BAB 12

Romance Completed 192587

Ting!

Telefon di atas meja dicapai lalu applikasi whatapps dibuka.

' I will be there in 20 mins.'

Terus jam di pergelangan tangan dilihat. Sudah pukul 5.30 petang. Terus Elena mengemas meja kerjanya kerana sekejap lagi Elfan akan sampai mengambilnya. Sejak dia mula bekerja, lelaki itu masih tidak membenarkannya untuk memandu ke kampus. Walaupun dia ingin membantah namun lelaki itu tetap menggunakan kuasa seorang suami. Selalunya dia akan menggelak dengan pergi bersama Erika walaupun hanya kesunyian yang menemani perjalanan mereka. Baginya Erika tak bersalah dalam hal antara dia dan TS Emran cuma janggal itu masih ada walaupun hatinya sentiasa tersentuh dengan keperihatinan yang diberikan Erika kepadanya. Oleh kerana Erika ada perbincangan dengan kawannya hari ini, terpaksalah dia balik bersama.

Saat dia melewati sekumpulan pelajar, tiba- tiba namanya dipanggil. Terus dia menoleh ke belakangnya dan saat itu dia melihat Amsyar sedang berlari anak mendekatinya. Sudah agak lama dia tidak melihat lelaki itu. Amsyar yang kini berada ditahun akhir pengajiannya banyak melakukan aktiviti praktikal dan sejak dia di tahun akhir, Elena tidak lagi mengajar kelas lelaki itu.

" Hai miss..." sapa Amsyar tersenyum.

" Awak dari mana ni?" soal Elena tersenyum.

" Hantar report dekat supervisor. Lama tak jumpa miss, miss apa khabar?" soal Amsyar lagi. Sungguh gembira hatinya saat dapat melihat wajah yang sudah lama dirindui dalam diam itu. Sejak dia di semester akhir ini, kesibukkan tugasan luar membuatkan dia jarang dapat bertemu mata dengan gadis yang diminati dalam diam itu.

" Alhamdulillah sihat. Macam mana internship? everything okay ke?" soal Elena lagi.

" Kerja dekat syarikat bapa sendiri miss faham- faham la macam mana. Nak mengular pun susah bila ayah asyik monitor je.." Kata- kata Amsyar membuatkan Elena tertawa kecil.

Dia ada mendengar juga bahawa Amsyar terpaksa lakukan praktikal di syarikat bapanya, Dato Seri Aziz atas permintaan bapanya itu sendiri tapi dia pasti ada sebab tersendiri mengapa ingin anaknya lalui praktikal disyarikat itu. Malah dia ada dengar bahawa Dato Seri Aziz memang bersikap adil pada Amsyar dan beberapa pelajar lain yang turut melakukan praktikal di tempat itu.

" lucky you..." Usik Elena. Dan makin galak Elena tertawa saat melihat wajah Amsyar mencebik.

" Err.. miss dah nak balik ke? jom la pergi minum dulu. Saya belanja..." Ajak Amsyar mencuba nasib.

" Thank you tapi...." Tak sempat Elena menghabiskan katanya, tiba- tiba sebuah mercedes model GLC 63 warna hitam berhenti berhampiran mereka. Elena cukup kenal pemilik kereta itu kerana baru 20 minit yang lepas dia menghantar mesej kepadanya.

Elfan yang masih kemas bersuit kerja melangkah keluar. Elena terus berpamitan dengan Amsyar.

" I got to go, Amsyar. And good luck for your internship." Ujar Elena lalu terus menghampiri Elfan yang baru berura- ura ingin mendekati Amsyar. Elena tidak mahu Elfan menegur Amsyar kerana dia takut rahsia perkahwinan mereka yang sudah beberapa bulan itu terbongkar. Laju dia masuk ke dalam kereta.

Elfan yang baru saja ingin mendekati Amsyar terus membatalkan niatnya saat melihat Elena masuk kedalam kereta. Dia hanya mengangkat sebelah tangannya tanda menegur lelaki itu yang masih setia berdiri melihat Elena yang sudah hilang didalam kereta. Jelas riak hairan diwajah lelaki itu. Elfan terus masuk ke dalam kereta dan terus dia menekan minyak meninggalkan trmpat itu.

"Borak apa dengan Amsyar?" Soal Elfan setelah beberapa minit sunyi antara mereka.

Elena menoleh ke kanannya. Elfan yang kacak berkaca mata hitam itu memandang ke depan, fokus kepada pemanduannya.

" Nothing, borak kosong je..." Jawab Elena.

" He's like you." Ujar Elfan lagi.

" I know..." Jawab Elena selamba. Laju kepala Elfan menoleh ke kirinya. Mujur ketika itu kereta berhenti saat berada di lampu isyarat merah.

" Ehem...then?" soal Elfan dengan nada agak risau.

" Then? i like him as my student. that's all." jawab Elena yang masih tidak sedar akan riak wajah Elfan.

" But he's older than you. Well, dia tak tahu yang El dah kahwin. Dan mungkin lepas habis study dia nak mengurat El." Elfan cuba memancing Elena.

" Then that times i will tell him that i'm married. But even i didn't married yet, Saya takkan terima dia. i have no feeling for him." jawab Elena jujur.

" What about me? i'm your husband, do you have any feeling to me?" soal Elfan tiba- tiba sambil merenung ke dalam mata Elena. terkedu Elena mendengar soalan Elfan. Lama mata mereka bertentangan sehinggalah....

"Dah hijau..." Ujar Elena sambil menunding jarinya ke arah lampu isyarat di depan.Laju dia melarikan matanya. Terus dia memandang keluar tingkap. Elfan yang melihat kereta depan sudah mula bergerak, minyak terus ditekan. Matanya fokus kepada pemanduannya namun jelas bibirnya sedang menahan senyum.

DARI tadi matanya tak lepas memandang ke arah susuk yang sedang duduk menghadap kolam renang itu. Dia tak tahu apa yang sedang gadis difikirkan. Hampir tiga bulan sudah mereka sebumbung namun jarang sekali dia berpeluang untuk berbicara hati ke hati tapi dia tidak akan putus asa dan saat itu dia mengorak langkah mendekatinya.

Elena menutup buku coretan milik arwah ibunya. Tersenyum dia saat melihat satu- satunya gambar dia ada. Gambar dia,ibu dan Emir. Gambar yang diambil sewaktu dia 15 tahun, beberapa bulan sebelum kematian ibunya. Gambar itu kemas tersimpan dalam buku itu. Sepuluh tahun ini tidak pernah jemu dia membaca setiap coretan arwah ibu. Semua kejadian penting yang menggembirakan ditulis di dalamnya. tarikh dia masuk sekolah, dapat anugerah, Emir mula berjalan dan bercakap. Semuanya dicatit ke dalam buku usang itu, seakan ibu tahu bahawa dia akan meninggalkannya dengan cepat, mungkin ini adalah tanda ibu mahu dia ingat setiap saat berharga kami bertiga. Tanpa sedar matanya mula bergenang. El rindu ibu....

" Elena...."

Tersentak dia saat satu suara menyapanya. Dia tidak berpaling dan buku ditangan disorokkan ke tepi. Matanya hanya merenung ke arah kebiruan air kolam renang itu.

TS Emran mengambil tempat di kerusi sebelah Elena. Tidak terlalu dekat kerana dia tidak mahu Elena bangun meninggalkannya. Tubuhnya juga turut menghadap kolam renang.

" Kenapa tadi tak turun makan? " Soal TS Emran.

" Tak lapar.." Jawab Elena beku.

" Luka dah okay?"

" Dah."

"El nak makan? Pa...A..ayah boleh suruh bibik sediakan."

" Tak perlu."

" El masih bencikan ayah?"

Soalan TS Emran membuatkan Elena menoleh ke kirinya. Mata TS Emran sedia menyambut matanya. Bencikah dia? desis hati Elena. Dia mencari jawapan itu dengan memandang tepat mata bapanya itu namun tak lama dia terus mengalihkan pandangan matanya. Dia mula keliru dengan perasaannya.

" Ayah minta maaf, El. Ayah banyak dosa dengan El,Emir dan terutama sekali dengan Ibu. Ayah tahu ayah seorang bapa tak guna. Ayah abaikan anak- anak ayah...."

" Tan Sri simpan jela maaf tan sri tu. Dah takde guna lagi sebab orang yang patut tan sri minta maaf dah lama meninggal dunia. " Balas Elena geram. Dia sedaya upaya mengawal nadanya dari meninggi.

" Ayah tahu, Ayah banyak berdosa dengan arwah ibu kamu. Malah dengan Emir, ayah tak sempat pohon keampunan. Izinkan ayah tebus dosa ayah dengan jaga Elena?" Pinta TS Emran lagi. Sayu hatinya saat dia melihat wajah kosong Elena namun dia tahu itulah harga yang harus dia bayar atas dosa lampau dia.

" Tak sempat? tan sri bukan tinggalkan kami setahun dua tapi dua puluh tahun. Pernah tak sepanjang tempoh tu tan sri terfikirkan kami? Pernah tak walau sedetik waktu tan sri ingatkan anak- anak tan sri? Pernah tan sri terfikir untuk bagi nafkah untuk anak- anak yang ditinggalkan? Tak pernah kan? Sebab apa? sebab tan sri dah dapat kesenangan tu di sini." Ujar Elena lirih. Suaranya hanya sayu menyatakan fakta yang sebenar. Dia terus berdiri. Tidak betah lagi untuk dia berada di situ.

" Tan sri tak lalui apa yang saya,ibu dan Emir rasakan. Kami berlapar, kami hampir kena halau dari rumah sewa. Ibu pernah tebalkan muka pinjam duit dengan jiran. Itulah kami lalui dulu disebabkan hilangnya tanggungjawab seorang bapa. Dan itu penguat diri saya untuk terus berusaha belajar bersungguh- sungguh agar saya dapat balas jasa ibu dan senangkan hidup adik saya. Tapi Allah lebih sayangkan mereka. Patutnya saya pun ikut mereka sekali tapi mungkin Allah tinggalkan saya disini sebagai bukti kegagalan tan sri." Bidas Elena lagi. Terus berubah wajah TS Emran saat itu.

" Jangan tan sri ingat saya tinggal di sini sebab tan sri sekeluarga. Beradanya saya disini hanya kerana Umi Khadijah. Andai dua puluh tahun lepas tan sri datang jumpa kami kembali, walau hanya sekejap, hati ni takkan begitu membenci tapi semuanya dah terlambat. Hanya Allah saja dapat ubah hati saya!" Ujar Elena lalu meninggalkan TS Emran disitu.

TS Emran menundukkan wajahnya dan setitik air mata jatuh membasahi pipinya.

" Ya Allah, kau lembutkanlah hati anakku. Maafkan ayah,Elena.." rintih TS Emran perlahan.

Tanpa TS Emran mahupun Elena sedar, sejak dari tadi Elfan mendengar setiap butir kata anak beranak itu. Dan saat Elena melangkah masuk, sempat Dia bersembunyi dibalik langsir tebal. Dan sekarang dia mendengar rintihan papanya. Sayu hatinya saat seorang ayah yang memohon keampunan dari anak. Terus langkah kakinya menuju ke tingkat atas.

Tersentak Elena saat pintu biliknya dibuka dari luar. Meluas matanya saat melihat Elfan yang sudah terkaku didepan pintu. Laju tangannya menyambar selimut tebal menutup kepalanya yang terdedah itu. Terus tenggelam tubuhnya ke dalam selimut itu. Tidak pernah lelaki itu melihatnya tidak bertudung walaupun mereka sudah halal. Dia tidak suka! Geram hatinya bila lelaki itu sesuka hati menerjah masuk ke dalam biliknya.

Elfan masih lagi terkaku. Silapnya juga kerana main terjah masuk sahaja. Matanya terpukau hatinya saat melihat Elena tanpa tudung. Pertama kali dia melihatnya ternyata isterinya itu sangat cantik, buatkan hatinya berdegup kencang. Dan paling penting dia bersyukur kerana mahkota isterinya itu dilindungi disebalik tudung.

" Ehem.. Sorry." Ujar Elfan dengan rasa bersalah. Dia menggosok belakang lehernya perlahan.

" Awak ni kenapa?! Dah tak reti nak ketuk pintu dulu ke?" Marah Elena dari sebalik selimut itu.

" Sorry again. Saya... Saya cuma nak beritahu yang awal esok saya kena pergi Ipoh, ada meeting penting. El boleh drive sendiri tak pergi kampus?" Soal Elfan. Tersenyum nipis dia saat melihat Elena yang duduk berbungkus dibirai katil. Hanya wajahnya saja kelihatan.

" Awak ni saja je kan! Benda boleh mesej kan! Selama ni pun saya memang drive sendiri kan, awak je yang beria nak hantar saya." Balas Elena lagi. Sebenarnya dia lebih kepada ingin menutup malunya. Berbahang pipinya saat inim

" Yang beria berbungkus tu kenapa?Tak berdosa pun saya tengok rambut El." Ujar Elfan lagi. Dia perasan hidung Elena kelihatan agak merah. Mata pun kalau dilihat betul- betul agak bengkak sediri. Elena menangis?

" Suka hati sayalah. Kalau takde apa- apa, awak boleh keluar." Halau Elena.

" Amboi menghalau nampak. Dah la tekak ni dahaga, ingat ada isteri boleh la minta buatkan air. Hurmm apa la nasib.." Keluh Elfan sengaja.

Elena memicingkan matanya.

" Bibik kan ada!" Balas Elena.

" Bibik bukan isteri saya... Okaylah, good night." Ujar Elfan lalu meninggalkan bilik Elena.

Elena yang melihat wajah mendung Elfan itu diserang dengan rasa bersalah. Salah aku ke? Tapi setakat air je takkan tak boleh suruh bibik buatkan?

Elfan minta air je,Elena. Bukan suruh panjat gunung. Lagipun kau isteri dia. Dah la tanggungjawab sebagai isteri kau abaikan, apalah sangat setakat buatkan air. Tiba- tiba ada suara hati bermain difikirannya. dia mengeluh perlahan lalu pantas tangannya mencapai tudung sarung yang tergantung di sudut bilik dan terus dia melangkah keluar.

Mug hitam dipegang dengan berhati- hati lalu dia mengetuk pintu bilik Elfan. sekali ketuk, senyap. Dia ketuk lagi sekali tetap juga senyap. Elena mendengus, ke dah tidur? soal hatinya. Dia memulas tombol dan ternyata pintu bilik lelaki itu tidak berkunci. Dia membuka pintu itu perlahan dan kepalanya menjenguk ke dalam. Gelap! Sempat matanya melirik ke arah katil dan jelas susuk tubuh Elfan tiada di situ. Elena mengerutkan keningnya. Kemana pulak mamat ni pergi? rungut hatinya.

" Cari apa?"

Hampir saja mug di tangan terlepas. Laju dia menoleh ke belakang dan jelas wajah Elfan yang kehairanan sedang memandangnya. Lelaki itu santai berdiri dibelakangnya sambil kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar pijamanya.

Saat mata Elfan menangkap apa yang ada ditangan Elena, hampir saja dia tersenyum namun sempat ditahan. Laju dia mengalihkan pandangannya.

" Awak ni memang saja kan nak suruh saya mati awal!" ujar Elena geram. Nasib baiklah dia tak cardiac arrest disitu. Suka muncul tiba- tiba.

" Dah El terjenguk- jenguk dalam bilik saya, sebab tu la saya tanya. kalau saya senyap je dekat belakang El lagi terkejut bila pusing nanti." Jawab Elfan.

Elena mencebik. Lalu mug ditangan dihulurkan kepada lelaki itu.

" Untuk saya?" soal Elfan tersenyum.

" Taklah, untuk bibik yang tengah sedap berdengkur dalam bilik dia." Jawab Elena sarkastik.

Tertawa kecil Elfan namun tangannya menyambut mug itu.

" Thank you. Sayang jugak El dekat saya ya?" Ujar Elfan sambil mengenyit matanya. Terus berbahang wajah Elena saat itu. Terkulat- kulat dia ingin membalas namun tiada patah kata yang terluah.

" Eh! Nak kemana?" soal Elfan saat melihat Elena mula ingin meninggalkannya disitu.

" Masuk bilik la. Air saya dah buatkan takkan nak suruh saya masak pulak?"

" Jom teman saya minum dekat sana.." pinta Elfan sambil menunjukkan ke arah ruangan balkoni tingkat atas rumah agam itu.

Elena melirik ke arah jam yang ada di dinding. pukul sebelas malam. Tak mengantuk lagi ke lelaki itu? Desisnya. Namun saat melihat langkah Elfan, tanpa sedar kakinya tetap mengekori langkah Elfan sehingga ke balkoni. Elfan melabuhkan punggungnya ke satu- satunya sofa panjang yang ada disitu.

" Duduklah..." Pelawa Elfan lalu Elena melabuhkan punggungnya disebelah. Tidak rapat, malah antara mereka masih ada ruang yang boleh dua orang duduk.

" Sedap kopi El bancuh. Memang tak nak bagi saya tidur ke malam ni?" usik Elfan namun dia tetap menghirup lagi kopi tersebut.

" Saya tak tahu awak suka minum air apa. So saya bancuh air yang biasa orang minum malam- malam..." Balas Elena.

" Black coffee. That's my favourite. Same like this. Thanks again,El. It's can help me to stay awake for another few hours." Uajr Elfan tersenyum.

Elena menoleh.

" Bukan ke awak cakap awal pagi esok awak nak ke Ipoh ke? Kenapa nak berjaga lagi?" soal Elena hairan.

" Saya kena semak dokumen untuk meeting esok. Kena make sure everything perfect sebelum jumpa klien. Kalau ada silap nanti klien akan complaint. Dan paling penting saya kena khatam dulu proposal tu sebelum bagi dekat klien. Nanti kalau klien tanya saya tak tahu mahu klien lari. Lagipun esok staff saya yang drive" Terang Elfan.

Elena mengangguk tanda faham. Dia merenung bintang dilangit walaupun kelihatan hanya seperi bintik- bintik kecil.

Elfan pula mengambil peluang merenung ke wajah putih bersih Elena. Raut wajah yang lembut itu mendamaikan hatinya. Berbunga hatinya tika dia keluar dari bilik kerjanya tadi niatnya hanya ingin pergi membancuh minuman untuk hilangkan mengantuk, namun saat dia melihat kelibat Elena yang sedang mengetuk pintu biliknya terus dia mematikan niatnya. Tersenyum lebar saat mendengar bebelan dari mulut isterinya. Sengaja dia mendiamkan diri di sudut ruangan itu tanpa Elena sedar. Dan tika itu dia bertambah yakin bahawa walaupun Elena nampak berhati keras namun realitinya hati isterinya itu selembut-lembut baldu cuma Elena hanya menyembunyikannya disebalik luka dihatinya. Dan dia yakin suatu hari nanti keluarga ini akan bergelak ketawa bersama.

" You're so beautiful..."

" Hah??" soal Elena lalu berpaling kepadanya. Tersentak Elfan.

" Awak cakap apa?" Soal Elena lagi. Dia seakan mendengar Elfan berkata sesuatu tapi tidak jelas.

" Ermm... Nothing." Elfan terus berdiri dan menyandarkan tubuhnya ke pagar tinggi balkoni. Mug ditangan dibawa ke mulut lalu dia menghirup perlahan. Dia turut memandang ke arah langit yang kelam.

" Saya suka duduk sini malam-malam. Kalau ada rezeki dapat tengok bintang macam malam ni." Ujar Elfan tersenyum nipis.

Elena memandang wajah Elfan yang sedang mendongak ke langit itu. Tenang saja wajah itu. Dari tepi Elena nampak lihat mancungnya hidung lelaki itu. Wajah Elfan jugak dapat dikategorikan sebagai wajah kacukan yang sempurna. Dan tidak dinafikan wajah itu sentiasa menjadi tarikan kaum wanita namun kenapa dia memilih untuk menikahinya sedangkan mereka boleh saja naik turun mahkamah dan membayar denda. Dia juga sanggup walaupun terpaksa dikenakan tindakan tatatertib.

" Kenapa awak bersetuju nikah dengan saya? Kenapa malam tu awak tenang je, Awak tak rasa malu ke dengan apa yang menimpa kita?" Soal Elena tiba-tiba. Elfan menoleh mencari wajah Elena yang sudah sedia memandangnya. Dia tersenyum nipis.

" Itulah dinamakan takdir. Tenang tak bermakna saya gembira dengan apa yang terjadi tapi bukan bermaksud saya bencikan perkahwinan kita. Saya juga ada perasaan takut, terkejut tapi saya serahkan segalanya kepada Allah. Kita harus yakin dengan apa yang Dia berikan kepada kita. " Ujar Elfan tenang. Dia melangkah mendekati Elena lalu kembali duduk disebelah Elena.

" Malam tu saya lebihkan fikirkan mama papa dan terutama sekali saya fikirkan El. Saya takut El bencikan saya. Dan malam itu juga saya nampak dari pandangan mata El yang El betul- betul marah dan kecewa. Saya kenal El hampir setahun, i know you trust me as your friend tapi malam tu saya rasa yang El dah benci saya. saya sendiri tak sangka yang itu akan menimpa kita. Niat saya hanya ingin berbincang tapi...." Tak sanggup Elfan menyebut kembali kejadian tiga bulan lepas.

" Tapi awak boleh pilih untuk didenda dan dibicarakan, sebaliknya awak pilih untuk nikah. Kenapa? Awak tak malu ke? Mungkin bila orang tahu kita dah nikah mesti mereka pelik kerana tiada upacara akad nikah. Nanti mesti reputasi awak akan terjejas." Ujar Elena lagi.

" Orang akan kata apa yang mereka nak kata. Tapi yang penting kita nikah dengan cara yang sah. Cuma saya nak El tahu yang saya tak pernah menyesal jadi suami El dan saya bersyukur El jadi isteri saya. Seminggu El mendiamkan diri buatkan saya tak tentu arah. Nak tidur pun susah sebab saya asyik fikirkan El bencikan saya."

" Saya tak bencikan awak. Awak tak ada salah apa- apa pun dengan saya. Malam tu saya terkejut dan marah, emosi saya tak stabil. Kita berada ditempat dan masa yang salah. Saya tak bersedia untuk hadapi semua ini, saya dah tiada sesiapa...Saya takut, tapi saya tak sanggup lihat wajah sedih Umi..." Balas Elena menunduk. Matanya mula bergenang.

Tersentak dia saat Elfan mencapai lalu mengenggam tangannya. Laju matanya naik memandang wajah kacak itu.

" El ada saya. Saya suami El dan kita akan harunginya bersama- sama." Ujar Elfan merenung ke dalam mata Elena.

" Tapi awak dah ada Maya... Saya hanya isteri yang awak terpaksa nikahi. Kita tak pernah bercinta."

" Maya hanya kawan saya sahaja. Dia anak kawan papa. Masa El jumpa kami di stadium dulu itulah kali terakhir kami keluar. Hati saya hanya khas untuk wanita bergelar isteri kerana dia yang selayaknya menjadi penghuni hati saya. Maksudnya El penghuni hati saya, you're my priority." Ujar Elfan lagi.

Tersentak Elena mendengar kata- kata Elfan. Hatinya merasa sesuatu saat mendengarnya namun dia tidak mahu terleka. Tidak! Elfan tak menyintainya tapi Elfan memberi kepentingan buatnya hanya kerana dia isteri lelaki itu.

"Saya nak rawat luka di hati El. Allah dah tentukan takdir El kembali bersama papa. Kita bina hidup baru bersama. Papa sayangkan El, mama, Eri dan saya juga sayangkan El. Kami tak nak El sedih. Saya pasti arwah ibu dan Emir pun nak Lea Elena gembira. Cukuplah sakit yang El tanggung. Lepaskan, beri papa peluang untuk dia tebus dosanya. Saya yakin hati El mampu untuk memaafkan, buktinya El menangis dalam bilik tadi kan? sebab apa, sebab El rindukan papa tapi El menidakkannya.." Ujar Elfan sayu. Genggaman tangannya dikuatkan.

Elena memikirkan kata- kata Elfan itu. Jauh disudut hati dia akui benar kata- kata lelaki itu. Adakah dia terlalu kejam? Tapi Elfan tak faham apa yang dia lalui setelah ayahnya meninggalkannya.

Tersentak Elfan saat Elena menarik tangannya lalu dia berdiri. Elfan turut sama bangun dan menahan Elena tika gadis itu ingin melangkah.

" El nak pergi mana? Maaf kalau El marah dengan apa yang saya cakap tadi. Saya hanya...."

" Saya mengantuk, nak tidur.." potong Elena tenang. Elfan tidak dapat menebak apa yang gadis itu rasai saat ini.

Elena terus meninggalkan Elfan disitu tanpa kata.

FAIL dihulurkan kepada lelaki didepannya itu.

" Itu maklumat yang kami dapat, bos! Tak sangka orang tua tu ada anak lain. Lea Elena binti Emran, 26 tahun. Anak hasil perkahwinan pertama."

Lelaki itu mengambil fail itu lalu dibuka dan jelas gambar gadis yang diambil secara curi.

" Dan fakta paling menarik, dia dah kahwin dengan Elfan Gillton, anak kepada kakak iparnya yang mati kemalangan. Mereka berdua kena tangkap khalwat tiga bulan yang lepas. Dan berita ini masih dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai." Ujar salah seorang anak buahnya. Dia tersenyum sinis melihat gambar itu lagi.

"Apa kata aku bagi kau sibuk sikit, kau dah terlalu lama senang,Emran!"

" Bos, kami dapat maklumat lagi yang anak sulung dia ni dibesarkan di rumah anak- anak yatim. Sebab dua puluh tahun yang lepas bapak dia buang dia dengan adik dan mak dia. Cuma mak dia mati sepuluh tahun yang lepas manakala adiknya mata beberapa tahun yang lepas. Dia tinggal sebatang kara sehinggalah baru- baru ini mereka jumpa semula. "

Lelaki itu mencampakkan kembali fail ke arah anak buahnya itu.

" Kau jalankan kerja kau! aku nak tengok orang tu tak senang duduk! Hahaha...." Ujar lelaki itu sambil ketawa.

Ini baru sikit,Emran.

"APA??!!"

PS Maria yang baru keluar dari dapur terkejut saat mendengar suara suaminya yang kuat itu. TS Emran dilihat sedang bercakap di telefon dan dari riak wajah suaminya itu dia dapat agak ada sesuatu yang tidak baik berlaku.

" Just to anything, make them leave from there! Kalau terpaksa panggil polis je. Lagi 20 minit saya sampai!" Ujar TS Emran lalu mematikan talian.

PS Maria mendekati suaminya.

" Kenapa bang?" soalnya.

" Media dah tahu pasal pernikahan Elena dan Elfan. Reporter dah menunggu dekat syarikat." Ujar TS Emran resah.

" Macam mana mereka boleh tahu? Habis tu macam mana bang?" soal PS Maria lagi. Bukan dia tidak mahu orang tahu pernikahan anak mereka tapi sekarang mereka harus jaga perasaan Elena. Dan Elena sendiri nak perkahwinan itu dirahsiakan. Mereka tak mahu Elena bertambah benci pada mereka. Elena! Membulat mata PS Maria saat itu.

" Abang, Elena!" Ujar PS Maria risau.

TS Emran yang dapat membaca fikiran isterinya itu terus berdebar. Jika wartawan boleh berada di syarikatnya, tak mustahil mereka akan mencari Elena. Terus skrin Telefonnya di tekan!

ELENA baru sahaja memarkir keretanya dan saat dia ingin melangkah keluar, tiba- tiba telefonnya berbunyi. Dia melihat dan saat itu keningnya berkerut tika nama TS Emran di skrin. Kenapa lelaki itu menelefonnya? Dia tidak mengendahkan panggilan itu dan terus beg tangan dan beg kerjanya di capai. Dia terus melangkah keluar . Selesai menekan kunci keretanya dia melangkah ke arah bangunan pejabat. Baru beberapa langkah, telefonnya berbunyi lagi dan saat itu nama Elfan tertera. Tadi bapak,sekarang anak pula. Kali ini dia menekan ikon hijau.

" Where are you?" Tanpa salam terus suara Elfan menyoal.

" Hah??"

" I asked where are you? Dekat kampus ke?" Soal Elfan. Entah kenapa Elena dapat rasa ada kekalutan dari nada lelaki itu.

" Haah, baru sampai. Tengah on the way ke office." Jawab Elena.

"Patah balik! Masuk kereta sekarang. Hari ni minta EL!" Arah Elfan lagi.

" Kenapa pul...."

Belum sempat Elena habis cakap tiba- tiba ada sinaran cahaya menangkap matanya. Terus dia menoleh ke arah datangnya cahaya itu. Berkerut keningnya saat melihat sekelompok manusia senang mendekatinya. Malah beberapa daripada mereka memegang kamera.

" Cik Lea Elena? Betul ke cik ditangkap khalwat dengan Elfan Gillton dan kamu berdua telah bernikah?"

" Cik Elena, boleh kami temuramah Cik sebentar."

" Betul ke cik anak sulung Tan Sri Emran?"

Elena terkaku di situ. Dia tak mampu untuk bersuara malah untuk melangkah melarikan dirinya juga dia tak boleh. Kakinya seakan dipaku ke lantai. Namun telinganya masih mendengar suara Elfan di telefon.

" Shit! El, dengar sini! Sekarang saya nak El masuk kereta semula dan tunggu anak buah saya datang. Jangan jawab apa- apa! go now El!"

Seakan tersedar, Elena terus berlari ke keretanya semula. Para wartawan terus mengejarnya. Dia terus meromboskan badannya ke dalam kereta dan terus mengunci pintu. Matanya bergenang saat itu, malu takut semua dia rasai saat ini dan sempat matanya melihat beberapa pelajar yang berada disekitar itu mula memberi perhatian kepadanya.

Tanpa sedar air matanya jatuh membasahi pipinya. Dan lama-lama bertukar menjadi esakan. Dia takut, keretanya dikerumuni para wartawan. Ternaik bahunya saat telefonnya berbunyi. Terus dia menjawab panggilan itu.

" Elfan saya takut!" Ujar Elena dalam Esakan.

" i'm on my way,El."

" Mereka ada dekat luar kereta saya. Saya tak boleh nak drive, saya takut!"

" El tunggu dekat situ, sekejap lagi anak buah saya datang. Mereka akan jaga El sebelum saya sampai El." ujar Elfan memujuk.

" What happened,Elfan? macam mana mereka tahu..."

" I have no idea,El. Tunggu saya sampai, and please don't cry sayang!"

Talian dimatikan. Elena masih merenung skrin telefonnya. Tersentuh hatinya saat Elfan memanggilnya sayang, ada perasaan bahagia saat dia mendengarnya.

" Please datang cepat Elfan because i really need you now" Bisik Elena perlahan.

sorry kalau ada kekurangan... C.E 20/01/2024 1940hrs

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience