" Nora, Aku ceraikan kau dengan talak satu! Anak- anak kau boleh ambil dan jangan cari aku lagi"
air mata jatuh membasahi pipi wanita yang sedang duduk menunduk itu. Semudah itu dia dibuang suaminya. Hanya kerana diuji kesusahan, setegar itu suaminya menceraikannya
" Sampai hati abang buang Nora..." bisiknya perlahan.
Tanpa menunggu lagi, beg baju yang ada disudut dicapai dan saat ingin melangkah, tingkahnya itu terhenti saat ada pautan di kaki kirinya.
" Ayah nak pergi mana? kakak nak ikut ayah!" rengek kanak- kanak berusia enam tahun itu.
Si bapa terus meleraikan pautan itu.
" Kakak tak boleh ikut. Duduk sini dengan ibu!" Dan terus dia melangkah keluar dari rumah flat tersebut tanpa menoleh serta menghiraukan jeritan anaknya yang memanggilnya.
" Kenapa ayah tinggalkan kita, ibu? Kakak nak ikut ayah!" ujar anak kecil itu dalam tangisnya.
" Kakak tak boleh ikut ayah, sayang. Ayah pergi kerja, kakak kena duduk dengan ibu dan adik.." ujar si ibu dalam sebak. Bayi yang sedang lena di atas ribanya ditenung sejenak. Tanpa sedar air matanya gugur lagi. Apa yang harus dia lakukan bersama dua anaknya. Pintu rumahnya ditenung lagi, mengharapkan suaminya kembali semula namun harapan tinggal harapan kerana dia tahu, cinta suaminya sudah berpaling kepada wanita kaya. Dia tahu.
*******************
"Ibu, kenapa ayah tak balik? ayah dah tak sayang kita ke?" soal anak gadis yang berusia tujuh tahun itu.
" ayah kerja, sayang."
" Ibu tipu! Ayah dah tak sayang kita! Kawan kakak cakap, kalau ayah lama tak balik rumah maknanya ayah dah buang kita! Kakak benci ayah! "
" Kakak! tak baik cakap macam tu, Ayah bukan tak sayang cuma ayah tak boleh balik. Kakak tahu kan, berdosa jika benci ayah sendiri. Apapun terjadi, ayah tetap ayah kakak." pujuk si ibu sambil memeluk tubuh anaknya itu.
" Tapi dah lama ayah tak balik. Kakak rindu ayah, adik sakit pun ayah tak ada." Rengeknya lagi.
" Maafkan ibu, sayang. Maafkan ibu.."
Air mata yang jatuh dipipi disapu perlahan. dua tahun berlalu dah berlalu namun bekas suaminya ternyata mengotakan kata-katanya.
*****************************
" Kakak!"
Tersenyum gadis yang dalam seragam sekolah menengah itu saat memandang gerangan yang memanggilnya. Terus dia berlari anak mendekati ibu dan adiknya itu.
" Lama ibu dan adik tunggu? maaf kakak tolong cikgu sekejap tadi." ujarnya lalu mencium pipi adiknya yang berusia sepuluh tahun itu.
" Taklah. Bagus anak ibu ni tolong cikgu. Ibu bangga dengan kakak." ujar ibunya memandang sayang ke wajah anak gadisnya yang berusia lima belas tahun itu. Anak gadisnya semakin cantik dan wajahnya saling tak tumpah seperti bekas suaminya. Terus hatinya disapa sebak namun cepat- cepat dia menghalau rasa itu. Sepuluh tahun sudah berlalu. Segala perit yang harus dilaluinya sendirian.
" Ibu dan adik dah makan? " soalnya.
" Belum. Adik nak makan mee goreng boleh kakak?"
" Boleh, nanti kakak masakkan. Adik teman ibu dekat gerai, nanti lepas kakak siap masak kakak pergi gerai. Nanti kita makan sama- sama." ujarnya sambil tersenyum ke arah adik lelakinya itu.
" Yeayy!! terima kasih kakak. Adik sayang kakak dan ibu sangat- sangat." ujar si adik lalu memeluk erat kedua- duanya.
Tersenyum ibu dan kakaknya saat itu.
" Kakak balik dulu ya ibu. Kejap lagi kakak datang tolong ibu dekat gerai." ujarnya memandang ibunya.
Ibunya mengangguk. Itulah kehidupan mereka bertiga semenjak sepuluh tahun ini. Dialah yang harus membantu ibunya mencari rezeki untuk kelangsungan hidup. Dulu dia menyangka ayahnya meninggalkan mereka kerana berkerja namun semakin dia membesar semakin dia mengerti apa yang telah terjadi. Ayahnya tinggalkan mereka kerana mengejar cinta wanita kaya dan peristiwa itu tetap kukuh diingatannya. Ayah buang mereka dan langsung tiada khabar berita. Ya, dia marah dan terluka.
Pernah dia mencemuh ayahnya namun ibu selalu memujuk dan menasihati agar tidak membenci ayah. Ibu seorang yang baik tapi kenapa ayah sanggup buang kami. Dan demi menjaga hati ibu dan tidak mahu menderhaka, dia cuba untuk tidak membenci namun hatinya tetap terluka. Tipu jika dia cakap dia boleh terima semuanya. Orang lain datang dan balik sekolah ayah yang ambil mesyuarat sekolah pun ibu bapa semua datang tapi dia? bukan dia tidak suka ibu datang tapi dia tahu disebalik senyuman ibu, ada kesedihan yang diselindungkan. Jika tidak, tak mungkin ibu menangis saat melihat album gambar yang masih disimpan.
Sebab itu dia akan sentiasa menemani ibunya. Dia tidak mahu ibunya bersedih. Ayah buang mereka tapi dia nak ibu sedar yang dia dan Emir, adiknya tetap ada disamping. Dan dengan itu dia nekad untuk belajar bersungguh- sungguh dan ubah nasib keluarganya nanti.
" Kakak..."
Tersentak saat ibu menyentuh bahunya. Lalu wajah ibunya dipandangnya. Seperti biasa, bibir ibu sentiasa tersenyum.
" Ya, ibu."
" Ibu sayang kakak dan adik sangat- sangat. Ibu tak nak anak - anak ibu simpan dendam ya. Apapun terjadi ia qada dan qadar. Ibu nak anak- anak ibu sentiasa redha dengan semua yang terjadi. Dan kakak anak yang baik. Ibu yakin hati kakak sangat suci." ujar ibunya lembut.
Dia tersenyum mendengarnya.
Tidak semena- mena, ibunya menarik tubuhnya kedalam pelukan. Erat.
" Ibu sayang kakak sangat- sangat. Ingat pesan ibu ya. kakak kena kuat dan sentiasa memaafkan. Ibu nak anak- anak ibu menjadi insan yang baik." bisik ibu. Dia terkedu dan entah kenapa hatinya menjadi sebak namun dia tetap membalas pelukan ibunya itu.
" Kakak, Adik pun sayang kakak. " kali ini adiknya pula memeluk tubuhnya.
" Kalau macam ni, tak makan mee goreng la kita." gurau ibu.
" Nak makan mee goreng." ujar adiknya lalu melepaskan pelukan. Tertawa kecil dia melihat gelagat adiknya itu.
Setelah itu, mereka terus berpisah haluan. dia ke rumah manakala ibu dan adiknya ke gerai. Namun saat menjauh, hatinya merasa sesuatu yang aneh lalu dia menoleh ke belakang. Ternyata mata ibunya sedia menyambut pandangannya. Dia lihat ibunya melambai sambil tersenyum ke arahnya. Dan dia turut melayan dengan membalas lambaian itu.
Mee goreng yang masih berasap itu diletakkan ke dalam bekas plastik jernih putih. Tersenyum dia melihat makanan itu. Adiknya itu jarang meminta, mungkin kerana mengerti akan kehidupan mereka yang daif ini.
Selesai, dia ingin masuk ke bilik yang dia kongsikan dengan ibu untuk membersihkan diri namun baru saja dia melintasi tilam nipis usang yang menjadi tempat tidurnya, matanya menangkap satu plastik merah. Terus dia mencapai plastik itu dan saat dia membuka dan saat itu matanya meluas teruja. Terus dia keluarkan barang yang ada di dalamnya. Melebar senyumnya saat melihat sepasang baju kurung kotton berwarna merah jambu. Dia ingat baju ini. Baju ini yang dia pernah usap kerana dia sukakan tekstil yang sangat lembut
Tidak dia menyangka ibunya sanggup membelikan untuknya. Sebak rasa dadanya terharu dengan kasih sayang ibunya.
Tanpa berlengah, dia terus membersihkan dirinya kerana tak sabar dia ingin mengucapkan terima kasih kepada wanita yang paling dia sayang. Selesai berpakaian, dia terus menyarung tudung hitam dikepalanya lalu bekas berisi mee goreng itu diletakkan ke dalam plastik. Sempat dia membancuh air teh o untuk diminum ketika makan nanti.
Laju langkahnya menuju ke gerai ibunya. tersenyum dia sesekali melihat bekal yang dibawanya. Pasti adiknya makan banyak nanti. Makin lebar senyumnya saat itu.
Namun saat langkah kakinya makin mendekat, dia melihat orang ramai berkerumun di kawasan gerai ibunya. Kenapa ramai orang? tak mungkin orang mengerumun sebab ingin membeli. Namun saat melihat wajah cemas beberapa orang disitu, hatinya mula berdetak kurang enak, apatah lagi saat matanya dapat menangkap seperti ada lori besar disitu dan juga kereta polis
Langkah kakinya yang laju makin perlahan saat melihat sesuatu ditutup dengan plastik hitam Dan jantungnya seakan terhenti berdetak saat melihat pakaian dibawah plastik hitam itu. Dia kenal pakaian tersebut kerana baru sekejap tadi dia melihatnya.
Terlepas plastik yang membawa mee goreng itu ke atas jalan raya.
" Ibu!!!!!!!!"
Kedua kelopak matanya terbuka luas. Terus tegak tubuhnya. Nafasnya yang laju itu cuba dia tenangkan dengan Istighfar. Peluh membasahi wajahnya walaupun biliknya berhawa dingin. Dia menarik nafas panjang lalu dia melepaskannya perlahan. Jam di telefon dilihat, keluhan dilepaskan perlahan. Ini yang sentiasa berlaku kepadanya selepas sepuluh tahun kejadian itu berlaku. Tepat jam empat pagi dia akan tersedar dari mimpi ngeri itu. Mimpi itu seakan mengejar hidupnya. Dan dia sedar bahawa ini semua kerana hatinya punya satu rasa yang masih belum dapat dihapuskan dan baginya sampai bila- bila pun dia tidak mampu hapuskan. Luka.
Keluhan dilepaskan lagi lalu dia mencapai sepit rambut dan rambut ikalnya dikepit kemas. Bilik air dituju dan dia mengambil wuduk. Rutinnya setiap malam solat tahajjud dan surah Yassin dibaca untuk dihadiahkan buat insan tersayang yang telah kembali kepada Sang Pencipta.
" Morning sis!"
" Assalamualaikum Cik Najiha.."
Gadis yang baru melabuhkan punggung itu tersengih.
" Waalaikumussalam Cik Elena.. Pagi- pagi dah garang ni, period ek? habis la student kau nanti"
Elena hanya menggeleng kepalanya.
" Pagi-pagi dah fitnah aku. Kau tu, tahu la boyfriend mat salleh tapi kita ni orang Islam. Bagi salam."
" Baik ustazah... Nak feeling- feeling english morning pun tak boleh." Balas Najiha tersenyum yang tak pernah mengambil hati dengan kata-kata kawan baiknya itu. Dia tahu, Elena amat mengenali dirinya dan sikap Elena yang matang itu amat menyenangkan hatinya.
" Hari ni kau ada berapa kelas?" soalnya lagi kepada Elena.
" Full. Lagipun ada kelas ganti sebab minggu lepas aku kan EL." Jawab Elena sambil menghulur secawan kopi buat Najiha.
Tersenyum lebar Najiha saat melihat cawan yang berisi kopi berasap nipis itu. Kan dah cakap, Elena sangat baik.
" Thanks. Oh ya! lupa nak tanya, macam mana keadaan Safiya?"
" Alhamdulillah, dia okay je cuma luka kecil dan terseliuh kaki. Aku pun dah jumpa dengan ibu bapa pelajar tu. Mereka pun dah bertanggungjawab." ujar Elena tenang sambil menyisip perlahan kopi.
" Nasib baik la Umi call kau. Kalau aku, memang gaduh besar la dekat sekolah tu, silap- silap kepala budak tu aku luku. Berani budak tu buli adik kita." Ujar Najiha.
Elena tersenyum melihat kawan baiknya itu. Kejadian minggu lepas kembali terimbas, saat dia dalam perjalanan ke kelas, Umi menelefonnya mengatakan Safiya terjatuh tangga. Sempat Umi pesan agar tidak memberitahu Najiha kerana Umi cukup kenal anak-anaknya. Terutama Najiha yang kakak kawasan ni.
" Sebab Umi tak nak kecoh la Umi tak beritahu kau. Lagipun hal kecil je. Aku Tengok budak tu pun dah insaf."
" gila tak insaf kalau dah kena tarbiah dengan kau tu." Ujar Najiha tersengih. Elena bab psikologi minda orang memang juara, budak nakal pun boleh insaf.
Elena tertawa kecil.
" Atleast dia belajar dari kesilapan dia."
Balasnya lalu melangkah ke arah sink di bilik pantry itu. Cawan yang digunakan dibasuh lalu diletakkan ke dalam rak yang tersedia. Saat dia ingin melangkah keluar, Najiha bersuara.
" Lepas last kelas kau teman aku boleh?"
Dia menoleh ke arah Najiha. berkerut keningnya saat melihat sengihan kawan baiknya itu.
"Don't tell me..."
" Yes Elena."
" Not again.. Kau pun tahu aku tak suka pergi tempat macam tu" ujarnya kepada Najiha.
" Ala... please..." Rayu Najiha sambil mengerdip matanya beberapa kali.
KELUHAN dilepaskan buat kesekian kalinya. Bunyi hirup pikuk sekeliling membuatkan dia menjeling gadis yang sedang teruja memberi sokongan kepada kekasih hati di tengah padang. Akhirnya sekali lagi dia terpaksa melangkah ke stadium bola ini kerana Najiha. Dia pun pelik macam mana pensyarah seperti Najiha boleh bertemu jodoh dengan pemain import salah satu kelab bola tempatan. Mujurlah Harry, kekasih Najiha yang dikenali seorang yang baik. Dan dia tahu, Najiha seorang yang pandai menjaga dirinya.
"Kot ye pun kau bosan, jangan buat muka macam tu. Cuba kau tengok sekeliling, mana tahu kau dapat jumpa jodoh dekat sini." Bisik Najiha nakal.
Bukan Najiha tak tahu, sejak mereka duduk disitu, dia perasan ada beberapa jejaka melihat ke arah mereka atau lebih tepat ke arah Elena namun kawannya itu seakan tidak sedar atau pun saja buat buat tak sedar.
Elena mencebik. Malas melayan kata-kata Najiha, dia melihat telefon ditangannya lalu artikel yang menarik minatnya dibaca.
Sedang asyik dia membaca tanpa menghiraukan hirup pikuk stadium, tiba-tiba kerusi kosong yang berada ditepinya diduduki seseorang namun dia tidak mengendahkannya sehinggalah dia mendengar gelak tawa garau dan halus yang membuatkan telinganya merasa tidak selesa. Namun, dia tidak mengambil pusing lalu terus membaca artikel yang terpapar di skrin telefonnya saat itu. Beberapa saat kemudian telinganya mula menangkap butir perbualan 'jiran' nya itu
" Tak sangka you suka tengok bola. I thought you suka golf je. " Ujar si gadis dengan suara manja.
" Takdela suka sangat. Adik I tu yang suka. So I kena temanlah. " balas si jejaka pula.
" Oh Really Erika? You suka tengok bola ke, suka tengok pemain bola?" soal si gadis yang pada telinga Elena kedengaran menyindir. Dan Elena yakin soalan itu ditujukan kepada adik lelaki yang duduk selang dua kerusi darinya itu kerana disebelahnya lelaki itu dan sebelah lelaki itu mesti teman wanitanya telahnya membuat andaian. Matanya masih melekat ke skrin telefonnya.
" Lain orang lain minatnya,Maya. Tak salah kalau support sukan tempatan kan?'' Balas suara gadis lain yang kedengaran agak jauh itu. Elena rasakan yang bernama Erika itu.
" I tak cakap salah pun. Kira okay la you tengok bola dari datang tapi menghadap telefon. Baik tak payah datang."
Entah kenapa Elena terasa dengan kata-kata gadis gedik itu. Lalu dia mengangkat kepalanya dan terus dia menoleh ke arah kanannya. Saat itu dia melihat lelaki sebelahnya menghadap ke sebelah kanan manakala si Maya, gadis yang dia yakini mengeluarkan kata-kata sinis itu sedang memandangnya dengan riak wajah mengejek. Wajah gadis bernama Erika di sebelahnya itu tidak kelihatan dek terlindung oleh Maya.
" Jangan cakap macam tu. Hal orang biarlah." Ujar si jejaka tu lagi.
"You! kenapa you pandang I macam tu?!" Jari runcing berkuku merah itu menunding ke arah Elena.
Terjungkit sebelah kening Elena saat itu. Dari pandangannya, dia tahu gadis bernama Maya ini seorang yang suka cari pasal. Bimbo!
" Maya, stop it!" tegah jejaka yang masih membelakanginya itu.
" What? You tengok la perempuan tu. Terasa ke I cakap? " balas Maya itu.
" Maya! Bising la you ni. Orang datang nak tengok bola. Bukan nak layan drama you. Abang la ni! yang ajak girlfriend abang ni kenapa?" Si Erika pula bersuara.
Jejaka itu terus berdiri dan lengan Maya ditariknya lalu mereka berdua melangkah keluar dari stadium itu. Dan saat itu barulah Elena dapat melihat wajah gadis bernama Erika itu. Erika tersenyum memandangnya.
" Sorry about her. She's.." Erika mengangkat jarinya lal memusing di tepi kepalanya. Tersenyum nipis Elena melihatnya.
" Golll!!!!"
bunyi jeritan bergema di stadium membuatkan pandangan mereka teralih ke arah padang. Terus hal tadi dilupakan.
" El! Harry jaringkan gol!!" jerit Najih teruja. Terus tubuh Elena dipeluk erat. Hampir sesak nafas Elena dibuatnya.
"Ya, aku tahu Harry jaringkan gol tapi kau peluk aku ni macam kejap lagi aku yang go ni" ujar Elena mengundang sengihan Najiha.
"Sorry, excited tadi." Ujar Najiha sambil melonggarkan pelukannya.
" Dah la, aku nak pergi toilet kejap." Ujar Elena lalu berdiri.
Saat melalui gadis bernama Erika itu tadi, sempat gadis itu memberikan senyuman buat Elena dan Elena hanya membalasnya dengan senyuman nipis. Dua tempat duduk tadi masih kosong, pasti abangnya gadis itu masih cuba memujuk teman wanitanya.
Elena melangkah ke arah tanda arah tandas. Tiba diselekoh dia ingin membelok ke kanan namun tiba- tiba muncul seorang remaja lelaki yang berlari anak membuatkan Elena cuba menggelak. namun entah dimana salahnya langkahnya kakinya, Dia tidak dapat mengimbangi badannya.
Badannya mula ingin terlentang ke belakang dan tangannya mula mencari sesuatu untuk dipaut. Saat itu, tangannya tersentuh sesuatu yang keras, lalu laju dia menyambarnya. Tindakan refleks, dia memejam matanya saat merasakan dirinya akan jatuh menghempas lantai.
Tiba-tiba Elena merasakan ada tangan memeluk pinggangnya. Dan pergerakannya dirasakan terhenti saat itu. Dan terus dia membuka matanya. Saat itu matanya bertembung dengan mata berwarna coklat muda yang turut sama merenungnya. Lelaki!
Masing-masing terkedu dan terkejut dengan apa yang baru saja terjadi. Elena tidak menyangka dia memaut lengan seorang lelaki.
"El!?"
Dan serentak dua mata itu menoleh ke arah yang sama.
Share this novel
tertunggu2 sambungan kisah nie
x de sambungan lg ke