BAB 10

Romance Completed 10851

Zariq berjalan melewati taman yang terletak di belakang makmal sekolah. Dia di beri kebenaran keluar awal daripada kelas untuk membuat rondaan. Biasalah, semua guru sedang bermesyuarat.
Dahinya berkerut. Pandangan matanya tertancap pada pagar taman sekolah yang terbuka luas. 'kenapa pulak pagar tu terbuka?'dia bermonolog. Pantas dia berjalan menuju pagar sekolah itu.
Matanya melilau ke dalam kawasan taman. Matanya tertancap pada seorang gadis yang duduk di atas bangku kayu panjang. Dia berjalan mendekati gadis itu. "Wisya??"terpacul nama itu dari mulutnya.
Dilihatnya gadis itu menutup mata. Senyum nipis terukir dibibir. "'cih!kat sini pun nak tidur"dia berkata sendiri. Matanya tertancap pada tangan Dania yang menggengam smartphone. Spontan dia menggeleng. Terukir senyuman nakal dibibirnya. Mood ingin mengusik budak pendek itu membuak - buak.
Perlahan - Lahan dia mengambil smartphone dari genggaman Dania. Sedaya upaya dia mengelak daripada tersentuh Dania. Setelah berjaya, laju dia mencabut wayar earphone daripada Smartphone berjenama Samsung J5 berwarna hitam itu. Lagu yang masih berkumandang dimatikan.

Lena Dania terganggu apabila Indra pendengarannya tidak dapat menangkap suara merdu sang Idolanya menyanyikan lagu Untitled 2014. Perlahan - Lahan dia membuka. Dan...kornea matanya menangkap sesosok tubuh tinggi milik seorang lelaki yang sedang memandangnya. Spontan Dania membetulkan duduknya. Dia menundukkan kepala lalu tudungnya dikemaskan. Kaca matanya turut dibetulkan.
Dia kembali mendongak memandang lelaki itu. "Ketua Pengawas?"gumamnya. Zariq hanya bungkam melihatnya dengan tatapan dinginnya. Dania mengalihkan pandangan. Seram sejuk dia apabila berlaga pandangan dengan Zariq si ketua pengawas 0°c itu. Jantungnya tiba - tiba macam konsert dekat jom heboh pulak dah...

Tiba - tiba, pandangan Dania teralih pada Smartphone Samsung J5 yang sangat familiar dengannya. Smartphone itu digenggam kemas oleh Zariq. Mata Dania membulat. Apakah? Aku dah kantoi ke?Dania seakan - akan ingin meraung. Dia menepuk dahi.
Dania berdiri terburu - buru. "Ketua Pengawas, apasal kau ambil phone aku? bak sini balik.."pinta Dania. Dania mengetap bibir. Dia memberanikan diri mendongak memandang Zariq yang jauh lebih tinggi daripada dia. Zariq senyum sinis. Riak wajahnya datar sedatar jalan tar.

"apa kau buat kat sini, budak pendek?"soal Zariq tanpa mengendahkan soalan Dania tadi.

"tak de apa- apa. Aku saja je melepak kat sini. Cari ketenangan"jawab Dania dengan penuh santai. Lehernya sudah terasa lenguh kerana tidak habis - habis mendongak memandang Zariq si tinggi mengalahkan tiang elektrik.
Zariq memasukkan sebelah tangannya ke dalam poket. Acah cool lah tu. Tapi, memang cool pun. " Kau tau tak yang kau dah buat tiga kesalahan.."
"aku bu..at apa?" tergagap - gagap Dania menyoal.

Zariq melangkah mendekati Dania. Satu langkah.."Pertama, kau tau kan ini tempat larangan bagi pelajar"ucap Zariq. Dania menundukkan kepala.
Dua langkah.."Kedua, kau tau kan TAK boleh merayau bila waktu PDP .."tambah Zariq. Jarak antara dia dan Dania semakin singkat.
Tiga langkah..."Ketiga, kau tau kan yang bawa phone ke sekolah adalah salah.."Zariq berkata lagi dengan nada datar khasnya itu. Dania mengundur ke belakang. Bagi menjarakkan diri mereka berdua.
Dania menarik nafas lalu hembus. Dia mendongak memandang Zariq. "Pertama, suka hati akulah nak masuk sini..Ketua Pengawas tu, boleh pulak masuk sini..apa urusan ketua pengawas kat sini?"Dania berkata berani.
"Kedua, suka hati akulah nak merayau ke nak merangkak ke waktu PDP..Ketua Pengawas nak sibuk asal???"Dania jungkit kening.
"Ketiga, suka hati..akulah nak bawa phone..lagipun ni phone aku, bukannya ketua Pengawas punya"tambah Dania.
Zariq senyum sinis. Nak aje diluku nya kepala budak pendek dihadapannya ini. "Pertama, urusan aku ialah kau.."
"Kedua dan ketiga, aku ketua pengawas..so, apa sahaja kesalahan yang kau dan pelajar lain buat tu urusan aku. Ni sekolah bukan mall atau theme park untuk kau melepak"wajah Zariq datar. Nada bicaranya dingin.
Dania kalah bicara. Dia tidak tahu hendak melawan macam mana lagi. "Ahh! lantaklah..bak sini phone aku ketua pengawas"Dania berkata. Tangannya ditadahkan meminta kembali Blacky nya itu.
"kalau aku cakap, tak nak..Kau nak buat apa?"Zariq jungkit kening berkali - kali. Sengaja menyakitkan hati si budak pendek empat mata kaki buat masalah itu.
"Alaaa..bagilah balik.."Dania hentak kaki. Persis budak kecik minta aiskrim. Nampak cute aje kat mata Zariq.
"Nope!Kau cubalah ambil sendiri,"ujar Zariq. Dania berjinjit bagi menambah ketinggiannya. Zariq mengangkat tangannya yang menggengam smartphone Dania. Makin tak sampailah, jawabnya. Dania melompat - lompat. Zariq menghayun - hayun telefon ditangannya. Tanpa sengaja dia tertekan Play pada skrin telefon. Suasana taman yang dari tadi hanya ada suara mereka berdua terisi dengan lagu Pallete nyanyian IU dan G Dragon.

"Ketua Pengawas, bagilah!!!"marah Dania.

"Never.."singkat ucapan Zariq. Zariq lantas membuka langkah menjauhkan diri daripada Dania. Dania mengejar Zariq. Maka, terjadi lah adegan kejar - kejaran antara mereka berdua diiringi lagu Pallete.
Habis satu taman itu mereka pusing. "Ketua Pengawas, bagilah balik.."Dania tercungap. Dia berhenti berlari lalu tunduk sambil tangannya memegang lutut.
Zariq menghentikan langkah. Dia berpusing ke belakang menghadap Dania yang masih tercungap. Senyuman nipis terukir.
"Kau ni, aku baru je bawa kau pusing satu taman ni dah tercungap..belum lagi aku ajak kau pusing satu padang sekolah.. aku rasa koma terus kau tiga hari tiga malam"ejek Zariq. Dia melangkah mendekati Dania.
"'cih, kali ni aku lepaskan kau,budak pendek. Kesian pulak aku tengok kau ni..dah tenat dah"ucap Zariq. Sempat lagi dia mengetuk kepala Dania menggunakan smartphone Dania. Meringis kesakitan Dania dibuatnya. Dania mengangkat kepala sambil menggosok bekas ketukan Zariq. Sakit bak hang..
Muka Dania cemberut. Dia menyambut huluran Smartphone nya. Zariq melangkah pergi meninggalkannya. Zariq berhenti seketika. "lain kali jangan buat lagi, budak pendek.."
Zariq meneruskan langkah. Dania masih berdiri di situ sambil menggosok kepalanya. Sakit. Mulutnya terjuih.
"Yakkk!! KETUA PENGAWAS 0°c"jerit Dania sebal.Dia menghentak kakinya. Geram yang teramat sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience