BAB 13

Romance Completed 192587

BUNYI ketukan di cermin pintu kereta membuatkan Elena tersentak. Dari dalam kereta dia melihat ada dua orang berbadan sasa, seorang sedang menghalang para wartawan dari mendekati keretanya bersama beberapa pengawal kampus manakala berbadan sasa sedang melihat ke dalam dan saat mata mereka bertemu, dia mengisyaratkan agar cermin diturunkan sedikit. Elena menurut tapi hanya sedikit saja dibuka.

" Puan Elena, saya Roy. Tuan Gillton arahkan saya agar jaga puan. Puan nak tunggu Tuan dekat sini ke atau nak balik rumah? " Soal lelaki bernama Roy itu.

" Bila Elfan akan sampai?" Soal Elena perlahan.

" Tuan dalam perjalanan, mungkin akan ambik masa sedikit sebab tadi tuan dah sampai Ipoh. Saya rasa better puan balik ke rumah dulu." Ujar Roy lagi.

Elena diam. Sekarang otaknya tak mampu nak fikir apa. Sedang dia mencari jalan untuk keluar dari serangan para wartawan, tiba- tiba dia mendengar suara yang dia kenali.

" Cik Erika! Betul ke bapa cik Tan Sri Emran mempunyai hubungan sulit dengan Puan Sri Maria sehingga tan sri menceraikan bini pertamanya? "

" Adakah cik Elena anak sah taraf TS Emran?"

"Cik Erika tahu ke tentang pernikahan abang sepupu cik,Encik Elfan Gillton?"

Pelbagai soalan didengari Elena dan saat itu dia melihat Erika sedang berada di belakang anak buah Elfan.

" Pertama sekali saya mohon anda semua tinggalkan tempat ini! Segala persoalan awak akan kami jawab nanti. Saya tiada komen tentang hal ini. Papa saya akan bagi kenyataan menjawab semua persoalan anda semua. Jangan ganggu saya mahupun kak Elena! Dan jangan sesekali mengeluarkan kenyataan yang palsu atau pun fitnah yang akan memalukan kami terutama sekali jangan sesekali menfitnah Lea Elena! Jika ada, keluarga kami akan saman individu tersebut." Jawab Erika tenang.

"Tapi cik Erika...."

" awak semua sekarang berada di dalam kawasan kampus. Awak dah menganggu para pelajar disini! sila tinggalkan kampus ini! My dad will make a statement later. " Ujar Erika lalu mendekati kereta Elena. Dia menunduk sedikit.

" Eri hantar akak balik. Akak duduk sebelah, biar Eri drive."

Terus Elena menekan butang unlock lalu dia beralih ke tempat duduk sebelah. Dia melihat Erika berkata sesuatu dengan lelaki bernama Roy lalu lelaki itu mengangguk.

TENANG Erika memandu, hanya sunyi menemani mereka berdua. Sebuah kereta pacuan empat roda sedang mengekori mereka. Itu kereta milik Roy, pekerja Elfan yang diarahkan untuk iringi mereka pulang.

" Abang Roy dan Abang Zain tu bodyguard abang. Selalu mereka akan ikut abang kalau pergi outstation tapi kali ni abang suruh mereka stay sini standby untuk akak. Patutlah semalam abang ada cakap dengan Eri yang dia tak sedap hati nak pergi Ipoh, rupanya dia dah boleh ada benda yang berlaku." Ujar Erika tiba- tiba.

Elfan ada bodyguard? Tak pernah dia tahu yang Elfan memerlukan bodyguard. Selama ni pun tak pernah dia nampak Elfan diiringi, selalunya lelaki itu bersendirian je. Namun dia terharu apabila Erika memberitahu Elfan mengutamakan dirinya.

" Sejak bila Elfan ada bodyguards?" Soal Elena ingin tahu.

" Dah lama, tapi abang Roy dan abang Zain hanya jaga dari jauh. Kalau memerlukan mereka escort baru mereka muncul. Dulu abang pernah hampir kena culik. Masa tu abang masih study, tapi berjaya diselamatkan. Katanya motif utama kerana kekayaan abang hasil dari harta pusaka arwah uncle dan aunty." Cerita Erika lagi.

" Sejak itu arwah atuk upah bodyguards untuk abang. So abang Roy tulah bodyguard abang yang pertama. Manakala abang Zain tu abang baru upah dua tahun lepas."

" Habis kalau mereka disini, Elfan dengan siapa?" soal Elena risau.

" Akak jangan risau, Abang pergi dengan staf dia dan yang pasti dia bukan staf biasa." Ujar Erika lagi.

Barulah Elena mampu menarik nafas lega. Sekurang- kurangnya dia tidak harus risaukan Elfan. Sekarang hanya satu masalah yang harus diselesaikan dan dia tak tahu apa yang harus dia lakukan kerana hanya TS Emran dan Elfan sahaja mampu selesaikannya. Dia menyandarkan kepalanya ke kerusi penumpang lalu matanya dipejam menenangkan fikirannya. Hatinya tersentuh saat Erika membelanya. Sempat dia mendengar soalan wartawan tadi, sebak hatinya saat ada yang mempersoalkan tarafnya sebagai anak TS Emran. Tanpa sedar air mata jatuh ke pipi.

" Akak, stay strong. Akak jangan risau, papa dan abang Elfan akan selesaikan masalah ini." Ujar Erika.

Elena membuka matanya lalu wajah Erika dipandang. terbayang dimatanya kelakuannya sejak beberapa bulan ini terhadap Erika. Gadis itu tak terlibat dalam kejadian masa lalunya namun dia ikutkan emosi. Erika sentiasa melayannya dengan baik malah hari ini sudah terbukti bahawa Erika ikhlas menyayanginya sebagai seorang kakak.

" Terima kasih,Eri. Dan akak minta maaf atas layanan akak beberapa bulan ni." ujar Elena sebak.

Melebar senyuman Erika saat itu. Dia senang saat mendengar suara lembut Elena yang dia rindui itu. Tiada lagi nada dingin.

" Eri akan lakukan yang terbaik untuk kakak Eri. No one can make a mess especially to my sister. Dan akak tak ada salah dengan Eri. Eri faham apa yang akak rasa. Eri sentiasa tunggu untuk akak terima Eri sebagai adik akak." Balas Erika lagi.

Elena tersenyum nipis. Dalam hatinya turut merasa sebak. Melihat wajah gembira Erika saat dia menerima Erika membuatkan dia sedar bahawa selama ini dia terlalu ikutkan emosi.

ELFAN melangkah keluar dari kereta lalu terus dia menuju ke pintu rumahnya. Kurang dari dua jam dia sudah sampai semula ke rumah, dan dia tidak kisah jika banyak saman yang akan dikenakan kerana memandu melebih had laju. Yang penting dia harus cepat sampai ke rumah.

" Assalamualaikum..." Ujarnya saat melangkah masuk. Matanya terus terpandang ke arah ruang tamu. Saat itu dia melihat Elena yang sedang menunduk mengangkat kepala memandangnya. Saat mata mereka bersatu, dia dapat lihat mata isterinya itu mula berkaca namun tiada air mata membasahi pipinya. Disisi Elena ada Erika dan mamanya pula berada di sofa bersebelahan.

Elfan terus mendekati Elena. Erika bangun memberi ruang untuk Elfan berada disisi kakaknya itu. Malah dia dan PS Maria meninggalkan pasangan itu untuk memberi ruang kepada mereka berdua.

Elfan melabuhkan punggung ke sisi Elena lalu laju tangan halus Elena dicapai.

" El okay? I'm sorry. Saya janji akan selesaikan masalah ini." Ujar Elfan mengenggam erat tangan Elena.

" Macam mana mereka boleh tahu? Sekarang dah kecoh yang kita nikah sebab kena tangkap khalwat.." Ujar Elena perlahan.

" El, look at me."

Elfan menolak dagu Elena agar memandangnya. Elena merenung ke wajah Elfan. Dia dapat lihat wajah tenang dan kelembutan suaminya itu membuatkan hatinya yang gelisah menjadi tenang.

" Everything gonna be fine. Saya akan selesaikannya secepat mungkin. Jangan nangis, please. I really sorry...." Pujuk Elfan saat melihat air mata Elena mula jatuh membasahi pipi.
Entah dari mana muncul kekuatan, terus dia menarik tubuh Elena ke dalam pelukannya. Dan lebih membahagiakan dirinya saat Elena membalas pelukannya itu. Lama mereka berkeadaan begitu sehingga Elfan melonggarkan pelukannya. Jarinya naik menyapu air mata dipipi Elena. Tersenyum kecil dia saat melihat hidung dan pipi isterinya yang kemerahan. Comel!

" Elfan!!"

Laju dua pasang mata itu menoleh ke arah suara yang menjerit itu. Di muka pintu mereka berdua melihat wajah Maya yang sedang menahan marahnya.

" Betul ke apa yang i dengar? betul ke you dah nikah?!" Soal Maya sambil meluru ke arah Elfan.

Elfan Elena terus berdiri. sempat menarik tubuh Elena agar berlindung di belakang badannya.

" You tak payah nak lindungi dia! I dah nampak tadi bukan main lagi you peluk dia! Bagi i bersemuka dengan perempuan yang tak tahu malu! Berani dia rampas hak i!!" Ujar Maya lagi cuba mencapai Elena yang berada di belakang Elfan.

" Stop it, Maya!!" Tegas Elfan. Sedaya upaya dia menghalang tangan Maya dari mencapai tubuh Elena.

Manakala Elena yang berada di belakang Elfan mengenggam erat kemeja lelaki itu. Gerun dia melihat amukan Maya itu.

" tell me,Elfan! Cakap yang gosip itu semua tak betul!!" ujar Maya memandang tepat ke wajah Elfan.

" She's my wife, Maya. Kami dah nikah! Elena isteri i yang sah." Ujar Elfan tenang.

" No!! you tak boleh buat i macam ni, Elfan! You milik i!" Marah Maya.

" Maya, selama i hanya anggap you sebagai kawan dan adik. I tak pernah ada perasaan lebih daripada tu. And i never give you any hope about our relation." Ujar Elfan.

" Jadi betul la you guys kena tangkap khalwat?" Sindir Maya tersenyum sinis.

" No! kami kahwin dengan cara yang sah! I love my wife! dan I nikahi Elena sebab i cintakan dia, bukan kerana terpaksa."

Kata- kata Elfan membuatkan Elena tersentak. Pertama kali dia mendengar Elfan mengucapkan kata cintanya namun adakah ia lahir dari hati lelaki itu sendiri atau sekadar melindungi rahsia perkahwinan mereka dari Maya. Bunyi suara ketawa membuatkan Elena tersedar lalu dia mengintai sedikit dari belakang.

" How dare you do this to me,Elfan! I yang sepatutnya jadi isteri you, bukan perempuan tu!! Setahun i menyepi tak sangka you boleh buat begini pada i!!"

"Maya?"

Maya menoleh ke arah PS Maria yang datang mendekat.

" Aunty! Kenapa Elfan buat Maya macam ni? Aunty dah janji dengan Maya nak jodohkan Maya dengan Elfan, kenapa Elfan kahwin dengan perempuan tu?!" Soal Maya memandang PS Maria. Tangannya naik menunding ke arah Elena.

" Maya, bawa bertenang. Semua dah takdir, jodoh Elfan dengan Elena. Maafkan aunty kalau buat Maya marah. Aunty harap Maya boleh terima takdir ni ya."

Suara tawa Maya membuatkan PS Maria tersentak.

" So, selama ni aunty sengaja gunakan Maya la ya? anak dengan mak sama je! Ingat! Maya takkan berdiam diri!" Ujar Maya lalu meninggalkan rumah itu.

Elfan menggelengkan kepalanya. PS Maria mengurut kepalanya. Masalah datang bertimpa- timpa. Tak selesai lagi hal dengan wartawan muncul pula Maya. PS Maria memandang Elfan dan Elena.

" Maafkan mama...."

"Mama tak salah. Mama jangan terlalu banyak fikir, insyaAllah Elfan akan selesaikan semua ni." Ujar Elfan memeluk bahu PS Maria.

Elena yang dari tadi berdiam diri hanya memerhati. Dia penat. Terlalu banyak yang harus dia fikirkan sekarang. Dia memusingkan badannya ingin melangkah naik ke bilik namun tidak sempat kakinya bergerak tiba- tiba lengannya disambar. Matanya naik memandang empunya tangan yang memegangnya. Elfan memandangnya dengan riak yang risau.

" El nak pergi mana?" soal Elfan lembut.

" Saya penat..."

Ujar Elena lalu meleraikan pegangan Elfan. Terkedu Elfan saat melihat riak wajah kosong isterinya itu. Akhirnya dia hanya memandang setiap langkah Elena sehingga susuk tubuh itu menghilang.

Elfan melabuhkan punggungnya ke sofa lalu dia meraup wajah dengan kedua tangannya. Berat fikirannya saat ini. Mesyuarat tergendala, gosip tiba- tiba melanda dan keadaan emosi Elena lebih membuatkan dia risau. Riak kosong diwajah Elena itu cukup memberi amaran buatnya agar lebih memberi perhatian kepada isterinya itu.

" Abang, tengok ni." Ujar Erika lalu menghulurkan telefon bimbitnya kepada Elfan.

Elfan, PS Maria serta Erika menonton video live dari laman sosial salah sebuah akbar terkemuka. Terpampan wajah TS Emran sedang dikerumuni para wartawan. Elfan cam tempat itu, bilik mesyuarat syarikat mereka. Elfan menoleh sekilas ke arah PS Maria sebelum matanya kembali menoleh ke arah skrin telefon tersebut. Lalu mereka bertiga memberi perhatian kepada temu ramah yang sedang berlangsung itu.

" Tan Sri boleh jelaskan adakah benar khabar angin yang sedang tersebar ini?" Terdengar suara salah seorang wartawan menyoal TS Emran.

" Khabar angin yang mana satu? setahu saya, pihak media terlalu banyak sebarkan khabar angin tentang keluarga saya." Ujar TS Emran tenang namun ada ketegasan dalam dia bersuara.

" Kami ingin tahu tentang khabar angin bahawa anak saudara tan sri, Encik Elfan Gillton sudah bernikah kerana ditangkap khalwat dengan Lea Elena Emran. Dan lagi menarik perhatian kami ialah kebenaran yang baharu kami ketahui bahawa Lea Elena itu anak kandung tan sri. Kenapa sebelum ini tidak pernah kami lihat anak tan sri yang ini? adakah ada yang tan sri sedang sembunyikan?" Kali ni terdengar suara seorang lelaki yang kedengaran.

Wajah TS Emran masih lagi tenang. Tidak terkesan dengan kata- kata yang dia yakini wartawan itu.

" Pertama sekali saya ingin menjawab tentang pernikahan Elfan dan Elena. Berita itu adalah benar namun pernikahan itu berlangsung secara sah dan kami hanya lakukan secara tertutup. Tiada isu tangkap khalwat di sini."

" Kalau majlis pernikahan dilakukan secara tertutup, Kenapa tiada sebarang majlis resepsi? Bukankah tan sri harus menghebahkan berita perkahwinan ini bagi mengelakkan khabar angin yang tidak elok berlaku seperti sekarang ini?"

" Saya tidak kata bahawa tiada sebarang majlis. Majlis resepsi bakal berlangsung namun saya sebagai bapa, menghormati permintaan anak- anak saya yang ingin menangguhkan majlis buat seketika waktu."

" Boleh kami tahu atas sebab apa penangguhan itu?"

" Ada beberapa sebab. Salah satunya kerana kesibukan anak menantu saya dan ada beberapa faktor peribadi lain yang membuatkan majlis itu terpaksa ditangguhkan. Namun kami sekeluarga sudah menetapkan tarikh untuk majlis tersebut namun tidak diwar- warkan lagi." Ujar TS Emran tenang.

" Betul ke Lea Elena anak kandung tan sri?" Tiba- tiba suara lelaki tadi kedengaran.

" Betul, Lea Elena binti Emran anak kandung saya dan juga merupakan anak sulung saya hasil dari perkahwinan pertama." Jawab TS Emran.

" Kenapa sebelum ini tan sri sembunyikan identiti anak sulung tan sri ini? Adakah tan sri malu hanya kerana dia anak dari wanita biasa? ada juga khabar angin mengatakan tan sri tinggalkan isteri dan anak-anak tan sri kerana ingin bersama dengan PS Maria?"

" Atas sebab peribadi semua itu berlaku. Saya tidak pernah merasa malu untuk mengaku darah daging saya sendiri. soalan kedua pula maaf, saya tiada komen. yang penting Lea Elena anak saya yang sah."

" Jika begitu, kenapa Lea Elena dibesarkan di rumah anak- anak yatim selama sepuluh tahun?"

Tersentak TS Emran mendengar kata- kata wartawan lelaki itu. Dia berdehem perlahan.

" Awak ada bukti?" soal TS Emran.

Senyap. Tiada kata balas dari wartawan itu lagi. Melihat para wartawan yang terkulat- kulat tiada jawab buatkan dia cukup lega. TS Emran yakin bahawa pihak Teratak Jannah takkan memberi sebarang maklumat tentang penghuni disitu. Malah pejabat agama yang menikahkan Elfan dan Elena juga turut menjaga rapi rahsia itu atas menjaga aib bukan saja kes anaknya malah kes orang lain juga. Dia yakin ada sesuatu disebalik kontroversi yang berlaku ini. Dia menarik nafas dalam.

" Sebenarnya saya ada tiga orang anak kandung dan seorang anak angkat yang kamu kenal iaitu Elfan Gillton yang kini sudah menjadi menantu saya. Hasil perkahwinan pertama dengan bekas isteri saya bernama Nora, saya dikurniakan Elena dan Emir. Namun saya kehilangan anak lelaki saya beberapa tahun yang lepas. Manakala seorang lagi ialah Erika, anak bongsu saya hasil perkahwinan saya yang sekarang. Selama ini saya bukan menyembunyikan, tetapi saya ingin menjaga privasi keluarga saya. Takkan saya nak jaja kisah hidup saya kepada orang. Saya harap penjelasan saya ingin dapat menjawab segala persoalan anda semua. Apa yang kekal peribadi tetap peribadi dan saya takkan kongsikan semua kisah hidup saya."

" Tan sri rasa apa motif penyebar khabar angin ini? " soal wartawan wanita yang berada betul-betul dihadapannya.

" Saya sendiri tidak tahu apa motif dia namun jangan ingat saya mengambil mudah tentang ini. Apa yang berlaku hari ini bersangkut paut dengan maruah keluarga saya. Malah anak saya, Elena yang paling teruk terkesan oleh kerana ada diatara pihak kamu menyerangnya di kampus. Saya akan siasat dan cari dalang pelaku dan tidak mustahil saya akan mengheretnya ke muka pengadilan." Ujar TS Emran tegas.

" Macam mana kalau terbukti khabar angin itu benar?" Tiba-tiba suara wartawan lelaki yang tadi bersuara. Terdiam TS Emran, sempat dia melihat wajah wartawan itu dari jauh. Jelas senyuman sinis diwajah lelaki itu.

BUNYI ketukan dipintu membuatkan Elena tersentak. Dia yang sedang berbaring mengiring itu laju mengesat air matanya dan tika bunyi tombol pintu dipulas, laju matanya dipejam.

Dia membuka pintu secara perlahan lalu dia menjenguh kepalanya ke dalam. Dari muka pintu dia melihat susuk tubuh Elena sedang berbaring diatas katil. Dia melangkah masuk ke dalam secara perlahan- lahan dan seminimal mungkin bunyi yang cuba dihasilkan agar tidak menganggu lena Elena.

Dia mendekati katil, dan sayu dia melihat wajah bersih putih kemerahan milik Elena. Dengan perlahan dia melabuhkan punggungnya ke birai katil. Ingin saja dia membelai rambut ikal lembut itu namun dia tak berani.

" Maafkan ayah,Elena. Ayah tahu El marah jika El tengok press conference tadi. Maafkan ayah kerana menyembunyikan kebenaran tentang keluarga kita dulu, betul ayah tinggalkan ibu, El dan Emir. Ayah terpaksa El, ada sebab semua itu terjadi. El jangan salahkan mama, mama tak bersalah dalam hal ini. Ayah yang tak mampu nak pertahankan keluarga kita. Ayah nak El tahu yang ayah sayang Ibu, El dan Emir sangat- sangat. Maafkan ayah..."

Dalam pejam Elena terdengar bisikan TS Emran. Sedaya upaya dia menahan rasa agar TS Emran tidak menyedari bahawa dia masih terjaga. Dia melihat video live tadi. Dia sendiri tak tahu apa yang patut dia rasai tika melihatnya. Marah,kecewa dalam masa yang sama dia lega. Marah saat TS Emran menyembunyikan kisah silamnya dan mengelak dari menjawab soalan wartawan tentang ibu, dia dan Emir. Kecewa saat ada pihak cuba gunakan dia untuk jatuhkan TS Emran dan lega apabila gosip tentangnya dan Elfan mula terjawab dan dia yakin perkara itu akan lenyap tak lama lagi.

Sebut tentang Elfan, dari petang tadi dia mengelak dari bertemu mata dengan lelaki itu. Ditambah lagi dengan kemunculan Maya lagi menambah kekusutan dan entah kenapa hatinya merasa sakit saat mendengar kata- kata Maya. Jadi dia hanya berkurung di dalam bilik, walaupun dia mendengar Elfan mengetuk biliknya namun dia tidak mengendahkannya.

Elena merasakan kepalanya diusap perlahan sebelum tangan itu menjauh dan saat itu dia mendengar pintu biliknya ditutup. Matanya dibuka perlahan dan dia mengalihkan tubuhnya dan kini matanya menghadap silling putih Dia merenung kipas yang berpusing perlahan itu. Tangannya dibawa ke dada. Cuba meredakan rasa sakit dihatinya.

" Kenapa ayah tak cium El? tak peluk El? El nak ayah peluk El macam ayah peluk Elfan. El nak ayah cium dahi El macam ayah cium dahi Erika. El nampak semua tu tapi ayah tak buat pada El. Ayah tak dapat rasa yang El rindukan ayah..." Bisik Elena perlahan dan air mata yang bergenang jatuh ke pipi. Tangisan menemani malam Elena.

" ELENA?"

" Elena? wake up!"

Dia merasakan tubuhnya digoncang perlahan. Matanya dibuka laju dan saat wajah Elfan menghiasi matanya terus dia menolak tubuh itu kuat, terus tubuhnya bangun menegak.

" Apa awak buat dalam bilik saya!?" Soal Elena marah sambil memejam celik beberapa kali, kepalanya berpusing kerana bangun mengejut begitu.

" El mengingau, dengan El menjerit sampai dalam bilik saya. Sebab tu saya datang tengok." Jawab Elfan tenang.

Elena tersentak. Dia menginggau? Kuat sangat ke sampai Elfan yang berada di bilik sebelah boleh dengar?

Elfan yang melihat wajah keliru Elena simpan senyum. Sebenarnya Elena tidak mengingau pun. Cuma saat dia melihat papa keluar dari bilik Elena, dia menunggu diluar bilik isterinya itu. Entah kenapa dia mendengar esakan dan itu membuatkan dia lebih risau jadi dia menjadi penunggu setia bilik Elena. Dan tadi dia masuk hanya ingin melihat keadaan isterinya itu namun saat melihat gerak tubuh Elena yang agak gelisah, sebab itulah dia kejutkan gadis itu. Tika mata Elena memandangnya, terus renungannya berubah redup.

Saat melihat renungan redup Elfan, hatinya mula berkompang terus dia menundukkan wajahnya manakala tangan mengulung rambut panjangnya. Seketika kemudian meluas matanya saat seakan tersedar sesuatu. namun baru saja tangannya ingin menarik selimut tebalnya, Elfan seakan dapat membaca fikirannya laju menahan tangannya.

" Sampai bila nak sembunyikan rambut El dari abang?"

Tersentak Elena mendengar kata- kata Elfan itu. Abang? Elfan merenung ke dalam mata Elena, entah dari mana keberanian muncul, sebelah lagi tangannya naik menyelit rambut Elena ke telinga.

" Cara El tu ibarat meletakkan satu batas penghalang antara kita. Abang dah tak nak El jauhkan diri dari abang. Abang nak mulakan perjalanan hidup kita berdua dengan sebenarnya.." Ujar Elfan lagi.

" Apa maksud awak?" soal Elena tidak faham. Hatinya yang sedia tidak tenteram makin huru hara saat mendengar kata- kata Elfan itu.

" Apa yang abang katakan kepada Maya siang tadi adalah ikhlas dari hati abang. I love you, Elena! Abang dah jatuh cinta dengan El."

Terkedu Elena. Jantungnya seakan mahu berhenti saat ini. Elfan cintakan dia? pukul tiga pagi lelaki itu luahkan perasaannya? Elena tidak percaya.

" Awak sedar tak apa awak cakap ni? Kata- kata awak siang tadi bukan ke semata- mata untuk tutup rahsia sebab pernikahan kita?" soal Elena sangsi.

Genggaman tangan Elfan dieratkan.

" Abang takkan menipu hanya untuk tutup rahsia. Abang betul- betul maksudkan apa yang abang cakap. Buat apa nak sorok perasaan abang lagi. Sekurang- kurangnya bila orang tahu tentang pernikahan kita, El pun wajib tahu perasaan sebenar abang..." Ujar Elfan yakin.

" Dan abang sedar apa yang abang cakap. I know this is not the right time even not in romantic way to confess my feeling but i can't hold it anymore. Abang dah tak nak buang masa. We already waste it for months. Abang nak El tahu yang abang cintakan El." Tambah Elfan lagi.

" Kenapa tiba- tiba? Kenapa sekarang awak nak luahkan perasaan awak?" Soal Elena lagi. Jelas wajahnya yang tidak mampu nak terima luahan hati Elfan itu.

" Abang ....."

Elena mengangkat tangan menahan dari Elfan meneruskan kata- katanya.

" Talk tomorrow, Sekarang fikiran saya tak boleh terima apa- apa " Ujar Elena perlahan. Terus berubah kecewa wajah Elfan namun dia ingin memberi masa buat Elena untuk menerima luahan hatinya.

Elfan berdiri.

" Okay then. sleep tight, we will talk this morning. Abang minta maaf dah menganggu tidur El." Ujar Elfan perlahan.

Elena dapat kesan riak kecewa diwajah Elfan namun dia hanya membiarkannya. Dia mengangguk sekali lalu terus dia berbaring dan berselimut seluruh tubuhnya. Tika bunyi pintu di tutup, dia menarik selimut ke bawah. Barulah dia dapat menarik nafas lega.

Terngiang- ngiang kata- kata Elfan sebentar tadi. Terus jantungnya berdegup lari tempoh lagi. Laju tangan kanannya naik ke dada. Abang? cinta? automatik kepalanya menggeleng. Elfan cintakan aku? Tapi aku cintakan dia ke? Tidak! Saat itu hatinya merasa sakit dengan jawapannya sendiri. Kenapa dengan hatinya? Yang penting, esok dia tidak mahu bersemuka dengan Elfan. Sementara.

" ELENA??"

Terhenti tangannya yang baru sahaja membuka pintu pagar kecil. Dari suara dia sudah cukup kenal tanpa perlu menolehnya. Tak sangka rancangannya boleh kantoi walaupun sudah cukup awal dia keluar.

" El nak pergi mana awal pagi macam ni?" Suara itu menegur lagi. Walhal dari pakaian yang tersarung ditubuh Elena sudah ada jawapan namun masih lagi disoal. Namun yang menjadi kepelikkan apabila Elena ingin keluar saat jam enam setengah pagi.

" El nak pergi kerja ke? Kenapa El tak drive kereta?"

Elena mengeluh perlahan sebelum dia menoleh kebelakang.

" Saya rasa ke mana saya nak pergi itu hak saya dan puan sri tak ada hak untuk tahu ke mana saya nak pergi sebab puan sri bukan ibu saya!"

Tersentak PS Maria mendengar kata- kata Elena namun sesaat kemudian dia tersenyum nipis, cuba menutup rasa kecewa hatinya.

" Maaf kalau soalan mama buatkan El tak selesa. Mama cuma risaukan El, awal- awal pagi El dah nak keluar. Kenapa tak tunggu Elfan, nanti takdelah dia tercari-cari El nanti."

Sebab tak nak jumpa Elfan la dia keluar pagi- pagi buta ni. Desis hati Elena. Baru sahaja dia ingin membalas, tiba- tiba sebuah kereta mpv berhenti di depan pintu pagar tersebut. Mata Elena dan PS Maria masing- masing menoleh ke arah kereta tersebut.

Riak wajah Elena kehairanan. Rasanya dia tidak sempat menempah grab lagi. Namun meluas matanya saat beberapa lelaki bertopeng menerpa ke arahnya dan PS Maria. Dia merasa tangannya ditarik dan sesuatu ditekap ke hidungnya. Sempat dia melihat tubuh PS Maria terkulai sebelum matanya menjadi gelap gelita.

Tok!! Tok!! Tok!!!

" Elfan!!!"

Tersentak Elfan yang baru sahaja melangkah keluar dari walk in closet. Terus dia melangkah ke pintu saat mendengar suara papanya yang memanggil namanya berulang kali.

Saat pintu dibuka, wajah gelisah TS Emran menerpa matanya.

" Kenapa pa?" Soalnya hairan.

" Fan, Elena dan mama kamu kena culik!!"

" What?!"

Tika itu, dunia Elfan seakan terhenti!

baru je Elfan confess dh bini kena culik...konflik dh muncul...lepas ni kita tahu siapa y jahat..jengjengjeng. marah CE ke tu lama tak update? hehe sorry guys..... serba salah pulak baca komen reader y tertunggu².. maafkan CE sbb slow update..harap semua setia menunggu.. and sorry kalau ada kekurangan utk chap ni 10/02/2024 0055hrs Maaf jika chap ni bosan.

Share this novel

Rozi Ita
2024-03-06 01:13:30 

e

Rozi Ita
2024-03-06 01:13:30 

e

Rozi Ita
2024-03-06 01:13:30 

e


NovelPlus Premium

The best ads free experience