BAB 2

Romance Completed 192587

" Assalamualaikum dan selamat malam..."

Elena memulakan ucapan pada malam itu, Matanya memandang sekilas tetamu yang sudah memenuhi dewan sebesar tiga gelangang badminton itu.

" Terima kasih kepada Dato, Datin, Tan Sri, Puan Sri serta tetamu terhormat kami kerana sudi memenuhi jemputan kami pada malam ini. Malam Jannatul Firdausi ini sempena menghargai jasa- jasa para tetamu pada malam ini kerana sudi memberikan sumbangan kepada Teratak Jannah serta Yayasan Jannah. Saya, Lea Elena serta Ustaz Ahmad dan juga anak- anak asuhan di sini mewakili Umi Khadijah pada malam ini mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga Allah membalas jasa- jasa tuan puan sekalian. Umi Khadijah memohon maaf kerana tidak dapat bersama pada malam ini." Elena memberi ucapan.

" Lea Elena...." Bisik Elfan perlahan.

Dari tadi dia tidak mengalihkan pandangan matanya dari menatap wajah cantik itu. Gaya percakapannya, keyakinan dia dan paling penting senyuman gadis itu membuatkan dia tidak mahu mengalihkan matanya. Sangat cantik!

" Teratak Jannah merupakan syurga saya sejak sepuluh tahun yang lepas. Seperti adik- adik yang lain, saya kehilangan keluarga saya seumur lima belas tahun dan di sinilah saya membesar sehingga sekarang. Dan alhamdulillah berkat jasa Umi Khadijah dan juga ustaz dan ustazah yang sentiasa menjaga kami disini, Kami semua berjaya sehingga sekarang. Kami tidak pernah lupakan jasa jasa itu dan sekarang kami masih lagi disini bersama- sama menjaga adik- adik kami pula. Yang paling penting, kami amat hargai sumbangan yang tuan puan berikan kepada kami dan kami akan gunakan sebaik mungkin untuk adik- adik kami. Insyaallah. Sekali lagi kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan puan. Dan sekarang saya ingin menjemput ustaz Ahmad untuk membacakan doa bagi Allah memberkati majlis kita pada malam ini."

Elena memberi laluan kepada Ustaz Ahmad dan dia mula meninggalkan pentas itu lalu melangkah ke arah Najiha yang sudah pergi ke sudut dewan itu.

" Cantik kan kak Elena tu bang." Suara Erika mematikan renungan Elfan. Terus dia menoleh ke arah adiknya disebelah.

"Abang tau tak masa Maya duk perli- perli kak Elena hari tu, dia cool je. Dia tak heran pon dengan kata- kata tak beradab Maya tu.Then masa abang bawa Maya keluar dari stadium tu la pertama kali Eri pandang dia. Cantik! Kalau la Eri ada kakak macam kak Elena mesti Eri bangga, cantik, berbudi bahasa pulak tu. memang langit dan bumi la dengan si Maya tu." bebel Erika lagi.

" Adik macam tak suka je Maya tu." ujar Elfan.

" Bukan macam, memang tak suka pun. Eri tahu yang abang pun terpaksa layan Maya tu sebab dia tu anak kawan papa kan? Perlu ke buat macam tu demi kerja? tak profesional langsung la hal kerja dicampur aduk dengan peribadi. Abang pun satu ikut je cakap uncle Musa tu." Bebel Erika lagi.

" Eh! Abang pula yang kena." Balas Elfan pula.

Erika sengih saat menyedari ketelanjurannya lalu mengucapkan maaf.

" Sebab tu kalau dah suka, make your step.." Erika bersuara lagi.

" Hah??"

" Adik yang lima tahun tu pun boleh nampak bang, inikan pula adik abang dekat sebelah ni.." giat Erika sambil menjungkitkan kedua keningnya.

" Nonsense! Dah, makan. Kejap lagi kita pergi jumpa adik- adik dekat sana." balas Elfan serius.

" Adik- adik ke Lea Elena?" usik Erika lagi.

" Erika Emran!"

Erika tergelak melihat wajah abangnya yang sudah merah itu. Usik sikit dah gelabah. Akhirnya dia mengangkat kedua tangannya tanda mengalah. Mereka mula menjamu selera saat para pekerja katering menghidangkan makanan.

Elena tersenyum memerhati adik- adiknya serta para tetamu menjamu selera. Konsep makan malam ini semua dilayan oleh para pekerja katering yang ditempah. bukan secara bufet kerana mereka ingin anak- anak Teratak Jannah dilayan sama seperti tetamu mereka. Malah itu yang Elena serta rakan- rakannya mahukan. Dan kos untuk majlis malam ini pun hasil dari perkongsian dari teman- teman Teratak Jannah yang sudah bekerja. Tidak menggunakan sesen pun duit sumbangan dari penderma.

" Aku lega majlis berjalan lancar. Kita dapat kotakan janji kita dengan Umi." Suara Najiha kedengaran di sebelahnya.

" Alhamdulillah.. aku pun lega jugak." balas Elena. Matanya tetap memandang adik- adiknya sedang menjamu selera. Tiba- tiba dia terpandang ke satu arah. Tanpa kata dia terus melangkah ke arah itu.

Najiha melihat langkah Elena hanya diam dan seakan mengerti apa yang ingin Elena lakukan.

" ASSALAMUALAIKUM..."

Elena yang sedang menyuap makanan kepada salah seorang anak asuhan yang kelainan upaya itu menoleh ke arah belakang. Dia memandang dua wajah asing yang sedang memandangnya. Dia menjawab perlahan salam yang diberikan. Elena merenung kedua wajah itu. Sungguh dia tidak mengenali wajah- wajah itu. Si gadis sedang tersenyum lebar memandangnya seakan mengenali dirinya. Namun saat matanya bertembung dengan mata jejaka disebelah gadis itu, dia terkaku. Renungan itu seakan pernah dilihat tapi dia tidak pasti di mana dan bila.

" Akak tak ingat saya?" si gadis mula bersuara.

Elena mengerutkan keningnya. Cuba untuk menginggati namun kosong.

" saya Erika. ini abang saya, Elfan. Kita pernah jumpa dekat stadium bulan lepas." ujar Erika ramah.

Erika? stadium?

Dan seakan muncul gambaran yang lepas, matanya membulat dan saat itu dia melihat wajah lelaki itu sekali lagi dan kini jelas kejadian sebulan yang lepas kembali ke ingatannya. Elena berdehem lalu tersenyum nipis.

" you the one who sat next two chairs on that day, right?" soal Elena pula.

" yup! and abang saya ni yang duduk sebelah akak that time. Tak sangka jumpa akak lagi. Tak sia-sia kita orang datang malam ni, kan bang?" ujar Erika teruja sambil menyiku lengan Elfan di sebelah.

Elena tersenyum mendengar kata-kata Erika. Jadi, mereka antara tetamu malam ini. Elena tak sempat nak beramah mesra dengan para tetamu kerana dia bersama anak-anak asuhan. Dia sebolehnya tidak mahu memandang wajah lelaki bernama Elfan itu. Namun muncul kehairan saat Erika mengatakan Elfan itu abangnya kerana wajah mereka langsung tak sama.

Elfan pula sejak dari tadi matanya tak lepas memandang wajah didepannya itu. Sejak gadis itu turun dari pentas sehinggalah dia menyuap makanan ke mulut anak yatim yang kurang upaya. Setiap gerak geri gadis itu ibarat melodi buatnya untuk terus lihat. Dia tahu Elena segan dengannya namun dia tidak mahu itu akan menjadi penghalang untuknya mengenali gadis itu dengan lebih dekat.

" Thank you for coming and more important thank you for donate to Teratak Jannah." ujar Elena lagi.

" Kami on behalf ibu bapa kami sahaja tapi its pleasure to be here tonight. Suka tengok adik- adik di sini gembira." balas Elfan pula tersenyum.

Elena turut tersenyum mendengarnya.

" Lah, dekat sini rupanya..."

Najiha muncul di antara mereka bertiga. Saat melihat Elfan dan Erika ada sekali terus dia tersenyum manis.

" Eh, Erika dan Elfan pun ada sekali. Dah siap makan ke?" soal Najiha ramah.

" Dah, kenyang dah. Sekarang nak jumpa adik- adik ni. Dan nak jumpa kak Elena sekali." ujar Erika tersenyum.

"El, Erika dan Elfan ni anak- anak Tan Sri..."

Tiba- tiba ada suara memanggil nama Elena membuatkan kata- kata Najiha terhenti. Semua mata menoleh ke arah suara garau itu.

" Hai, cik Elena..."

Tersentak Elena saat melihat wajah yang cukup dia kenal itu.

" Amsyar..." Elena menyebut nama lelaki tinggi lampai yang sedang tersenyum memandangnya.

" Tak sangka jumpa cik dekat sini. Hi cik Najiha.." Amsyar menyapa Najiha pula.

" Hi, awak anak Dato Seri Aziz kan? Terima kasih datang malam ini." ujar Najiha ramah.

" My pleasure. Kebetulan ayah saya ajak. Tula patutlah hati saya rasa nak datang, dapat jumpa cik Elena rupanya." balas Amsyar sambil mata tak lepas memandang Elena.

Elena tersenyum nipis.

" Sweet talker you ni ek..." Erika menyampuk membuatkan mata Amsyar beralih ke gadis di sebelah Elena. Amsyar tersenyum nipis.

" only to special person..." Balas Amsyar tersenyum. Dan saat itu dia menghulur tangan kepada Elfan.

" Amsyar.."

" Elfan and this is my sister, Erika."

Amsyar dan Elfan berjabat tangan. Dan dia menganggukkan kepalanya kepada Erika.

" I know you, my dad always talk about you and your dad. your dad among the best entrepreneur in Malaysia. I admire your dad's succes. But i'm still in learning phase. banyak kekurangan lagi. Tak macam encik Elfan yang dah boleh uruskan syarikat sendiri." ujar Amsyar lagi.

Elfan hanya tersenyum nipis. Erika pula yang pada mulanya tak menyukai Amsyar kerana menyangka lelaki itu gatal, menepis ke tepi andaiannya. Gaya dari percakapan Amsyar tika bercakap ada sudut matangnya cuma dia perasan pandangan lelaki itu kepada Elena.

" Do call me Elfan. Tak perlu berencik. Saya pun masih belajar dengan papa. masih bertatih" balas Elfan merendah diri.

" Well, bertatih pun tetap bachelor most wanted kan." usik Amsyar mengundang tawa kecil Elfan.

" And i know Dato Seri Aziz, seorang tokoh usahawan yang humble dan dermawan. Antara client kami yang mudah berurusan." puji Elfan pula.

Elena hanya mendengar perbualan dua lelaki itu tanpa mahu menyampuk. Sesungguhnya dia agak tak menyukai dunia perniagaan. Entahlah, mungkin ia mengingatkan dia akan seseorang.

Melihat Najiha pula rancak berbual dengan Erika, baru saja dia berura- ura ingin meninggalkan kelompok itu, lagi sekali namanya dipanggil.

" Cik Elena..."

Dia menoleh ke arah Amsyar.

" Boleh saya cakap dengan cik sekejap?"

Tika itu, bukan saja Amsyar tapi Elfan,Erika serta Najiha turut memandang ke arahnya. Melihat pandangan mengharap Amsyar, dia menganggukkan kepalanya.

" MAAFKAN saya dah susahkan cik dengan gosip di kampus tu." Amsyar memulakan perbualan. Mereka sedang berdiri depan kolam ikan yang berada di sebelah dewan.

"Tentang gosip tu saya tak ambil kisah pun. it's just a rumors, lama- lama orang bosan dan gosip tu akan hilang." tambah Elena lagi.

Amsyar merenung pensyarahnya itu. Dia tidak menyangka ajakan ayahnya ke sini membawa pertemuan dengan gadis yang dia minati itu. Ya, mesti orang akan kritik bila pelajar lelaki menaruh hati kepada pensyarah perempuan namun baginya itu tidak menjadi masalah. Lagipun dia lagi tua dari Elena dan mereka berdua masing- masing belum berpunya. Macam mana dia tahu? Mestilah dari maklumat yang sempat dia korek dari salah seorang staff Teratak Jannah tadi. Cuma satu yang dia mula sedar akan Elena. Gadis itu sukar untuk didekati dengan lebih rapat. Dalam kata lain, Elena meletakkan satu had antara dirinya dan orang lain, seperti dia yang Elena hanya menganggapnya pelajar dan tetamu malam ini. Bukan dia tidak pernah dengar gosip di kampus ada pensyarah muda cuba untuk memikat tetapi tidak berjaya. Kerana gadis itu Elena.

" Amsyar?"

Dia tersedar dari lamunan saat mendengar Elena memanggil namanya. Wajah gadis itu merenung hairan kearahnya.

" sorry.. cik tanya apa?"

" Sempat lagi awak mengelamun ek? entah- entah dalam kelas pun awak awak buat benda yang sama?" ujar Elena tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.

Amsyar terpaku kerana pertama kali melihat Elena tertawa. Jelas ikhlas kegembiraan gadis itu. Dan itu membuatkan hatinya makin berdegup dengan satu rasa yang makin mekar.

Dan dalam mereka berdua tidak sedar, sedari tadi ada sepasang mata sentiasa mencuri pandang dengan pelbagai rasa.

***************************************

"Abang!!"

Elfan yang sedang melangkah turun terus memandang ke arah Erika yang sedang menghampirinya.

" Abang kena tolong Eri..."

Elfan mengerutkan dahinya.

" Tolong apa pula pagi- pagi ni?" soal Elfan sambil melangkah ke arah meja makan. Sesampai, dia meletakkan kot di atas kerusi kosong dan beg kerjanya pula diletakkan di kerusi yang sama.

"Hantar Eri ke kampus,please.. Kereta Eri takde minyak. Takut tak sempat sampai nanti." Rengek Erika yang turut duduk di sebelah Elfan.

Pembantu rumah datang menuangkan kopi ke cawan di sisi Elfan dan Elfan dengan sendirinya mengambil roti bakar dua keping dan telur hancur lalu diletakkan ke dalam pinggannya.

" Dalam garaj kan ada kereta lain. Eri guna la kereta lain dulu. Nanti abang suruh Pak Ali isi minyak kereta Eri nanti." Ujar Elfan lalu menghirup perlahan kopi di cawan.

" Ewww.. Tak nak! semua kereta tu sesuai untuk papa dan memang taklah Eri nak drive kereta sport abang tu. Please la bang, kan sekali jalan je. Balik nanti Eri minta Pak Ali pick up, Eri tak nak susahkan pak Ali, kan Pak Ali tengah on the way ambil papa mama dekat airport. Boleh la bang.." rayu Erika lagi.

Elfan yang mengunyah roti bakar itu mengeluh lalu menggelengkan kepalanya. Ada saja alasan Erika. Bukan sport sangat pun setakat kereta import cuma dia tahu adiknya itu segan nak bawanya ke kampus kerana ia bakal mengundang perhatian. Dan Erika sangatlah tak suka semua itu kerana baginya akan ada kawan material yang tidak ikhlas menjadi sahabatnya. Mujurlah gadis didepannya itu satu- satunya adik dia dan dia tidak mampu melihat adiknya itu kesusahan.

" Kenapa leka sangat sampai minyak kereta nak habis pun tak perasan? Pagi ni boleh pulak perasan.. " Bebel Elfan menghabiskan kunyahannya. Dia menghirup menghabiskan kopi suam lalu dia mencapai barangannya.

Erika yang melihat Elfan mula melangkah ke pintu terus mengambil beg serta beberapa bukunya yang berada di atas meja di ruang tamu. Mereka berdua terus melangkah masuk ke dalam kereta.

" Thank you,bang! i'm so proud because have a handsome plus very kind like you! Muahh!" ujar Erika sambil membuat flying kiss. Lalu dia memakai tali pinggang keledar sambil tersenyum girang.

Elfan membalikkan matanya ke atas tanda menyampah dan tanpa membuang masa dia terus menghidupkan enjin dan minyak terus ditekan.

"ABANG, berhenti depan sana jap!" ujar Erika saat mereka masuk ke kawasan kampus.

"Nak buat apa?" Soal Elfan hairan.

" Nak pergi kafe kejap. Beli air."

" Erika....." Elfan sudah memandang tajam.

" Ala, kejap je. Lagipun abang takde appointment kan hari ni."

" How did you know?"

Erika tersengih.

" Eri tanya secretary abang pagi tadi." jawab Erika tanpa rasa bersalah.

Elfan serasa ingin menepuk dahinya. Patutlah Erika tanpa rasa bersalah jadikan dia driver pagi ni.

" Cepat sikit! Abang nak makan hasil daripada gaji yang berkat tau! Kalau ikutkan abang dah kena ada dekat office sekarang ni." ujar Elfan lalu memberhentikan keretanya di sisi jalan.

" Okay, thank you bang! you want anything? kopi dekat cafe ni sedap tau." pelawa Erika

" No,thanks." balas Elfan.

Erika terus melangkah keluar dari kereta dan menuju ke arah kafeteria kampus. Sambil menunggu Erika, dia mencapai ipadnya lalu melihat jadual kerja. Sempat dia membuka email untuk melihat jika ada yang penting. Selesai membaca email sepintas lalu, matanya mula memandang sekeliling tempat itu. Ada para pelajar yang keluar masuk ke kafe, tak kurang ada yang berlari anak seakan terkejar sesuatu mungkin telah lambat ke kelas.

Matanya kembali menoleh ke arah kafe mencari kelibat adiknya namun saat dia melihat ke cermin kaca yang memboleh melihat keadaan dalam kafe itu, matanya terpaku melihat figura ayu berbaju ungu lembut sedang duduk sambil melihat ipad di tangannya.

"Elena...." Bibir Elfan spontan menyebut sebaris nama itu.

Matanya seakan tidak mahu lepas dari memandang wajah itu. Apa Elena buat disini? dia pelajar disini juga ke? Hatinya bersoal. Namun tingkah Elena tetap menjadi perhatiannya. Sekejap gadis itu berkerut muka seakan sedang memikirkan sesuatu yang rumit. Sekejap lagi pula dia melihat gadis itu mengurut dahinya tanda stress. Tanpa sedar bibir Elfan mengukir senyuman seakan terhibur dengan setiap riak wajah yang dibuat Elena sehinggalah senyumannya mengendur saat melihat ada satu susuk yang dia kenali datang menyapa Elena.

Elfan melihat Amsyar datang menegur Elena lalu duduk di kerusi bertentangan gadis itu. Dari segi penampilan dengan menggalas beg sandang dan ada buku ditangannya dia dapat mengagak yang Amsyar pelajar disini namun dia juga agak terkejut kerana lelaki seumur Amsyar sambung belajar sedangkan beberapa tahun lepas dia pernah berurusan dengan syarikat Dato Seri Aziz dan lelaki itu juga.

"Okay, jom bang. Kelas Eri dekat blok A.."

Tersentak Elfan saat mendengar suara Erika yang melangkah masuk ke dalam kereta. Dia menoleh ke arah adiknya yang sudah memandangnya.

" Abang tengok apa?" soal Erika lalu melihat ke arah yang sama.

" Eh! itu bukan kak Elena dan Amsyar ke?" soal Erika terkejut. Elfan hanya mengangguk.

" Apa kak Elena buat dekat sini?"

" Aah kan.. Takkan student sini pula. Tengok gaya macam lecturer je.." Ujar Erika saat melihat beberapa pelajar menegur Elena dan gadis itu mengangguk sambil tersenyum nipis.

Elfan Mula meninggalkan kafe itu lalu menuju ke blok kuliah Erika.

" Takpe, nanti Eri siasat untuk abang..."

Elfan yang sedang memandu itu menoleh sekilas ke arah Erika yang sedang tersengih memandangnya.

" Apasal abang pulak?" soal Elfan walaupun dia tahu Erika sedang ingin mengusiknya.

" Yela kot- kot hati abang hari ni tak tenang nak tahu apa kak Elena buat dekat sini. Dan Eri sebagai satu- satunya adik abang yang baik lagi cantik ni sedia menyenangkan hati abang dengab mencari maklumat yang tepat lagi benar..."

" Okay, get out!" ujar Elfan saat keretanya telah pun tiba di blok A. Dia buat pekak saat mendengar tawa Erika.

Erika melangkah keluar dari kereta setelah mengucapkan terima kasih kerana menghantarnya pagi itu. Baru Elfan ingin menukar gear, cermin di sebelah penumpang diketuk. Lalu dia menekan suis menurunkan cermin dan wajah Erika masih menyapa matanya.

" By dinner, i will give you the info. Kalau nak tahu balik rumah awal ya bang." ujar Erika sambil mengenyitkan matanya. Lalu dengan tawa dia berlalu dari situ.

Elfan menggeleng kepala dengan perangai nakal adiknya itu. Namun sesaat kemudian bibirnya menguntum senyum.

DOA di aminkan lalu surah Yassin diletakkan ke atas ribanya. Lalu dia menyiram air ke pusara itu dengan penuh rasa sayang. Senyuman terbias dibibirnya mengingati wajah yang amat dia sayangi itu.

" I miss both of you.. so so much." Ujarnya sambil membersihkan daun kering yang berada dipusara itu.

Dia melihat nama yang tertera di batu nisan itu. Nama yang sentiasa terpahat dalam ingatan dan setiap doanya. Hanya melihat batu nisan itu dapat mengubati rindunya kepada yang telah pergi. Insan yang membawa dia ke dunia ini dan beri erti kebahagiaan walaupun hanya sementara.

" I brought you a new plant. bunga melur, your favourite smell right?" ujarnya sambil tersenyum.

Dia terus menanam pokok bunga melur ke atas kubur. Selesai, dia melihat sambil tersenyum puas.

ELENA merenung ke arah batu nisan itu lagi bagi melepaskan rindunya. Lalu dia mula melangkah ke arah pintu keluar tanah perkuburan itu. Dia membimbit gulungan tikar serta bekas air yang telah kosong. Setelah agak sibuk barulah dia boleh menziarah kubur orang yang dia sayang. Petang jumaat yang redup itu seakan turut merasai rasa dihatinya.

Dia sesekali membetulkan selendangnya yang ditiup angin.

" Sorry..."

ujar Elena saat dia hampir melanggar susuk seseorang yang turut sama melangkah keluar. Tadi dia perasan ada beberapa buah kereta di sekitar pintu masuk tanah perkuburan itu, mungkin ada ahli keluarga yang turut menziarahi pusara ahli keluarga sepertinya.

" Elena?..."

Langkahnya terhenti saat namanya disebut oleh suara garau. Elena menoleh ke belakang dan saat itu wajah yang dia jumpa beberapa minggu lepas menghiasi pandangannya.

" Encik Elfan?"

" Elfan..." ujar Elfan lalu mendekati Elena.

Elena tidak dapat mengawal wajah hairannya saat melihat lelaki itu disini. Elena melirik ke arah penampilan lelaki itu, masih berpakaian pejabat cuma lengan kemejanya sudah dilipat hingga siku dan dua butang atas kemejanya juga dibiarkan terbuka. Dan tangan sebelah kanan memegang surah yassin serta bekas air yang telah kosong, manakala tangan sebelah kiri pula memegang sesuatu seakan cangkul kecil.

"Ziarah?" soal Elfan membuatkan mata Elena naik memandang mata light brown itu. Dia tersenyum nipis lalu mengangguk.

" Kubur arwah keluarga saya...." jawab Elena.

" Awak?"soal Elena pula.

" My parents..." jawab Elfan tersenyum.

Tersentak Elena. Parents? Tapi bukankah tempoh hari Najiha cakap Elfan dan Erika anak Tan Sri....Tan Sri apa ya?

nak nangis!!!.. Am i too fast? baru chap 2 kot dh rasa mcm eh! xkan cerita ni xsampai 10 chap?? adui tepuk dahi...sorry jika ad kekurangan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience