BAB 9

Romance Completed 192587

"ELFAN!"

terus dia berdiri saat wajah papa, mama dan Erika menerpa masuk ke pejabat JAIS itu.

" Maafkan Elfan mama, papa. El tak sangka akan jadi macam ni." ujar Elfan mencium tangan PS Maria. Terus PS Maria menarik tubuh Elfan ke dalam pelukannya.

" Benda dah jadi. mana Elena?" Soal TS Emran dan saat itu matanya melilau menjadi susuk anak perempuannya sehingga matanya menangkap apa yang dicari. Elena dilihat duduk termenung di sudut ruangan itu tanpa mempedulikan sesiapa pun.

" Assalamualaikum, saya Ustaz Halim. Tan Sri Emran kan? encik Elfan ni anak tan sri ke? " soal lelaki berkopiah putih itu terkejut saat melihat orang kenamaan muncul disitu.

" Waalaikumusalam. Ya saya. Saya bapa kepada kedua anak saya."

Jelas makin terkejut wajah Ustaz Halim itu saat mendengar kata- kata TS Emran.

" Maksud saya, yang lelaki anak saudara yang saya jaga dari kecil. Manakala Elena anak kandung saya." Terang TS Emran lagi.

" Oh! Begitu. Kalau macam tu saya harap tan sri dapat berbincang dengan anak- anak tan sri dulu. Kes ni antara dua, sama ada ingin dibicarakan di mahkamah dan akan dikenakan denda atau mereka dinikahkan. Kes ni agak berat kerana kami temui mereka berdua di dalam kereta di taman yang gelap." Ujar ustaz Halim itu lagi.

" Baiklah, ustaz. Saya faham. Kalau boleh saya ingin bercakap dengan anak- anak saya dulu." Pinta TS Emran.

PS Maria dan Erika hanya diam mendengar perbualan itu. Manakala Elfan hanya menundukkan kepalanya. Sempat PS Maria menjeling ke arah Elena. Ingin sekali dia memeluk tubuh itu dan menenangkan Elena namun dia tahu, pasti anak tirinya itu akan marah. Namun hati seorang ibu tetap juga merasa risau.

" Apa harus kita lakukan sekarang. Dan papa nak tahu macam mana Elfan boleh berada di taman tu dengan Elena?" soal TS Emran tegas.

" Maafkan Elfan,papa. Elfan akan bertanggungjawab. Kalau papa suruh Elfan kahwin dengan Elena pun Elfan sanggup." ujar Elfan sambil melirik ke arah Elena. Gadis itu tetap seperti tadi, diam tidak terkutik. Malah sejak dari mereka menaiki kereta pihak JAIS pun Elena hanya diam dengan riak wajah yang kosong.

" Itu kata Elfan. Macam mana dengan Elena? mama rasa jika kes ini sampai ke pengetahuan pihak universiti, pasti Elena dikenakan tindakan tatatertib dan akan menjejaskan kerjayanya sebagai pensyarah." sampuk PS Maria.

TS Emran mengangguk tanda setuju.

" Kalau kamu berdua nikah, papa boleh minta pihak JAIS agar tidak hebohkan perkara ini untuk jaga nama kita semua. Macam mama kata tadi, tentu Elena akan dikenakan tindakan oleh pihak universiti dan kamu pula Elfan, papa takut klien kamu akan membatalkan urus niaga sebab kontoversi ni." keluh TS Emran.

" Maafkan Elfan, pa." ujar Elfan lagi. TS Emran menepuk bahu Elfan beberapa kali sebelum matanya beralih mencari wajah anak perempuannya.

TS Emran melangkah mendekati Elena. Gadis itu langsung tidak mengendahkan kehadiran bapanya itu.

" Elena...." Panggil TS Emran. Dia melihat Elena seakan tersentak dari lamunan namun dia langsung tidak menoleh.

" Ayah tahu El dan Elfan tidak bersalah namun semua ini takdir. Ayah tak nak El dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak universiti disebabkan kes ini jadi ayah nak El dan Elfan dinikahkan." Ujar TS Emran.

Terletus tawa yang sinis dari bibir Elena.

"Tan sri hanya fikirkan nama baik tan sri. Jangan jadikan saya sebagai alasan!"

" Tidak El! Ayah tak kisah kalau nama ayah buruk tapi ayah tak sanggup kalau Elena kena tanggung."

" dan tan sri rasa saya suka kalau dapat nikah dengan anak tan sri tu? Saya lagi rela naik turun mahkamah dan dikenakan tindakan oleh pihak universiti dari kahwin dengan lelaki tu!" Tegas Elena.

" Elena...."

Kedua pasang mata itu menoleh ke arah suara itu. Saat itu terus gugur air mata Elena saat tubuhnya ditarik ke dalam pelukan Umi Khadijah. Najiha yang berada di sebelah Umi turut menggosok perlahan lengan Elena.

" El tak salah, umi. Kami tak buat perkara terkutuk tu." rintih Elena.

" Shhh...Umi tahu anak umi tak salah. Umi tahu El anak yang baik. Umi ada Sayang. Umi ada..." Pujuk Umi Khadijah saat mendengar esakan Elena.

TS Emran hanya mampu melihat keakraban mereka berdua. Jauh disudut hati dia merasa cemburu namun dia harus sedar bahawa itulah hukumannya kerana telah mengabaikan anaknya sendiri. PS Maria, Erika dan Elfan turut sebak mendengar tangisan itu. Erika malah turut sama menangis tika itu.

" El tak nak kahwin dengan dia. Umi tolong El.."

Umi Khadijah menoleh ke arah TS Emran saat itu. Namun dia seakan tahu apa yang bermain difikiran bapa Elena itu.

" Boleh Umi berbincang dengan Tan Sri Emran sekejap?" pinta Umi Khadijah melonggarkan pelukannya.

Terus Najiha meraih tubuh Elena seraya itu, Umi Khadijah berdiri lalu mendekati TS Emran sekeluarga.

Dari jauh Najiha melihat TS Emran dan Elfan bergilir-gilir bercakap dengan Umi Khadijah. Butir bicaranya tidak didengari kerana mereka bercakap seakan berbisik. Sesekali dia melihat Elfan menoleh ke arah Elena. Ada kala dia melihat Umi Khadijah menunduk dan menggeleng kepala. Elena pula yang melentokkan kepala ke bahunya hanya diam. Mujurlah tangisan dia sudah reda hanya sesekali terdengar esakan kecil.

" El, aku nak kau tahu yang aku sentiasa ada dengan kau. Aku tahu kau tak salah, kau orang berdua berada ditempat dan waktu yang salah. Mungkin ini semua ketentuan dari Allah untuk kau. Kau pun tahu kalau kes macam ni, pihak universiti akan kenakan tindakan. Kau akan turun gred malah kau akan digantung kerja. Aku tak nak student kau tahu hal ni dan mereka akan kutuk kau. aku harap kau boleh fikir sebaik mungkin. Mungkin pernikahan jalan terbaik untuk selesaikan masalah ni."

Elena hanya diam. Najiha menjenguk kepalanya dan saat itu mata Elena terpejam. Najiha melepaskan keluhan kecil.

" Maafkan aku kalau apa yang aku katakan ini mengguris hati kau.."

Setelah itu hanya sepi menemani mereka berdua.

LAJU kaki Elena melangkah keluar dari pejabat agama tanpa menghiraukan panggilan Najiha yang mengejarnya dari belakang. Umi Khadijah hanya mampu melihat dan saat itu dia menoleh ke arah Elfan.

" Umi harap Elfan boleh bagi Elena masa untuk bertenang. Semua ini terjadi secara mengejut buat kita semua. " ujar Umi khadijah.

Elfan mengangguk sekali.

" Terima kasih umi kerana ada bersama Elena. Saya akan beri dia masa. Saya ingin minta maaf lagi sekali atas apa yang terjadi." ujar Elfan.

" Elena dah jadi isteri Elfan. Sekarang segala tanggungjawab sudah berpindah kepada kamu. Umi harap Elfan boleh jaga Elena sebaik mungkin. Mungkin sudah jodoh kamu berdua. Bawa dia tinggal bersama kamu, mungkin dengan cara itu dapat jernihkan hubungan dia dan tan sri sekeluarga." Ujar Umi Khadijah sambil menoleh ke arah TS Emran.

" Terima kasih puan Khadijah. Saya banyak terhutang budi kepada puan." ujar TS Emran.

" Tan sri tak perlulah berterima kasih kepada saya. Saya sayang Elena seperti anak sendiri. Saya hanya inginkan yang terbaik untuk dia. Saya tahu, dengan perkahwinan ini, semua yang terputus bakal disambung kembali." ujar Umi Khadijah lagi.

Baru sebentar tadi Elena dan Elfan selamat dinikahkan oleh TS Emran sendiri. Walaupun Elena mengamuk namun hasil pujukan Umi Khadijah membuatkan gadis itu diam dan bersetuju walaupun dalam paksaan. Dan selesai saja akad nikah, terus Elena meninggalkan pejabat agama itu. Tiada langsung sarung cincin ataupun bersalaman.

" Elfan tahu kan nak cari Elena di mana. Umi harap Elfan boleh bersabar dengan karenah Elena. Mungkin sekarang dia memberontak sebab dia masih marah namun Elena seorang gadis yang baik dan manja. Perlahan-lahan pujuk dia ya. Umi balik dulu. apa-apa nanti boleh call umi atau datang ke Teratak Jannah."

TS Emran dan Elfan mengangguk kepalanya. Setelah bersalaman dengan PS Maria dan Erika, Umi Khadijah terus meninggalkan mereka.

TS Emran menepuk perlahan bahu Elfan.

TELEFON yang berbunyi dibiarkan saja tanpa mahu mengangkatnya. Nak matikan takut ada panggilan penting, letak mood silent pun sama jugak. Jadi selagi dia boleh tahan, dia akan biarkan. Itu pun nada yang paling rendah disetkan. Dia tahu, tak Elfan mesti TS Emran yang akan menelefonnya namun 'suami segera' dia lah yang juara carta panggilan tidak dijawab. Biarkan!

" Aku rasa sikit lagi meletup jugak telefon kau tu."

Elena menoleh ke arah Najiha yang sedang menyusun barangan sumbangan makanan yang baru diterima di Teratak Jannah. Elena yang turut sama melakukan kerja yang sama hanya mencebik bibirnya.

" Dah seminggu El, kau tak nak jumpa Elfan ke?. Duduk berbincang tentang hal korang ni? Kalau duk macam ni bila la nak settle." ujar Najiha.

" Yang beria nak kahwin tu dia. Biarkan dia, macam tahu dia bosan nanti dia ceraikan aku!"

Pap!

" Aduh! Sakitlah!" Marah Elena sambil menggosok lengannya yang ditampar Najiha.

" Dengar dek umi. Mahu dia marah kau. Kau jangan lupa, umi pun nak kau nikah dengan Elfan. Lagi satu, aku tak sangka pulak dalam lembut kau ni keras kepala jugak ek. Kesian pulak aku tengok Elfan tu boleh kata selalu terpacak macam tiang bendera dekat bangunan pengurusan. Tunggu kau muncul tapi dia tak tahu ' bini segera' dia ni dah tukar kerjaya jadi ninja taro."

" Banyak lah kau ninja taro! Aku tak nak jumpa dia. Buat apa aku nak muncul depan dia. Kau tu pulak, yang patut kau kesian tu aku, bukan mamat tu. Kalau bukan dia yang bawak aku pergi taman dan ajak naik kereta dia tu, kita orang takkan kena tangkap basah. Dan kau harap dengan apa yang terjadi, kau nak aku terima dia sebagai laki aku? tak kan terjadi." bentak Elena. Barang ditangan dihempas-hempasnya ke rak almari.

" Itu yang dinamakan takdir,El. Segala yang terjadi atas izin Allah. Kau rasa punca tu daripada Elfan, tapi kalau kau tak setuju nak ikut pasti benda tu takkan berlaku. Aku bukan nak salahkan kau mahupun Elfan, cuba kau muhasabah diri dan fikirkan apa hikmah yang terjadi ni. Mungkin dah jodoh kau dengan Elfan."

" Cup! Cup!"

Elena mengangkat tangan menahan Najiha daripada terus berkata- kata.

" Aku tak nampak sebarang hikmah pun aku nikah dengan mamat tu. Sekarang aku tak boleh nak terima semua ni. Aku tak harap pun aku akan kahwin dengan cara macam ni,Jiha. Belum terlintas difikiran aku nak kahwin tup-tup aku ada suami. Kalau kau ditempat aku, kau rasa kau boleh terima kenyataan ni?" Soal Elena dengan wajah keruh.

Terdiam Najiha tika itu. Dia seakan tersedar yang kata-katanya buatkan Elena makin tertekan.

" Maafkan aku, El. Cuma aku boleh nampak Elfan akan bahagiakan kau. Aku tahu, disebabkan dia dari keluarga Tan Sri Emran kau tak suka dia kan?"

" yang paling penting, aku tak cintakan dia,Jiha."

" Cinta boleh dipupuk walau selepas kahwin. Aku tak nak kau tanggung dosa kalau Elfan tak redha dengan perangai kau ni. Tak cium bau syurga, El."

" Atleast korang duduk berbincang so that ada kata sepakat dan mungkin dapat berikan masing-masing ruang buat sementara waktu. Kau pun tak tanggung dosa." Tambah Najiha saat melihat wajah Elena yang makin keruh itu. Sengaja dia berkata begitu agar kawannya itu sedar bahawa larikan diri takkan selesaikan masalah.

Elena hanya diam tidak membals kerana fikirannya sedang memproses apa yang dikatakan oleh Najiha. Dalam diam dia akui kata-kata Najiha ada benarnya. Dan dia sendiri sudah terleka dengan amarahnya sehingga menolak fikiran rasionalnya sedangkan dulu jika ada masalah, pasti dia akan fikir dahulu sebelum bertindak.

Bila difikirkan balik, sejauh mana pun dia lari, secara zahir dan batinnya dia sudah terikat dengan Elfan dan juga keluarga Tan Sri Emran.

" Panjang umur laki segera kau, baru sebut dah muncul." ujar Najiha tersenggih lalu bibirnya dimuncung ke pintu.

Dari jauh Elena melihat Elfan melangkah ke arah mereka. Lelaki itu berpakaian ringkas dengan Tshirt berkolar berserta seluar jeans biru gelap. Elena sudah biasa melihat Elfan berpakaian begitu namun hatinya tetap merasa sesuatu.

" Assalamualaikum..." Elfan memberi salam sambil matanya tak lepas memandang wajah yang sudah seminggu menjadi isterinya itu.

Najiha membalas salam itu dengan senyuman manakala Elena hanya membalasnya di dalam hati.

"Eh! aku lupa yang umi suruh aku kemas bilik lain pula. Aku pergi dulu lah."

" Jiha!" panggil Elena perlahan namun Najiha tidak mengendahkan panggilannya membuatkan hatinya makin geram.

Sebaik susuk Najiha menghilang, tiba-tiba Elena turut berdiri. Tidak betah untuk dia terus berada disitu. Baru sahaja dia ingin melangkah, suara Elfan mula kedengaran.

" El apa khabar? Kenapa saya call dan whatapps tak reply?" Soal Elfan tenang sambil melangkah mendekati Elena.

Elena yang melihat tubuh tinggi Elfan mendekatinya mula tidak senang duduk, lalu dia mencapai kotak kosong lalu dia berdiri. Niatnya hanya satu, ingin keluar dari bilik tersebut.

Namun Elfan seakan dapa membaca apa yang ada dalam fikirannya terus mengepungnya dengan menaikkan kedua tangan sasanya ke kiri dan kanan Elena. Dan sekarang Elena terperangkap antara rak makanan kering dan tubuh sasa Elfan.

" Apa awak buat ni?!" Marah Elena.

Elfan merenung ke sejenak wajah merah Elena itu. Dia tidak tahu jika wajah isterinya itu merah kerana malu ataupun marah kerana dia dapat lihat gerak tubuh Elena yang agak kalut itu. Diam tak diam dia merindui wajah cantik gadis yang telah menjadi isterinya itu. Seminggu dia sasau saat panggilan mahupun mesej tidak dibalas langsung malah sanggup dia menapak ke kampus untuk bertemu gadis itu namun bukan setakat tidak dapat bertemu, bayangnya pun tidak kelihatan. Sebab itu dia nekad untuk memimta bantuan Umi Khadijah dan akhirnya gadis yang dicari itu berada di depan matanya kini.

" We need to talk, Elena. Cukup-cukuplah larikan diri." Ujar Elfan merenung ke dalam mata Elena.

" Saya tak larikan diri!"

" Habis tu, kenapa tak nak jumpa saya?"

" Sebab saya tak nak!"

" But i'm your husband and you're my wife."

" Itu bagi awak!"

" Dan bagi awak jugak!"

Terdiam Elena saat mendengar suara tenang Elfan membalas. Dia tiada hujah untuk membantah kerana lelaki itu betul.

" Apa awak nak!?" Akhirnya Elena mengalah.

" We need to talk about us.." Ujar Elfan lembut seakan memujuk Elena. Dia tahu Elena sudah berlembut walaupun dia tahu gadis itu masih belum menerimanya.

" Okay tapi bukan macam ni!" Bentak Elena.

Elfan menjatuhkan kedua tangannya sambil tersenyum lalu dia mengundur selangkah ke belakang.Elena terus melangkah keluar diikuti Elfan.

Mereka duduk di kerusi di bawah pokok yang rendang sambil melihat beberapa anak remaja lelaki yang sedang beriadah di padang Teratak Jannah itu. Sunyi diantara mereka kerana masing- masing masih belum ingin bersuara. Mereka berkeadaan begitu untuk beberapa minit sehingga Elfan mula bersuara.

" Saya tahu apa yang terjadi antara kita betul- betul mengejutkan. Bukan sahaja awak, saya juga tak sangka seminggu yang lepas telah mengubah hidup saya."

Elena hanya diam namun dia tetap mendengar kata- kata Elfan itu.

" Pertama sekali saya nak minta maaf. Kalau bukan sebab saya yang bawa awak ke taman tu, kita takkan kena...."

" Benda dah jadi pun. Rasanya tak perlu kot awak cakap lagi tentang tu." Sampuk Elena. Sebenarnya Elena tidak mahu lagi Elfan menyebut tentang kejadian itu kerana dia tidak mahu kejadian itu bermain difikirannya. Sungguh itu amat memalukan bagi dirinya.

" Sorry... Tapi apa yang saya ingin bincang sekarang ni ialah tentang hubungan kita. Walau awak tak dapat terima, secara nyata kita dah jadi suami isteri. itu kenyataan yang tidak dapat awak tidakkan,Elena." Ujar Elfan.

" Apa yang awak nak cakap sebenarnya? " Soal Elena. Dia bukan bodoh itu tidak mengesan maksud yang tersirat lelaki itu.

" Awak dah jadi tanggungjawab saya,Elena. Sebagai suami saya ada hak terhadap awak.."

" Awak maksud awak ni?! Awak jangan ingat...." Marah Elena. Tidak dia sangka Elfan seorang lelaki yang macam tu.

" Maksud saya bukan seperti apa yang awak fikirkan. Bukan hak yang itu saya nak." Balas Elfan lagi.

" Habis tu? Hak apa yang lelaki selalu nakkan kalau bukan itu! Awak jangan ingat sesenang itu saya boleh ikut cakap awak! Kita ni kahwin atas dasar terpaksa saja. jangan nak samakan kisah kita ni macam drama pukul tujuh tv3 tu!" Marah Elena lagi.

Elfan menahan bibirnya dari tersenyum lucu. Boleh lagi Elena fikirkan tentang drama yang hanya ciptaan itu.

" Ya, saya tahu kisah kita dengan drama tu tak sama walaupun ada je drama tv3 yang hero heroin kena kahwin paksa macam kisah kita ni. "

Kata- kata Elfan mengundang jelingan tajam Elena. Elfan mengeleng kepalanya sambil tersenyum lucu.

" Forget about TV3's dramas. Sekarang ni, hak yang saya inginkan sebagai suami ialah saya nak awak tinggal dengan saya. "

" Kenapa pulak? Biarlah kita macam ni. Awak dengan hidup awak dan saya dengan hidup saya!"

" Sampai bila?"

" Sampai bila- bila la kot." Jawab Elena mudah.

" Itu teramatlah salah. Saya takkan setuju. Saya dah bagi peluang untuk awak bertenang selama seminggu. Dan sekarang kita kena belajar untuk terima takdir bahawa kita dah jadi suami isteri. Saya takkan minta hak yang lain kecuali saya nak awak tinggal sebumbung dengan saya. Saya rasa permintaan saya ni tak melampau kan?" soal Elfan.

" Kalau saya tak nak?" soal Elena lagi.

" awak sanggup tanggung dosa kalau saya tak redha?" soalan Elena dibalas soalan oleh Elfan membuatkan Elena terdiam.

" Lepas ni kita balik rumah awak dan pack barang penting saja. Hari ni saya nak bawa awak balik rumah kita." Tambah Elfan lagi saat melihat Elena diam.

" Hah? too soon?! " Soal Elena terperanjat.

Elfan mengangkat kedua bahunya membalas soalan Elena. Keluhan dilepaskan Elena saat melihat riak wajah Elfan yang bersahaja itu.

MENYESAL! Itulah yang Elena rasakan saat itu kerana berlembut hati mengikut kata Elfan. Ini kerana mereka kini berada didepan rumah agam yang dia tahu milik siapa. Elfan melangkah keluar dari kereta saat mematikan enjin manakala Elena masih kekal didalam kereta sehinggalah Elfan membuka pintu disebelahnya.

" Jom." Ajak Elfan saat melihat Elena kaku ditempat duduk.

" Kenapa datang sini? Awak takde rumah sendiri ke?" soal Elena tak puas hati.

" Ada, tapi buat sementara ni kita tinggal di rumah papa mama sebab rumah kita tengah renovate."

Elena tidak mengendahkan rasa yang hadir saat Elfan menyebut 'rumah kita'. Ibarat kami menikah atas dasar cinta sedangkan hakikatnya jauh sekali. Dia tak tahu kenapa dia boleh mengikut Elfan sehingga ke sini. Mungkin atas nasihat umi petang tadi membuatkan dia berlembut hati namun itu tak bermakna dia sudah menerima lelaki itu apatah lagi ahli keluarga di dalam rumah itu.

" Jom la. Apa tunggu lagi?"

Sentuhan Elfan membuatkan Elena tersentak. Laju dia melarikan tangannya.

" Sorry, tak sengaja." ujar Elfan sedar akan keterlanjurannya.

Dengan berat hati Elena melangkah keluar dari kereta dan dia mengekori langkah Elfan perlahan.

Saat pintu dibuka oleh pembantu rumah, terkaku Elena saat wajah PS Maria tersenyum menyambut mereka. Elena tidak tahu ingin beriak bagaimana. Dia hanya diam tanpa senyuman dia sebelah Elfan.

" Elena dah sampai? Jom masuk sayang." Sapa PS Maria mesra sambil mendekati Elena.

Saat PS Maria ingin menyambar tangan Elena, laju gadis itu mengundur membuatkan PS Maria tersentak namun cepat- capat wanita itu menutup riak kecewanya dengan senyuman. Elfan yang lihat kejadian itu hanya mampu memandang simpati kepada mamanya. Dia tahu mama cuba untuk meraih kemesraan Elena namun dia sudah mejangkakan tindak balas gadis itu. Mungkin masih awal lagi tapi dia akan berusaha agar keluarganya bersatu kembali.

" Mama dah suruh bibik buatkan air. Jom kita pergi ke sana." Ajak PS Maria.

" Papa dan Eri mana ma?" soal Elfan. Rasanya sebelum dia keluar tadi semuanya ada di rumah.

" Papa keluar sebab ada hal tiba-tiba. Eri pula... haa tu baru turun."

Dari jauh Erika dilihat sedang menuruni tangga dan mata gadis itu memandang tepat ke wajah Elena yang hanya memandangnya sekilas. Erika mendekati mereka bertiga dan berdiri disebelah PS Maria.

" Hai kak El.." Tegur Erika sambil tersenyum. Jelas nada suaranya takut- takut.

Elena hanya mengangguk sekali. Baru beberapa minit dia melangkah masuk ke dalam rumah besar ini dia sudah rimas. Malah hatinya masih berperang dengan dirinya sendiri oleh kerana keputusannya mengikut Elfan datang ke rumah ini.

" Jom, El. Kita pergi sana. Sementara tu boleh tunggu papa balik. Sebenarnya dari tadi lagi papa tunggu El datang, tiba- tiba pula ada orang call. Tu mesti dah on the way balik dah sebab mama dah mesej cakap Elena dan Elfan dah sampai." Ujar PS Maria ramah.

Saat itu wajah Elena berubah tegang. Entah kenapa hatinya merasa panas saat mendengar kata- kata PS Maria itu. Dia tiada papa dan mama! Ibu satu- satunya baginya. Dan, ingin mengelakkan dari dirinya menjadi kurang ajar lebih baik dia menjauhkan dirinya dari mereka anak beranak.

" Saya nak rehat." ujar Elena memandang Elfan. Kata-kata PS Maria langsung tidak diendahkan.

" Kita tunggu papa balik dulu la. Mesti papa tak sabar nak jumpa awak." Balas Elfan.

" Saya jejakkan kaki ke sini pun sebab awak yang bawa saya ke sini. Dah cukup baik saya nak tinggal disini hanya kerana saya tak nak tanggung dosa yang saya tak patut dapat. Dan untuk mengelakkan saya berkurang ajar nanti, tolong tunjukkan bilik saya atau saya akan balik rumah saya!" Ujar Elena tegas.

Wajah Elfan mulai tegang. Erika hanya menundukkan kepalanya. PS Maria memegang lengan Elfan lalu dengan isyarat mata yang difahami Elfan membuatkan Elfan mengalah. Lalu dia menyambar beg pakaian di tangan Elena dan terus melangkah ke tangga. Elena tanpa sebarang kata meninggalkan PS Maria dan Erika disitu.

Pintu bilik dikuak dan Elfan melangkah masuk ke bilik. Elena hanya menjenguk kepalanya ke dalam melihat ke seluruh ruangan itu. Warna biru gelap mendominasi bilik itu dan apabila dia melihat seakan bilik itu dihuni hatinya mula rasa sesuatu. Saat matanya menangkap gambar keluarga yang tergantung di dinding dan wajah yang ada didalam gambar membuktikan bahawa bilik itu milik lelaki didepannya itu.

" Masuklah, tadi kata nak rehat." Elfan bersuara.

Elena masih kaku dimuka pintu. Tiada tanda- tanda bahawa gadis itu mahu melangkah.

" Saya nak bilik saya. Yang awak bawa saya ke sini kenapa?" soal Elena berpeluk tubuh.

" Inilah bilik awak." ujar Elfan lagi.

" Ini bilik awak kan. Saya nak bilik saya sendiri."

" Bilik saya, bilik awak la jugak. Tak pernah pulak saya tahu yang haram kalau suami isteri kongsi bilik." Balas Elfan selamba. Mencerun mata Elena memandang Elfan.

" But not for us! i don't wanna share bedroom with you dan Saya nak bilik saya sendiri!" Bentak Elena lagi.

" Sampai bila?"

" Sampai bila- bila!"

" Are you sure?"

" Of course!"

Tapi saat melihat senyuman sinis nakal Elfan membuatkan Elena merasa berdebar. Apa yang sedang lelaki didepannya itu fikirkan?

" Okay, kali ni saya bagi awak ruang dan masa. Tapi kalau awak nak bilik sendiri awak minta dengan mama. Saya tak tahu bilik mana yang kosong." Ujar Elfan selamba sambil menjatuhkan badannya ke tilam empuknya itu. Makin geram Elena mendengarnya. Dia tahu Elfan sengaja ingin mengenakan dirinya.

" Okay, saya balik rumah saya!" Ujar Elena lalu memusingkan badannya itu berlalu ke tangga.

Baru selangkah Elena menapak tiba-tiba tangannya direntap dari belakang dan disebabkan Elena tidak menyangka akan keadaan itu, membuatkan dia hampir terlentang ke belakang dan dan terus wajahnya tersembam ke dada bidang Elfan. Terkaku Elena mahupun Elfan saat itu. Dan saat itu Elena dapat mendengar degupan jantung Elfan yang berentak laju itu. Elfan juga turut terkaku namun tangannya tetap utuh memeluk tubuh Elena. Malah makin erat. Lama mereka berkeadaan begitu sehinggalah suara TS Emran kedengaran dari tingkat bawah.

" Elena..."

Laju Elena menolak tubuh Elfan menjauhi tubuhnya berserta jelingan yang cukup tajam diberikan kepada lelaki itu.

" I'm sorry, saya tak sengaja.." ujar Elfan perlahan sambil mengosok belakang lehernya.

Elena tidak mengendahkan kata-kata Elfan saat wajah TS Emran kelihatan.

" Kenapa ni? " Soal TS Emran saat melihat wajah Elena yang masam mencuka manakala Elfan pula dengan riak bersalah.

" Errr...Elfan te..."

" Saya nak bilik saya sendiri. Saya tak nak kongsi bilik dengan dia!" Laju Elena memotong.

" Tapi El dan Elfan kan dah kahwin, kenapa nak duduk bilik asing?" Soal TS Emran.

" Bukan saya yang nak kahwin dengan dia! Dan saya tak ingin pun perkahwinan ni! So kalau nak saya tinggal disini, bagi saya bilik lain!" Ugut Elena. Dia tahu perangai dia sekarang ni melampau, sebelum ini pun dia tidak pernah berperangai begini namun jika bersama keluarga ini, automatik sikapnya yang ini muncul. Sebabnya hanya satu, luka yang masih berdarah!

" Elfan izinkan, pa. Mungkin Elena masih perlukan ruang dan masa untuk terima semua ini. Yang penting kami berada bawah satu bumbung" ujar Elfan.

Elena mencebik dalam hati. Nak tunjuk baik la tu!

"Kalau macam tu yang Elfan katakan,baiklah. Nanti papa suruh bibik sediakan bilik sebelah ni untuk Elena." ujar TS Emran.

Elena merenung syiling yang berukir indah di atas. Tidak dia menyangka dia akan berada satu bumbung bersama ayahnya. Dua puluh tahun, masa yang cukup lama untuk dia bersama kembali dengan bapanya itu. Gembirakah dia? tidak sama sekali, malah hatinya merasa makin sakit. Melihat wajah- wajah yang telah merampas kebahagiaan keluarganya membuatkan api dendam mula bercambah dihatinya. Tetapi dia tidak mampu untuk terus mendendami kerana dia tahu pasti arwah ibunya kecewa sedangkan ketika ibu masih hidup, ibu sentiasa menasihatinta agar tidak membenci dan berdendam. Namun luka tetap luka, dia akan menjauhkan diri dari keluarga ini sehinggalah tiba masa keluarga ini yang akan menjauhkan diri mereka darinya.

Bunyi pintu diketuk dan diselangi dengan suara TS Emran memanggilnya membuatkan lamunannya terhenti, dan tika tombol pintu biliknya dipulas, laju matanya dipejam. Dia tidak mahu berbual dengan lelaki itu.

TS Emran menjenguk kepalanya ke dalam bilik dan saat melihat sekujur tubuh anaknya yang sedang terbaring di atas katil, dia melepaskan keluhan kecil. Dengan perlahan- lahan dia melangkah masuk, tidak mahu menganggu lena anaknya itu. Dia mendekati katil dan wajah bersih Elena yang sedang lena itu ditenung lama. Dia duduk di birai katil dengan penuh berhati- hati. Tersenyum dia melihat anak gadisnya yang sudah meningkat dewasa.

Wajah Elena sememangnya diwarisi dari arwah bekas isterinya. Wajah yang lembut, dan jika Elena tersenyum, pasti sama seperti ibunya. Cuma yang membezakan Elena dan ibunya adalah pandangan mata. Mata Elena penuh dengan kemarahan tika memandangnya. Namun dia tahu, anaknya ini seorang anak yang baik. Walaupun marah, dia dapat lihat Elena masih menghormati orang tua.

" Abang bangga dengan Nora kerana besarkan anak- anak kita menjadi anak yang baik. Abang suami dan ayah tak berguna. Maafkan abang,Nora. Maafkan ayah, kakak. Beri peluang untuk ayah tebus dosa- dosa ayah pada Elena. Ayah sayang Elena sangat-sangat" bisik TS Emran perlahan. Hujung matanya dilap perlahan. Ingin saja dia membelai kepala anaknya itu namun dia takut Elena tersedar dan anaknya itu akan marah. Dengan perlahan dia berdiri dan melangkah keluar.

Elena membuka matanya saat Bunyi pintu ditutup. Dia mendengar setiap kata- kata TS Emran tadi. Tanpa sedar air matanya mengalir.

" Kalau sayang, kenapa ayah tinggalkan kami dulu? Kalau ayah balik semula, Walau pun bertahun selepas itu, Elena takkan benci ayah. Kenapa tunggu dua puluh tahun? Tapi Ayah yang pilih untuk tinggalkan kami."

Dan dari tangisan kecil terus menjadi esakan. Di dalam bilik itu dia melepaskan segala kesedihannya sendirian tanpa dia sedar ada telinga mendengar rintihannya tadi.

Sorry lama menunggu... Maafkan CE 26/11/2023

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience