BUNYI kuakan pintu membuatkan matanya menoleh ke arah situ. Di lihat papanya bergegas mendekatinya.
" Papa dah tahu siapa dalangnya!"
" Siapa pa?"
Meluas mata Elfan saat TS Emran memberitahunya. Soal Elfan terkejut. TS Emran mengangguk yakin. Sungguh dia tidak menyangka kawan yang dia anggap seperti darah dagingnya sanggup menikamnya dari belakang. Kalau bukan perbualan mereka sebentar tadi,pasti sampai sekarang dia tak tahu. Satu jawapan yang dia yakin seratus peratus.
*****
" Emran?"
TS Emran yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke kereta menoleh ke belakang. Saat itu dia melihat Datuk Musa datang menghampirinya.
" Musa, apa khabar? Lama aku tak jumpa kau." ujar TS Emran tersenyum nipis.
" Aku sibuk sikit. Oh ya, alang- alang aku jumpa kau ni aku nak tanya sikit, betul ke Elfan dah kahwin? Hari tu Maya balik rumah menangis dan bila aku tanya dia cakap Elfan dah kahwin." Ujarnya.
Tersenyum tawar TS Emran tika itu.
" Aku nak minta maaf dengan kau,Musa. Bukan niat aku nak buat anak kau kecewa dengan Elfan tapi dah tertulis mereka tiada jodoh. Memang betul Elfan dah kahwin, dengan anak sulung aku, Elena." Luah TS Emran.
" Anak sulung kau?" soal Datuk Musa terkejut.
TS Emran mengangguk.
" Kau ingat lagi yang aku dulu pernah berkahwin sebelum aku nikah dengan Maria. Dengan bekas isteri pertama aku dulu aku ada dua orang anak tapi yang adik dah meninggal, tinggal anak sulung aku je." Ujar TS Emran. Sempat dia melihat wajah tegang Datuk Musa sebelum wajah itu bertukar lembut. Datuk Musa menepuk bahu TS Emran perlahan.
" Dah takde jodoh anak aku dengan Elfan. tapi tula, aku ada dengar cerita yang bini dan anak kau kena culik, macam mana kes tu? Dah dapat jejakki mereka?"
TS Emran tersentak lalu dipandang lama wajah Datuk Musa sebelum dia menundukkan pandangannya. Dia mengeluh lalu menggelengkan kepalanya.
" Belum, pihak polis agak sukar nak kesan mereka sebab tiada komunikasi antara penculik dan pihak kami." Ujar TS Emran lagi.
" Mereka culik sebab wang ke?" Soal Datuk Musa lagi.
" Aku pun tak tahu, kalau nak duit. Aku sanggup bagi segala harta aku,Musa. Asalkan isteri dan anak- anak aku selamat. Tapi sampai sekarang masih tiada berita. Aku takut ada yang berdendam dengan aku." Ujar TS Emran memandang tepat ke wajah Datuk Musa. Riak wajah lelaki itu dilihat hanya biasa namun hanya TS Emran yang mampu menilainya.
" Aku harap urusan kau dipermudahkan. Kalau perlukan bantuan, aku ada." Ujar Datuk Musa lagi dengan wajah simpatinya.
TS Emran hanya mampu tersenyum tawar.
*****
Elfan meraup wajahnya saat mendengar cerita papanya. Sungguh dia tidak menyangka, Uncle Musa yang dianggap seperti bapanya sendiri sanggup mengkhianati keluarga mereka. Bagaimana mereka tahu lelaki itu dalangnya? Jawapannya mudah, kes penculikan mama,Erika dan Elena menjadi rahsia antara mereka dan pihak polis. Papanya meminta pihak polis agar tidak menghebohkan hal itu buat sementara waktu. Malah bibik,dan driver papa pun tidak boleh menceritakan kepada sesiapa tentang kes tersebut. Ini kerana untuk tidak menyulitkan lagi keadaan serta memudahkan usaha mencari. Dan saat Datuk Musa bertanyakan kes penculikan itu, segala kemusykilan terjawab saat TS Emran meminta Roy mengikut jejak Datuk Musa.
" Papa dah beritahu pihak polis, Roy pun dah tunjukkan gambar- gambar Datuk Musa ketika berada di tempat yang Roy yakin disitu dia kurung mama,Erika serta Elena." Ujar TS Emran.
" Kita pergi sana, pa!"
" Tak boleh, Fan. Pihak polis cakap kawasan tu bahaya kerana Musa dah menambah beberapa orang untuk berjaga dikawasan itu. Kalau kita berada disitu, itu akan menyukarkan kerja polis." Ujar TS Emran lagi.
"Tapi pa..."
" Papa faham perasaan kamu. Biarkan polis uruskan. Kita harus yakin dengan kecekapan pihak polis. Lagipun Roy ada disana, apa- apa nanti dia akan hubungi kita." tegas TS Emran.
Elfan mundar mandir di depan papanya itu. Hatinya tidak tenang saat ini memikirkan orang yang dia sayang terutama Elena. Entah kenapa dari semalam gelisah sahaja dia rasakan dan wajah Elena kerap terbayang difikirannya.
Ting!Ting!
Laju Elfan mencapai telefon bimbitnya dan saat melihat nama pemanggil laju dia menjawab.
" Hello Roy!"
DIA membuka matanya perlahan. Mendesis dia saat dia menggerakkan tubuhnya yang lemah itu. Sakit segala urat sendinya tika itu.
PS Maria yang mendengar desis Elena terus mengengsot mendekati anak tirinya itu.
" Elena, jangan banyak bergerak. El cedera tu." ujar PS Maria sayu melihat Elena yang susah payah bangun itu. Sempat Elena melihat Erika yang sedang pulas tidur. Dari kesuraman bilik itu dia dapat lihat badan Erika agak mrnggigil.
" Sini.." Bisik Elena perlahan namun masih didengari PS Maria.
Terus PS Maria mendekati Elena dan dengan sisa kudrat yang dia masih ada, dia merungkaikan ikatan tangan PS Maria. Dan terus PS Maria membuka ikatan kakinya langsung tubuh Elena yang tidak bermaya itu dipeluk erat. Dia tahu, Musa akan marah jika melihat mereka tidak berikat lagi namun dia sudah tak kisah lagi dan yang penting dia harus memberi Elena semangat untuk terus bertahan. Elena sangat lemah.
" Elena kena kuat sayang. Mama yakin papa dan Elfan sedang berusaha selamatkan kita bertiga." Ujar PS Maria sambil mengucup kepala Elena yang berlapik tudung yang sudah tidak kemas itu.
Elena hanya mendengar kata- kata PS Maria. Dia hanya membiarkan wanita itu memeluknya. Dia sudah tidak berdaya. Sekurang- kurangnya satu rasa yang tenang dirasakan saat dia dipeluk, sama saat ibu memeluknya. Tika nama Elfan disebut, hatinya menjadi sayu. Dia banyak dosa dengan suaminya itu. Pasti Elfan banyak terasa hati dengannya. Kalau dia mati, adakah Elfan akan mengampunkan dosa- dosanya?
" Ka...lau sa..ya tak Sem..pat jumpa Elfan, to..tolong sampaikan kepada di..a yang sa..ya mintak ampun, sa..ya sayang dia sangat- sangat" Bisik Elena lemah. Berjurai air mata PS Maria mendengar kata- kata Elena. Dia menggelengkan kepalanya.
" Tidak! Elena kena kuat. Elena kena cakap sendiri pada Elfan yang El sayang dia. Anak mama kena kuat! Elena anak mama yang kuat!" Ujar PS Maria lagi. Erika yang tersedar terus mengengsot mendekati mamanya yang sedang menangis itu. Dan saat melihat keadaan Elena yang lemah itu, Dia turut menangis.
" Akak! Buka mata kak! akak kena pandang Eri! Akak jangan buat Eri macam ni! akak kena ingat abang Elfan! dia cintakan akak! Akak kena balik jumpa abang! " Jerit Erika cuba untuk membuatkan Elena terus membuka matannya.
" Sakit, Eri. Akak sakit...Akak nak rehat..." Ujar Elena lemah.
" No! Bangun kak. Please.." Rayu Erika lagi.
Dumm!!
Bunyi dentuman pintu membuatkan PS Maria dan Erika menoleh ke arah pintu tersebut. Datuk Musa mengerutkan dahinya saat melihat keadaan Elena yang lemah itu. Terus dia menoleh ke arah orang suruhannya yang sedang menunduk itu.
" Apa kau dah buat dekat perempuan tu? Siapa suruh kau belasah dia?!! Aku belum bagi arahan kau dah memandai- mandai kenapa!!??" Jerkah Datuk Musa.
" Sorry bos! Itu mamat gila tu punya kerja! aku tak sedar bila dia belasah perempuan tu. Sedar- sedar dah lunyai dikerjakannya!" Balas lelaki botak itu menunduk.
" Yang kau ambik budak gila tu kenapa! Kalau dah nyawa- nyawa ikan macam ni nak simpan buat apa!!" Ujar Datuk Musa bengang. Dia melangkah mendekati Elena. PS Maria yang cuba melindungi Elena ditolak ke tepi.
" Jangan kau apa- apakan anak aku,Musa! kesiankan dia!" Rayu PS Maria.
Datuk Musa senyum sinis.
" Dia bukan anak kau, Maria! Dia anak perempuan yang keluarga kau dah aniaya!! " Sindir Datuk Musa.
" Dia tetap anak aku! Ya, keluarga aku berdosa tapi aku sanggup terima hukuman dari Elena asalkan dia dapat maafkan aku dan apapun terjadi dia tetap darah daging aku! Aku akan lindungi dia!!"
" Seperti kau bela dia dan buang anak aku!! Kau jangan lupa apa yang kau dah buat pada Maya? Kau tahu apa yang jadi dekat anak aku sekarang?!! Ni.. budak ni dah rampas Elfan dari Maya!! Anak aku dah macam orang gila dekat rumah tu!!!" Jerkah Datuk Musa berang lalu dia menarik tudung Elena sehingga gadis itu mendongak dalam kesakitan.
" Jadi, disebabkan dia dah buat anak aku merana. Aku akan buat Elfan pun akan rasa benda yang sama. Aku akan hapuskan dia dulu. Selamat tinggal, dah tiba mata kau jumpa mak dan adik kau!" Ujar Datuk Musa sambil mengacukan pistol ke bawah dagu Elena. Berlinangan air mata Elena saat merasakan ajalnya makin dekat. Dia memejam mata lalu kalimah syahadah dibisik perlahan. Bunyi raungan PS Maria dan Erika kedengaran ditelinganya. Bayangan wajah Elfan dan TS Emran muncul matanya saat itu.
Bang!!!
Terjatuh tubuh Elena saat itu. Bau darah mula memenuhi rongga hidungnya. Elena membuka matanya dan saat itu dia melihat tubuh Datuk Musa terbaring disisinya sambil mengeletar. Dia lihat Mata lelaki itu terbeliak sebelum dia merasakan tubuhnya sekali lagi diangkat namun kali ini lebih lembut.
" Sayang! Look at me! Sayang dah selamat!"
Suara itu! Suara yang sentiasa membuatkan dia tenang. Pemilik suara itu yang kini memenuhi hatinya. Dia membuka matanya perlahan. Wajah tampan Elfan memenuhi ruang matanya. Dia tersenyum nipis lalu pipi berjambang nipis lelaki itu dipegang perlahan.
" El sayang abang...Ampunkan dosa El.." Bisiknya perlahan sebelum dunia menjadi gelap.
************
Dia merenung siling putih itu lama. Berkelip- kelip matanya saat itu. Tiub oksigen masih terpasang di hidungnya. Kata doktor ia perlu sehingga oksigen di tubuh Elena mencukupi. Sedar tak sedar Allah dah memberi peluang kedua untuknya hidup. Elfan memberitahu selepas dia diselamatkan, dia tidak sedarkan diri beberapa hari dan semalam hari yang kritikal dimana jantungnya terhenti untuk beberapa minit. Namun kuasa Allah tiada siapa mampu duga, Dia kembali bernafas hasil usaha pantas para doktor dan jururawat.
Kosong.
Itulah yang dia rasakan saat ini. Banyak perkara yang bermain difikirannya saat ini, Marah? Dendam? Sedih? Rindu? Semuanya menjadi satu. Sejak dia sedar semalam, tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Hanya butir bicara Elfan yang kedengaran. Namun hatinya menjadi tenang saat melihat senyuman manis suaminya walau jelas riak wajah Elfan yang penat itu.
PS Maria dan Erika dah sembuh sepenuhnya. Mereka ada juga datang semalam. Begitu juga TS Emran. Dia dapat lihat riak lega diwajah tua itu saat memandangnya. Dia? Apa yang dia rasakan saat ini? Dia sendiri tidak tahu. Kejadian ini memberi impak besar buat dirinya. Rahsia lampau terbongkar.
Pagi tadi pihak polis datang mengambil keterangan namun dia hanya menjawab ringkas dan PS Maria yang banyak menjawab bagi pihaknya. Saat PS Maria menceritakan semuanya, dia dapat lihat wajah TS Emran kekal tenang seakan tidak terkejut. Adakah dia sudah tahu semuanya? Pihak polis juga memberitahu bahawa Datuk Musa mati ditempat kejadian akibat ditembak polis, manakala orang suruhannya berjaya ditangkap semuanya dan bakal didakwa.
Bunyi kuakan pintu membuatkan pandangannya beralih ke arah pintu. Muncul wajah kacak Elfan dan kedengaran suara itu memberi salam.
" Sayang dah bangun?" Soal Elfan sambil meletakkan satu mangkuk tingkat kecil di meja tepi katil.
Elena ingin bangun dan laju Elfan membantu Elena. katil dilaraskan separa baring dan Elfan membetulkan bantal di belakang tubuh isterinya itu. Elena memandang setiap tingkah lelaki itu.
" Macam mana sekarang? Dah okay? Sorry tadi abang balik ambil pakaian. Abang tak nak kacau El tidur. Papa cakap polis datang pagi tadi ya?" Soal Elfan tersenyum. Namun Elena hanya merenungnya saja tanpa mejawab. Dia tidak ambil hati. Cukup baginya melihat Elena sedar di depannya. Kejadian semalam sudah cukup membuatkan jantungnya luruh. Dia tidak mampu kehilangan Elena kerana dia terlalu mencintai gadis itu.
Elena tidak mahu lepas memandang wajah Elfan. Ingin sekali dia mengusap wajah itu. Dia rindukan Elfan! Dia tidak mampu menidakkan perasaan cintanya yang sudah memekar buat lelaki itu. Semalam dia meracau, Elfan yang menjaganya diwad itu terus terjaga dan memeluknya untuk menenangkannya. Dan berada didalam pelukan lelaki itu dia merasa selamat dan semalam dia tidur didalam pelukan lelaki itu.
" Sayang nak makan? Mama ada masakkan sup untuk sayang." Suara Elfan memecahkan lamunannya. Kerap kali telinga Elena mendengar Elfan memanggilnya sayang dia sukakannya. Suara Elfan membuatkan dia semakin tenang dan memandang wajah itu memberi semangat untuknya terus hidup.
" Abang suap ya?" Melebar senyum Elfan saat Elena menganggukkan kepalanya. Tanpa berlengah dia terus membuka bekal yang dibawa lalu menyuap Elena.
Bekas disimpan semula. Bahagia hatinya saat makanan habis dimakan Elena. Renungan Elena menambah lagi bahagia dihatinya. Ia nampak jauh berbeza daripada dulu. Jika dulu renungan kosong diberikan namun sekarang dia dapat rasakan yang isterinya itu turut mempunyai perasaan yang sama seperti dia rasakan saat ini. Elfan kembali duduk dikerusi sebelah katil Elena lalu tangan mulus Elena digenggam. Renungan penuh kasih diberikan kepada wanita yang dia cintai itu.
" Maafkan abang sebab tak jaga El dengan baik. Allah saja yang tahu saat abang tengok cctv El dan mama kena culik. Makin luruh hati abang saat melihat El yang lemah tempoh hari. Andai kata boleh diganti, abang sanggup tanggung kesakitan yang sayang rasakan. Jangan tinggalkan abang, abang tak sanggup kehilangan El." Ujar Elfan lirih.
Sebak Elena mendengarnya. Dia membalas genggaman tangan Elfan. Lalu dia mengangkat tangan tersebut lalu menciumnya kasih.
" Maafkan saya. Ampunkan salah silap saya pada awak. Saya tahu saya banyak salah pada awak, pada keluarga. Awak suami yang sangat baik, Elfan. Bodohnya saya kerana tidak mahu menerima takdir indah yang Allah dah berikan kepada saya." Ucap Elena perlahan.
Elena terus menarik Elena ke dalam pelukannya. Lalu dia mengucup lembut tepi kepala gadis itu. Gembira hatinya saat dapat mendengar suara Elena.
" Sayang tak salah apa- apa. Abang sentiasa ampunkan sayang because I love you so much." Balas Elfan lalu dia melonggarkan pelukannya. Mata Elena yang berkaca itu direnung kasih.
" Kita mulakan hidup baru,okay? Yang lama kita lupakan. Kita cipta memori indah kita bersama. Abang nak berada disisi sayang selamanya."
Elena mengangguk sambil tersenyum nipis.
" Boleh awak beri saya masa? Untuk saya baiki diri saya dan paling penting untuk saya mencintai dan menyayangi awak..." Ujar Elena menunduk. Entah kenapa dia malu untuk mengaku bahawa dia sudah mencintai lelaki itu.
" Ambillah berapa lama masa yang sayang perlukan. Asalkan sayang ada disisi abang." Balas Elfan tersenyum. Makin lebar senyumnya saat melihat wajah Elena yang berubah warna. Comel!
" Ehem!"
Serentak itu dua pasang mata itu menoleh ke arah yang sama. Wajah Najiha tersengih bersama wajah Umi Khadijah yang tersenyum menghiasi mata mereka berdua. Bila mereka masuk? Kenapa mereka berdua tidak sedar? Dan menunduk malu Elena saat melihat sengihan nakal Najiha sebelum disiku lembut oleh Umi Khadijah
" Maaf Elena, Elfan menganggu. Umi ingat Elena seorang tadi. Kami pun main masuk je." Ujar Umi Khadijah lembut.
Terus Elfan berdiri menyambut kehadiran tetamu mereka itu.
" Eh! Takpe umi. Maaf sebab tak sedar umi dan Jiha masuk." Ujar Elfan segan.
" Kami yang kena minta maaf sebab kacau orang tu dating, kan umi." Usik Najiha lagi. Tersengih malu Elfan sambil menggosok belakang lehernya. Elena pula sudah memerah mukanya.
" Dah, jangan nak usik suami isteri ni. Kita datang kan nak melawat." Ujar Umi Khadijah lalu mendekati katil.
Terus tubuh Elena dibawa ke dalam pelukannya. Elena membalas pelukan itu erat. Diikuti Najiha yang turut sama memeluk Elena. Elfan yang melihat memberi ruang untuk mereka bertiga. Dia berlalu ke sofa yang ada diruangan itu.
" El rasa macam mana sekarang? "
" Alhamdulillah, umi. Dah makin okay cuma tiub oksigen ni kena pakai lagi. "
Umi Khadijah mengangguk. Wajah pucat Elena diusap lembut.
" Terkejut kami bila keluar berita tentang penculikan tu. Kejamnya manusia hanya kerana dendam." Ujar Najiha pula.
Elena senyum tawar. Seakan terpukul dengan kata- kata kawannya itu. Adakah dia termasuk dalam golongan kejam itu? Kerana menghukum ayahnya kerana dendam? Sempat dia menjeling ke arah Elfan dan mata itu sudah sedia memandangnya sambil tersenyum nipis. Dia melarikan pandangannya dan terus mendengar celoteh Najiha dan Umi Khadijah.
"KAU OKAY?"
Elena senyum nipis. Tika itu hanya mereka berdua yang tinggal diwad itu. Umi Khadijah sudah balik kerana ada hal di teratak jannah. Manakala Elfan pula keluar kerana menerima panggilan kerja.
Wajah Najiha dipandang. Dia mengangguk perlahan.
" Kau tak okay,El. Wajah kau tak boleh nak sorok langsung." cebik Najiha membuatkan Elena tertawa. Dia rindukan sahabat baiknya itu.
" Aku pun tak tahu Jiha. Kadang- kadang aku rasa macam okay tapi dalam masa yang sama hati aku menidaknya." ujar Elena perlahan.
" Kau masih berdendam dengan ayah kau?"
Berdendamkah dia? Bencikah dia? jawapannya tidak. Perasaan itu sudah hilang. Dia rindukan ayahnya. Dia tahu hatinya sudah redha dengan takdirnya. Malah dia sudah menyayangi PS Maria. Wanita itu sangat baik dengannya, malah sanggup melindunginya saat Datuk Musa ingin membunuhnya. Cuma sekarang dia malu. Malu dengan kelakuannya dahulu. Dan paling penting dia sedar yang dia mencintai Elfan.
" Janganlah nangis. Kau tu masih tak sihat lagi. Okay, aku tak tanya soalan tu dah."
Suara Najiha menyedarkan dia dari lamunan. Dia sendiri tidak sedar dia menangis.
" Aku tak nangislah."
" Eleh, kalau tak nangis yang meleleh tadi itu apa? Air hujan ke?" Usik Najiha. Tawanya meletus melihat wajah muncung Elena.
" Amboi dah pandai mucung dah sekarang. Yela mentang- mentang ada suami romantik sekarang. Kemain ek korang ni bercekarama dalam wad sampai aku dengan umi bagi salam pun tak dengar." Ujar Najiha.
" Mana ada!" sangkal Elena walaupun Najiha dah menjadi saksi mata dan telinga tadi.
" Tapi aku gembira tengok kau dan Elfan. Dia sememangnya seorang lelaki yang baik. Lepas kau diselamatkan, hari- hari aku datang dan aku jadi saksi yang Elfan betul- betul cintakan kau. Hari- hari dia baca Al- Quran untuk kau masa kau tak sedarkan diri. Dia ambil tugas bersihkan badan kau. Dia tak bagi nurse buat, malah aku nak buat pun dia tak bagi sebab dia cakap itu tanggungjawab dia sebagai suami. Dia lelaki baik,El. Kau bertuah dapat suami seperti Elfan." Ujar Najiha.
Elena mendengar kata- kata Najiha itu dengan perasaan yang sayu. Dia nampak semua itu dan dia akui sendiri Elfan suami yang baik. Dan dia takkan lepaskan lelaki sebaik itu. Tapi dia malu dengan perangainya yang selalu menyakitkan hati Elfan.
" Sebab itu aku nak minta tolong kau..." Ujar Elena memandang Najiha dengan penuh makna.
ELFAN tersenyum melihat jambangan bunga mawar merah di tempat duduk sebelah. Sekarang dia dalam perjalanan ke hospital menjemput Elena pulang. Setelah hampir dua minggu, akhirnya isterinya itu dibenarkan pulang. Dan dia akan menjaga Elena dirumah sehingga isterinya itu betul- betul pulih.
Selesai memarkirkan keretanya. Laju langkah kakinya menuju ke wad Elena sambil membawa jambangan bunga tadi. Khas untuk isterinya tercinta. Semakin hari dia semakin bahagia saat melihat reaksi positif dari Elena. Gadis itu sudah boleh tersenyum manis dan sekarang dia dapat melihat sisi Elena yang manja. Tersenyum dia membayangkan momen mereka berdua semalam.
Pintu wad ditolak perlahan dan terus dia memberi salam. Namun mati senyumannya saat melihat keadaan dalam wad tersebut.
Kosong!
Katil sudah dikemas rapi seakan tiada penghuni lagi di bilik itu. Laju langkahnya menuju ke meja yang diduduki para jururawat.
" Mana isteri saya, nurse?" Soal Elfan kalut.
" Hah? ermm.. Puan Elena dah discaj pagi tadi, encik." Ujar jururawat yang jelas kehairanan dengan riak wajah Elfan tika itu.
" But as i know, my wife will discharge this afternoon! Kenapa boleh keluar pagi pulak?!" Soal Elfan agak berang.
Tiba- tiba seorang jururawat mendekati mereka. Dari penampilan, mungkin dia ketua jururawat disini.
" Maaf encik Elfan, sepatutnya memang puan Elena discaj tengah hari ni tapi pagi tadi puan Elena berkeras nak keluar dan doktor membuat pemeriksaan. Setelah berpuas hati baru doktor membenarkan Puan Elena keluar. Dan ini...."
Jururawat itu menghulur kertas yang kemas berlipat yang dia yakini surat kepadanya.
" Puan Elena meminta saya berikan surat ini kepada encik jika encik datang. Dan dia cakap dia minta maaf. Dalam surat ni dia jelaskan semuanya." Ujar jururawat itu lagi.
Elfan hilang kata. Dia menyambut surat tersebut dan dia berlalu ke sofa berdekatan. Surat ditangan ditenung sebelum dia membukanya.
***
Suamiku,
Saya tahu awak akan marah bila saya keluar wad awal. Maafkan saya kerana buat awak marah. Bukan niat saya nak lari atau pun merancang sesuatu tapi saya hanya ingin bersendiri memikirkan tentang hal saya, Keluarga malah hubungan kita. Saya ingin bersama awak selama lamanya namun saya harus membuang sisa- sisa perasaan negatif yang berada di dalam hati saya. Saya ingin pulang sebagai anak papa, mama, Kakak Erika dan paling penting sebagai isteri yang mencintai Elfan Gillton sepenuh hati. Ya, saya terlalu menidakkan perasaan hati saya sendiri. SAYA CINTAKAN AWAK, ELFAN. terlalu cintakan awak. Saya tak tahu sejak bila ia muncul namun rasa itu buatkan saya bahagia. Sangat bahagia.
Sekali lagi saya minta maaf. Saya tak pergi jauh, masih dekat dengan awak. Tiba waktunya aaya akan kembali. Kembali ke dalam pelukan awak.
Salam sayang,
~ Lea Elena Emran~
Elfan meraup wajahnya dengan kedua tangannya. Dia salah dalam melihat. Dia ingat dengan melihat senyum dan tawa isterinya beberapa hari ini, dia menyangka Elena sudah menerima dia dan keluarga mereka namun masih belum lagi. Adakah dia harus marah? Tidak. Dia takkan marahkan tindakan Elena ini namun berapa lama dia harus menunggu? Jika masa yang diambil itu terlalu lama, bolehkah dia ubat kerinduan dihatinya? Elfan melepaskan keluhan lagi. Dia memejam mata buat menenangkan fikirannya. Tiba- tiba dia membuka mata, seakan satu ilham diperolehi, dia tersenyum lebar lalu melangkah meninggalkan tempat itu.
DIA membuka matanya, bibirnya automatik mengukir senyuman. Angin yang bertiup ibarat melodi indah ditelinganya. Dia merenung jauh ke lautan luas didepannya itu. Tenang, itulah yang dirasakannya saat itu. Seminggu berlalu, dan seminggu jugalah dia merindu. Namun dia sangat inginkan ruang ini. Bukan untuk melarikan diri, bukan juga kerana membenci tapi hanya ingin memulakan kembali sebuah perjalanan. Dia mahu buang yang pahit dengan muhasabah dirinya terlebih dahulu.
" Elena..."
Dia menoleh dan wajah jejaka itu menghiasi matanya. Dia membalas senyuman lelaki itu.
" Hari ni tak pergi sana ke?" soal Amsyar smabil menunjukkan ke arah sebuah pondok kecil yang berada dihujung tambakan pantai itu.
Tiada siapa menyangka yang mereka akan bertemu Cherating ini. Hari pertama dia sampai, dia bertemu dengan jejaka itu. Menyangka yang Amsyar datang bercuti namun rupa- rupanya resort yang dia duduki itu milik keluarga lelaki itu. Amsyar juga seakan terkejut melihatnya disitu namun tetap mengalukannya. Dan dia yang melarang lelaki itu memanggilnya dengan panggilan miss seperti dikampus kerana lelaki itu bukan lagi pelajarnya. Petang ini seperti petang seminggu yang lepas, Amsyar tak lekang datang berjumpanya disini.
" Hari ni nak duduk sini... Awak tak busy ke?" soal Elena kepada Amsyar.
" Tak busy dah... Kenapa? ada apa- apa yang boleh saya tolong ke?" soal Amsyar kepada Elena.
" Ada, tapi bukan saya. Tu dekat sana tu." Ujar Elena sambil menunjukkan ke satu arah. Saat Amsyar menoleh ke arah itu, berubah riak wajahnya. Dia menggosok belakang lehernya perlahan. Elena menyimpan senyum meliaht gelajat Amsyar yang mula menggelabah itu. Dia tahu apa yang sedang berlaku antara mereka berdua.
" Ermm.. Saya pergi sana kejap ya." Ujar Amsyar lalu melangkah ke arah yang ditunjuk Elena tadi.
Elena yang melihat aksi pasangan dihujung sana tersenyum lucu. Terus memori lama menjengah kembali, bagaimana pertemuan pertama kali antara dia dan Elfan, berkawan sehinggalah mereka bernikah dalam keterpaksaan. Dia rindukan Elfan. Dia memejam mata, cuba membayangkan raut wajah kacak itu difikirannya. Kening, mata yang menawan, hidung yang mancung, bibir serta jambang yang nipis dan kemas itu. Dan tika bibir itu melengkung senyum, terserlah lesung pipit yang jarang dapat dilihat. bibirnya turut tersenyum saat membayangkan senyuman lelaki yang menghuni hatinya itu.
" Orang cakap kalau tidur sambil senyum, maknanya dia tengah bayangkan orang yang dia rindu."
Laju Elena membuka matanya. Meluas matanya saat melihat wajah yang baru saja terbayang difikirannya kini muncul di matanya. Dia memejam celik beberapa kali, mengesahkan sama ada dia berkhayal atau pun tidak namun wajah yang sedang tersenyum itu masih kekal didepannya.
" Elfan..." Bisiknya perlahan namun dapat didengari Elfan.
Elfan mendekatkan wajahnya ke wajah Elena.
" Yes,sayang. I'm Elfan Gillton, your husband."
" Macam mana...."
" ke mana isteri saya pergi, disitulah saya akan datang. Because..."
Elfan mendekatkan lagi dirinya lalu bibirnya dibawa ke tepi telinga kanan Elena yang berlapik tudung itu
" i want my wife. Isteri yang mencintai abang seperti mana abang cintakan Lea Elena sepenuh hati." Bisik Elfan perlahan.
Terus mata Elena mencari mata Elfan yang sudah bersedia menerima pandangannya. Cinta, itulah yang dapat dilihat dalam mata Elfan dan bibirnya Elena mula melengkung namun tiba- tiba...
" Assalamualaikum! Tolong jangan buat maksiat disini!"
janji nak update semalam tapi tertidur awl pulekk... enjoy guys... CE 14032024 0133hrs
Share this novel
Lamanya CE x muncul... huhuhu
CE....bila nak update cite, dah lama hakakk duk tggu
Bila nk update