BAB 3

Romance Completed 192587

" Kak Elena is one of the lecturer at my campus. Tapi dia tak ajar course Eri untuk sem ni, in future mungkin sebab dia ajar student senior dan kalau abang nak tahu juga Kak Elena single dan available! Eri dengar ada je pensyarah lelaki muda yang cuba mengurat tapi kak El tak layan!"

Elfan yang sedang baca buku di ruang keluarga itu memandang Erika yang duduk disebelahnya. Dia membuka cermin matanya membacanya. Sempat dia mengerling ke sekitar ruangan itu, mujurlah papa dan mama tiada kalau tak mesti mamanya akan menembaknya dengan macam- macam soalan.

" Jadi?" soal Elfan seakan tidak mengambil kisah.

Erika memandang tajam abangnya itu seketika sebelum dia mengukir senyum yang nakal.

" Abang nak tahu info yang lagi menarik tak?" soal Erika tersenyum tajam.

Elfan menjungkit sebelah keningnya.

" Amsyar yang kita jumpa malam dinner di Teratak Jannah hari tu salah seorang pelajar kak Elena. Dan lagi Amsyar ni quite famous in campus tapi kenapa Erika boleh tak tahu ek? " Soal Erika lebih kepada dirinya sendiri.

" Oh ya! Baru- baru ni timbul gosip dekat kampus yang Amsyar dan Kak Elena macam ada something sebab ada yang nampak Amsyar bagi bunga dekat kak Elena di kampus." tambah Elena lagi.

" Okay, untuk apa Eri beritahu abang semua ni?" Soal Elfan hairan.

"Untuk abang la!"

" Untuk abang?"

" Untuk abang mengurat kak Elena! "

" Seriously Erika?" soal Elfan memicingkan matanya.

" Bukan ke abang suka Kak Elena?" Soal Erika menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Since when?" keluh Elfan.

" Habis tu, the way you look at her to macam something je..." ujar Erika lagi.

Elfan menggelengkan kepalanya.

" Eri, Cara pandang seseorang bukan penentu segala perasaan abang." sangkal Elfan.

" But you have interest on her, right?" teka Erika lagi.

Tiada balasan dari Elfan. Erika tersengih lucu saat melihat abangnya yang cuba mengawal riak wajahnya itu.

" So, good luck!" ujar Erika sambil menepuk bahu Elfan beberapa kali lalu melangkah meninggalkan Elfan disitu.

DIA merenung ke arah Myvi yang dinaiki Elena yang sedang meninggalkan tanah perkuburan itu. Kata-kata Erika beberapa hari lepas kembali menerjah ingatannya.

Dia akui Elena punya tarikan tersendiri. Namun, dia perasan yang gadis itu seakan meletakkan satu penghalang untuk sesiapa mendekatinya. Buktinya dari perbualannnya mereka tadi.

"Ziarah?" soal Elfan.

" Kubur arwah keluarga saya...." jawab Elena.

" Awak?"soal Elena pula.

" My parents..." jawab Elfan tersenyum nipis.

Dia dapat kesan riak terkejut Elena dan dia menyangka Elena akan bertanyakan tentang keluarganya namun hampa saat gadis itu dia hanya diam.

" So, awak memang orang area sini ke?" Soal Elfan. Mereka beriringan melangkah keluar dari tanah perkuburan itu.

" Tak, tapi kami pernah tinggal disini sehingga ibu saya meninggal dunia dan arwah dikebumikan disini. Lepas ibu meninggal dunia, baru Umi Khadijah ambil saya tinggal di Teratak Jannah.. Tapi saya selalu datang sini ziarah kubur, rindu yang tiada pengubatnya." Jawab Elena tersenyum tawar. Dia seakan tenggelam dalam lamunannya sendiri.

Terkaku Elfan mendengar kata-kata Elena. Buat pertama kalinya dia mendengar Elena menjawab dengan panjang lebar. Selalunya gadis itu hanya bercakap sepatah dua saja kalau ditanya.

" Awak memang asal sini ke?" soal Elena berbasi basa. Sebenarnya dia segan kerana terlepas menceritakan hal peribadinya kepada orang asing seperti Elfan. Wajah kacak jejaka di sebelahnya itu dikerling sekilas.

Elfan tersenyum lalu mengangguk.

" My father is French and my mom is Malay. I was born in Paris but grown up in Malaysia. Di sini saya membesar until i lost my parents. then papa mama ambil dan jaga saya..."

Melihat wajah Elena yang jelas keliru itu. membuatkan Elfan tersenyum. Dan saat riak wajah Elena seakan tersedar sesuatu automatik bibirnya tersenyum. Comel!

" I thought you anak kandung Tan Sri...err..." Elena seakan cuba menginggati nama tapi seakan tersedar sebenarnya dia tidak tahu nama Tan Sri apa yang Elfan wakili malam makan malam tempoh hari. Tak sempat dia mengetahui nama- nama tetamu tempoh hari melainkan diperkenalkan oleh Ustaz Ahmad pada malam itu sahaja.

" Parents saya meninggal dunia disebabkan kemalangan. Masa tu saya berumur sembilan tahun. I lost both of them, then mama saya which is my aunty from mommy's side took me as her son.. Dan saya dibesarkan oleh mama dan papa seperti anak kandung mereka sendiri. Sebab tu kalau awak tengok saya dan Erika jauh berbeza rupa sebab kami bukan adik beradik kandung. Tapi i love Erika like my own blood. She's my only sister." ujar Elfan lagi.

" no wonder la...But Erika pretty too. Well tolak dari wajah mix awak, still orang akan ingat you guys adik beradik." ujar Elena.

Elfan tersenyum lalu mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Elena. Saat itu mereka sudah pun berdiri di tepi jalan. Dan Elfan sendiri tidak menyangka dia akan berkongsi kisah dirinya kepada Elena.

"What about you? awak ada adik beradik ke?" soal Elfan cuba berbual lebih dengan gadis itu.

Berubah riak wajah Elena saat itu namun laju dia tutup dengan senyuman nipis.

" I think i need to go now. Gembira jumpa awak Elfan. Assalamualaikum..."

Tersentak Elfan namun dia seakan sedar akan keterlanjuran katanya hanya tersenyum lalu membalas salam Elena. Gadis itu juga tanpa menunggu terus menuju ke arah keretannya yang parkir tak jauh dari pintu masuk tanah perkuburan itu.

DIA meneliti gambar yang baru diterima sebentar tadi. Tanpa sedar dia mengusap lembut skrin telefon miliknya itu. Jelas kerinduan yang sarat terpendam di dalam hati saat melihat wajah yang dulunya anak kecil polos kini membesar dengan sangat cantik.

" Persis ibunya..."

Namun sesaat kemudian dia sedar sesuatu. Tanggungjawab yang dia abaikan dulu dan sesungguhnya penyesalan itu sentiasa menghantuinya hingga kini.

" Abang...."

Laju dia mengelap air matanya lalu wajah isterinya dipandang sambil tersenyum nipis. Dilihat isterinya mendekatinya lalu dia terus menghulurkan telefonnya kepada si isteri.

Wanita separuh umur itu menyambut huluran lalu melihat paparan skrin telefon tersebut.

" Cantik, sangat seiras ibunya..."

Dia mengangguk tanda setuju dengan kata- kata isterinya.

" Abang nak jumpa dia?"

" Abang tak pasti. Abang takut bila abang nampak kebencian dari matanya bila dia pandang abang.."

" Abang ayah dia. Mungkin dia marah tapi sayang tu tetap ada.."

" Marah boleh bertukar benci dendam kalau dah bertahun. Abang seorang ayah yang tak berguna, Maria. Abang sia-siakan anugerah yang Allah bagi dekat abang. Abang menyesal." rintihnya namun melihat wajah isterinya yang seakan tersentak dengan kata- katanya. Terus dia mencapai tangan isterinya.

" Abang tak menyesal nikahi Mar tapi abang menyesal tindakan abang abaikan anak- anak abang dulu. Dan Walaupun abang bercerai dengan Nora, sepatutnya abang berikan mereka nafkah bukan abaikan mereka. Abang khilaf Mar..." ujarnya.

Maria terus mengenggam tangan suaminya, tanda memberi semangat.

" Mar pun bersalah bang, dan sekarang kita akan hadapi bersama. Jika dia benci abang maka Mar turut dibenci tapi tugas kita untuk dia sayang dan terima kita semula. Dia anak Mar juga, kita akan bawa anak kita pulang ke rumah ini semula bang." ujar Maria tersenyum.

ELENA yang baru saja keluar dari keretanya. Dan saat itu dia melihat ada sebuah kereta Ford mustang warna hitam terparkir. Dia mengerutkan keningnya. Kereta itu seakan familiar namun dia tak tahu milik siapa kereta ini. Ada tetamu ke?

Dia terus melangkah ke arah bahagian penumpang belakang kereta dan terus beberapa plastik diambil. Saat dia melangkah ke arah pintu masuk, telinganya menangkap bunyi riuh dari dalam. Dan saat dia memberi salam, salah seorang pembantu Teratak Jannah membukakan pintu untuknya dan terus mengambil bungkusan dari tangan Elena.

" Ada tetamu ke kak?" soal Elena kepada kak Yanti, salah seorang pembantu Indonesia di teratak itu.

" Iya, dik Elena. Itu lagi ada di bilik bacaan sama anak-anak.." Balas Yanti dalam loghat Indonesianya.

" Ramai ke tetamu?" soal Elena lagi. Dia sudah sedia tahu bahawa Teratak Jannah sentiasa mengalu-alukan para sukarelawan datang untuk berjumpa anak- anak di sini.

" Ngakk, cuma seorang. Ganteng orangnya, dik Elena. Udah kacak, muda lagi baik hatinya." ujar Yanti tersengih.

Elena tersenyum mendengarnya.

" Ada-ada je akak ni. Umi mana kak?" soal Elena lagi.

" Lagi dengan mas ganteng itu lorh." ujar Yanti.

Elena terus melangkah ke arah bilik bacaan itu dan makin dekat makin kuat kedengaran riuh suara anak- anak itu. Elena menjenguk saat melihat pintu yang rengang itu.

Tersentak saat dia melihat wajah yang kali terakhir dia lihat seminggu lalu. Elena memerhati gelagat lelaki itu yang sedang tersenyum melayan anak-anak Teratak Jannah itu. Ikhlas, itu yang Elena dapat rasai dari senyuman itu dan melihat kegembiraan anak- anak itu Elena juga turut tersenyum.

Dalam dia tidak sedar, Umi Khadijah dan Elfan sudah sedar akan kehadirannya dimuka pintu. Elfan pula merasakan hatinya mula berbunga saat melihat senyuman Elena yang jarang dapat dilihat itu.

Teguran Umi Khadijah membuatkan lamunan Elena terhenti. Terus dia membetulkan tubuhnya yang mulanya bersandar di pintu lalu dia melangkah masuk ke bilik tersebut. Lalu dia mendekati Umi Khadijah lalu tangan tua itu disalami dan pipi dicium. Elfan hanya memerhati kelakuan gadis itu.

" Dah lama ke sampai?" Soal Umi Khadijah.

" Baru lagi. El dengar riuh dari sini tu yang El jenguk. Tak sangka ada tetamu." Elena senyum sekilas kearah Elfan dan lelaki itu turut membalas senyuman Elena.

" El ingat lagi kan Elfan, anak Tan Sri..."

" Kami pernah jumpa beberapa kali, Umi." Elfan memotong kata-kata Umi Khadijah.

" Ya, Umi.." Akui Elena pula.

" El, Elfan ada beberapa plan untuk adik- adik disini. Cuma Umi nak Elfan berbincang dengan kamu dan yang lain. Kalau umi, cadangan Elfan tu sangat setuju.."

" Betul tu Elena, lagipun papa saya dah bersetuju untuk menanggung segala pembelanjaan. Dan kalau pihak Teratak Jannah setuju maka pihak kami akan mulakan."

Dan selepas itu Umi Khadijah mula menceritakan rancangan yang Elfan beritahunya sebelum Elena tiba tadi. Sebenarnya semua rancangan itu dari papanya dan Elfan hanya menyampaikan saja. Elena tekun mendengar rancangan yang diterangkan oleh Elfan pula. Sesungguhnya ia sangat menarik minat Elena kerana dia tahu itu akan membantu anak- anak yatim disini untuk lebih berjaya dimasa hadapan. Dan dia juga terharu saat pihak Elfan sanggup membantu dan dia tahu kosnya bukan sedikit.

"TERIMA KASIH..."

Elfan menoleh ke sebelah kirinya. Saat itu dia dan Elena sedang melangkah ke arah keretanya.

" Saya hanya mewakili papa saya, dia yang cetuskan idea ni. Dan saya sangat berbesar hati mewakili papa saya. Dan melihat wajah ceria anak- anak disini membuatkan saya turut gembira."

Elena tersenyum. Dia mengangguk tanda setuju.

" Saya pun rasa benda yang sama. Inilah syurga saya. Saat saya tiada sesiapa untuk berpaut, tempat ini yang memberi saya sinar bahagia..." Elena menoleh ke arah bangunan rumah anak yatim itu.

Elfan merenung wajah Elena yang sarat dengan perasaan itu.

" Saya ada adik lelaki, Emir namanya. He's a handsome boy. He's everything for me. sepuluh tahun lalu dia juga turut terlibat kemalangan dengan ibu saya tapi dia terselamat tapi dia mengalami cacat kekal. Dia hilang daya penglihatan kerana kecederaan teruk dikepala membuatkan saraf matanya rosak...."

Terkedu Elfan saat mendengar Elena bercerita tentang dirinya. dia terus merenung wajah gadis itu yang terus menerus merenung ke arah bangunan dibelakang mereka itu.

" Dan Tiga tahun lepas he left me. Dia meninggal dunia di dalam tidur."

Saat itu Elena menoleh ke arah Elfan.

" Dan itu terus menambah luka yang sedia ada dihati saya. Someone who i love the most left me one by one, first ibu saya then adik saya. Emir such a good boy. Dia tak pernah merintih atas apa yang berlaku padanya, dia sentiasa senyum dan redha. kadang- kadang saya yang overthinking, takut lebih tapi dia okay je. Dan dia yang selalu tenangkan saya. Dia suka pantai, dia suka dengar bunyi ombak dan dekat situ kami selalu habiskan berejam hanya mendengar irama ombak." Elena tertawa kecil, Elfan melihat Elena seakan tenggelam dalam memori silamnya.

" Mungkin sebab itu Allah ambil dia awal sebab Allah lebih sayangkan dia. Dan saya redha dengan semua ini. " Elena tersenyum sendiri. Elfan merenung dalam wajah Elena.

" Dan itu jawapan saya bila awak tanya adakah saya ada adik beradik dan Yes! Emir is my only sibling that i have.." Tambah Elena lagi lalu dia melangkah ke arah kereta dan Elfan mengekori gadis itu dari belakang.

'Elena! You're special'

Desis Elfan dalam hati. Dan itu membuatkan dia ingin mengenali gadis itu lebih dekat lagi walaupun dia tahu ia bukan senang. Dan jauh disudut hatinya mengakui tekaan Erika tempoh hari.

sorry pendek saja update kali ni... maafkan CE kerana xmampu nak update laju2.. i try my best.. CE ad post something y xkan ad dlm any chap..Emir&Elena.. sila visit ig ce...cikembun.ce utk tau k..much love from CE

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience