BAB 15

Romance Completed 10859

       "Adik..!"panggil Dasyirah yang berdiri di ambang pintu bilik adiknya yang terbuka luas. Damia yang berdiri di sisinya hanya diam melihat adiknya, Dania yang sedang tekun mengulang kaji pelajaran di meja belajar kayunya yang berwarna putih. 

       Dania menoleh. "Hmm..ada apa?"soal Dania. Kerusinya yang boleh berputar 360° itu berputar menghadap kedua kakak - kakaknya. 

       "Ada benda nak bincang.."tutur Dasyirah. Riak wajahnya yang serius itu mengundang tanda tanya pada Dania.

      "Masuklah, Along..Angah"

       Dania menaikkan kakinya di atas kerusi. Dia duduk bersila. Tangan kanannya di letakkan di atas meja belajarnya. Matanya memandang tepat kakak sulung dan kakak keduanya. 

      "Along nak tahu, betul ke Adik bergaduh kat sekolah tadi?"soal Dasyirah. 

      Soalan Dasyirah itu membuatkan Dania mengalihkan pandangan memandang Damia. 'angah yang bagi tau ke?'

       Dia kembali memandang kakak sulungnya. "Hmm.."dia menjawab dengan gumaman sambil menganggukkan kepala.

      "Kenapa?"soal Dasyirah lagi.

      "Angah tak bagi tau sebabnya ke?" soal Dania acuh tak acuh. Soalan di balas soalan. 

      Damia menghela nafas. "Banyak khabar angin yang Angah dengar..tapi, Angah nak tau sendiri apa penyebabnya dari mulut Adik.."jawab Damia.

      Dania merebahkan belakang badannya di kepala kerusinya yang empuk itu. "Kes jealous je, kot..lagipun problem dah settle,"ucap Dania selamba. 

       "Jealous? Jealous pasal apa?"soal Dasyirah lagi. Damia hanya menjadi pendengar.

       "Pasal Ketua Pengawas lah..Ketua Pengawas tu kan Mr. Hotstuff kat sekolah"

      Dasyirah sunging senyum. "Jadi, yang Adik pergi tumbuk budak  tu sebab Zariq lah ni..Adik jealous?"Dasyirah ukir senyum nakal. Keningnya dijungkit berkali  - kali. Sengaja mengusik. Damia sudah terkekeh-kekeh pelan.

       Dania membelalakkan matanya. "Mana ada! Bukanlah! Budak tu hina family kita. "sangkal Dania. Dia berpeluk tubuh. Mukanya masam mencuka.

     "Okey, walaupun macam tu..Adik tetap tak boleh pukul orang .."tegur Damia. Dania senyum sinis.

    "Habis tu, nak macam Angah..? Apa orang kutuk Angah, Angah diam. Angah ingat Adik tak tau, yang selama ni tiga mangkuk hayun tu selalu buli Angah..kutuk Angah."Damia terdiam.

     "Dia hina keluarga kita, kalau dia cuma hina Adik..Adik tak kesah..tapi, dia dah melampau! Takkan nak biarkan orang lain pijak kepala kita?!"Dania geram. Bibirnya di ketap.

     "Tapi kan, Adik.."belum sempat Damia menghabiskan kata, Dasyirah menyampuk.

     "Sudah! "lerai Dasyirah. Dia yang sejak tadi hanya menjadi pendengar meleraikan Adik - adiknya. Kalau dibiarkan, boleh bergaduh pula nanti.

     "Okey, Along tau yang Adik tak suka orang lain hina keluarga kita..tapi tak semestinya Adik balas dengan kekerasan. Jangan biarkan perasaan marah Adik tu, kawal Adik. Use your brain, little sis'..jangan jadi macam dorang..jadi bodoh sebab ikut perasaan.. "nasihat Dasyirah panjang lebar. Pelajar tahun kedua bidang kedoktoran itu, sudah bangun dari duduknya. Dia menepuk pelan bahu Adik bongsunya lalu meninggalkan bilik serba biru putih itu.

      Damia memandang Dania yang sepertinya mengelamun. "Adik, please jangan buat macam tu lagi..stay calm..Adik kan chill"ujar Damia sebelum meninggalkan bilik adiknya. Meninggalkan Dania yang kelihatan berfikir. Dania mengeluh.

         

        Dania melangkah longlai memasuki kelasnya. Semua mata memandangnya. Kejadian kemarin masih berbekas diingatan seluruh pelajar SMK Sri Mutiara. Dari pelajar junior hinggalah pelajar senior. 

       Dania mengendahkan tatapan rakan sekelasnya. Dia berjalan menuju tempat duduknya. Fairah yang duduk di sebelahnya turut memandangnya. 

      "Danny, kau okey?"soal Fairah khawatir. Dania tidak menjawab sebaliknya merebahkan kepalanya di atas meja. Beg galasnya masih tersangkut di bahu. Kaca matanya sudah di buka lalu di letakkan di sebelahnya. Dia memejamkan mata. Kesal campur stress campur..ah!campur apa - apalah!

       Suasana kelas bising oleh kerana suara para pelajar. Sesi P&P belum lagi bermula. Dania masih memejamkan matanya tanpa mengendahkan suara - suara bising yang menerjah gegendang telinganya. Fairah memandang sahabat baiknya itu sambil menggeleng. Dia kembali membaca novel cinta.

       Suasana kelas yang tadinya tersangatlah bising, mendadak senyap. Seperti di tanah perkuburan sahaja. Dahi Dania berkerut hairan dengan mata yang masih terpejam. 'cikgu dah masuk ke?'soalnya dalam hati. 

      Terus dia membuka mata. Dia duduk tegak. Kaca matanya di pakai. Matanya meliar ke segenap penjuru kelas. Tetapi, batang hidung cikgu langsung tiada. Para rakan sekelasnya, semuanya memandang ke arahnya. Begitu juga dengan Fairah, yang turut sama memandangnya.

        "Apahal?"soal Dania. 

         "Tengok kat luar.."arah Fairah. Dania menurut. Matanya melilau ke luar kelas. Dan, matanya tertancap pada luar pintu kelas. 

          "Tu......"

           Pandangan Dania dan Zariq yang berada di luar kelas berlaga. Zariq memberi isyarat agar Dania berjumpa dengannya. Dania blur seketika. Dia menunjuk dirinya sendiri. Zariq mengangguk. 

        Dania berdiri lalu berjalan menuju keluar kelas. Setiap langkahnya diperhatikan oleh rakan sekelasnya. "Ada apa?"soalnya, setibanya di hadapan Zariq. 

         "Ikut aku.."ucap Zariq singkat.

         "Nak pergi mana? Nanti cikgu Fatty masuklah.."Dania mendongak memandang Zariq yang lebih tinggi daripadanya. 

         Zariq macam nak ketuk aje budak pendek kat depan dia ni..Banyak tanya je. Dah lah dia ni jenis malas nak cakap panjang - panjang.  "Cikgu ada meeting. So, ikut aku.."

       "Oh.."Dania terangguk-angguk - angguk.

       "Jomlah..,"ajak Zariq sekali lagi. Dania sudah sedia mengikuti Zariq yang sudah mula melangkah.

       Langkah Zariq tiba - tiba terhenti. Dania yang membuntuti dari belakang, turut berhenti. "Kenapa?"soal Dania.

      "Sebelum tu, letak dulu beg kau kat kelas kau..tak pasal - pasal orang ingat aku ajak kau ponteng.."Dania tepuk dahi.

     Macam manalah dia boleh lupa...ish, buat malu aje. Dia kembali masuk ke dalam kelasnya. Sekali lagi semua mata mengekorinya. 

      "Aku nak Chaw dulu,"Dania memberitahu Fairah.

      "Pergi mana?"soal Fairah lagi.

      "Entahlah Ketua Pengawas tu..tak de pulak dia bagi tau.."jawab Dania selamba. Fairah sudah mula senyum nakal.

      "Cie....Abang Zariq ajak dating.. huhuhu"sakat Fairah. Dania mendengus. Kaca matanya dibetulkan. 

       "Mana ada..!"bentak Dania geram seraya berlalu. Fairah sudah gelak. 

        

         'Taman?'soal Dania dalam hati. Dia kehairanan apabila Zariq membawanya ke taman sekolah yang private itu.

        Di lihatnya Zariq membuka pagar taman sekolah itu. "Ketua Pengawas, kan ni taman larangan..Ketua Pengawas sendiri yang cakap tak boleh masuk sini..apasal kita masuk sini sekarang?"soal Dania panjang lebar dan bak peluru berpandu.

        Zariq mengetap bibir menahan geram. 'budak pendek ni...'

       "Cikgu Suraya nak jumpa.."jawab Zariq dengan nada datarnya. 

        "Kenapa cikgu Suraya nak jumpa kat sini? Kenapa bukan kat bilik disiplin je? Ada masalah ke?"bertalu - talu Dania menanyakan soalan. Dia mendongak memandang Zariq. 

       Zariq memandang Dania sebal.

        Tuk..

       "Adoii..sakitlah"Dania meringis kesakitan. Kepalanya yang dilapisi tudung sekolah itu disapu - sapu. 

       "Kenapa kau luku aku?"Dania mencebik. Dia berpeluk tubuh. Konon - konon merajuklah tu, 'ailah..Danny, sedarlah yang dia takkan pujuk kau pon..sia - sia je kau merajuk dengan Ketua Pengawas 0°c tu'monolognya.

        Zariq tersenyum tipis. "Aik, budak pendek..merajuk"sakat Zariq. 

       'huh..tengok, betulkan..dia makin ejek kau lagi..ish'Dania hentak kaki. Sebal. Dia melangkah masuk ke dalam taman meninggalkan Zariq.

      Zariq pantas membuka langkah mengekori Tunangnya itu. "Hei, kau merajuk ek? Sorry lah..aku gurau je"pujuk Zariq. Dia kini berjalan beriringan dengan Dania. 

      Dania masih dengan muka masamnya. "Gurau je? Sakit tau tak.."pipinya dikembungkan. Geram tahap kronik. 

      "Ye lah, sorry..nanti aku belanja kau aiskrim nak?"Zariq jongket kening. Dania pantas memandang Zariq yang berada di sebelahnya.

      "Ingat aku budak - budak..tapi, okeylah"putus Dania sambil melakarkan senyum. 

      "Janji tau..aiskrim"

       Senyum tipis terukir di bibir Zariq. "Hmm..janji"

          "Dah sampai pun.."tegur Cikgu Suraya. Zariq hanya menundukkan sedikit kepalanya manakala Dania menyalami tangan Cikgu Suraya. 

           Selain Cikgu Suraya, ada Camelia, Marie dan Zara. Dania kerut kening hairan. Seketika dia pandang Zariq lalu beralih kepada Cikgu Suraya di hadapannya. Dia dan Zariq masih berdiri.

          "Duduklah, kamu berdua. Ada benda cikgu nak cakap.."arah Cikgu Suraya lagi, dengan suara ramahnya. Sekilas pandang, memang tak sangka yang dia tu guru disiplin. 

         Zariq dan Dania melabuhkan duduk di atas bangku kayu yang berdekatan. "Ada apa cikgu panggil?"soal Dania. 

         "Nice question, tujuan cikgu panggil korang, ialah cikgu nak kamu berempat berdamai.."tutur Cikgu Suraya yang membuatkan Camelia, Marie dan Zara membuat muka menyampah. Dania masih dengan sikap selambanya. 

      "Oh..tapi, kenapa Ketua Pengawas kena ada kat sini pulak?"soal Dania lagi.

        Cikgu Suraya tersenyum. Zariq pula hanya bungkam dengan wajah tanpa ekspresi. "Sebabnya, dia lah punca pergaduhan tu kan..?soal Cikgu Suraya atau lebih tepatnya lagi pernyataan. 

        Trio mangkuk hayun bak kata Dania, dan juga Dania terdiam. Manakala Zariq masih bertahan dengan wajah tanpa riak. Walaupun hatinya menjerit tidak suka apabila mendapat tahu dirinya yang menjadi punca pergaduhan kemarin. "Menyebalkan.."gumamnya pelan sambil berpeluk tubuh. Sesekali dia melirik jam tangannya sekilas.

        "Jadi, saya nak kamu saling bermaaf - maafan..Camelia, Marina, Zara..Dania"arah Cikgu Suraya lagi.

        Dengan penuh keterpaksaan, Camelia, Zara dan Marie menghulurkan tangan kepada Dania tanda damai. Dania pula berbesar hati, ingin berdamai. Setelah di brain wash oleh kedua kakaknya, dia telah sedar diri. Sedar akan kesilapannya.

           "Aku nak minta maaf..terutama sekali kat kau, Camelia..Sorry.."ucap Dania tulus.

         Setelah mendengar kata-kata permohonan maaf daripada Dania, terdetik rasa bersalah dengan apa yang dikatakannya kemarin pada Dania. 

       "Aku pun..aku tak patut hina keluarga kau..aku minta maaf sangat - sangat..aku cuma cemburu.."ayat terakhir yang diucapkan oleh Camelia, dia perlahankan. Camelia tertunduk malu. Malu dengan perbuatannya yang tidak berfikir panjang. 

        "Tak pe..janji korang bertiga maafkan aku.."Dania tersenyum manis. Hatinya lega kerana sudah mengutarakan kata maaf kepada Camelia. Dia berharap selepas ini tiada lagi permusuhan. Dia akan jadi Dania yang bijak. Yang tak bertindak tanpa fikir panjang. 

        Camelia juga membalas senyuman Dania. Dia meluru memeluk Dania. Zara dan Marie juga mengikuti perlakuan Camelia. Mereka berempat berpelukan.

       "Oh, how sweet they are? Right, little Brother?"Cikgu Suraya berkata sambil memandang Zariq di bangku sebelah. Cikgu Suraya tersenyum memandang Adik lelakinya yang dingin itu. Tak ada sesiapa pun kat sekolah ni, yang tahu dia dan Zariq Adik - beradik. Termasuk tunang adiknya. Kerana semasa tunang adiknya bertandang ke rumah sewaktu hari jadi adik lelakinya itu dia mengikuti kursus.

        Zariq hanya menggeleng dengan tingkah kakak sulungnya. "Whatever.."getusnya dingin.

       

 

      

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience