BAB 11

Romance Completed 10859

Dania melirik sekilas jam tangan G-Shock hitam miliknya. Dia menggerutu. "hish, Angah ni..nak pergi library ke nak pergi dating..bersiap mengalahkan pengantin..huh!!" Dia sudah tayang muka bosan. Bosan tambah sebal menunggu Damia yang tak kunjung tiba.
Kakinya yang berkasut Converse high cut berwarna biru gelap, favourite colournya, menendang - nendang rak kasut. Melampiaskan rasa geram. Kalau Puan Zakiah a.k.a Uminya nampak, memang biru lengannya sebulan kena cubitan berbisa Uminya itu.
Sakit hatinya dengan Damia. Semalam punyalah Damia beria - ria memaksanya menemankan Angahnya itu pergi library hari ini. Ikutkan hatinya, memang taklah dia nak korbankan hari Sabtu nya itu di library menghadap buku yang ber rak - rak itu. Buat hilang moodnya seminggu aje. Lebih baik melepak kat rumah, layan kartun Boboiboy Galaxy, Ejen Ali dan Naruto di TV 3. Huh!!
Kalau bukan disebabkan Angahnya akan membuat tugasan sekolah berkumpulan bersama tiga orang makhluk yang berjantina lelaki itu, memang taklah dia nak ikut. Biarpun Ayfa Riana, kawan baik Angahnya juga sekumpulan dengan Angahnya tapi takkan dia nak biarkan sahaja Angahnya kat Library tu. Bukan dia terlalu paranoid, tapi sudah menjadi tugasnya menjaga kakak- kakaknya, memandangkan mereka tiada Adik beradik lelaki.

"jom,Adik. Apa yang dimenungkan lagi tu?"tegur Damia yang sudah lengkap berkasut bungkus berwarna merah jambu. Angahnya memakai Shawl bubble polos Pink, Blouse putih Susu dan seluar Palazo berwarna merah jambu lembut. Sling bag berwarna putih juga tersangkut di bahu Damia.

Kontra habis dengan Dania. Dania hanya bertudung bawal creap dark blue, T- shirt long sleeves labuh berwarna hitam dan seluar jeans serta. Beg sandang bersaiz kecil.
"oh..ingatkan besok baru nak gerak.."sempat lagi Dania memerli Damia. Damia senyum manis. Sengaja memujuk adik kesayangannya.

Mereka berdua memasuki perut kereta. Dr. Ariff yang duduk di kerusi pemandu menggeleng melihat wajah monyok anak bongsunya. "hmm..lambat betul kamu bersiap,Angah. Lambatlah Abah nak sampai klinik ni" tegur Dr. Ariff lembut.
Dania menoleh memandang kerusi belakang,tempat Damia duduk. Dia menjelirkan lidah. Mengejek Angahnya. Damia tayang penumbuk. "Angah minta maaf,Abah,"ucap Damia. Dania sudah kembali menghadap depan. Dia duduk di kerusi penumpang bersebelahan dengan kerusi pemandu.
"Bismillahirrahmanirrahim.." Kereta mula meluncur meninggalkan perkarangan rumah mereka.

**************************
Mata Damia melilau mencari kelibat kawan - kawannya. Dia mengukir senyum manis saat matanya menangkap sesusuk tubuh milik kawan baiknya, Ayfa Riana yang sedang melambai tangan ke arahnya. Dia dan Dania lantas menuju ke arah Ayfa dan tiga lagi rakannya yang berjantina lelaki.
Tiba- tiba, Dania berhenti meneruskan langkah. Kaca matanya dibetulkan. Takut dia tersalah lihat. 'takkanlah tu...'
Mata Dania masih tetap memandang ke arah lelaki itu. Lelaki yang memakai ball cap berwarna hitam. Lelaki itu turut memandangnya.
"Adik, mengelamun lagi ke?"tegur Damia apabila Adik nya itu tiba - tiba mematung. Dania tersentak. Dia lantas melabuhkan duduk di sebelah Damia dan berhadapan lelaki yang memakai ball cap hitam, Zariq.
"okay, korang..ni Adik aku, Darwisya Dania."Damia mengenalkan Adik nya kepada kawan - kawannya.
"hai,Dania.. nama saya Ayfa Riana"sapa Ayfa.
Dania ukir senyum. Dia memang kenal BFF Angahnya itu, cuma tak pernah pun berbual. Setakat kenal nama dengan mukanya juga. "Hai, kak Ayfa. Panggil saya Danny. Tak biasalah pulak nama Dania tu.."Dania senyum sambil buat tanda peace.
" Hai, Danny..nama abang, Hadi Erzan.. Panggil abang Hadi"lelaki yang duduk berhadapan Damia itu, kenyit mata ke arah Dania. Dania jungkit kening. Sakit mata ke apa? Zariq pandang Hadi dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Hai, Hadi..Sorry lah..aku tak biasalah nak berabang-abang ni..Aku kau je lah eh, baru friendly"Dania senyum ramah.
Damia dan Ayfa ukir senyum."Hadi, kau janganlah nak berangan mengurat Danny..tak makan,okey"sakat Dania.
"Dahlah, Danny..jangan nak dengar cakap si buaya ni..aku pun nak kenalkan diri..nama aku Nazim Qhairil. Panggil Ril" giliran lelaki berbaju kemeja kotak - kotak yang duduk di hadapan Ayfa mengenalkan diri. Dia buat gaya salute pada Dania sambil senyum ramah.
Dania balas dengan gaya salute juga. "ermm..Riq,kau taknak kenalkan diri ke?"ucap Hadi pada Zariq yang hanya bungkam.
Zariq pandang Dania singkat. "Zariq Iz Rayyan"ucapnya dingin. Dia kembali memandang buku tebal di hadapannya. Ball cap nya direndahkan menyamarkan sebahagian wajahnya.
Dania jungkit bibir. "'cih..dingin nak mampus"gumam Dania. Namun dapat di dengari oleh yang lain. Telinga Zariq terasa berdesing. 'budak pendek ni..'
"Apa kau cakap,budak pendek? Aku..dingin"Zariq pandang Dania tajam. Dania membalas pandangan Zariq tak kalah tajam. Hatinya masih sakit dengan kejadian di taman tempoh hari. Kalau mereka berdua dalam komik atau kartun, konfem ada aliran elektrik keluar dari mata mereka.
"cop..cop.. cop,takkan korang nak gaduh Kut? siapkan dulu tugasan kita ni baru sambung gaduh"tegur Qhairil.
Damia dan Ayfa berpandangan. "Angah, Adik nak cari buku dulu"Dania meminta diri. Dia bangkit dari duduk. Dia menuju ke rak yang letaknya selang tiga meja dari meja mereka.

"Aku nak cari buku.."tutur Zariq datar. Dia bangun dari duduk. Langkahnya di atur menuju ke arah Dania. Sepanjang jalannya menuju ke arah Dania, beberapa gadis yang berada di perpustakaan itu memandangnya curi - curi.
Zariq kelihatan tampan dan segak dengan ball cap hitam yang menutupi sebahagian rambutnya yang lurus, T- shirt hitam lengan pendek, seluar jeans dan kasut Macbeth Black Simen yang..Gempak!!!
Dia berdiri di dinding sebelah rak buku tempat Dania berdiri. "budak pendek, kau ni sengaja nak cari gaduh ke?"ujar Zariq. Dia berpeluk tubuh. Matanya memandang Dania yang sedang memegang buku koleksi gambar haiwan.
Dania berkalih memandang Zariq. "Aku. Cari gaduh? Kau tu yang nak cari gaduh, Ketua Pengawas 0°c"ucap Dania. Nak aje dia ketuk kepala Zariq itu dengan buku yang dalam genggamannya sebagai balasan kerana Zariq ketuk kepala dia tempoh hari.
"Kau saja ikut, sebab nak jumpa aku kan?"Zariq tuduh Dania. Mata Dania membesar. Dia mengembungkan pipi. Kaca mata dibetulkan. Buku di tangan dikibas - kibas menghadap mukanya. Panas. Panas hati.
"Perasaaaaannnyaaa kau ni, Ketua Pengawas"meleret suara Dania.
"kalau aku tau kau ada sekali kat sini, TAK hingin aku nak ikut Angah aku. Kau faham tak?!TAK HINGIN.."tambah Dania lagi. Dia bercekak pinggang.
Zariq jungkit bibir. Senyuman yang sinis lagi menyakitkan hati dihadiahkan kepada si budak pendek a.k.a cik tunangnya. "Oh..macamlah aku nak percaya"tuturnya sengaja menyakitkan hati Dania yang sudah rasa nak meletup. Suka pulak dia tengok si budak pendek itu marah. Seems cute,hah!
"Ketua Pengawass,kau ni kan!!"Dania tidak menyambung ayatnya. Lantas dia mendekati Zariq lalu tanpa kata dia terus memijak kaki Zariq kuat seraya berlari laju meninggalkan Zariq yang berkerut menahan sakit. Dania tersenyum puas. 'Padan muka, Ketua Pengawas..hahaha' Dania sudah mula ketawa jahat dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience