BAB 14(2)

Romance Completed 10853

        Tong - tong cat diletakkan di atas lantai. Surat - surat khabar di hamparkan di atas lantai luar bilik disiplin. Begitu juga dengan alatan mengecat diletakkan di atas surat khabar.

        Dania menyinsing sedikit lengan baju sekolahnya. Takut kotor terkena cat. Naya nanti nak cuci. Penutup tong cat dibuka penutupnya. Dia mengeluh. Takut nak tengok Zariq.

         Dia sendiri hairan. Kenapa dia nak malu dengan Zariq pasal hal tadi?

          'alaa..krik - krik nya sekarang ni...'getus hatinya. Zariq hanya bersandar di dinding menghadap dinding yang akan di cat oleh Dania. Tangannya diselukkan ke dalam saku seluarnya.

        "Erm..Ketua Pengawas, marah ke..?"soal Dania tanpa memandang Zariq. Dia sudah mula mengecat.

         Tiada balasan daripada Zariq. Dania mengeluh. "Blueeetick .."gumamnya.Namun tetap di dengari oleh Zariq. Zariq sunging senyum nipis. 

          Dia berjalan menghampiri hamparan surat khabar. Berus cat yang berada di atas hamparan surat khabar itu di ambil lalu di celup ke dalam cat. Nasib baiklah lengan kemeja sekolahnya memang sedia disinsing. Dia berdiri di sebelah Dania. Tidak terlalu dekat, dan tidak juga terlalu jauh. Dia mula membantu Dania mengecat.

       Dania menoleh apabila terasa ada seseorang berdiri di sampingnya. "Ketua Pengawas, kenapa tolong?bukan kau cuma kena perhati aku ke..?"soalnya hairan. 

      "Kau ingat aku kejam sangat. Lagipun, baru cepat siap. Tak hingin aku teman kau lama - lama kat sini.."seperti biasa, Zariq bersuara dengan nada datarnya.

      Dania mencebik. Dia menyambung mengecat. "Ermm..Ketua Pengawas tak marah ke..? Gosip tak berasas pasal kita dah tersebarlah.. tadi Unta tu cari pasal dengan aku sebab kaulah..dia tak puas hati. Dia jealous.."ujar Dania. 

      "Biarlah..tapi apasal kau pergi tumbuk dia? Kau tak takut ke kena ambil tindakan berat nanti? "Soal Zariq. Tangannya lincah mengecat.

       Dania pandang Zariq. "Aku just tak boleh terima dia hina family aku. Kalau dia nak cakap aku ni gatal ke murah ke aku tak kesah langsung..aku still boleh sabar. Tapi dia dah hina family aku..dia hina whole family aku..Ketua Pengawas expect aku  boleh sabar lagi ke?"luah Dania. Nadanya terdengar geram. Geram dengan Camelia.

      "Aku tahu.. tapi, lain kali kau jangan buat macam tu lagi, kau...buat aku risau setengah mati"ujar Zariq. Dania spontan menoleh setelah mendengar ayat yang dituturkan Zariq. 

      Entah kenapa hati Dania terasa berbunga - bunga. Dia hadiahkan senyum kepada Zariq. Zariq pandang Dania. "Ai..ai..captain!"Dania berkata yakin sambil membuat salute menggunakan tangan kirinya. Kerana tangan kanannya memegang berus cat. 

      "Dah,buat kerja cepat..sempat lagi nak curi tulang!"Zariq berkata. Dania kembali membuat kerjanya.

      Zariq ukir senyum dalam diam. Dia kembali menyambung kerja yang tergendala.

***************

       Dania terduduk kepenatan di atas hamparan surat khabar dengan kaki yang berlunjur. Zariq yang menutup tong cat hanya menggeleng. Alat - alat mengecat yang telah digunakan di masukkan. Ke dalam baldi kecil.

       Terdengar bunyi derapan kasut tumit tinggi di tangga menuju ke bilik disiplin. "Hah, dah siap ke?"soal Cikgu Suraya yang baru tiba. Dania mengangguk. Dia berdiri. Baju kurung sekolahnya dikemaskan. 

       "Dah siap cikgu.."jawabnya.

       "Okeylah, kalau macam tu..terima kasih. Kamu berdua boleh kembali ke kelas masing - masing"ucap Cikgu Suraya.

       Zariq mengangguk singkat.

       "And, terima kasih banyaklah Zariq, ye..sebab tolong tengokkan Dania ni"ucap Cikgu Suraya lagi. Kali ini khas kepada Zariq. Sekali lagi, Zariq hanya mengangguk. Mereka berdua meminta diri. 

     

      Mereka berdua jalan beriringan meninggalkan blok pentadbiran. "Thanks, ketua pengawas..sebab tolong aku siapkan dendaan tu. Kalau tak, mesti sekarang ni aku masih lagi cat dinding tu"ucap Dania. Dia hadiahkan senyum kepada Zariq.

     "No worries, aku kan gentleman"Zariq berkata dengan nada bergurau. What?! Zariq bergurau?! Seriously?!

       Dania buat muka tak percaya sambil pandang Zariq. "Ketua Pengawas, kau demam ek?atau kau dah letih sangat ni?Kau. Bergurau? Seriously?weirdo.."ujar Dania tidak percaya.

       Zariq senyum sinis. "Kau ingat aku robot? Tak de perasaan? Agak - agaklah"kata Zariq datar. Dania mencebik.

       "Hmm..dah, aku nak pergi kelas dulu..kau tu, terus pergi kelas. Jangan ponteng"pesan Zariq. 

      Dania buat muka. "Taulah!"katanya geram. Mulutnya dah memuncung. 

      Mereka berpisah di koridor. Zariq ke koridor kiri, menuju ke blok Tingkatan 5. Dania pula berjalan terus. Menuju ke blok Tingkatan Empat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience