikucup tiba-tiba. Dan saat dia menoleh ke arah itu, meluas matanya saat wajah Elfan hanya beberapa inci dari mukanya. Hidungnya juga sempat berlaga dengan hidung mancung itu.
" Ingat apa sampai duk senyum je dari tadi?" Soal Elfan memandang tepat ke mata Elena.
Elena berdehem sedikit.
" Takde pape.."
Dia menjarakkan wajahnya. Dia dapat rasakan wajahnya sudah berubah warna saat Elfan merenungnya dalam.
" Mana boleh takde pape? Abang tak percaya!" Ujar Elfan sambil mendekatkan wajahnya. Dalam hati dia menyimpan senyum, suka melihat wajah Elena yang merah itu. Comel!
" Betul! Takde pape la abang!" Elena menggelabah.
" Betul ni?" soal Elfan lagi? Wajahnya didekatkan lagi. Meluas mata Elena saat Itu.
" A..apa a..abang nak buat ni?" tergagap Elena menyoal.
" Takde pape..." Elfan memulang paku keras membuatkan Elena sempat mencebik.
"Haip!! jangan buat macam tu! your lips look luscious to kiss, sayang!"
Terkaku Elena mendengarnya.
" Okay! El tengah fikirkan abang!"
Kata-kata Elena membuatkan kening Elfan terjungkit.
" Pasal abang? Kenapa?"
" Nothing, El teringat kenangan dari kita mula-kenal, berkawan lepas tu kena kahwin ekspres." Ujar Elena tertawa kecil.
Elfan turut tersenyum. Dia juga takkan lupakan kenangan dia mengenali wanita yang dia cintai itu.
" Sayang menyesal? Maksud abang, Kita kan kahwin sebab kena tangkap. Sayang menyesal ke masa tu?" soal Elfan.
" Masa kena tangkap dulu, El cuma sedih dan stress tapi El tak rasa menyesal pun kena nikah dengan abang..."
" Cuma?" Tambah Elfan lagi saat melihat air muka Elena.
" Pernikahan kita buatkan nama abang dah tercemar. I'm nobody, so no one care about me but you are. El tahu, abang stress bila gosip pasal pernikahan kita tersebar, El dengar abang borak dengan papa yang ada few clients cancel deals dengan syarikat abang." ujar Elena jujur.
Elfan tersenyum nipis, tangab kekarnya naik membelai rahang pipi isterinya itu.
" Betul abang agak stress tapi kita just husnuzon, rezeki dah tertulis dan jika Allah tak izinkan untuk abang dapat rezeki tu abang takkan boleh pertikaikan. Tapi abang nak beritahu El, hikmah disebalik itu ialah lepas papa make press conference, ramai klien yang mula approach company abang, malah lebih banyak dari sebelum ni. Bukan abang nak cakap yang kontreversi akan menaikkan nama tapi hikmah disebalik Allah uji, percaya dengan hikmah yang Allah ingin sampaikan." Ujar Elfan lembut. Elena tersenyum manis mendengarnya, sesungguhnya Elfan dibesarkan dengan akhlak dan kejujuran yang tinggi dalam dirinya.
" Abang bangga dengan El..."
" Kenapa?" soal Elena hairan.
" Sebab El berjaya buang rasa benci dan dendam buat papa dan mama. Abang sangat bahagia saat lihat sayang peluk papa dan mama dan paling penting abang lihat kebahagiaan di wajah sayang." Ujar Elfan lagi.
" Dulu El memang berdendam,benci kecewa dan sedih. 20 tahun El hidup dengan perasaan itu. Kalau orang lain mesti takkan maafkan papa dan mama tapi bila El kahwin dengan abang dan makin dekat dengan papa mama, El rasa bersalah sebab berdendam. El sentiasa teringat kata-kata ibu agar memaafkan dan tidak membenci. Sebab tu El selalu elakkan dari duduk bersama keluarga..." Elena bercerita.
" Dan apabila semua terbongkar, rasa dendam dan benci itu makin hilang. Dan hanya ada kerinduan El untuk papa. tanpa El sedar, sebenarnya pernikahan kita merupakan jalan untuk El bersama papa kembali.." sambung Elena lagi.
Elfan terus menarik tubuh Elena ke dalam pelukannya saat melihat mata isterinya itu berkaca.
"Dan isteri abang yang baik ini dah bersatu kembali dengan papa, mama, dan Eri. Bahagiadah menjadi milik sayang...." pujuk Elfan lagi lalu melonggarkan pelukannya.
Matanya merenung kedalam mata hitam milik Elena sambil jemarinya mengelap sisa air mata dipipinya. Elena turut tenggelam ke dalam renungan itu sehingga dia tidak berkata apa saat melihat wajah elfan yang makin mendekat. Dia tahu apa sasaran Elfan kerana mata suaminya itu memandang lama bibirnya namun tidak pula dia rasa ingin menolak malah jika Elfan meminta haknya, dia bersedia memberinya.
Saat hidung mereka bertemu, Elfan tidak mampu menahan kehendaknya lagi, maka terus saja bibirnya mencari sasaran sehinggalah....
Tok ! Tok!
CE minta maaf kpd semua :((
Share this novel
Tq update.. berbaloi tunggu sbb setiap chapter mmg panjang .. tq3
hadoi siapalah yg kacau daun ni?...hi hi