Bab 8

Romance Completed 10851

'macam mana pulak Ketua Pengawas 0°c ni ada kat sini? eh, wait! aku tak salah dengar ke, Ketua Pengawas ni anak aunty Rayna..'Dania bermonolog dalam hati.
Pandangan matanya tertancap pada kemeja polos berwarna biru lembut yang fesyennya sama dengan kemeja Song Joong Ki dalam iklan promosi melawat Korea.
Serta merta, perbualannya dengan Along dan Angahnya pada petang tadi berlayar di kotak ingatan. "Adik, kau kena pakai blouse soft blue ni..barulah kau matching dengan tunang kau."cadang Damia atau lebih tepatnya adalah memaksa.

"haah, tunang Adik nanti pakai baju warna sama dengan adik...lagipun Umi dengan Mak mertua Adik tu yang nak korang pakai baju sepadan.."ujar Dasyirah pula. Dania hanya menjulingkan mata ke atas dan membuat muka meluat.

"hoi, Dik..berangan ke?"tegur Dasyirah. Dania tersentak. Serta merta kejadian petang tadi itu lesap dari ingatannya. Dania terpinga - pinga.
"dah sampai mana kau berangan, Dik..ada sampai kat Korea ke?"sakat Damia. Yang lain kecuali Zariq sudah tersenyum - senyum mengusik.
Dania mengembungkan pipi. Kaca matanya dibetulkan. "tak sempat nak sampai...tiba - tiba aje, ada dua manusia tu kacau daun.."ujar Dania memerli.
"dah..lah tu, kamu bertiga ni kan...kat sini pun nak berperang mulut..kalau dah tak sabar sangat nak tahu siapa menang..apakata kamu bertiga ikut Perang Bibir dekat TV9 tu..adalah jugak dapat hadiah"bebel Puan Zakiah.
Dania hanya tersenyum - senyum. Dia membuat tanda peace. Puan Zakiah menggeleng. Doktor Ariff, Tan Sri Zahir dan Puan Sri Rayna tertawa. Damia dan Dasyirah terkulat - kulat. Cuma ada seorang sahaja yang reaksinya tetap sama. Datar. Pandangan matanya memandang tepat ke arah gadis comel bertudung bawal satin itu.
'cih, takkanlah memang budak pendek kaki buat masalah ni, tunang aku..'detik hatinya.

"okay, so.. Ian..Dania, apa kata kami tinggalkan kamu berdua kat sini...kamu berdua berbuallah,ye. berkenal - kenalan lah apa yang patut" ucap Puan Sri Rayna dengan penuh semangat.
"betul tu..So, Adik..Ian, korang berbual - bual lah ye. Selami hati budi masing-masing"Damia menyakat. Dasyirah tersenyum mengusik. Dania cemberut. Muka macam orang kena sembelit aje. Dasyirah dan Damia saling ber 'high five'. Seronok sakan dapat mengacau Adik mereka.
Selalunya, si budak pendek tu yang suka usik kakak²nya. Hah, sekarang ni..Dia pulak yang ganti. Kuang..Kuang..Kuang.. * background Song Lee Kwang Soo on*
Yang lain berlalu meninggalkan Zariq dan Dania yang duduk berdua di kerusi besi di sebelah kolam renang. Krik..Krik..krik.. bunyi cengkerik kedengaran menandakan suasana yang sangat awkward. Dania sudah mula rasa tak selesa. Zariq pula hanya diam mematung.
"ehem.."Dania berdehem sebagai pembuka kata..kononnya. Kaca matanya dibetulkan. "erk, tak sangka pulak kan ,yang ketua pengawas ni tunang aku,"ujar Dania mencuba untuk santai. Dia membetulkan duduk. Tudungnya yang sedikit rosak diterpa angin malam dibetulkan sedikit.
Zariq memandang Dania yang duduk di hadapannya. Mereka hanya dipisahkan oleh sebuah meja bulat bersaiz kecil. "So, kau sukalah kan.."balas Zariq dengan sinis.
Terbeliak mata Dania apabila mendengar kata - kata Zariq. 'ewah...ewah..Ketua Pengawas 0°c ni, perasan tahap babun betul'kutuk Dania dalam hati. Macam nak di ketuknya aje kepala Zariq tu dengan selipar Jepun 100 kali.
"perasan betul, kau ni .. Ketua Pengawas,"Dania jeda seketika.
"Aku...Suka..Bertunang..Dengan..Kau? MEMANG TAK LAH" Dania berkata pelan dan menekankan setiap patah perkataan yang dia ucapkan. Terutama sekali tiga patah perkataan paling akhir yang dia sebutkan.
Zariq mengawal riak muka agar tetap datar. 'apa? Dia panggil aku perasan..hish, aku luku juga kepala kau ni kang' dia berkata dalam hati.
"tak sangka aku, rupanya selama ni tunang yang mama aku selalu puji melambung - lambung tu, kau rupanya..budak pendek bermasalah"Zariq berkata dingin. Wajahnya datar tanpa riak.
'dia ni mengutuk aku ke apa? muka no feeling betul.. urat saraf dia ni ada yang dah terputus ke apa?' Dania berkata dalam hati.
"Woi, kau ni Ketua Pengawas 0°c..berani betul kau panggil aku Budak pendek. Mentang - mentanglah kau tu tinggi mengalahkan tiang elektrik.. berlagak bukan main kau eh,"bebel Dania. Matanya mencerlung memandang wajah Zariq yang datar itu.
Zariq hanya duduk tenang sambil berpeluk tubuh. Dia hanya memandang enteng Dania yang duduk di hadapannya.
"Kau..tengah marah lah ni,eh..budak Pendek. Comel"Zariq berkata dengan datar. Dia bangun daripada duduk dan melangkah memasuki rumah dan meninggalkan Dania yang terpaku.

"Ketua Pengawas..panggil aku..Comel?"ucap Dania tanpa sedar. Pipinya memanas. Aik, blushing ke kak??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience