BAB 11

Romance Completed 192587

LAJU langkah kaki panjangnya menuju ke ruang kecemasan hospital. Matanya meliar mencari wajah yang membuatkan jantungnya tak senang tika itu. Selagi dia tidak melihat wajah itu selagi itu hatinya risau.

" Abang!"

Elfan mencari punca suara Erika dan saat jumpa terus dia berlari anak mendekati.

" Mana Elena? Dia okay ke?!" Soal Elfan kalut sambil memegang kedua lengan Erika.

Bagai terhenti degup jantungnya saat menerima panggilan daripada Erika yang menyatakan Elena kemalangan. Terus dia berkejaran ke situ sampai meninggalkan kliennya dari Indonesia di pejabat. Mujurlah tetamunya itu memahami saat dia menyatakan dia punya kecemasan.

" Akak dekat dalam, tengah cuci luka." Ujar Erika.

" Teruk ke luka Elena? " Soal Elfan lagi.

Baru Erika ingin menjawab, tiba- tiba pintu di sebelah tempat mereka berdiri dibuka dari dalam dan saat itu wajah Elena terpacul dimuka pintu. Terus Elfan mendekati Elena. Matanya laju membelek dari kepala sehingga kaki isterinya itu bagai mengimbas jika ada kecederaan. Matanya sempat menangkap pergelangan tangan Elena yang berbalut.

"Elena okay? Cedera dekat mana? Teruk ke?" Elfan terus menembak dengan soalan. Jelas terpancar riak risau di wajah lelaki itu. Elena terkedu saat melihat kegelisahan di wajah Elfan. Dia juga terkejut saat keluar tadi, wajah itu yang menyapa matanya. Dari penampilan Elfan yang kemas bersuit kerja, pasti lelaki itu dari pejabat. Sempat dia menjeling sekilas ke arah wajah Erika yang turut berubah lega saat melihatnya.

"Ehem... Saya okay, luka sikit dekat tangan je." Ujar Elena.

" Alhamdulillah, syukur awak tak cedera teruk. Terkejut saya bila Eri call cakap awak accindent" Ujar Elfan lega.

Elena tak tahu ingin beriak bagaimana. Melihat wajah kerisauan Elfan membuatkan hatinya merasa sesuatu.

" Dah, jom kita balik. Ada kena ambil ubat ke?" Soal Elfan lagi.

Elena hanya mengangguk kepalanya.

" Biar Eri ambilkan. Akak dan abang pergi dulu tunggu Eri dekat kereta. Kesian kak Elena." Ujar Erika lagi.

Akhirnya Elena mengekori langkah kaki Elfan menuju ke kereta lelaki itu. Saat tiba di parkir, Elfan membukakan pintu disebelah penumpang dan Elena terus merombos masuk kedalam. Selesai menutup pintu, terus Elfan berlari anak ke sebelah pemandu dan setelah masuk terus saja enjin kereta dihidupkan dan penghawa dingin dihidupkan bagi keselesaan isterinya itu.

Sunyi. Elena hanya membisu manakala Elfan pula diam sambil merenung ke wajah Elena yang seakan sedang mengelamun itu.

" Macam mana boleh terjadi?"

" Hah??"

Elena yang baru tersedar dari lamunan terpinga-pinga saat mendengar suara garau Elfan.

" how the accident happened? Apa yang berlaku sebenarnya? Eri cakap El cuba selamatkan dia dari kena langgar kereta. Betul ke?" Soal Elfan.

" Eri dah explain tu iya la." Jawab Elena ringkas. Dia malas mengulas hal itu lagi. Tangannya masih sakit dan berdenyut. Mujurlah lukanya tidak memerlukan jahitan.

" Apa yang El nampak sebelum Eri nak kena langgar? Is there anything that i should know, wifey?" Soal Elfan tidak puas hati. Elena menelan liurnya saat melihat mata Elfan yang tajam memanah. Sejak tadi lagi Elena asyik memikirkan kejadian yang terjadi. Entah kenapa hatinya merasakan sesuatu yang tidak elok.

Baru sahaja Elena ingin bersuara tiba-tiba pintu tempat duduk belakang dibuka dari luar. Erika melangkah masuk membuatkan Elena dan Elfan terus membisu.

" Ini ubat akak." Ujar Erika lalu menghulurkan plastik putih. Elena tanpa kata terus menyambut. Sempat dia menoleh ke arah Elfan sebelum memandang ke depan.

Elfan berdehem.

" Kereta El saya dah minta staf saya bawa balik. Kebetulan tadi dia datang hospital dengan saya tadi then saya ambil kunci kereta El dari Eri. Esok saya minta driver papa bawa balik." Ujar Elfan sambil memandang ke arah Elena dengan pandangan yang hanya Elena yang memahaminya. lalu kereta mereka meninggalkan perkarangan hospital itu.

ELENA merebahkan badannya ke katil barulah dia menarik nafas lega. Selesa. Saat tiba dirumah tadi, TS Emran dan PS Maria sudah terpacak didepan pintu. Masing-masing sibuk menanyakan keadaannya namun dia hanya menjawab dengan acuh tak acuh sahaja sebelum dia meminta untuk masuk ke biliknya. Dan tadi PS Maria menghantar makanan untuknya kononnya tidak mahu dia banyak bergerak dan takut tempat luka itu berdenyut kembali. Makanan itu pun masih lagi tak bersentuh, dia tidak ada selera kerana badannya mula rasa sengal- sengal akibat jatuh terhentak tadi.

Menginggat kembali kejadian siang tadi, terus dia memikirkan kembali apa yang dilihat sebelum kejadian. Ketika mendengar perut Erika berkeroncong, entah kenapa laju keretanya berhenti di gerai waffle yang kebetulan ada di tepi jalan. Dan ketika dia menunggu pesanannya siap, tiba-tiba matanya menangkap sebuah kereta Waja yang jaraknya hanya dalam seratus meter darinya. Dia cam kereta tersebut yang mengekorinya dari kampus lagi. Dahinya berkerut sehinggalah wajah Erika menerpa matanya. Dia melihat Erika melangkah ke arahnya dan saat itu meluas matanya apabila kereta Waja yang dilihat tadi meluru ke arah Erika. Kerana itulah dia terus menarik Erika dari dilanggar kereta tersebut.

Bunyi ketukan mematikan lamunannya. Terus dia mencapai tudung sarungnya lalu dipakai ke kepala. Dia seakan dapat meneka siapa yang mengetuk biliknya itu. Betul tekaannya saat wajah Elfan terpacul dimuka pintu.

" Dah makan ubat?" soal Elfan.

Gelenggan Elena membuatkan Elfan mengeluh perlahan.

" kenapa tak makan ubat? nanti tak boleh tidur. Tangan akan berdenyut. Ubat luka dah sapu?"

Elena hanya menggelengkan kepalanya.

" Dah makan?"

Dan kali ini keluhan Elfan lebih kuat saat kepala Elena menggeleng lagi. Tanpa kata, Elfan terus menolak pintu bilik agar terbuka lebih luas lagi dan dia terus melangkah masuk ke dalam bilik Elena.

" Eh! Awak nak buat apa ni?!" Soal Elena saat Elfan menutup pintu biliknya.

" Kenapa? Saya tak boleh ke masuk bilik isteri saya? " Soal Elfan kembali.

" Buat apa awak masuk bilik saya? Masuk la bilik awak sendiri!" Bentak Elena geram.

" Sebab isteri saya ni tak nak makan ubat! so saya sebagai suami kena pastikan isteri saya yang manja ni makan ubat!" Ujar Elfan lagi membuatkan Elena terkedu.

" Saya tak manja la!" tanpa sedar Elena merengek marah. Elfan menahan senyumnya saat mendengar.

" Jiha dah pesan dekat saya suruh pastikan Lea Elena ni makan ubat sebab dia cakap isteri saya ni takut betul dengan ubat ni." Ujar Elfan lembut sambil merenung ke dalam mata Elena.

Elena segera mengalihkan pandangannya. Dia berdehem sekali lalu menjarakkan dirinya dari Elfan.

" Awak beritahu Jiha pasal kejadian tadi ke? "

" Yup, sambil inform dia yang awak MC seminggu."

" Kan awak dah janji takkan beritahu! Lagipun saya tak nak guna pun MC yang doktor bagi tu. Saya boleh bekerja." Marah Elena. Seminggu tinggal di rumah ini boleh buat dia gila. Selama ni pun dia hanya ada waktu malam sahaja. Itupun hanya duduk di dalam bilik, malah makan malam pun jarang sekali dia sertai. Inikan pula seharian di rumah ini. Nak hadap wajah-wajah di dalam rumah ini lagi!

" Saya janji takkan beritahu umi,bukan Najiha. Lagipun saya dah pesan dekat Jiha jangan beritahu umi sebab tak nak umi risau. Pasal MC, you still can't go to work! El kena rehat sehingga tubuh tu betul- betul sihat. Period!"

Muncung mulut Elena saat itu. Elfan tidak mengendahkan riak wajah Elena yang jelas tidak berpuas hati itu.

"Dan Sebab tu wifey, El kena makan ubat dan luka tu pun kena sapu ubat. Barulah luka El cepat sembuh dan boleh pergi. Umi takkan tahu tentang hal ni." Sambung Elfan lagi.

" Nanti saya makan la ubat tu. Awak boleh keluar." Ujar Elena mengalah. Sungguh dia tidak selesa berdua bersama Elfan di ruangan ini walaupun status mereka sudah halal. Bagi Elena, Elfan tetap orang asing. Kau pasti Elena? Desis hatinya tanpa sedar.

" Nope! Saya nak tengok dengan mata saya sendiri El makan ubat. Duduk!" Arah Elfan lalu menolak perlahan bahu Elena agar duduk dibirai katil.

Elena mengalah lalu melabuhkan punggungnya. Dilihat Elfan mengambil plastik ubat yang berada di atas meja berhampiran lalu dulang makanan diambil. Elfan meletakkan dulang makanan itu di tepi Elena lalu kerusi meja solek ditarik dan diletakkan di depan Elena. Dia melabuhkan punggungnya lalu dulang makanan diambil kembali.

" Makan dulu then baru boleh makan ubat." Ujar Elfan lalu dia mengangkat sudu yang berisi nasi serta lauk itu ke mulut Elena.

Terkedu Elena melihat kelakuan Elfan. Sungguh dia tak sangka lelaki itu sanggup melayaninya sebegitu. Dia mula sedar yang layanan Elfan dari dulu tetap sama, malah sejak mereka nikah lelaki itu semakin bersungguh melayaninya walaupun sedingin ais yang dibalasnya. Hati yang keras makin lama pun akan cair.

" Bismillah..." Ujar Elfan dan bagai dipukau Elena membuka mulutnya. Tersenyum Elfan memandangnya. Terus degupan jantungnya berubah tempo. Elena tahu hatinya sudah menderhaka namun dia hanya membiarkan sahaja. Terlalu awal untuk dia menerimanya dan dia takut untuk sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.

Sedar tak sedar sepinggan nasi habis dimakannya. Elfan menghulurkan air kosong dan dia terus membuka plastik ubat. ubat tahan sakit serta antiboitik diletakkan di tapak tangannya namun dia hanya merenung ubat tersebut tanpa mahu menelannya. Berkerut wajah Elena saat membayangkan betapa pahitnya ubat tersebut.

" Telan la ubat tu.."

Elfan perasan akan wajah Elena yang berkerut itu.tersenyum nipis dia.

" Kalau tak boleh telan, minum air dan terus makan ubat tu. Then minum air lagi sekali, buat cepat-cepat so that tak rasa pahit dia." Ajar Elfan lagi.

Elena mencuba cara yang diberitahu Elfan dan akhirnya ubat- ubat tersebut berjaya ditelan.

" Now saya nak sapu ubat dekat luka tu pulak. Give me your hand." Pinta Elfan.

Bagai disumpah Elena hanya menghulurkan tangannya yang berbalut itu. Elfan terus membuka balutan dan terus dia menyapu ubat luka. Saat Elena mendesis pedih tika ubat bersentuhan dengan luka, Elfan memohon maaf dan dia cuba lakukan selembut yang boleh agar Elena tak sakit. Tanpa Elfan sedar, Elena memerhati setiap apa yang dia lakukan.

Elena merenung wajah Elfan yang menunduk itu. Dari situ dia dah nampak betapa mancungnya hidung lelaki itu. Wajah memang tidak dinafikan kacak, pasti ramai wanita yang ingin memilikkinya bukan sahaja kerana rupa namun kedudukan lelaki itu jugak tapi namun akhirnya menjadi suaminya. Bagaimana dengan Maya? wanita yang dia jumpa saat di stadium dulu. Namun setelah sebulan mereka bernikah, tak pernah lagi dia melihat gadis itu. Yela takut juga jika perkahwinan mereka itu diketahui gadis itu, mahu dia kena serang nanti namun tiada. Ingin dia bertanya tapi egonya menghalang. Dan dia tahu perkahwinannya itu masih dirahsiakan dari pihak luar malah hanya warga Titian Jannah sahaja yang tahu bahawa dia anak kandung TS Emran dan dia sendiri tak nak orang luar tahu tentang itu.

" Okay, done! "

Elena mengalihkan pandangannya saat mata Elfan naik mencari wajahnya. Dia melihat balutan yang kemas itu dan tangan Elfan masih lagi memegang tangannya, namun tidak pula dia ingin melepaskannya.

" Thank you..." Ujarnya mengundang senyum nipis Elfan. Terbias lekuk lesung pipit lelaki itu.

" My pleasure, wifey. Yang penting El cepat sembuh. Nak tercabut jantung saya bila Eri call saya tadi. I'm scared if any worst thing happen to you." Ujar Elfan merenung ke dalam mata Elena. Lama sehinggalah Elena mengalihkan pandangannya.

Elfan mengemas kotak first aid yang digunakan tadi.

" Sebenarnya ada sesuatu saya nak tanya El but you look exhausted. Rehatlah, cuma nanti harap El dapat ceritakan apa yang terjadi..." Ujar Elfan lalu dia berdiri. Kotak first aid dan plastik ubat diletakkan ke meja yang berhampiran.

" Anything, saya ada dekat sebelah. Good Night.." ujar Elfan lalu meninggalkan bilik tersebut.

Elena masih kaku di birai katil. Dia hanya memandang tubuh Elfan yang sudah menghilang di balik pintu.

DIA menuruni tangga dengan cukup perlahan. Kalau boleh satu bunyi pun tak nak terhasil kerana dia tidak mahu penghuni rumah ini sedar. Apabila sampai di bawah, dia mengintai sikit ke arah dapur dan saat tu dia melihat hanya bibik yang sedang menyiapkan bahan memasak tepat pukul7, PS Maria akan turun memasak kerana itulah rutin harian wanita itu yang sudah dihafalnya. Sekarang baru pukul 6.40 pagi dan dia yakin mereka semu nasih berada didalam bilik. Peluang inilah yang harus dia gunakan. Walaupun Elfan melarangnya pergi kerja tapi dia yidak betah untuk duduk di dalam rumah ini sepanjang hari, jadi ini saja caranya untuk dia keluar.

Tanpa menunggu lagi, laju kakinya mencicit ke pintu keluar dan pintu dibuka perlahan- lahan. Terus dia meloloskan badannya keluar. Dan sedang cukup berhati- hati dia menutup pintu tersebut agar tiada bunyi terhasil. Berjaya!

" Nak pergi mana?"

Terlompat Elena saat mendengar suara garau dari belakangnya. Laju dia menoleh ke belakang dan wajah Elfan yang sedang berpeluk tubuh dengan wajah serius merenung ke arahnya. Sempat Elena meneliti tubuh lelaki itu. berjersi hitam tanpa lengan serta seluar trek tiga suku berona sama dan berkasut sukan putih. Pasti Elfan baru ingin keluar berjoging, kenapalah dia boleh lupa rutin Elfan yang satu itu. Dan apabila matanya naik ingin memandang wajah itu kembali sempat matanya dijamu dengan lengan sasa Elfan yang masih berpeluk tubuh itu. Namun yang paling penting sekarang ialah wajah serius lelaki itu, dia sudah terkantoi.

" 6.45 pagi, nak pergi mana awal- awal macam ni?" soal Elfan lagi sambil melihat waktu di jam tangannya. Dia sudah tahu tujuan Elena yang cantik berbaju kurung itu, dia sempat melihat beg yang selalu Elena guna saat ke kampus. Tidak lain tak bukan pasti gadis itu ingin ke tempat kerja.

Elena menggaru tepi keningnya. Jelas riak wajah bersalahnya tika itu.

" As i told you last night that you're on sick leave for a week,Elena. Sekarang awak nak pergi kerja dan awak sengaja keluar awal- awal pagi agar kami semua tak sedar kan?" Tebak Elfan lagi.

" Tapi saya banyak kerja! Nak siapkan kertas soalan lagi!" Balas Elena perlahan.

" Then, kalau penting sekali pun El boleh work from home kan? Tak perlu keluar dari rumah pun." Balas Elfan pula.

" Tapi ada discussion dengan other lecturer as well!"

" Do zoom meeting. Easy!"

" Tapi..."

" Tapi apa lagi,Elena? Tapi El tak suka tinggal di rumah ni? macam tu?"

Terdiam Elena saat apa yang diteka Elfan mengena. Elfan menggelengkan kepalanya lalu menarik tangan Elena agar duduk di kerusi yang berdekatan situ. Sempat dia sambar beg bimbit yang Elena pegang menggunakan tangan yang cedera. Mereka duduk di sofa outdoor di ruang laman rumah itu.

" Kenapa El masih ada rasa tu? Dah sebulan kita tinggal di sini dan selama ni saya ingat El dah boleh terima rumah ni sebagai rumah El juga. Saya tahu, walaupun El selalu mengelak dari duduk bersama mama papa,saya dan Eri tapi saya gembira bila El tak lagi lari macam dulu." Ujar Elfan merenung ke dalam mata Elena. Dia cuba mendalami isi hati isterinya itu.

" Mama ada buat yang tak elok ke dekat El? Eri ada cakap sesuatu yang menyakitkan hati El ke? Papa ada marah El ke? dan saya sendiri ada sakitkan hati El?" Soal Elfan lagi.

Elena hanya diam. Hanya satu jawapan untuk soalan Elfan itu. Tidak. Mereka semua melayaninya seperti seorang puteri. PS Maria selalu cuba berbual dengannya malah sentiasa menyambutnya pulang dari kerja walaupun dia tetap dingin. Erika pula jelas mengasihinya sebagai seorang adik. Malah dia diutamakan, dan jika mereka makan bersama, pasti gadis itu mencedok lauk ke dalam pinggannya. TS Emran pula sering kali mendekatinya untuk berbual dari hati ke hati namun saat ayahnya itu mendekat, pasti dia akan menjauh. Elfan. Suaminya, Segala tentang lelaki itu sempurna. Elfan tak pernah marah malah tingkah laku lelaki itu membuatkan sesuatu hadir dalam hatinya. Namun, saat hatinya mula ingin menerima, pasti igauan lalu muncul kembali seperti filem yang ditayang tanpa henti. Terus luka itu berdarah kembali.

" Elena, saya tahu luka dihati awak sangat parah. Izinkan saya rawat luka dihati El. Allah dah takdirkan kita bersatu dalam hubungan ini dan pasti ada hikmahnya. Allah sayangkan umatnya, pasti Dia tak mahu El terus berduka. Ampunkan salah silap papa mama. Ini keluarga El sekarang, arwah ibu pasti bahagia di sana jika El gembira disini." Ujar Elfan lagi. Tangan Elfan turut mengenggam kedua tangan Elena tanpa sedar.

Lama Elena tenggelam didalam renungan Elfan. Dalam diam hatinya bagai terpujuk dengan kata- kata Elfan sehinggalah tiba- tiba ada bunyi hon yang panjang dari luar rumah menyedarkan Elena. Terus terimbas kembali kenangan dua puluh tahun yang lalu. Darah, orang ramai, polis dan akhir sekali plastik hitam yang menyelimuti mayat ibunya.

Tersentak Elfan saat Elena merentap tangannya. Saat Elena berdiri dan ingin berlalu, sempat Elfan menyambar tangan isterinya itu.

" Elena?..."

" Saya cuba,Elfan. Saya cuba untuk berdamai dengan takdir tapi setiap kali saya cuba. Bayangan lalu datang menoreh kembali luka saya. Apa yang saya harus lakukan? Tengok wajah mereka pun buatkan hati saya sakit. Apatah lagi untuk menerima mereka!"

" Hati El kena memaafkan papa dan mama. Selagi El tak redha selagi itu syaitan akan terus menghasut. Mama sayangkan El, papa rindukan anak sulungnya. please, sayang!" Elfan mengeratkan genggaman tangan Elena.

Terkedu Elena saat mendengar buat pertama kali Elfan memanggilnya sayang. Renungan Elfan yang penuh kasih itu membuatkan hatinya mula sejuk bagai baru dihujani salju. Dengan perlahan dia menarik tangannya dan tanpa kata dia terus melangkah masuk tanpa menghiraukan Elfan yang masih disitu. Hatinya perlu bertenang.

ELFAN melangkah mendekati PS Maria yang sedang merenung ke arah tangga itu. Dia tahu apa yang sedang bermain difikiran wanita separuh usia itu.

" Mama..."

PS Maria menoleh ke arah Elfan yang baru melabuhkan punggungnya di sebelah.

" Mama tengok apa?" Soal Elfan lagi.

" Elena. Sejak siang tadi tak turun- turun. Bibik panggil pun dia tak nak turun. Makanan yang dihantar pun tak bersentuh. Risau mama." Ujar PS Maria risau.

" Elena dah makan tadi,ma. Masa mama keluar tadi Elfan nampak Elena turun. Kebetulan bibik tengah rehat, sebab tu bibik tak tahu Elena dah makan." ujar Elfan tenang.

" Betul ke ni?" soal PS Maria.

Elfan mengangguk sambil tersenyum nipis. Disebabkan kejadian awal pagi tadi, dia turut tidak ke pejabat. Risau jika Elena masih mahu meneruskan misinya untuk keluar. Malah sempat dia mengarahkan PAnya agar menghantar dokumen ke rumah. Memang sejak kejadian pagi tadi, Elena terus mengurung diri di dalam bilik sehinggalah petang tadi dia ternampak Elena turun dan ke dapur. Sempat dia mengintai apa yang gadis itu buat dan melebar saat dia melihat Elena makan masakan yang mama masak khas untuk gadis itu. Dia tahu, Elena tahu siapa yang masak lauk itu namun dia tetap menjamahnya. Jauh di sudut hati Elena sudah menerima mama, papa dan Erika dalam hidupnya cuma egonya menidakkan tapi sometimes action speak louder. Tersenyum dia saat itu. Tidak mahu menganggu, dia meninggalkan Elena disitu.

" Lega mama kalau macam tu. Mama tak nak Elena bertambah sakit dan seksa diri dia hanya kerana tak nak tengok muka mama. Mama tahu dia tak suka mama dekat dengannya. Tapi mama nak Elena tahu yang mama sayang dia sama macam mama sayang Eri dan Elfan. Mama nak peluk Elena dan minta keampunan dari dia. Mama tahu sebab keluarga mama, Elena lalui hidup yang perit." Ujar PS Maria sebak. Elfan memeluk bahu PS Maria erat.

" Insha Allah, Ma. Elfan yakin suatu hari nanti Elena sendiri akan peluk mama dulu. Berikan Elena masa ya ma? Kita doa banyak- banyak agar hatinya lembut menerima kita dalam hidup dia." ujar Elfan. PS Maria mengangguk kepalanya.

" Janji dengan mama, Elfan akan bahagiakan Elena. Jangan lukakan hati dia ya?" pinta PS Maria.

" Elfan janji ma. Elfan takkan lukakan hati dia..." Balas Elfan.

TEKUN dia merenung ke arah skrin laptop, meneliti setiap butir perkataan yang terpapar agar tiada silap. Akhirnya dia mengalah saat Elfan tidak membenarkan dia pergi kerja malah lelaki itu juga turut tidak ke tempat kerja sepanjang dia cuti sakit ini kecuali jika ada hal penting baru dia keluar.

Tiba- tiba satu mug diletakkan di tepi laptop miliknya itu dan terus dia mendongak mencari wajah si pemberi. Wajah kacak Elfan menghiasi kornea matanya saat itu. Dan mug berisi kopi itu ditenung sekali lagi.

" Minumlah, refresh yourself." Ujar Elfan sambil bersandar di dinding berdekatan Elena. Sememangnya dari tadi lagi Elfan memerhatikan Elena yang sedang melakukan kerjanya di sudut balkoni tingkat atas itu. Melihatkan Elena yang beberapa kali menguap, terus saja dia turun membancuh kopi untuk gadis itu.

" Terima kasih.." ucap Elena

" Kasih El sentiasa saya diterima.."Balas Elfan tersenyum.

Elena menghirup perlahan kopi itu, terpejam matanya menikmati kopi yang dibancuh Elfan. Sedap!

" How?" Tanya Elfan.

" so good..." jawab Elena jujur.

Makin melebar senyum Elfan mendengar pujian Elena.

" Pandai awak bancuh.." lancar Elena memuji lagi.

" Dulu masa study, saya pernah part time di coffee shop then the owner told me how to make g good coffee. Thanks to him." cerita Elfan.

Elena tersenyum nipis. Lalu dia menyambung kembali tugasannya.

" Tangan dah tak sakit ke?" Soal Elfan saat melihat Elena menggerakkan jemari dari tangan yang luka ke atas keyboard.

" Dah kurang, luka pun dah kering." Jawab Elena sambil melayangkan tangannya yang sudah tidak berbalut ke depan mata Elfan.

Elfan tersenyum melihat jemari yang runcing itu. ingin saja dia menyambar tangan itu lalu disimpan di dalam genggamannya namun dia tidak mahu Elena terkejut nanti.

" Terima kasih..."

Elfan mengalihkan pandangannya. Wajah Elena dipandang kasih.

" Terima kasih selalu sapukan ubat luka dan selalu ingatkan saya untuk makan ubat." Ujar Elena lagi.

" El isteri saya, jadi tanggungjawab saya untuk pastikan El sihat. dan Thanks to mama too sebab kalau saya tak sempat nak sapu ubat malam- malam tu, mama akan sapukan ubat tu lepas awak tidur." ujar Elfan.

Terkaku Elena saat mendengar kata-kata Elfan. Patutlah kadang- kadang dia terbau wangian milik PS Maria tika dalam tidur. Dia menyangka dia hanya mimpi saja. Elfan merenung ke wajah Elena yang sedang termenung itu.

" Saya ada permintaan. Harap El sudi tunaikan.."

Elena mencari wajah Elfan. Dia menanti apa yang bakal dipinta lelaki itu.

" Saya harap El dapat sama- sama duduk bersama tika masa keluarga. Walaupun El tak nak bercakap sekali pun tapi atleast ada sebelah saya. Kita cuba cipta momen kita dengan mama papa dan Eri, boleh?" ujar Elfan.

Elena menelan air liurnya. Dia hanya diam tak membalas. Elfan Mendekati Elena lalu menundukkan sedikit badan tingginya itu.

" I know you can, sayang. Do it for me,please." rayu Elfan lembut. Renungan terus menikam ke dalam hati masing-masing dan tanpa sedar Elfan menghadiahkan ciuman di kepala Elena yang bertudung itu.

Elena yang jelas terkejut tidak mampu berkata apa namun jantungnya terus bedegup kencang saat ciuman hangat itu meresap ke hatinya.

" Jangan stay sampai lewwat sangat. Good night." ujar Elfan lalu meninggalkan Elena yang masih kaku di situ.

Saat Elfan menghilang disebalik pintu biliknya. Terus tangan Elena naik ke dadanya. Degupan jantungnya dirasakan saat itu matanya masih setia memandang ke arah bilik Elfan.

' Dia buatkan hati ini terus menerus mengukir namanya...'

ROKOK ditenyeh ke ashtray di depannya.Namun matanya tajam memandang ke arah dua susuk yang sedang berdiri menunduk di depannya.

" Kerja senang pun kau orang tak boleh buat. Dua kali gagal!!" Jerkahnya garang.

" Maaf bos, kami tak boleh tunjuk sangat yang kami target dia. Saksi ramai bos sebab tu kami buat macam kemalangan." Ujar salah seorang yang sedang berdiri itu.

" Alasan!!! Kau tahu kan berapa banyak dah duit aku kau makan. Kalau Nyawa dia kau tak hapuskan, nyawa kau orang jadi galang gantinya!!"

Terus kedua- duanya menelan air liur saat mendengar kata- kata itu.

" Kau nak kau siasat siapa perempuan yang lagi seorang tu! Aku nak maklumat itu dalam masa dua hari, Faham!!??"

" Faham bos!!!" Jawab mereka berdua sebelum laju meninggalkan bilik itu.

Dia mengambil dat yang ada di atas meja lalu laju tangannya melempar ke dinding yang tergantung satu gambar keluarga.

" Nyawa dibalas dengan nyawa," Ujarnya dalam tawa yang sinis.

happy new year guyss..... untuk yang setia menunggu update, this is for you guys. Lots of love from CE 07/01/2024 0020hrs

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience