Bab 9

Romance Completed 10851

Dania merebahkan kepalanya di atas meja. Kaca matanya dibuka. Matanya dipejam. Sekarang ni dia rasa mengantuk yang amat. Nasib baiklah Cikgu Bahasa Melayu mereka tiada. Ada mesyuarat. Huh..lega!

"woiiiiiii,Danny..Kau buat apa tu?"tegur satu suara yang menganggu ketenangan Dania. Dania yang baru sahaja hampir hanyut dibuai mimpi terus celik. Dania mengetap bibir geram. Dia mengangkat kepala. Kaca mata dipakai. Tudung sekolahnya yang sudah senget dibetulkan.
Dania rasa nak hempuk aje si pengacau tegarnya itu. Siapa lagi, kalau bukan sahabat dunia akhirat..terlebih baiknya itu. "amboii, KBAT betul soalan kau,ye.. macam nak pecah otak aku ni nak cari jawapan,"Dania mula menyindir Fairah. Fairahtersengih - sengih. Dania menjeling tajam Fairah.Hilang moodnya nak tidur.
Dania bangkit dari duduk. "eh, kau nak pergi mana..Danny?"tanya Fairahsebaik sahaja melihat Dania sudah berganjak dari duduk.
"mana - manalah. Aku bosan duduk kat kelas"jawab Dania acuh tak acuh.
"We...sekarang ni kan waktu P&P, mana boleh merayau.."ujar Fairahkalut mengingatkan sahabat baiknya itu.
Dania mengangkat bahu dan berwajah santai. "ada aku kesah.."Dania berkata ringkas seraya berlalu meninggalkan kelas tingkatan 4 Venus.
"Danny, ni kan..macamlah sekolah ni bapak dia punya.."Fairahchanya mampu menggeleng. Novel cinta dikeluarkan daripada beg. Muka surat diselak sehingga ke muka surat yang sudah dilipat kecil sebagai petanda.
************************************
Dania bernyanyi - nyanyi kecil. Tin Iced lemon tea nya yang sudah kosong dicampak ke dalam tong sampah.
Klang.. terdengar bunyi tin itu memasuki tong sampah. "Nice shot.."Dania bergumam kecil. Dia duduk di taman sekolah yang terletak di belakang bangunan makmal sekolah. Suasana di situ sepi. Cuma dia sahaja di situ.
Dia melabuhkan duduk di atas bangku kayu. Smartphone Samsung J5 miliknya dikeluarkan dari poket. Nampaklah di situ dia membuat kesalahan lagi. Menyeludup telefon ke sekolah. Apps Joox dibuka. Lagu If You dimainkan. Telinganya sudah bersumbat earphone.
Dia bersandar di kepala bangku kayu panjang itu. Kalau diikutkan hatinya, memang dia nak baring aje di atas kerusi itu. Bukannya ada orang lain pun kat taman sekarang ni. Tapi, mengenangkan yang dia itu perempuan dan sedang memakai baju kurung itu. Terpaksalah dia urungkan niatnya itu. Dia memejamkan mata. Ingin menyambung lenanya yang tadi diganggu oleh sahabat terlebih baiknya itu.
Dia memang cukup menyenangi berada di taman ini. Taman ini sebenarnya kawasan terlarang bagi para pelajar. Hanya yang mendapat izin sahaja boleh memasuki taman ini. Taman ini menyimpan bunga - bunga dan ada juga herba - herba.
Dia suka duduk bersendiri di situ. Kerana tiada sesiapa yang akanmengganggunya. Budak - budak nakal yang ponteng kelas pun tidak akan melepak di taman ini, sebaliknya mereka akan melepak di bangunan lama yang terletak jauh daripada bangunan - bangunan di kawasan sekolah lain.
Dania sudah mulai hanyut dibuai mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience