BAB 14

Romance Completed 192587

WAJAHNYA diraup untuk kesekian kalinya. Kusut fikirannya saat ini. Ipad yang berada diatas meja dipandang lagi dan video itu dimainkan semula. Video cctv yang jelas terlihat kelibat Elena dan PS Maria. Pertama sekali dia hairan saat melihat gaya Elena berjalan seakan- akan pencuri itu. Dia tahu Elena cuba mengelakkan diri dari bertemu dengannya, namun dia agak terkilan akan reaksi isterinya itu yang jelas tidak selesa dengannya. Adakah dia terlalu beria dalam mengejar cinta gadis yang tidak mencintainya?

Pandangannya difokuskan sehinggalah terpapar dimana hidung Elena dan PS Maria ditekup dengan sehelai kain yang dia yakini mengandungi klorofon sehingga membuatkan Elena dan PS Maria pengsan dan terus dilarikan. Bibik yang terdengar jeritan PS Maria sempat melihat kejadian culik tersebut namun tidak mampu berbuat apa dan langsung terus memberitahu TS Emran.

Pihak polis susah menyiasat nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan dan seperti dijangkakan penculik itu menggunakan nombor pendaftaran palsu.

" Elfan..."

Dia mengangkat kepalanya dan saat itu dia melihat papanya yang jelas berwajah mendung. Pihak polis sudah mengambil kenyataan dan sekarang sedang menjejaki mama dan Elena. Malah mereka turut menanti jika ada panggilan dari penculik yabg inginkan wang tebusan. Namun telefon bimbit masing- masing masih lagi sunyi.

" Apa yang sebenarnya terjadi pa? kenapa tiba- tiba mama dan Elena kena culik?" Soal Elfan risau.

" Papa pun tak tahu,Elfan. Andai kata mereka inginkan wang, papa sanggup bagi berapa pun asalkan Elena dan mama kamu tidak diapa- apakan." Ujar TS Emran.

Elfan yang menunduk itu tiba- tiba menegakkan tubuhnya. Seakan tersedar akan sesuatu, laju matanya memanah mata TS Emran.

" Erika!!"

Meluas mata TS Emran saat itu.

DIA membuka matanya perlahan dan saat rasa pening yang menyengat, dia menutup kembali sambil mendesis sakit. Tangan yang ingin naik memicit dahi seakan tersekat. Tangannya diikat! Dia membuka kembali matanya dan dalam mencari kesedaran matanya sempat mengamati keadaan sekeliling. Sebuah bilik yang agak gelap. Pencahayaan yang sangat minimal itu menyukarkan dia untuk melihat keadaan yang sebenar.

Dia cuba menginggati apa yang terjadi. Seingatnya, dia baru saja selesai berjumpa dengan rakan kumpulannya bagi membincangkan projek tugasan. Memang dia keluar awal kerana berjanji dengan teman baiknya untuk joging dan selepas joging itulah dia jumpa rakan kuliahnya. Sehinggalah saat dia ingin ke kereta, tiba- tiba dia ditekup dari belakang dan terus dunianya gelap.

Meluas matanya saat itu. Dia diculik! Saat itu berair matanya sehinggalah bilik itu bergema dengan esakannya.

" Eri???"

Terhenti tangisannya saat dia mendengar suara yang cukup dia kenali. Laju dia menoleh ke belakang dan saat itu dia hanya mampu melihat bayang-bayang sahaja. Bulu romanya dirasakan meremang.

" Eri, ni mama sayang..."Lembut suara PS Maria berkata.

"Mama!" Panggil Erika lalu sedaya upaya dia cuba mengengsotkan badannya mendekati PS Maria. Saat dia makin mendekat, tika itu dia dapat melihat tubuh Elena yang masih belum sedarkan diri.

"Kak Elena?" Panggil Erika terkejut.

" Mama dan Elena kena culik pagi tadi. Sampai sekarang Elena tak sedarkan diri lagi. Mama risau tengok Elena."luah PS Maria sambil melihat ke arah Elena yang terbaring disebelahnya.

"Ma, Eri takut.."Rengek Erika. Pergerakan yang terhad membuatkan mereka susah bergerak. Masing-masing diikat kaki dan tangan.

PS Maria menenangkan Erika. Erika melentokkan kepalanya ke bahunya.

" Eri jangan takut. Mama ada, Kak Elena ada. InsyaAllah papa dan abang kamu akan berusaha untuk selamatkan kita." Ujar PS Maria menahan sebak. Walaupun dia juga turut sama rasai apa yang anaknya rasai namun dia harus kuatkan semangat.

Bunyi erangan perlahan membuatkan mereka berdua berpaling ke arah yang sama. Dilihat Elena yang baru sedar itu membuka tutup matanya beberapa kali. Sehinggalah dia sedar seratus peratus, dengan susah payah dia bangun dari pembaringan.

Elena melihat sekeliling, sehinggalah matanya bertemu dengan mata PS Maria sebelum dia menoleh ke arah Erika. Jelas dia agak terkejut saat melihat Erika turut berada bersama. Jelas diingatannya akan kejadian yang berlaku pagi tadi dan apabila dia sedar dan melihat dirinya serta PS Maria dan Erika diikat, tahulah dia bahawa mereka bertiga diculik.

" Elena okay?" Soal PS Maria risau.

" Okay ke kalau dalam keadaan macam ni?" soal Elena sinis. Tersentak PS Maria namun capat- cepat dia tersenyum tawar.

" Mama risau tengok El pengsan lama sangat. Mama minta maaf kalau soalan mama ni buatkan El marah." Ujar PS Maria lirih.

Erika hanya memandang Elena dan mamanya bersilih ganti. Dia tahu Elena masih tidak boleh menerima mama. Elena yang melihat wajah sedih PS Maria itu terus berdehem.

"Kenapa mereka culik kita? Tan sri ada musuh ke?" Soal Elena sambil memandang Erika.

" Eri tak tahu kak, Eri pun terkejut. Kalau mereka nak duit pasti papa dan abang Elfan boleh bagi tapi Eri takut kalau mereka ada dendam." Balas Eri perlahan.

Baru saja Elena ingin bersuara, tiba- tiba pintu bilik dibuka dari luar. Cahaya yang terang dari luar membuatkan mata mereka bertiga silau. Dari cahaya itu dia melihat ada susuk tubuh seorang lelaki melangkah masuk. Sehinggalah lampu bilik itu dibuka dan terus terang berderang bilik tersebut.

" Ya Allah...." Tak terkeluar suara PS Maria saat itu. Erika juga terkejut saat melihat wajah lelaki yang masuk itu, tak sangka dia saat melihat wajah yang dia yakini dalang disebalik semua ini. Elena hanya memandang wajah itu dengan kerutan.

" Apa semua ni? kenapa awak buat kami macam ni!!?" Soal PS Maria marah.

Lelaki itu ketawa. dia menarik kerusi plastik lalu dia duduk di depan PS Maria dan Erika. Sempat dia memandang Elena yang duduk di sudut bilik.

" You should ask your husband,Maria. Dia punca semua ni!" ujar lelaki itu.

PS Maria memandang lelaki itu geram. Jelas dia tidak menyangka bahawa boleh dikatakan orang terdekat dengan keluarganya sanggup tikam mereka dari belakang.

" Apa yang Emran dah buat? Dia tak pernah belot dalam kerjasama antara kamu! Emran takkan buat benda kotor!" Marah PS Maria.

" Jadi kau ingat aku lakukan semua ni sebab business? Maria, Maria... Selama ni kau tak sedar lagi. Aku tahu Emran sangat jujur dalam perniagaan dan dia sentiasa disanjung dan hormati! Dan sebab itu aku benci dia!! Tapi itu hanyalah salah satu puncanya. Yang paling utama adalah sebab dendam aku kepada dia!"

" Apa maksud awak?"

" Dua puluh tahun, Maria. Dua puluh tahun aku menyimpan dendam. Dia musnahkan impian aku! Sebab dia dah rampas kau dari aku!!"

Meluas mata PS Maria saat itu. Elena memejamkan matanya. Sekarang dia tahu bahawa lelaki didepannya itu bukan mahukan duit tapi ingin membalas dendam. Dan sekarang nyawa mereka menjadi taruhan kerana dendam boleh membuatkan seseorang itu hilang pedoman.

" Apa?..." Soal PS Maria perlahan.

" Ya, Maria. Emran rampas kau dari aku! Kau rasa macam mana kau boleh kahwin dengan Emran? Puncanya dari aku! Kalau bukan sebab fitnah yang aku sengaja ciptakan sehingga sampai ke pengetahuan TS Mahmud, bapak kau."

Kening PS Maria berkerut, mencerlung matanya memandang lelaki itu.

" Aku cukup kenal perangai bapak kau, Maria. TS Mahmud pantang jika ada perkara yang bakal menjatuhkan maruahnya. Aku benci bila bapak kau puji melambung Emran! Emran itu, Emran ini,Emran baguslah, Emran bijaklah. Padahal aku pun buat kerja juga tapi nama Emran yang naik!! Paling sakit hati apabila aku lihat kau dan dia makin rapat dan mesra. Aku yang sepatutnya memilikki kau,bukan dia! Jadi aku sengaja buat fitnah. Aku sebarkan berita bahawa Emran sengaja nak gunakan kau demi harta dan aku sebarkan gosip kau dan dia telah berzina."

Terus celik mata Elena saat mendengar kata- kata lelaki itu, terus tegak tubuhnya. Meluas mata Erika saat itu.

" Aku ingat bila fitnah yang aku lemparkan itu boleh buatkan bapak kau benci dan buang Emran dari syarikat. Tapi aku tak sangka yang kau dan dia berkahwin! Sampai sanggup Emran buang anak dan isterinya demi kau!" Ujar lelaki itu lagi. Tanpa sedar Elena mengenggam erat tangannya. Hatinya marah saat mendengar kata- kata lelaki itu. Terus kenangan lalu menerpa ingatannya.

" Rupa- rupanya TS Mahmud lebih bijak.TS Mahmud ugut Emran agar menikahi kau. Dan memaksa Emran tinggalkan anak isterinya selepas berkahwin dengan kau malah TS Mahmud juga mengancam nyawa bekas isteri dan anak- anak Emran jika dia cuba berhubung. Ini semua Hanya kerana ingin mahu menjaga maruahnya. Musnah semua impian aku!!" Jerit lelaki itu marah.

Elena yang mendengar kebenaran kisah itu jelas terpempan. Jadi selama ini ada rahsia yang tersembunyi. Segala rasa bercampur aduk tika ini.

" Kenapa kau sanggup buat semua itu!? Jadi segala persoalan aku dua puluh tahun lalu terjawab. Dulu Aku pelik kenapa Emran tiba- tiba ingin mengahwini aku sedangkan dia selalu cakap yang isteri dan anak- anaknya adalah segalanya baginya. Kami berkawan tapi aku menghormati dia sebagai suami orang. Tapi kuasa TS Mahmud tidak mampu aku bantah membuatkan aku terima Emran sebagai suami aku. Dan sehingga satu masa, aku sendiri menjadi saksi Emran meninggalkan isteri dan anak- anaknya. Semua ini angkara fitnah kau!!" Marah PS Maria.

Kedengaran tawa kuat bergema di dalam bilik itu.

" Dan fitnah itu memakan diri aku sendiri nampaknya. Aku ingat bila TS Mahmud tahu kau dah tak suci lagi, dia akan cari seseorang untuk menerima kau dan aku akan menawarkan diri aku tapi semuanya tinggal angan- angan hanya kerana Emran! Dan sekarang lihatlah, segala kekayaan jatuh ketangannya!!"

" Kau lebih cintakan harta ayah aku!!" Jerit PS Maria.

" Sudah tentu!!!" Balas lelaki itu sinis. Mencerlung mata Elena memandang lelaki itu. Jika tangan dan kakinya tidak terikat, ingin saja dia memukul lelaki itu.

" Siapa yang tak nak harta? Lagi- lagi harta TS Mahmud yang takkan habis tujuh keturunan. Kau tahu kenapa aku susah payah bangunkan syarikat aku sendiri?" Soalnya lagi.

PS Maria hanya merenung tajam.

" Sebab aku nak berada di sekitar kau orang agar senang aku balas dendam aku!." Ujarnya selamba.

" Jadi kau punca aku dan ibu aku merempat!!"

Suara Elena membuatkan semua menoleh ke arahnya. Wajah Elena yang tegang itu membuatkan PS Maria telan air liur. Itu wajah Elena saat suaminya mengumumkan Elena sebagai anaknya.

Lelaki itu senyum sinis. Dia mendekati Elena lalu mencangkung di depan gadis itu.

" Puncanya dari aku tapi kau kena ingat bapak mak tiri kau tu yang buat kau dan ibu kau merempat! Dan aku tak suka bila tengok Emran bahagia! Dan bila aku tengok kebencian kau pada Emran aku gembira sebab Aku suka tengok wajah kecewa Emran."

" Kau lelaki tua hina!!"

panggg!!

" Elena!"

" Akak!" Jerit PS Maria dan Erika serentak.

Elena merasa perit dipipinya dan saat itu dia merasakan bibirnya berdenyut. Tajam matanya merenung lelaki tua itu.

" Kau cantik, kalau ikutkan hati nak juga aku rasa kau tapi sayang aku tak suka bekas orang." Matanya menjeling ke arah Erika yang sedang memandangnya tajam.

" Kau nak harta kau minta la dekat TS Emran!! kenapa kau nak culik kami?!! Aku takde kaitan dalam hal kau lah!" Ujar Elena cuba mengalihkan perhatian lelaki itu yang sedang memandang Erika dengan pandangan yang dia rasa menjijikkan.

" Sudah tentu kau ada kaitan. Kau anak sulung Emran dan Emran pula sanggup lakukan apa saja untuk kau maafkan dia kembali. Aku boleh gunakan kau untuk jatuhkan Emran dan kau juga isteri Elfan. Harta Elfan lagi banyak dari Emran."

" Aku boleh suruh TS Emran dan Elfan serahkan berapa kau nak!"

Lelaki itu ketawa lagi. Kuat.

" Kau ingat aku bodoh? memang aku nak harta tu tapi aku nak tengok Emran lebih sengsara. Apa kata aku tamatkan riwayat kau semua dan lepas tu Emran dan Elfan akan sambut mayat kau semua. Hahaha...." Ujar lelaki itu lalu meninggalkan bilik tersebut.

Elena cuba merungkaikan ikatan tangannya namun tidak berjaya.

" Arghh!!" Jeritnya geram.

Tiba- tiba pintu dibuka dari luar dan saat itu muncul seorang lelaki berbadan sasa membawa roti dan air mineral. Lalu makanan itu dicampak begitu saja.

" Tak payah nak menjerit. Makan tu!" Ujar lelaki itu. Saat dia melangkah ke pintu tiba- tiba Elena bersuara.

" Lepaskan tangan aku! macam mana nak makan kalau tangan berikat!" Ujar Elena.

Lelaki itu menoleh kembali. Dia merenung Elena lama sebelum mendekati gadis itu. Lalu dia membuka ikatan tangan Elena.

" Ingat! kalau kau buka ikatan mereka berdua, lepas ni aku tak bagi makan! biar mati kebulur kau orang!" Ugut lelaki itu lalu meninggalkan bilik tersebut.

Elena terus meleraikan ikatan kakinya. Lalu roti dan air mineral dicapainya. Tanpa kata dia mendekati Erika dan PS Maria. Dia membuka plastik roti itu dengan berhati- hati. Dia mencubit roti itu lalu dia menyuanya kepada PS Maria. Tersentak PS Maria saat itu. Berkaca matanya merenung ke wajah kosong Elena. Dengan perlahan dia membuka mulutnya lalu mengigit roti tersebut. Sebak hatinya saat itu. Elena hanya beriak kosong. Tidak mampu diduga apa perasaan gadis itu saat ini. Selesai, dia menyua botol air kepada PS Maria dan membantu wanita itu minum.

" Terima kasih anak mama.." Ujar PS Maria sebak. Kalaulah tangannya tak terikat, sudah pasti dia akan memeluk tubuh Elena.

Elena beralih ke Erika. Perkara sama dilakukan Elena. Jatuh air mata Erika saat itu. Dalam keadaan begini, Elena lebih pentingkan mama dan dia dari dirinya sendiri. Saat cebisan roti terakhir disua ke mulut Erika lagi, terus Erika menggeleng.

" Akak belum makan lagi. Roti tu bahagian akak." Ujar Erika.

" Akak dah biasa kelaparan. Sejak kecil lagi lapar jadi teman akak. Akak boleh tahan tapi bukan Erika. Makanlah, akak tahu Eri lapar." Ujar Elena lalu menyua roti itu sekali lagi.

Erika menelan roti itu bersama linangan air mata dan dia memaksa Elena minum air sehingga habis. Sekurang- kurangnya badan Elena menerima air.

" Elena, maafkan mama. Sumpah mama tak tahu rancangan arwah ayah mama dulu. Andai mama tahu, pasti perkara dua puluh tahun yang lalu takkan berlaku." Ujar PS Maria dalam tangis.

Elena memandang kosong wajah PS Maria seketika lalu dia mengalihkan pandangannya.

" Semua dah terbongkar, puan sri tak bersalah. Benda lepas biarkan lepas, takdir dah tertulis. Arwah ibu saya dah redha dengan takdirnya. Maafkan saya kerana menyakitkan hati puan sri. Saya terluka, dan kerana luka itu membuatkan saya tanam kebencian dalam hati saya. Kalau hayat saya berakhir disini, saya tak nak pergi tanpa kemaafan dari orang yang saya sakiti. Kalau saya tak sempat jumpa tan sri Emran, tolong beritahu dia yang saya minta maaf. Halalkan darahnya yang mengalir dalam diri saya." Ujar Elena lalu dia melangkah ke sudut bilik. Dia duduk membelakangi PS Maria dan Erika. Dan tika itu air mata jatuh membasahi pipinya.

" Maafkan Kakak,ayah. Maafkan Elena,abang...." Bisik Elena perlahan. Terhinjut badannya menahan tangis tika itu. PS Maria sedar Elena menangis tapi dia hanya biarkan Elena melepaskan kesedihannya.

" ELENA!!"

Tegak tubuhnya saat itu. Laju jantungnya berdegup dek kerana mimpinya. Dia menyandar kembali tubuhnya ke sofa. Tidak sedar bila dia tertidur di situ. Dia menarik nafas dalam. Dia melihat sekeliling, hanya dia disitu.

Dia beristifar perlahan, wajah tangisan Elena dalam mimpi itu meruntun hatinya. Dia pernah menjadi saksi tangisan Elena namun entah kenapa bayangan dalam mimpi tadi lebih sayu dan makin sayu hatinya saat mendengar Elena memohon maaf padanya. Petanda apakah itu? Hatinya tak mampu tertanggung jika dia kehilangan Elena. Ya Allah, selamatkan Isteri, mama dan adik aku.

Dia bangun lalu melangkah ke arah ruang solat, saat tiba di muka pintu, tersentak dia saat melihat TS Emran sedang mengalunkan bacaan Al-Quran. Niatnya ingin solat hajat agar usaha pencarian mama,Erika dan Elena dipermudahkan.

Ya. Mereka sudah tahu yang Erika turut sama diculik kerana Erika tidak dapat dihubungi dan mereka juga lihat cctv dari tempat terakhir Erika berada. Cara yang sama digunakan kepada mama dan Elena.

Dia melangkah ke arah tempat wuduk lalu mengambil wuduk. Saat selesai, dia mendekati TS Emran dan dia menyentuh bahu papanya itu.

Tersentak TS Emran saat itu dan senyuman tawar diberikan kepada Elfan.

" Papa tak tidur?" soal Elfan.

" Papa tak boleh tidur, papa runsingkan mama,Erika dan Elena. Sampai sekarang polis masih belum dapat maklumat." Keluh TS Emran.

" Siapa dalang semua ni pa? kalau mereka nak wang tebusan kenapa sampai sekarang masih tiada sebarang panggilan? Elfan takut ini semua bermotifkan dendam." Ujar Elfan risau.

" Papa pun tak sedap hati. Papa pun rasa benda yang sama tapi siapa? setahu papa kita tiada musuh. Semua urusan business kita berjalan dengan baik. Kita doa dan berusaha mencari. Lepas itu hanya Allah yang mampu menolong kita." Ujar TS Emran. Elfan mengangguk setuju.

" Insha Allah pa, Fan yakin polis akan berjaya jejaki mama,Eri dan Elena. Fan nak solat hajat, papa nak join?"

TS Emran mengangguk lalu Elfan terus mengimamkan solat hajat mereka di tengah malam yang hening itu.

DIA merasakan pipinya dibelai. Matanya masih berat untuk dibuka namun sentuhan kasar itu membuatkan lenanya terganggu. Dan kini sentuhan itu mula beralih ke tangan pula. Laju dia membuka mata dan saat itu terbuntang matanya saat melihat wajah lelaki yang memberi mereka makanan.

" Apa kau buat ni hah!!?"

Elena terus bangun lalu menjauhi lelaki itu. PS Maria dan Erika yang terkejut mendengar jeritan Elena itu turut tersedar.

" Kau cantik, cantik sangat. Aku jatuh cinta dengan kau. Apa kata aku selamatkan kau, aku bawa kau keluar tinggalkan tempat ini" Ujar lelaki itu.

" Memang aku nak keluar dari sini! tapi bukan aku saja tapi mereka sekali." ujar Elena.

" Tak boleh!! Mereka berdua akan mati! Bos aku nak bunuh mereka. Dan kau juga tapi kau aku boleh selamatkan. Janji kau kena ikut aku!" Ujar lelaki itu tersengih.

Elena menelan air liur mendengar kata- kata lelaki itu. Pandangan lelaki itu menakutkan.

" Kau tak kenal aku, Elena? Dulu kau selalu senyum dekat aku. Bila kau lalu je kau senyum. Aku suka tengok kau senyum, kau cantik! Sebab itu aku setuju nak culik kau." Ujar lelaki itu lagi.

Berkerut wajah Elena saat itu. Lelaki itu mengenalinya? Tapi dia tidak cam siapa lelaki itu.

" Kau tak ingat aku? Aku yang selalu makan di depan kampus tempat kau kerja. Hari- hari aku tunggu kau. Kadang- kadang kau tak datang, tapi bila kau datang restoran tu, kau akan senyum dekat aku. Dan bila kawan aku offer kerja ni, aku terima bila dia tunjuk gambar kau. Kau cantik." Ujar lelaki itu lagi.

Saat itu Elena mula ingat! Lama dia merenung lelaki itu, meremang bulu roma dia. Dia tahu lelaki itu seakan obses dengannya. Sungguh dia tak ingat yang dia selalu jumpa lelaki itu.

" Aku dah kahwin! " Ujar Elena berani.

Mati sengihan lelaki itu. Wajahnya bertukar tegang.

" Kau tak boleh kahwin! Kau milik aku!!" jerit lelaki itu tiba- tiba. Terus dia menerpa ke arah Elena lalu menarik tudung tanpa sempat Elena mengelak.

" Kau sama macam dia! Dia tinggalkan aku sebab jantan lain! Aku benci perempuan curang!! Aku benci kau!! Biar aku bunuh kau!"

Lalu lelaki itu terus menampar pipi Elena berulang kali. Elena cuba melawan namun tidak berjaya. Tubuhnya terus menerus dipukul lelaki itu. PS Maria dan Erika yang tidak mampu menolong menangis melihat Elena dipukul.

" Hoi gila!!"

Satu suara membuatkan tangan lelaki itu yang ingin terus memukul Elena terhenti. Terus dia menoleh ke muka pintu. Ada seorang lelaki yang berkepala botak dimuka pintu itu sedang bercekak pinggang.

" Kau ni dah kenapa? Yang kau pergi belasah perempuan tu kenapa? Bos tak nak diaorang mati lagi! Kau jangan nak buat perangai gila kau tu dekat sini! Bini kau tu dah mampus! Walaupun muka dia hampir sama tapi Dia tu bukan bini kau! Sini!!"

Ujar lelaki itu sambil menarik tangan lelaki yang memukul Elena tadi.

" Ingatkan dapat yang pandai buat kerja, dah dapat yang gila pulak! Ni kalau perempuan tu mampus, mau baki upah tak dapat nanti" Bebel lelaki botak itu sambil menarik lelaki satu lagi keluar lalu pintu bilik dikunci kembali .

Terus terkulai tubuh Elena ke lantai. PS Maria tidak mampu menahan sebaknya saat melihat wajah Elena yang sudah berlumuran darah itu. Terus dia mengensotkan tubuhnya mendekati Elena.

" Elena sayang, maafkan mama tak dapat tolong El. Ya Allah, kenapa dia pukul El macam ni sekali. Elena, buka mata sayang." Panggil PS Maria memandang Elena yang sudah tidak bermaya.

Mata Elena memberat. Dia dengar suara PS Maria namun dia tidak mampu untuk buka matanya. Dia penat, Dia nak rehat. Tiba- tiba wajah ibunya yang sedang tersenyum menghulurkan tangan kepadanya.

" Ibu, El nak ikut..." Bisiknya perlahan sebelum dunianya menjadi gelap.

DIA membuka mata. Matanya bersinar melihat taman yang sangat cantik. Bunga- bunga yang berwarna warni menghiasi taman itu. Dia tersenyum lebar. Berlari- lari dia menyusuri laluan deretan bunga yang mengeluarkan bau yang sangat wangi. Dia gembira. Terus dia menyusuri laluan kecil yang panjang itu sehinggalah dia ternampak sebuah pokok yang besar dan ada buaian tergantung dibawah pokok tersebut. Dia mendekati pokok tersebut sambil tersenyum.

Makin melebar senyumnya saat melihat insan yang dia sayangi.

" Ibu! Emir!" Jeritnya gembira.

Dia berlari anak mendekati pokok itu. Dari jauh dia lihat ibu dan adiknya seakan sedang menunggunya. Saat dia mendekat, terus kedua tubuh itu dipeluk serentak.

" Kakak rindu ibu dan Emir.." Ujarnya sambil mencium pipi kedua mereka.

Ibu dan Emir tidak membalas katanya namun senyuman tak lekang dari bibir mereka.

" Kakak nak ikut ibu dan Emir ya??" Saat dia mengucapkan kata- kata itu, tiba- tiba ibu dan Emir terus melepaskan pegangan mereka. Dia melihat ibu menarik tangan Emir.

Mati senyumannya saat ibu ingin melangkah pergi bersama Emir.

" Ibu? nak pergi mana? Kakak nak ikut jugak!"

Dia lihat kepala ibunya menoleh ke arahnya namun dengan senyuman yang manis ibunya menggelengkan kepalanya lalu tangan diangkat menunjuk ke arah belakangnya. Elena menoleh ke belakangnya dan saat itu dari kejauhan dia melihat satu susuk tubuh lelaki yang cukup dia kenali mendekatinya. Saat dia menoleh ke arah ibunya kembali, ibu dan Emir makin menjauh sambil tersenyum. Dan saat dia menoleh kembali, tiba- tiba lelaki itu membisik di tepi telinganya.

" Be strong, Elena! Abang perlukan Sayang...."

Laju Matanya terbuka. Nafas ditarik dalam seakan dia baru sahaja terputus udara. jantungnya berdegup kencang! Matanya hanya dapat lihat cahaya putih.

" Alhamdulillah! Nurse! put oxygen tube on her!"

Dan tiba- tiba matanya menangkap wajah seseorang yang dia kenali. Mata itu, mati dia berkaca.

" Isteri abang!"

Ya, dia Elfan!

dari kena culik tiba- tiba dapat jumpa Elfan! Eh?! nak tahu siapa dalang penculik? apa yang jadi pada penculik? dan bagaimana Elena boleh jumpa kembali Elfan? tggu next chap ok? happy readings guys!! CE 27/02/24 1650hrs

Share this novel

Ida
2024-03-11 00:19:12 

Author cepat sambung nak puasa dahh. Suspen sungguh


NovelPlus Premium

The best ads free experience