BAB 4

Romance Completed 10851

"Adik!!"panggil satu suara yang cukup familiar di telinga Dania. Siapa lagi, mestilah Darwina Damia a.k.a Angahnya. 'habislah kalau Angah report kat umi,ottokhe'risau punya pasal sampai terkeluar bahasa koreanya.
Dania menggaru kepalanya yang dilitupi tudung. Serta merta dia tayang senyum yang Sangat manis untuk kakak kesayangannya itu. "er, Angah..Adik baru teringat, ada hal. So,Adik Chaw dulu..Bye"Dania berkata pantas sebelum Damia sempat membuka mulut. Dania melambaikan tangan dan serta merta membuka langkah seribu meninggalkan kantin. Yang lain hanya terpaku.

Zariq menggeleng pelan. Dia berlalu meninggalkan kantin. Bersiap - sedia memulakan tugas.
******************************

Bilik yang serba biru putih itu begitu mendamaikan mata yang memandang. Dinding yang bercat biru lembut dan perabot yang berwarna putih gading menyedapkan mata memandang.
Si pemilik bilik yang mendamaikan bilik itu sedang baring terlentang di atas katil bersaiz bersaiz single itu. Telinganya disumbat earphone. Masa lapang di waktu petangnya diisi dengan mendengar lagu dari idola yang sangat diminatinya. Say G, Say G Dragon.
Matanya terpejam. Fikirannya menerawang kepada kejadian yang berlaku selepas kejadian di kantin.

Bungkus chewing gum dibuka. Chewing gum disumbat ke dalam mulut. Mulutnya tidak henti - henti mengunyah chewing gum. Bungkus chewing gum dilempar ke sebarang arah tanpa melihat kiri kanan depan belakang.
"Kau ni pelajar baru ke?" tegur seorang pelajar lelaki yang berada di hadapan Dania. Pelajar lelaki itu memasukkan sebelah tangannya di dalam poket seluar slack hitam miliknya.
'adoii, jumpa ketua pengawas lah pulak'desis hati Dania. Dia yakin yang Zariq melihat perlakuannya membuang sampah merata - rata.
"taklah. Aku belajar kat sini sejak form 1lagi, ketua pengawas"jawab Dania selamba. Dia buat - buat tak bersalah.
"habis tu, kau tak tahu ke yang dilarang membuang sampah merata - rata dan makan chewing gum.?"Zariq berkata dingin.
'mak aii, dingin gila ketua pengawas ni. Betullah khabar angin tu'ujar Dania dalam hati. Dia sering mendengar tentang khabar angin yang mengatakan Zariq si ketua pengawas tu dingin dan hanya bercakap apabila ada benda penting sahaja.
"oh ye ke? aku tak ingat pulak ada peraturan macam tu"Dania pura - pura tak tahu.
Zariq menghulurkan buku berwarna merah kepada Dania. Dania mengerut kening hairan. Tapi dia tetap menyambut huluran Zariq. Di pandangnya judul buku itu. Peraturan Sekolah Sri Mutiara Bakti. Dania terdiam. Zariq berjalan melepasi Dania.
Dia berhenti sejenak, "tolong pungut sampah kau tu,budak pendek,"ujar Zariq datar sebelum menyambung langkahnya kembali.
Dania menoleh kembali memandang Zariq sehingga Zariq hilang dari pandangan. Dia mengetap bibir geram. Dania menghentak kaki geram. Sakit hati di panggil budak pendek. Dia memungut bungkus chewing gum yang dibuangnya tadi lalu di buang ke dalam tong sampah.
Hatinya panas. Panas kerana di panggil pendek. Grrr....

"argh!!! sakitnya hati aku!!"pekik Dania. Mukanya ditekup dengan bantal bagi meredam suaranya. Takut di dengari orang lain. Kejadian pada hari ini memang menyakitkan hatinya yang amat.
Dia duduk bersila di atas katil. Earphone yang disumbat di telinga ditanggalkan. Rambutnya yang hampir separas pinggang dibiarkan terurai. pandangan matanya tertancap pada buku merah milik Zariq. Perasaan geram masih bersisa.
"mentang - mentanglah dia tu tinggi menghalang..suka hati datuk nenek dia aje mengata aku pendek. Bikin panas betullah"omelnya geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience