" ERIKA???"
Suara itu lagi sekali kedengaran saat dia masih kaku disitu.
" I..I'm okay..." balasnya perlahan. Wajahnya masih lagi terbias riak terkejut.
Amsyar melepaskan pegangannya lalu menjarakkan diri. Kebetulan dia melalui jalan itu dan saat mendengar decitan tayar lereta, terus dia cuba menyelamatkan gadis yang kaku di tengah jalan itu dan dia tidak menyanngka gadis itu Erika.
" Thanks, Amsyar. Kalau you takde tadi, tak tahu la i masih bernyawa ke tak." Ujar Erika perlahan.
" No problem, yang penting you selamat. You datang dengan apa?" Soal Amsyar lagi.
" Tu, kereta i dekat sana." Erika menunjukkan arah keberadaan keretanya.
Lalu Amsyar mengiringi Erika menuju ke keretanya.
" Take care." ujar Amsyar saat Erika melangkah masuk ke dalam keretanya. Erika mengangguk lalu tersenyum kepadanya dan terus dia meninggalkan tempat itu.
Amsyar hanya memerhati gerak kereta itu sebelum dia juga meninggalkan tempat tersebut.
NAJIHA menggeleng kepala melihat Elena yang termenung jauh itu. Dia sedar akan perubahan rakan baiknya itu semenjak lebih sebulan ini.
" El..."
Elena tersentak lalu menoleh ke arah Najiha yang sedang mendekatinya.
" Umi ada call kau?" Soal Najiha sambil duduk disebelah. Dia melihat Elena mengganggukkan kepalanya.
" Jadi?"
" Entah la, Jiha. Aku tak tahu." Jawab Elena lemah.
" Kalau aku cakap ni kau jangan marah ya? Seeloknya kau kena jumpa ayah kau. Sejauh mana kau elak, kau tetap berbintikan dia, dia tetap wali kau. Aku tahu hati kau terluka, aku tahu kesakitan yang kau tanggung selama dua puluh tahun ni. Tapi selesaikan semua ini,El. Umi pun cakap, dia sedih bila tengok kau macam ni. Adik- adik dekat sana dah rindukan kau.. Lama sangat dah kau tak balik sana." ujar Najiha.
" Sebab tu aku dah buat keputusan....." Balas Elena tersenyum nipis.
Masih terngiang pujukan Umi Khadijah ketika menelefonnya tadi. Umi memujuknya agar pulang ke Teratak Jannah dan berjumpa dengan TS Emran. Lelaki itu tidak putus asa menunggunya setiap hari. Berat hatinya ingin pergi namun dia tidak mahu mengecewakan hati wanita yang membesarkannya.
DAN disebabkan itu, hari ini dia berdiri di depan bangunan tinggi itu. Nafas ditarik dalam lalu dia melangkah masuk ke bangunan tiga puluh lima tingkat itu. Meja penyambut tetamu dituju dan saat itu dia melihat seorang gadis yang tersenyum manis saat mata mereka bertemu.
" Selamat datang, boleh saya bantu cik?" Sapa gadis itu mesra.
" Saya nak jumpa Tan sri Emran." Ujarnya pendek. Saat itu dia melihat riak wajah gadis itu berubah sedikit namun sempat dikawal dengan senyuman.
" Cik ada buat temujanji dengan tan sri ke? "
" Tiada, tapi awak cakap Lea Elena ingin berjumpa dengan dia.." ujar Elena lagi.
" Kalau macam tu, cik duduk dulu. Saya call PA tan sri sekejap ya." Ujar gadis itu sambil menunjukkan arah sofa kepada Elena.
Elena berlalu lalu duduk di sofa tersebut. Sempat dia melihat sekeliling ruangan itu sekali imbas. Dia tahu bangunan ini milik bersama oleh ayah Elfan dan TS Emran. Hasil yang dapat dimilikki apabila menjadi menantu antara tokoh terkaya di Malaysia. Itu yang TS Emran lakukan, tinggalkan keluarga yang tak berharta demi kemewahan ini semua. Dan itu membuatkan Elena mula ingin membatalkan perjumpaan dia dengan TS Emran, hatinya mula berbolak balik. Baru saja dia ingin berdiri, tiba- tiba gadis yang tadi datang mendekatinya.
" Cik boleh ikut saya, Tan Sri sedang menunggu di atas." Ujar gadis itu ramah. Terbantut niat Elena saat itu dan dengan langkah lemah dia mengikut gadis tersebut menghala ke lif.
Elena hanya diam sambil mengekori langkah gadis itu dan sesampai ke pejabat yang dia yakini bahagian pengurusan tertinggi, gadis yang membawanya itu menegur seorang wanita ayu bertudung.
" Kak Fiza, ni cik Lea Elena.." ujar gadis itu.
Wanita yang bernama Fiza itu berdiri lalu tersenyum manis. Setelah dia mengucapkan terima kasih kepada gadis yang membawa Elena itu terus dia dia menjemput Elena mengekorinya.
Dia mengetuk pintu kayu berwarna coklat gelap itu. Elena sempat menjeling tulisan yang tertera di pintu kayu itu.
BOARD OF DIRECTOR
TAN SRI EMRAN BIN ESMAIL
" Jemput masuk cik Lea Elena..."
Suara wanita itu menyedarkan Elena dan saat itu pintu sudah dibuka untuknya. Dengan langkah kanan dia melangkah masuk ke dalam bilik itu dan saat itu pandangan matanya menangkap satu susukĀ yang sedang berdiri di depan meja kerjanya sambil melihatnya. Diam antara mereka berdua saat itu, hanya pandangan mata memainkan peranan. Dua pandangan yang berbeza. Satu, pandangan rindu dari seorang ayah kepada anak. Manakala satu lagi pandangan kosong tanpa rasa yang tentunya dari seorang anak yang terluka.
" Bring us two coffea, Fiza. Thank you." Suara TS Emran memecahkan kesunyian bilik itu dan saat bunyi pintu ditutup, tahulah Elena bahawa hanya tinggal mereka berdua saja didalam bilik itu.
" Jemput duduk, El. Terima kasih sudi jumpa papa hari ni."
Saat itu bibir Elena tidak dapat menahan dari senyum menyinis saat mendengar TS Emran membahasakan 'papa' dengannya. Kerana bukan panggilan itu yang digunakannya dulu.Ā
TS Emran yang melihat Elena hanya diam kaku, berdehem perlahan.
" Kenapa El tak datang Teratak Jannah? Setiap hari papa tunggu El. Papa harap sangat El muncul saat papa pandang pintu masuk.." TS Emran berbicara.
" Kalau tan sri nak tahu, itulah yang saya rasai bertahun lalu. Menunggu dan terus menunggu dan setelah itu tan sri tahu kan apa yang saya rasa ?" Soal Elena sinis.
" Maafkan papa El..."
" Stop using that word!! Saya tak pernah ada papa!" Suara Elena naik satu oktaf.
Tersentak TS Emran saat menyedari khilaf dirinya. Ayah. Itulah yang dia bahasakan dengan Elena dulu.
" Dan hari ni saya datang sini sebab bukan saya betul ingin jumpa tan sri tapi sebab saya sayangkan insan yang sangat berjasa membesarkan saya. Kalau bukan demi umi, saya takkan jejakkan kaki saya di bangunan kemegahan tan sri ni. Saya nak tan sri jangan datang ke Teratak Jannah lagi!" Tegas Elena.
" Tapi a...ayah nak jumpa Elena. Ayah nak jumpa anak ayah!" Balas TS Emran pula.
" Anak? Siapa anak yang tan sri maksudkan?Ā Tan sri orang kenamaan, takkan tan sri ada anak yang tinggal di rumah asuhan seperti Teratak Jannah."
" Maafkan ayah,El. Maafkan ayah! Ayah dah banyak buat silap pada anak- anak ayah. Ayah berdosa sangat. Ampunkan ayah.." Suara TS Emran kedengaran seakan merayu. Dia cuba meraih tangan Elena namun gadis itu pantas mengelak.
" Saya tak mengharapkan maaf daripada tan sri. Cukup tan sri tak muncul di depan saya lagi! Dua puluh tahun saya hidup tanpa seorang bapa dan Alhamdulillah, Allah hantar orang yang selayaknya untuk saya berikan sayang saya. Dan hari ni demi dia saya ke sini untuk berjumpa tan sri dan sekali lagi saya mohon, tak perlu lagi tan sri ke Teratak Jannah. Cukuplah dengan melihat wajah tan sri, luka saya kembali berdarah. Tan sri dah punya keluarga yang tan sri impikan. "
" Elena juga anak ayah. Ayah nak Elena dekat dengan ayah..."
Elena memandang tepat ke mata TS Emran.
" Saya pernah berjanji dengan ibu yang saya takkan benci ayah saya. Sebab ibu cakap walau apapun terjadi ayah tetap ayah. Ayah yang dulu mencium saya dengan kasih sayang. Ayah yang membelikan gaun merah jambu yang cantik untuk saya. Ayah yang sentiasa mendukung saya saat saya ingin mengapai awan yang tinggi. Ayah yang menari bersama saya..." Saat itu mata Elena mula berkaca. Kenangan bersama ayahnya mula menjengah memori.
" Tapi ibu juga tahu ayah itu yang meninggalkan kami dua puluh tahun yang lepas. Ayah itu yang menceraikan ibu di depan saya sendiri. Ayah itu yang melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang. Ayah itu yang melenyapkan kami dari hidupnya. Dan paling penting, ayah itu yang membuatkan ibu saya menangis setiap.... Setiap malam!" Ujar Elena sambil mengenggam erat tangannya. Sedaya upaya dia cuba menahan air matanya dari gugur.
TS Emran sudah menunduk dan air matanya sudah membasahi pipinya.
" Mata saya ni menjadi saksi untuk setiap tangisan ibu! Saya juga menjadi saksi bagaimana adik saya dihina hanya kerana dia tak ada bapa! Malah dia tidak pernah kenal siapa ayah dia! Dan setelah setiap apa yang saya saksikan, tan sri mengharapkan saya akan memaafkan tan sri? Tidak sama sekali!" Ujar Elena tegas.
Makin kedengaran tangisan TS Emran saat itu. Lalu dia rebah melutut di depan Elena. Terkedu Elena melihat.
" Maafkan abang, Nora. Maafkan ayah, Emir. Ayah berdosa..." Rintih TS Emran.
Baru saja Elena ingin melangkah,saat itu pintu bilik pejabat TS Emran dibuka dari luar. Terpacul wajah Elfan yang terkejut saat melihat papanya sedang melutut menghadap Elena yang hanya beriak kosong itu.
" Papa? Kenapa ni?" Soal Elfan mendekati TS Emran. Lengan papannya itu dipapah agar berdiri namun TS Emran mengeraskan tubuhnya.
" Elena??" Panggil Elfan seakan tidak percaya dengan apa yang difikirkan saat ini.
Elena hanya beriak biasa. Tidak mengendahkan panggilan Elfan.
" Sekarang anak tan sri dah datang. Anak yang datang dari keluarga tan sri impikan. Saya harapkan tan sri dapat tunaikan apa yang saya minta!" Ujar Elena lalu tanpa mengendahkan Elfan yang memandangnya tajam dia terus melangkah meninggalkan pejabat TS Emran. Dan dia yakin itu kali pertama dan terakhir dia melangkah ke situ.
Elfan melihat Elena yang makin menjauh. Baru saja dia ingin mengejar Elena ingin mendapatkan penjelasan atas apa yang berlaku di pejabat papanya, tiba-tiba lengannya dipaut TS Emran. Meluas matanya saat melihat dada TS Emran berombak laju. Sebelah tangan TS Emran memegang erat dada kirinya dan saat itu Elfan terus mengangkat tubuh TS Emran lalu dipapah ke sofa berdekatan. Terus dia mencari ubat milik papanya itu dan saat menjumpai, terus dia memberikan kepada TS Emran dan kebetulan ada air mineral di atas meja kerja laju saja doa mencapainya. Tangannya laju menekan nombor di skrin telefonnya.
KELUHAN dilepaskan tanpa dia sedar. Wajah tenang yang sedang lena itu direnung lagi. Syukur, itulah yang dia panjatkan kepada Allah saat ini kerana masih dipanjangkan umur papanya. Mujurlah bantuan sempat sampai kalau tak dia pasti akan kehilangan papa. Sungguh dia terkejut saat mendapat tahu bahawa Elena datang berjumpa papa di pejabat. Pada mulanya dia menghubungi setiausaha papanya kerana ingin bertanya jika papanya punya temujanji. Niatnya hanya ingin makan tengah hari bersama namun saat diberitahu bahawa TS Emran bersama tetamuĀ seorang gadis cantik dan Fiza pula ringan bercerita bahawa dia terdengar seakan ada pertengkaran dari dalam bilik TS Emran membuatkan wanita itu tidak berani mengetuk pintu untuk menghantar minuman, tanpa menunggu lagi terus dia menuju ke bilik papanya itu.
Kenapa Elena sanggup membuatkan papa melutut didepannya? Selama dia kenal Elena, tidak pernah dia melihat riak wajah gadis itu sebegitu. Dia tahu itu bukan diri Elena sebenar namun kenapa Elena sanggup berdendam dengan bapanya sendiri.
" Elfan..."
Serentak itu, dia merasakan bahunya di sentuh perlahan. Senyuman diberikan saat melihat wajah pemilik tangan yang menyentuh bahunya itu.
" Mama...." Panggilnya lalu berdiri. Tangan PS Maria dicium lalu dia memberikan kerusi yang dia duduk tadi kepada PS Maria. Jelas dari mata Elfan dia dapat lihat mata mamanya itu merah. Pasti mama baru lepas menangis.
" Papa okay,ma. Doktor cakap papa terlalu tertekan. Doktor pun bagi ubat tidur, nak papa betul- betul cukup rehat..." Ujar Elfan sambil memeluk bahu wanita kesayangannya itu.
" Sampai hati Elena buat papa macam ni...." Keluh Elfan lagi.
" Elena tak salah, El... Dia ada hak untuk rasa benci dan marah pada mama papa. Terutama mama yang dah rampas papa dari hidup mereka. Mama hanya mampu doa agar Allah melembutkan hati Elena untuk maafkan kami, walaupun dia tidak mampu terima mama dalam hidup dia." Ujar PS Maria sambil mengenggam erat tangan TS Emran.
" Elfan janji, ma. Elfan akan satukan keluarga kita kembali. Mama dan papa tetap ibu bapa Elena." Nekad Elfan.
" Terima kasih,El. Tapi mama redha apa yang berlaku. Walau Elena benci mama tapi mama tetap sayang dia macam anak mama sendiri. Pertama kali mama jumpa dia mama dah jatuh sayang. Sayang dia sama macam mama sayang El dan Eri. Tiada beza..." Ujar PS Maria.
Elfan mengeratkan pelukannya seakan memberi semangat kepada mamanya itu.
" In Sha Allah, mama. In Sha Allah..."
"Ayah kau masuk hospital.."
Terhenti tangannya yang sedang menanda kertas peperiksaan di atas meja. Namun sesaat kemudian dia menyambung kembali tugasnya, seakan tidak mempeduli akan kata- kata Najiha itu.
" Tan sri dikejarkan ke hospital lepas kau keluar dari pejabat dia hari tu. High blood pressure. Kau tak nak pergi melawat ke?" Soal Najiha lagi namun riak Elena masih sama.
Najiha menggeleng kepalanya. Sengaja dia menyampaikan berita itu kerana ingin tahu apa reaksi gadis itu walaupun dia sudah dapat agak tapi Elena harus tahu keadaan ayahnya. Baru sebentar tadi dia terserempak dengan Erika dan berita itu juga dia tahu daripada Erika. Najiha tahu walau sekeras mana pun Elena, jauh disudut hatinya gadis itu menyimpan kerinduan.
" Elena...."
" Jiha, please...."
Elena mengangkat kepalanya dan matanya tajam menikam wajah Najiha.
" Aku nak beritahu kau yang Laila demam panas. Dia asyik sebut nama kau je. Since tan sri dah tak pergi sana, aku harap kau dapat balik." Ujar Najiha. Suaranya seakan terasa akan pandangan Elena.
Berubah wajah Elena saat itu.
" Maafkan aku.." ujar Elena bersalah.
" Aku yang patut minta maaf pada kau. Aku tak patut masuk campur dalam urusan kau tapi aku nak kau tahu yang aku sayang kau. Aku tak nak tengok kau sedih dan marah. Elena yang aku kenal seorang yang sangat baik." Ujar Najiha lalu melangkah keluar dari bilik pejabat mereka.
Pen di tangan diletakkan ke atas meja. Dia meraup wajah dengan kedua tapak tangannya.
" Aku sedang cuba,Jiha. Tapi setiap kali aku cuba, luka itu makin berdarah. Sakit,Jiha. Sakit sangat." bisik Elena perlahan.
LAMA dia merenung pintu kayu berwarna koko itu. Dia pun tak tahu macam mana dia boleh sampai ke sini. Fikirannya melarang namun hatinya tidak memberi kerjasama dan kini dia hanya kaku di depan pintu tanpa masuk ke dalam. Betul ke dia membenci? Dan kalau benci, kenapa dia harus datang melawat lelaki yang dia benci itu?
Tanpa sedar tangannya memulas tombol lalu pintu ditolak perlahan. Dia melangkah masuk selangkah ke dalam dan saat itu dia melihat sekujur tubuh yang sedang lena di atas katil. Keseorangan.Ā Dia mendekati dengan langkah yang sangat perlahan kerana dia tidak mahu kehadirannya disedari lelaki itu. Wajah separuh usia itu direnung. Dada yang berombak tenang itu menandakan dia betul-betul di dalam lena.
Kosong.
Itulah yang dia rasai saat ini. Dia benci tapi dalam masa yang sama dia berada di situ. Dia terluka, namun dia tidak mengharapkan yang dia punca lelaki itu terbaring di situ.
Dalam dia merenung, tiba- tiba TS Emran terbatuk. Dan tanpa mahu lelaki itu tahu dia disitu. Terus dia melangkah keluar dari wad tersebut.
TS Emran terbatuk beberapa kali, terus matanya terbuka mencari air jika ada. Baru saja tangannya ingin mencapai botol air mineral yang berada di sebelah katil, tiba- tiba pintu wad dibuka dari luar. Terjengul wajah Elfan dan PS Maria.
" Eh! Papa nak air ke?" Soal Elfan lalu laju melangkah ke arah katil.
Tanpa mendengar balas dari TS Emran, Elfan terus menuang air mineral itu ke dalam gelas lalu dihulurkan kepada TS Emran.
" Terima kasih,Elfan. Papa batuk tadi, kering tekak." Ujar TS Emran setelah menghabiskan segelas air yang diberikan tadi.
"Abang nak makan? Mar ada bawa bubur untuk abang." Ujar PS Maria sambil duduk di kerusi yang berada di sebelah katil.
" Boleh juga. Rindu saya dengan masakan awak,Mar." Ujar TS Emran tersenyum.
Tersenyum Elfan mendengarnya. Matanya menangkap sesuatu yang berada di atas meja kecil di tepi katil.
" Ada orang datang melawat papa ke?" Soal Elfan saat melihat sebakul buah.
TS Emran menoleh ke arah pandangan Elfan. Dia turut mengerutkan keningnya.
" Takde pulak. Tadi papa tidur je." Balas TS Emran.
" Setahu Mar, sebelum balik tadi bakul buah ni takde." Ujar PS Maria pula.
Elfan hanya diam seakan memikirkan sesuatu. Namun sesaat kemudian dia seakan tersedar lalu bibirnya hanya tersenyum nipis.
" Mungkin ada orang yang hantarkan melalui penghantaran." Ujar TS Emran tanpa syak. Elfan hanya mendengar tanpa mahu membalasnya.
"WE NEED TO TALK!"
Langkah Elena terhenti. Dia menarik dalam nafasnya sebelum menoleh ke arah suara yang cukup dia kenali itu. Sempat dia menoleh ke kiri dan kanan sebelum wajah yang kemas berjambang cukup nipis itu dipandang sekali lagi.
" Awak nak apa lagi,Elfan? Nak salahkan saya sebab papa awak masuk hospital?" Soal Elena bosan.
" Papa kita,Elena."
" Then i should call you abang? Macam tu?"soal Elena sarkastik.
Melihat Elena yang mula ingin melangkah pergi, laju Elfan berdiri di depan gadis itu.
" Boleh kita bercakap sekejap? Please..." Pinta Elfan lembut. Matanya merenung ke dalam mata. sehingga terkaku Elena saat itu.
Elena mengalihkan pandangan matanya lalu berdehem perlahan.
" Tapi bukan di sini. Just give me the place, kita jumpa di sana." Ujar Elena perlahan.
" Nope! Awak ikut saya. Just leave your car here. Nanti saya hantar awak balik ke sini pula."
" Apasal pulak? No! I go with my car and you with yours. "
" Sekarang peak hours. Orang tengah balik kerja. Keluar dari kampus ni pun dah jammed. Dari bazir masa, naik sekali dengan saya. Lagipun saya takkan ambil masa awak lama. Shall we?" Ajak Elfan.
Akhirnya Elena mengalah dengan kata- kata Elfan. Memandangkan jammed yang agak teruk kerana ada kemalangan di salah satu jalan yang dilalui, akhirnya mereka berada di sebuah taman berdekatan kampus.
Elena melihat ke sekitar taman itu, ada yang sedang beriadah, tapi tak ramai mungkin kerana sudah lewat petang. Dan mungkin juga kerana langit yang agak mendung.
"Air..."
Elena melihat air mineral yang dihulurkan kepadanya bersama senyuman dibibir Elfan. Lelaki itu seakan tahu bahawa dia sedang dahaga namun dia hanya menyambut botol air tersebut.
" Sorry, air mineral je yang jual dekat sana. Abang tu pun dah nak tutup kedai." Ujar Elfan sambil melihat sekitar taman itu.
Sempat Elena menjeling sekilas lelaki itu. Berbeza dengan penampilan ketika mereka bertemu tadi, kot dan tali leher lelaki itu sudah hilang, mungkin Elfan menanggalkannya saat mereka sampai ditaman itu tadi. Lengan baju kemeja biru lembut itu juga sudah dilipat hingga ke siku. Namun tetap dilihat kacak sehingga menarik minat gadis- gadis yang melalui mereka.
" Elena?"
" Hah?"
"Apa yang awak mengelamun sampai saya tanya pun awak tak dengar?" Usik Elfan.
Terus berbahang wajah Elena saat itu. Mula la dia melarikan pandangannya. Botol air dibuka namun entah kenapa penutup itu ibarat digam. Sedaya upaya dia memulas namun tetap juga tidak berjaya. Wajahnya cuba di kawal agar tidak dikesan oleh Elfan. Akhirnya dia mengalah lalu botol air diletak sebelahnya.
" Apa yang awak nak cakap dengan saya? Please make it fast, hari dah nak hujan ni." Ujar Elena dingin.
" Kalau ikutkan hati saya, banyak yang saya nak cakap dengan awak. Tapi hari ni saya nak jumpa awak sebab dah lama saya tak dapat berbual dengan awak sejak awak jauhkan diri awak dari kami."
" Elfan...."
" Saya tahu, Elena. Cuma apa yang saya ingin cakapkan ini harap tidak menyinggung perasaan awak..."
Seraya itu, botol air mineral yang tadi berada disebelah Elena dihulurkan kepada gadis itu. Terkedu Elena saat melihat menutup botol tersebut sudah dilonggarkan. Dia menyambut botol itu buat kali kedua.
" Walau apa pun dosa papa, awak tak patut buat papa melutut depan awak. Dia ayah awak. Walau sejahat mana pun papa, awak harus hormati dia. Tanpa dia, awak takkan lahir didunia ni." Ujar Elfan.
" Tak boleh ke awak maafkan papa? "Soal Elfan lagi.
"Boleh awak maafkan orang yang menyebabkan ibu bapa awak kemalangan?"
Terdiam Elfan saat mendengar soalan daripada Elena.
" Maaf kalau soalan saya buatkan awak sedih. Tapi apa yang saya ingin katakan disini, walau awak boleh maafkan sekali pun, pasti awak tak mahu bertemu mata dengan orang tu kan?"
Elfan memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar slack hitamnya. matanya jauh merenung ke depan.
" Saya tahu situasi yang kita alami tak sama. Memberi kemaafan itu mudah,Elfan. Cuma luka yang ada tu susah untuk saya lupakan. Tan Sri Emran pernah ada peluang tapi dia tak pernah gunakan peluang itu. Kalau la dulu dia datang cari saya dan Emir selepas ibu meninggal sekalipun, saya akan maafkan dia dan mungkin sekarang ni kami dapat hidup bahagia. Tapi dia sia- siakan peluang itu. Dia buatkan kami seperti yatim piatu." Tambah Elena lagi.
Angin yang bertiup agak kuat membuatkan Elena memegang hujung selendangnya.
" Awak boleh tunjuk depan orang yang awak benci papa tapi sebenarnya awak masih sayangkan papa. Tengah hari tadi awak datang melawat papa kan?" Soal Elfan pagi.
" Kalau awak takde pape nak cakap dengan saya lagi. Awak hantar saya balik kampus semula. Hari dah nak hujan ni." Ujar Elena
Baru sahaja Elfan mahu membalas, tiba- tiba hujan turun dengan lebat. Berlari anak mereka berdua ke arah kereta. Mujurlah kereta diparkir dekat. Laju Elfan menekan kunci kereta dan keduanya terus menerombos masuk.
Elena mengelap lengan baju kurungnya yang sudah basah lencun. Selendangnya juga hampir separuh sudah basah. Elfan juga turut mengelap kemejanya yang basah itu. Melekat kemejanya ditubuhnya membuatkan nampak bentuk tubuh tegap lelaki itu. Rambutnya yang sudah tiada bentuk dibetulkan dengan jemarinya.
Melihat Elena yang mula mengigil itu, terus tangannya dipanjang ke tempat duduk belakang. Kot yang terdampar dikerusi belakang di capai lalu dia menutup tubuh Elena.
" Eh! kotor kot awak." Ujar Elena sambil menolak kot itu namun Elfan mengeraskan tangannya.
" You're shivering. Take it,Elena. Cover your body." Ujar Elfan.
Dengan perlahan Elena menarik kot rapat ke tubuhnya. Meruap bau wangian Elfan menyapa hidungnya saat itu. Hujan masih turun dengan lebatnya.
Elfan menghidupkan enjin keretanya dan namun bunyi yang terhasil membuatkan keningnya berkerut. Dia mencuba lagi namun enjin masih tidak dapat dihidupkan.
" Kenapa?" soal Elena saat melihat kerut wajah Elfan.
" Kereta tak boleh start. Pelik, saya baru saja hantar servis minggu lepas." ujar Elfan hairan.
Baru saja Elfan ingin membuka pintu, Elena menegah.
" Awak nak pergi mana?" Soal Elena.
" Nak check enjin kot- kot ada kabel ynag longgar."
" Hujan lebat ni. Lagipun dekat luar dah makin gelap. Awak call mekanik la. Bahaya keluar." Ujar Elena lagi.
Elfan terus mencapai telefonnya lalu nombor seseorang didial. Elena hanya mendengar butir bicara Elfan dan setelah menamatkan panggilan, keluhan kecil terlepas dari bibir Elfan.
" Mechanic on the way. Sementara itu, terpaksalah kita duduk dalam kereta dulu." Ujar Elfan sambil menyandarkan kepalanya ke kerusi kereta.
Elena hanya diam. Badannya mula terasa sejuk walaupun tiada penghawa dingin kereta. Hujan pula makin lebat dan jam dipergelangan tangan dijeling. Sudah pukul tujuh malam, dia harap hujam akan cepat reda kerana agak bahaya untuk mereka duduk berduaan begini. Pasti ada syaitan yang sedia menghasut.
" Maafkan saya..." Suara Elfan membuatkan Elena menoleh ke sebelah kanannya.
" Benda nak jadi. Saya harap mekanik tu cepat sampai." Balas Elena.
Setelah hampir lima belas minit, hujan makin reda. Hanya rintih renyai membasahi bumi. Elfan mula menekan skrin telefonnya kembali. Namun tiba- tiba ketukan di cermin sebelah Elfan membuatkan dia tersentak. Elfan yang menyangka mekaniknya sampai terkedu saat dia membuka pintu kereta, ada beberapa lelaki dan sebahagian dari mereka memegang lampu suluh dan sempat Elfan melirik ke arah vest yang dipakai mereka.
Jabatan Agama Islam Selangor.
" Assalamualaikum, encik berdua buat apa dalam kereta waktu begini disini? Boleh kemukakan bukti yang menunjukkan kamu berdua pasangan yang sah?" Soal Salah seorang dari mereka itu membuatkan Elfan malah Elena terkedu.
Melihat tiada jawapan daripada Elfan mahupun Elena. Para lelaki itu melihat sesama sendiri.
" Kalau tiada bukti, awak berdua ditangkap khalwat kerana berada berdua- duaan bukan muhrim di tempat yang sunyi begini. Sila ikut kami ke balai."
Bagaikan petir yang menyambar! terkaku Elena yang mula melangkah keluar dari kereta saat itu. Adakah dia bermimpi??
tulis macam xde arah tuju..huhuhu..hrp you guys boleh terima penulisan CE kali ni ya. maaf kalau terkurang...
Share this novel
Jeng jeng jeng.. debau dah akk.. hahaha