DIA merenung skrin laptop didepannya namun fikirannya jauh menerawang entah ke mana. Kata- katanya tempoh hari membuatkan dia terus menerus menginggatkan satu wajah yang hampir setiap minggu muncul di matanya. Elena tidak menyangka dia akan menceritakan kisah hidupnya kepada Elfan. Selama ini sedaya upaya dia menggelak dari didekati lelaki. Namun tidak dengan Elfan. Entah kenapa dia boleh berkongsi rasa dengan lelaki itu dan yang aneh, hatinya rasa lapang jika dapat berbual dengan lelaki itu.
Sejak rancangan yang diusulkan Elfan bermula, sering kali lelaki itu datang ke Taratak Jannah. Dan sering kali juga Elfan akan berbual bersamanya. Namun, dia harus ingat bahawa tiada rasa yang akan muncul dihatinya kerana hatinya tidak akan menerima satu rasa itu. Dia takut.
" Jauh termenung.."
Suara yang menegur itu membuatkan lamunannya terhenti. Dia menoleh ke arah Najiha yang sedang duduk di meja kerjanya.
" Baru habis kelas?" tegurnya.
"Bukan kelas, ada discussion tentang FESKO bulan depan." ujar Najiha.
Elena mengangguk. FESKO atau festival kolej yang akan diadakan setiap tahun di kampus itu. Festival itu lebih kurang festival keusahawanan dimana para pelajar dari pelbagai jurusan akan mengambil bahagian dalam menjual pelbagai jenis barangan dari makanan sehinggalah produk lain.
" Kau ambil bahagian tahun ni kan? " soal Najiha.
" Aku jadi penasihat untuk student Art." jawab Elena.
" Jual apa?"
" Lukisan. twenty percent daripada hasil jualan setiap lukisan tu akan disalurkan kepada tabung kebajikan pelajar."
" Interesting..." ujar Najiha sambil mengosok dagunya.
" Nanti suruh student kau tu lukis cantik- cantik. Tapi kalau kau terpacak dekat booth tu nanti, lukisan orang lidi pon laku. Nak- nak kalau Elfan datang nanti, mau dengan khemah-khemah dia borong." ujar Najiha tertawa mengusik.
Elena menggelengkan kepalanya. Malas mahu melayan usikan Najiha itu. Semenjak Elfan mula kerap datang ke Teratak Jannah, semua sudah mengenali Elfan dan Erika. Terutama Najiha. Siap boleh jadi geng Erika sebab sama- sama suka tengok perlawanan bola sepak. Dan adik- adik di teratak juga suka dengan keletah Erika yang ceria dan tidak sombong. Tak seperti sesetengah anak orang kaya yang berlagak.
" Lorhhh mengelamun pulak. Ingat Abang Elfan ke tu?" Usikan Najiha itu membuatkan Elena membaling sebatang pen ke arah gadis itu.
" Kau ni dari tadi sebut Elfan. Kan aku report Harry baru tahu!"
"Report la, ada aku kisah! Dah jom balik. Hari ni kau janji dengan adik- adik kan nak masakkan mereka spaghetti."
Elena mengangguk lalu mereka sama- sama meninggalkan bilik pensyarah itu.
KHEMAH putih memenuhi padang besar kampus itu dan dilihat para pelajar mula sibuk mengemas barang- barang jualan mereka. Sekejap lagi festival kolej itu bakal berlangsung dan orang ramai akan mula memenuhi tempat ini.
Elena melangkah menuju ke khemah nombor dua puluh empat. Dan dari kejauhan dia melihat para pelajar kelolaannya sedang menyusun lukisan yang bakal dijual sekejap lagi.
" morning miss.." tegur salah seorang pelajar disitu.
" Morning semua." balas Elena sambil tersenyum.
Elena melihat lukisan- lukisan itu. Kesemuanya sangat cantik. Banyak saiz yang ada dan pelbagai unsur dan jenis lukisan telah para pelajarnya hasilkan.
" Cantik semuanya." Puji Elena mengundang senyum lebar para pelajar disitu.
"Kalau ada yang miss berkenan, ambillah. Kami belanja miss." Ujar salah seorang pelajar lelaki disitu.
Elena hanya tersenyum. Dia melihat lagi lukisan- lukisan itu. Dia bukanlah seorang yang pandai menilai sesuatu lukisan tapi dia tetap suka melihatnya kerana dia tahu lukisan yang dihasilkan pasti berserta mesej yang para pelukis ingin sampaikan.
Tiba- tiba matanya terpandang satu lukisan yang agak tersorok. Bersaiz agak besar. Gambar yang mengunakan tona warna yang suram dan pucat.
Dia menarik lukisan itu, Lama dia merenungnya sehingga pandangannya mula kabur.Matanya bergenang. Tangannya naik mengusap lukisan itu.
" Rhythm of Life"
Elena tersentak. Terus dia menoleh ke kanannya. Dani, salah seorang pelajar Seni tahun akhir yang menjadi salah seorang ahli untuk program hari ini.
" Awak lukis?" Soal Elena saat melihat initial kecil D.N.I di hujung bahagian bawah lukisan. Dani tersenyum. Dia mengangguk.
" This paint i'm dedicated to my late friend. Dia meninggal dunia sebab kanser. Dia suka duduk dekat pantai sambil dengar bunyi ombak. Dia cakap bunyi ombak tu irama kehidupan dia. Sekejap tenang sekejap keras. Dan bila air pasang, bunyi itu akan perlahan seperti kehidupan dia yang dah sampai ke penghujung."
Elena tersentak mendengar penjelasan pelajarnya itu. Wajah adiknya, Emir muncul pandangannya. Dan terpahat kukuh di ingatannya....
" Emir suka bunyi ombak..."
Elena melihat Dani memandangnya. Dia tahu bahawa dia telah menzahirkan kata-kata yang bermain difikirannya.
" He must be someone important to you because this paint remind you to him. Saya hadiahkan lukisan ni untuk Emir. Miss ambil la..." ujar Dani tersenyum.
Elena meletakkan kembali lukisan tersebut bersama lukisan yang lain. Mati senyuman Dani tika itu.
" Its okay and thank you, Dani. Emir dah meninggal dunia." Ujar Elena lalu mengukir senyuman tawar.
" Ma..maafkan saya miss.." ujar Dani serba salah.
" Tak mengapa. Dah jom kita set up gerai bagi settle. Pukul sepuluh nanti pengunjung akan datang." ujar Elena lalu dia bersama- sama pelajar lain meneruskan kerja- kerja.
DIA melangkah sambil matanya melihat nombor gerai yang dicari. Bunyi telefon membuatkan dia menyeluk ke dalam poket seluar lalu butang hijau ditekan.
" Ya, Abang tengah cari la ni. Ramai sangat orang ni."
Ujarnya sambil melihat nombor- nombor yana tertulis di tiang khemah.
" Abang! Sini!!"
Bunyi suara yang dia kenali membuatkan dia memanjangkan lehernya. Nampak yang dijumpai, terus besar langkah kakinya menuju ke arah itu.
Dia melihat Erika bersama dua rakannya sedang berdiri di depan khemah mereka. Terus dia mendekati adiknya itu.
"Nasib baik datang. Kalau tak datang tadi memang Eri merajuk dengan abang!"
" Dan nasib baik jugak abang takde appointment penting hari ni. Kalau tak memang takde masa abang nak datang sini." Balas Elfan mengundang sengih Erika.
"Kenalkan kawan-kawan Eri, Lydia dan Nurul."
Elfan hanya senyum dan mengangguk. Dan dua kawan Erika sempat tersenyum sipu menyapa Elfan sebelum sibuk dengan para pelanggan.
" Abang kena beli lebih sikit. Selagi tak beli jangan gatal- gatal kaki nak balik!" ujar Erika merenung wajah abangnya itu.
Erika juga perasan akan lirikan para pengunjung perempuan yang lalu lalang didepan booth mereka ke arah Elfan. Malah ada yang sanggup singgah ke booth mereka untuk ushar abangnya itu. Tengah hari itu Elfan datang dengan pakaian pejabatnya. Kemeja putih tanpa tali leher dipadankan dengan seluar hitam. Dan dua butang atas kemeja dibuka dan lengan dilipat hingga ke siku bagi mengurangkan panas. Dan Elfan dilihat tidak mengendahkan pandangan orang kepadanya.
Elfan melirik pandangannya ke belakang Erika. Dilihat bersusun pastri dan kek di atas meja. Ada yang tinggal separuh dan ada yang baru diletakkan mengantikan yang dah habis. Pandai team adiknya itu menggunakan trend masa kini dengan menghias gerai mereka dengan gaya aesthetic. Dia menoleh semula mencari wajah Erika.
" You know, i don't like sweets." ujar Elfan.
" Eri tahu abang Eri ni tak suka makan makanan manis sebab dia jaga body sasa dia ni. Tapi apa salahnya beli untuk staf- staf abang dekat office tu. Barulah jadi bos yang baik kan?" ujar Erika sambil menjungkitkan kedua keningnya serentak.
Elfan tak menghiraukan usikan adiknya itu. Matanya melihat booth kumpulan adiknya itu yang tidak putus dikunjungi orang ramai.
" How you guys manage to get all those cakes and pastries?" Soal Elfan hairan saat melihat rakan Erika yang bernama Nurul mengeluarkan lagi kek.
" Well, one of our team's member have a sister who own a bakery. So, semua stock kami ambil dari kakak dia la."
" then how you guys budget the demands? sekarang baru pukul dua petang abang tengok dah berapa kali kawan Eri tu asyik top up je." soal Elfan yang terlihat kagum itu.
" you should ask who is doing a great marketing."
Elfan menoleh ke arah Erika yang sudah tersengih nakal. Terjungkit keningnya merenung wajah adiknya itu.
" Yes encik Elfan. It's your sister, Zea Erika Emran! Few weeks before, Eri dah start promote dekat media sosial dan tampal poster dekat kampus. So untuk bajet berapa stok yang patut kami tempah, Eri buat vote button dekat IG. So, itu dah mempengaruh almost seventy percent dan lagi tiga puluh peratus just expect from outsider." terang Erika lagi.
" Wow. I'm impressed!! Kudos to your team." puji Elfan.
" Thank you! Thank you!" ucap Erika sambil membongkokkan sedikit tubuhnya. Tersenyum Elfan melihatnya.
Elfan meliarkan matanya melihat ke sekitar. Sememangnya karnival seperti ini cukup meriah. Dia melihat pelbagai barangan yang dijual dan masing- masing berlawan menarik pelanggan yang ada di situ.
Sedang dia melihat, tiba-tiba matanya menangkap satu wajah yang amat dikenalinya. Wajah yang mula menghiasi siang dan malamnya. Dari jauh dia melihat wajah itu tersenyum nipis dan ramah melayan pelanggannya yang sedang melihat barangan di gerai jagaannya.
" Abang nak yang mana?" Suara Erika mematahkan pandangan Elfan.
Elfan terus menyeluk poket seluarnya dan dompet dikeluarkan. Beberapa keping not lima puluh ringgit dikeluarkan lalu diberikan kepada Erika.
" Pack je yang mana- mana. kejap lagi abang datang ambil. Nah, ni duit." Ujar Elfan. Sempat matanya melirik ke arah gerai yang selang tiga khemah dari situ.
Erika perasan akan lirikan mata abangnya itu turut memandang ke arah sama. Dan saat mata dapat melihat yang dicari Elfan itu, terus lebar senyumannya. Dia terus mengambil duit yang dihulurkan Elfan.
" Tunggu kejap!" Arah Erika lalu dia terus ke meja di belakang.
Tak sampai dua minit Erika muncul kembali. Elfan pula tidak langsung mengalih pandangannya membuatkan Erika tersenyum lucu.
" Nah!"
Erika menghulurkan plastik lut sinar mengandung sekotak kecik yang diyakini ada kek didalamnya.
" Apa ni?" soal Elfan.
"Kalau abang tak makan manis, apa kata bagi pada seseorang yang manis" ujar Erika tersenyum nakal.
Elfan tidak mengendahkan usikan Erika namun dia tetap menyambut plastik yang dihulur. Lalu dia terus meninggalkan Erika di situ. Tujuannya hanya satu, ke arah gadis yang sedang melihat lukisan yang masih tersisa.
Elena ralit merenung beberapa lukisan disitu. Hampir separuh dari lukisan yang dipaparkan sudah dibeli. Namun lukisan bertajuk 'Rhythm of Life' hasil lukisan Dani masih ada disitu. Lukisan itu agak tersorok sedikit membuatkan orang tidak perasan akan lukisan itu. Namun jauh disudut hatinya mengharapkan tiada orang yang akan membelinya kerana dia sebenarnya telah jatuh cinta akan lukisan tersebut tapi dia akan membelinya bukan dapat percuma seperti yang ditawarkan oleh Dani tadi. Dia tahu lukisan ini bermakna untuk Dani dan sekurang-kurangnya dengan membeli, dia menunjukkan perhargaannya buat Dani selaku pelukisnya.
" Nice painting..."
Elena tersentak saat mendengar suara garau dari arah belakang. Terus dia menoleh mencari wajah yang menegurnya itu. Namun saat matanya menyapa wajah bermata kelabu itu, terkedu dia seketika.
Elfan tersenyum lalu menghampiri Elena yang sedang memandangnya.
"Hai El..." Sapa Elfan.
" Hai, awak datang?" soal Elena lagi.
Elfan mengangguk.
" Well, when you only have one sister and she's the drama queen.." Ujar Elfan sambil menjungkit sebelah bahunya.
Tersenyum Elena,faham apa yang Elfan katakan itu. Semenjak projek yang dirancang oleh keluarga Erika, hubungan mereka semakin rapat. Erika juga kerap datang ke Teratak Jannah dan sejak itu gadis itu selalu berkongsi cerita dengannya dan juga Najiha. Namun dengannya lebih kerap. Dia sudah tahu bahawa Erika pelajar di sini dan dia tahu Erika juga turut serta dalam program kali ini cuma dia masih belum berkesempatan untuk ke booth gadis itu.
" Dah jumpa Erika la ni?" soal Elena lagi.
Terus Elfan mengangkat tangan kanannya.
" This is for you. From her booth." Elfan menghulurkan plastik itu kepada Elena. Gadis itu terus menyambutnya.
" Susah- susah aje. Saya ingat nak pergi jenguk gerai dia nanti. Sekarang saya tak sempat lagi, tengah tolong student jaga booth ni. dia orang pergi solat dan rehat sekejap." Ujar Elena.
Elfan hanya tersenyum mendengarnya. Hatinya senang saat melihat Elena semakin selesa dengannya.
" Awak nak beli lukisan?" Elena bertanya. Dia perasan Elfan merenungnya lama, dan untuk mengalihkan pandangan mata lelaki itu dia cuba mengalihkan perhatian lelaki itu dan ia berhasil saat mata Elfan beralih ke arah deretan lukisan di depan mereka.
" Yang ni cantik. I like this one." ujar Elfan saat menunjukkan lukisan yang dilihat Elena tadi.
" Rhythm of Life.."
Elfan menoleh ke arah Elena. Mata gadis itu kekal ke arah lukisan itu.
" pelukis dedikasikan lukisan ini untuk arwah kawannya yang telah pergi. Kawan nya itu sukakan pantai. Nama lukisan ini dia ambil sempena kata-kata kawannya yang cakap ombak dipantai ibarat irama kehidupannya. Dan disitu tercetusnya lukisan ini."
Elfan merenung lukisan itu sambil mendengar kata-kata Elena yang meresap masuk ke jiwanya. Saat itu dia turut dapat rasai rasa yang ada dalam lukisan itu.
" Just like Emir....dia suka pantai.." Elena tersenyum tawar. Elfan menoleh mencari wajah Elena. Jelas wajah cantik itu sarat dengan rasa rindu.
" Saya nak beli lukisan ini."
Elena menoleh ke arah Elfan. Jelas dia terkejut dan jauh disudut hatinya dia kecewa kerana tidak dapat memilikki lukisan itu namun jika pemilik itu Elfan, hatinya merasa sedikit lega. Dia pun pelik kenapa dia harus merasa begitu.
" How much this painting?" Soal Elfan lagi.
Elena terus bertanyakan kepada Dani yang kebetulan baru tiba di khemah tersebut.
" Dua ratus ringgit bang. Lukisan ni agak special sikit sebab saya akan serahkan lima puluh peratus dari jualan kepada tabung kebajikan pelajar. Dan kalau abang nak tahu, lukisan ni saya ambil masa tiga puluh lapan jam untuk disiapkan." Ujar Dani bersemangat.
Elfan tersenyum.
" No wonder it's a great painting. Congratulation, Dani. " puji Elfan. Tersengih malu Dani mendengarnya. Elena juga turut tersenyum saat hasil kerja pelajarnya dihargai.
" Saya packing lukisan ni dulu. Abang boleh buat bayaran di kaunter." Ujar Dani lagi.
Elena terus mengiringi Elfan ke kaunter pembayaran yang dijaga salah seorang pelajar perempuan.
" Eh! Terlebih ni bang!" Ujar pelajar yang menjadi cashier itu.
Elena yang pada mulanya sedang membantu Dani membungkus lukisan itu mengalihkan pandangannya ke arah pelajarnya itu. Gadis itu sedang memegang duit kertas berwarna ungu dan dia yakini duit itu lebih dari lima keping.
" It's okay. This painting is worth more than that. Anggap je tips dari abang."
" Tapi banyak sangat tu, bang." Dani pula menyampuk saat selesai membungkus. Dia mendekati Elfan di kaunter bayaran itu.
" It's okay Dani. Abang ikhlas..." ujar Elfan sambil menyambut lukisan dari tangan Dani.
" Terima kasih bang. Semoga lebih murah rezeki abang." ujar Dani tersenyum gembira.
" Amin... Abang beli ya lukisan ni." Balas Elfan tersenyum.
" Terima kasih bang, saya jual." Balas Dani pula.
Elena dan Elfan melangkah ke arah depan khemah.
" Thank you..."
Elfan menoleh saat mendengar suara Elena.
" Thank you for?"
" Support my students. Saya happy bila tengok wajah Dani yang gembira bila awak hargai lukisan dia."
" He is very talented. Saya yakin dia akan jadi pelukis terkenal nanti."
Elena mengangguk tanda setuju.
" Saya pun rasa yang sama. Walaupun mereka bukan pelajar kelas saya, tapi untuk program kali ini saya boleh nampak kesungguhan mereka semua untuk pastikan semua sempurna dan berjalan lancar. Dan tadi saya pun terkejut bila Dani cakap yang hasil jualan lukisan awak beli ni akan disalurkan kepada tabung kebajikan pelajar sebanyak lima puluh peratus Sebab lukisan lain hanya dua puluh peratus saja." ujar Elena.
" Mungkin sebab lukisan ni istimewa..." Ujar Elfan sambil tersenyum memandang Elena.
" Nah.." Elfan menghulurkan lukisan itu kepada Elena.
" Hah?" Elena terpingga-pingga.
" For you." ujar Elfan lagi.
"Tapi...."
" As i said that this painting is special. Dan disebabkan ia istimewa, saya hadiahkan kepada awak kerana awak seorang yang istimewa buat saya.." Ujar Elfan tersenyum.
Saat lukisan sudah berpundah ke tangan Elena, Elfan terus meninggalkan gadis itu setelah berpamitan. Elena masih lagi terpingga-pingga dengan tindakan Elfan namun tanpa Elena dapat lihat, Bibir Elfan melebar tanpa dapat ditahan. Bahagia mulai menerjah hatinya.
"ELFAN...."
Elfan yang sedang meneliti beberapa kertas kerja itu mengangkat wajahnya. Dia melihat papanya melangkah mendekatinya lalu duduk di kerusi berdepan dengan meja kerjanya.
" Papa ganggu ke?" soal TS Emran.
" Takdelah pa, Fan just nak semak kertas kerja ni je sebelum dibentangkan esok." jawab Elfan sambil menanggalkan cermin matanya.
"Macam mana dengan projek di Teratak Jannah?"
" Alhamdulillah berjalan baik. So far progress almost fifthy percent."
" Good. Papa harap kamu dapat bantu papa,Elfan."
" Inshaallah pa, Elfan cuba yang terbaik pa."
" How about anak-anak dekat situ? mereka okay ke dengan projek ni?" soal TS Emran lagi.
" Alhamdulillah mereka menyambut baik cadangan kita. Dan Umi Khadijah dan Elena selalu membantu Fan jika ada yang perlu diubah."
" Elena?"
" Haah pa, Elena salah seorang anak Teratak Jannah. Dia kadang- kadang jadi wakil umi Khadijah dan Fan selalu berbincang dengan dia."
" Baguslah kalau kamu rapat dengan dia, senang hati papa. mana tahu tak lama lagi dapat menantu." usik TS Emran.
" Ishh, ke situ pulak papa ni" Elfan menggosok lehernya cuba mengawal wajahnya. Kelakuan Elfan itu mengundang tawa kecil TS Emran.
" Tapi boleh Fan tanya sesuatu?" soal Elfan.
TS Emran menunggu kata-kata dari Elfan.
" Kenapa papa nak sangat buat projek ni untuk Teratak Jannah? is there anything special reason?" soal Elfan hairan.
" Nanti papa akan beritahu sebabnya. Papa lakukan semua ni ikhlas dan dalam masa yang sama untuk tebus balik silap dan dosa papa,Fan." keluh TS Emran.
" Dosa??Fan tak faham la pa. Dosa apa yang papa cakapkan ni?"
" Suatu hari nanti papa akan beritahu anak- anak papa." Ujar TS Emran sambil berlalu meninggalkan Elfan dengan tanda tanya.
kalau ada typo harap dimaafkan ya..nnt ce check n amend later... enjoys guys,
Share this novel