BAB 19 EPILOG

Romance Completed 192794

"AKU terima nikahnya Zea Erika Binti Emran dengan mas kahwin tersebut"

" Sah"
" Sah"

Saat itu pengantin lelaki dilihat menarik nafas lega dan semua yang berada disitu mengangkat tangan saat doa dibacakan tok kadi. Masing masing diam sambil mengaminkan doa yang dibacakan.

Elena tersenyum melihat pasangan pengantin itu dikerumuni para saudara mara serta rakan yang ingin mengabadikan gambar kenangan bersama. Dia bersyukur kerana akhirnya jodoh Erika dan Amsyar bertemu jua. Dia sendiri menyaksikan kesungguhan Amsyar dalam menawan hati adiknya itu dan dia yakin Amsyar akan menjadi pelindung buat Erika.

Sedang ralit dia melihat ke arah pelamin, tiba- tiba satu kucupan di kepalanya membuatkan dia mendongak dan wajah kacak sang suami menghiasi matanya. Elfan kacak mengenakan baju melayu berona ungu pastel yang menjadi warna tema bagi keluarga mereka. Walaupun usia sudah 30an namun wajah itu makin kacak dimata Elena.

Elfan mengambil tempat disebelah Elena lalu dia mengambil puteri mereka berdua yang sedang lena itu. Dalam tak sedar sudah enam bulan mereka menjadi ibu bapa. Elfan mengucup lembut pipi gebu anaknya itu.

" Lenanya anak ayah tidur.Bising- bising pun tak sedar apa." Ujar Elfan sambil mencuit hidung si kecil itu.

" Dah habis sebotol susu, tu yang lena. Anak abang ni makin montel, naik lenguh tangan El riba." Omel Elena sambil mencium pipi anaknya.

Elfan tersenyum. Wajah Elena yang ayu itu dipandang penuh kasih.

" Terima kasih sayang kerana jadi ibu terbaik buat Elya Rose. Abang bersyukur sangat kerana Allah dah kurniakan bidadari yang cukup sempurna untuk abang." Ujar Elfan.

Elena tersenyum lalu tangan Elfan digenggam.

" El tak sempurna, bang. El pernah berdosa dengan abang, tapi abang sabar dengan karenah El. Dan El yang patut berterima kasih kerana banyak bersabar dan terus bimbing El. i love you, abang."

" I love more, sayang."

" Ehem.. tak tahu pulak ada dua pasangan pengantin hari ni."

Elena dan Elfan memandang ke arah suara yang menegur dan terus wajah Elena memicing tajam. Terus tersengih Najiha saat itu.

" Baru sampai ke Jiha?" Soal Elfan beramah mesra. Cuba mengubah suasana yang mulai nak panas itu walaupun dia tahu rakan baik itu takkan bergaduh.

" Baru je, umi tengah berbual dengan makcik Maria." Ujar Najiha lagi sambil mengambil tempat di sebelah Elena.

"Mana 'rakan sekerja' kau? kata datang sekali?" Soal Elena pula. Elfan mengerutkan keningnya saat mendengar kata- kata Elena. Dia tidak mengerti.

" Tak jadi sebab tiba- tiba kena pergi seminar pulak." Balas Najiha bersahaja.

" Harry tak datang ke Jiha?" Soal Elfan pula namun tersentak dia saat Elena mencuitnya perlahan.

" Kami dah putus. Takde rezeki nak dapat anak pan asian macam korang." Seloroh Najiha sambil senyum mengusik.

" I'm sorry. Saya tak tahu." Ujar Elfan serba salah.

" It's okay, jodoh pertemuan kan di tangan Allah." Jawab Najiha pula.

" kalau abang nak tahu ' rakan sekerja' dia tu pun apa kurangnya."

" El!!"

Elena mengelak saat Najiha ingin mencubit pinggangnya. Tergelak Elena saat itu namun bunyi renggekan membuatkan tindakan masing- masing terhenti.

" Princess aunty dah sedar lah.. Meh, sini aunty rindu la dekat tembam aunty ni." Agah Najiha saat bulat mata Elya merenung ke arahnya.

Lebar senyum anak kecil itu mengangkat tangan ingin didukung Najiha. Tanpa menunggu lagi, Najiha terus mengambil Elya dari pangkuan Elfan dan tika itu juga Elfan dipanggil seseorang dan dia meminta diri meninggalkan Elena bersama Najiha yang sedang meriba Elya itu.

" Dah jumpa aunty Jiha dia terus lupa ibu ya." Usik Elena membuatkan anaknya mengekek tawa.

" Mestilah! Aunty Jiha kan her favourite aunty." Ujar Najiha lalu mengomol pipi tembam Elya.

" Kau jangan main tarik tali lagi, Jiha. Mungkin kali ni jodoh yang Allah hantar untuk kau." Elena bersuara. Najiha tersenyum.

" Ke kau masih teringatkan Harry?" Soal Elena lagi.

" Takdelah, Allah dah tunjukkan aku yang Harry bukan jodoh aku. Mungkin agama dan budaya halangan bagi aku dan Harry dan aku terima semua tu. Cuma kali ni aku terfikir, aku bukan cukup baik untuk Helman. Dia tu baik sangat la, El." Ujar Najiha lemah.

" Sebab tu Allah nak jodohkan kau dengan dia. Sebab kau baik, dan Allah akan jodohkan orang yang baik dengan jodoh yang baik. Even aku dulu jahat pun Allah tetap jodohkan aku dengan Elfan yang baik. Sebab Allah sayang hambaNya."Ujar Elena.

" Kau tak jahat,El. Kau hanya trauma dengan kisah silam kau. Dan sekarang aku tengok kau dah bahagia dengan keluarga kau..."

" Sebab tu aku pun nak tengok kau bahagia jugak. Umi pun sama, dia risau bila kau tinggal sorang." Ujar Elena lagi. Najiha hanya senyum mendengarnya tanpa mahu membalas.

Elena pula tidak mahu menyambung lagi hal itu. Dulu dia dapat lihat harapan Najiha pada Harry namun sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang, halangan dari keluarga jugalah membuatkan Najiha mengundur diri. Sejak itu Najiha seakan tidak mahu berbicara tentang hal hati dan perasaan. Namun dia sebagai sahabat baik, akan sentiasa mendoakan kebahagiaan buat Najiha.

SELIMUT dibetulkan lalu sebuah kucupan lembut dihadiahkan buat permata hatinya. Tanpa sedar bibirnya tersenyum. Wajah anaknya saling tak tumpah wajah suaminya malah ada mengusiknya agar mengandung lagi untuk dapatkan wajah miripnya. Namun, wajahnya atau wajah sesiapa pun dia tetap akan menyayangi darah dagingnya malah dia serta Elfan akan mencurahkan segala kasih sayang buat anaknya itu sebaiknya. Sedang ralit dia melihat anaknya tidur, tiba- tiba ada tangan kekar memeluk pinggangnya. Sebuah kucupan singgah dipipinya membuatkan dia tersenyum.

" Our daughter, abang." Ujar Elena.

Elfan turut merenung ke arah anaknya yang sedang tidur itu. Dia tersenyum.

" Our princess. Thank you sayang. I'm the happiest person in the world. Abang ada isteri yang abang cinta dan anak penyeri hidup kita. Hidup abang dah lengkap sekarang." Ujar Elfan sambil mengeratkan pelukannya.

Elena tersenyum lalu memori lama menyinggah kembali. Dari benci menjadi cinta, berkat kesabaran suaminya itu akhirnya kini mereka bahagia.

" Dulu El anggap tika kita kena tangkap basah itu adalah perkara yang paling teruk pernah El alami dalam hidup El tapi benarlah, setiap kejadian ada hikmahnya. Rupa- rupanya Allah satukan jodoh kita berdua yang dah tertulis dalam takdir." Elena memusingkan tubuhnya menghadap Elfan lalu dia menekap wajah suaminya itu dengan tangannya.

" I love you abang. El nak habiskan usia El dengan abang dan anak- anak kita nanti." Ujar Elena romantis.

" I love you too sayang. One and only, my queen" Balas Elfan romantik.

Setahun kemudian.....

DIA merenung lama ke arah wajah- wajah dia sayangi yang sedang tersenyum melayan tetamu. Kini hatinya tenang dan damai melihat keluarga kembali bersatu. Dalam kekhilafan dirinya, Allah masih mengabulkan doanya untuk mengecapi bahagia. Terima kasih ya Allah kerana menyatukan kembali keluarganya dan merawat luka yang lama terpendam. Dirinya masih menanggung rasa bersalah namun setiap masa dia tetap akan meminta keampunan dariNya.

" Papa?"

Dia menoleh saat susuk tubuh Elfan duduk disebelahnya. Diriba menantunya itu pula ada cucunya yang sedang bermain dengan mainan ditangan.

" Papa tak makan lagi ke? Dari tadi Fan tengok papa tak jamah apa- apa pun." Soal Elfan.

TS Emran tersenyum.

"Biar tetamu kita kenyang dahulu, papa makan nanti." Jawab TS Emran sambil merenung para tetamu yang sedang menjamu selera.

Akhirnya selesai sudah majlis doa selamat kecil kecilan yang diadakan dirumah agamnya itu bersempena dia dan isterinya yang akan menunaikan haji pada tahun itu.

" Papa gembira tengok Elena sekarang. Wajahnya berseri- seri, beza saat kali pertama papa jumpa dia dulu. Terima kasih Elfan kerana merawat luka dihati Elena. Terima kasih kerana buatkan anak papa terima papa kembali. Sekarang hati papa dah tenang. Elena ada kamu, dan Erika ada Amsyar. Papa harap anak menantu papa hidup bahagia hendaknya. Papa dah tua, Fan. Sampai masanya papa akan tinggalkan dunia ni dan papa harap menantu papa dapat jaga anak- anak papa dengan baik." Tambah TS Emran lagi sambil menepuk perlahan bahu Elfan.

Elfan tersenyum nipis, sebak mendengar kata- kata papanya itu.

" InsyaAllah pa. El dan anak- anak adalah nyawa Fan. Dengan izin Allah, Fan akan jaga amanat yang diberikan."

"Meh sini cucu atok." TS Emran mengambil Elya yang berada diribaan Elfan. Mengekek tawa sikecil berusia hampir dua tahun itu saat digomol datuknya.

"Ayang atok!!" mulut sikecil itu berbunyi sambil memeluk tubuh TS Emran.

" Mentang- mentang sepupu baru nak lahir. Makin manja dengan atok ya. Takut la tu, kena share atok dan nenek dengan sepupu baru nanti." Usik Elfan pula. TS Emran melepaskan tawa saat melihat cucunya mencebik bibir. Mahu menangis diusik ayahnya.

" Shhh.. Jangan sedih, atok sayang cucu atok sama rata. Tapi Elya special sebab Elya cucu princess atok." Ujar TS Emran memujuk. Terus lebar senyum Elya saat itu. Elfan menggeleng kepala melihat teletah anak daranya itu.

" Haihh baru nak dapat sepupu dah jealous macam ni. Kalau dapat adik macam mana la gamaknya." Ujar TS Emran lagi mengundang tawa Elfan.

" Fan, janji dengan papa jaga Elena, mama baik- baik ya? Andai papa dah takde di dunia ni, papa nak Elfan dan Amsyar jaga keluarga kita. Jaga mama, Elfan dan Amsyar saja harapan papa."

Elfan tersentak saat mendengar kata-kata dari bapa mentuanya itu. Saat melihat ke mata papanya yang memandangnya sayu, hatinya mula terdetik sesuatu namun cepat- cepat dia hapuskan rasa tidak enak itu.

" InsyaAllah, pa. InsyaAllah." Balas Elfan tersenyum nipis.

"SAYANG?"

Elena yang sedang merenung gambar papanya itu tersentak lalu cepat- cepat dia lap air mata dipipinya itu dan menoleh ke arah suaminya yang sedang menghampirinya.

" Sayang sedih lagi?" Soal Elfan sambil duduk di sebelah isterinya itu lalu bahu Elena dipeluk penuh kasih.

Sebulan telah berlalu sejak mereka kehilangan TS Emran. Tidak menyangka kata- kata papanya yang ingin meninggal dunia di Mekkah akhirnya ditunaikan Allah. Pada pagi aidil adha, Elena mendapat panggilan daripada mamanya yang berada di Mekkah ketika itu mengatakan selepas selesai haji, papa rebah didepan Kabbah saat melakukan solat sunat betul- betul sehari sebelum mereka pulang ke Malaysia. Dan terus menghembuskan nafas disitu juga. Dan Dimakamkan di tanah perkuburan di sana. Dan mereka sekeluarga redha dalam masa yang sama gembira kerana Allah mendengar permintaan insan yang mereka sayang itu.

" El tak sedih, cuma rindukan mereka ni." Ujar Elena sambil menunjukkan gambar keluarga mereka.

" Ini ibu, papa, dan baby ni Emir." Ujar Elena lagi. Elfan turut melihat gambar lama itu.

" Dan budak comel rambut tocang dua ini ialah wanita yang paling abang cinta. Lea Elena." Tambah Elfan lagi. Tersenyum Elena mendengarnya.

" Ada muka Elya sikit. Comel!" Komen Elfan lagi.

" Elya campuran Elena dan Elfan. Penyeri keluarga kita." jawab Elena.

" Dan disini juga bakal menambahkan lagi seri dalam keluarga kita." Ujar Elfan sambil menggosok perut kempis Elena.

Tiada kata yang mampu diungkapkan sebagai tanda syukur selain Alhamdulillah. Saat mereka kehilangan, Allah mengurniakan satu nyawa didalam rahimnya. Dan dia bersyukur atas hikmah yang diberikan.

" I love you abang. Terima kasih kerana merawat luka dihati El dengan cinta abang." Ucap Elena.

" I love you more, sayang. Abang bersyukur kerana Allah hadiahkan isteri yang cukup sempurna buat abang. InsyaAllah abang akan jaga dan lindungi keluarga kita dengan sebaik mungkin." Balas Elfan lalu mengucup lembut dahi Elena.

Bahagia, itulah yang dirasai Elena tika itu. Disebalik luka, pasti ada ubat yang menyembuhkannya iaitu kemaafan.

******* TAMAT*******

akhirnya tamat sudah kisah Elena dan Elfan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan jika hati kita memaafkan dan redha, nescaya kita insan yang paling bahagia.... dengan ini BIARKU RAWAT LUKA DIHATIMU melabuhkan tirai. terima kasih kerana membaca. Salam sayang dari CE ??

Share this novel

Nurhayati Mohd Salleh
2024-12-12 18:58:09 

alhamdulillah,, tahniah CE.. harap ada cerita baru lagi..

Mamaa
2024-12-02 07:51:41 

t.kasih CE...


NovelPlus Premium

The best ads free experience