BAB 13(2)

Romance Completed 10851

      "Ketua Pengawas, anyway thanks again!"Dania senyum. Kaca matanya sempat dibetulkan.

      Senyum tersangat tipis terukir dibibir Zariq. "Dah banyak kali kau ulang thanks kau tu..naik bosan aku"Zariq berkata senada. Tangannya diselukkan ke dalam poket seluar sekolahnya. 

       Dania mencebik. 'acah cool lah tu..urgh' Nak aje dia buat gaya tangan kat bahu mata pandang atas . Tapi masalahnya, dia terpaksa akui yang bahawasanya Muhammad Zariq Iz Rayyan tu tersangatlah cool. Okey, yang tu..wajib di bold kan. 

      "Hodoh muka kau macam tu..nak muntah aku"cemuh Zariq dengan muka dinginnya. Dania kembungkan pipi. 

       'kurang di ajar betullah, Ketua Pengawas 0°c tiang elektrik ni..Aish..'kutuk Dania dalam hati. Nasib baiklah tunang dia, kalau tak makan pelempang juga mamat kat depan dia ni.

        "Sampai hati, Ketua Pengawas kata aku hodoh. Taulah aku hodoh, janganlah nak kata depan - depan. Cakap belakang tak boleh ke..?"Dania buat muka sedih. Suaranya juga. Sayu gitu.. Berjauh hatilah katakan.

      Zariq usap belakang leher.  'dia merajuk ke? Dia terasa ke aku cakap dia hodoh?alaaa..adoii, bengaplah kau ni Zariq, yang kau pergi kata dia tu hodoh apasal?!'monolog Zariq. 

       ""Kau tak hodohlah. Aku gurau je, kau comellah..janganlah buat muka sedih kau tu"Zariq memujuk.

        Wajah mendung Dania bertukar cerah. "Betul ni..?"dia mendongak memandang Zariq. Zariq mengangguk.

        "Yey, Ketua Pengawas puji aku comel! Ketua Pengawas pun comel..eh tak, handsome !"Dania bersuara. Ceria suaranya. Ketua Pengawas puji dia comel?of course dia happy. Tak pernah lagi Ketua Pengawas tu puji mana - mana perempuan kat sekolah tu. Ikut yang dia dengarlah. So, means dia yang pertama. Ai, senangnya dalam hati!

         "Ekhem, dating kat depan pintu pon jadi,ek"sakat Damia. 

           Dania Jeling Damia. "Aih, jealous ke?"Dania jongket kening. Saja nak memanas. Damia mencebik.

           "Tak de masa, okey. Please lah" Damia buat gaya gedik. 

           "Apa bising - bising ni?"tegur Puan Zakiah. Damia dan Dania menoleh memandang Umi mereka yang baru tiba. Mereka berdua serentak menggeleng.

           "Tak de.."

            "Ian dah nak balik ke?"soal Puan Zakiah. Zariq mengangguk singkat.

            "Ye, Umi. Ada homework nak buat"Zariq berkata sopan.

             "Hmm..yelah, hati - hati pandu tu. Kirim salam dengan Mama kamu, ye"Puan Zakiah berkata. 

           Sekali lagi Zariq mengangguk. "Ian, pergi dulu. Assalamualaikum"Dia meminta diri. 

         ****************

           Dania melangkah memasuki kelasnya. Senyuman terukir dibibirnya. Gembira pula rasanya hari ni. "Morning,guys"sapanya santai. 

          Pelajar perempuan memandangnya dengan pandangan yang aneh. Pelajar lelaki pula membalas sapaannya. Dia duduk di tempat duduknya yang paling belakang. Fairah sudah ada di situ.

        "Hye, Fay"sapanya kepada Fairah yang tunduk menghadap buku. Fairah tidak membalas dan hanya tunduk memandang buku. Sapaan Dania hanya seperti angin lalu sahaja. 

         Dania memandang Fairah dengan pandangan yang aneh? "Wah, Fay..kau bluetick aku..sampai hati!"

          Fairah masih dengan posisi tadi. Dania mengetap bibir. Geram. Apa masalah Fairah ni? Dia ada buat salah dengan Fairah?

         "We..Fairah Naziha, what's your problem?"soal Dania. Matanya dipicingkan ke arah Fairah. 

        Fairah hentak pennya di atas buku. "It's not MY problem, but yours"Fairah dah mula berspeaking. Dania kerut kening. Masalah aku?

       "Okey, now tell me.."soal Dania.

        "Apasal kau tak bagitau aku.."Fairah jeda. 

        "Bagitau apa?"gesa Dania.

         "Kau tak bagitau aku yang kau couple dengan abang Zariq..gempar satu sekolah ni, kau tau tak?sampai hati kau..kata aku ni BFF kau"ujar Fairah.

          Dania terbuntang. "APA?!"Dania bersuara kuat. Tidak percaya. 

          Seiisi kelas menoleh memandang dia. "Maaf mengganggu..anda boleh kembali melanjutkan aktiviti anda"Fairah bersuara. Yang lain kembali ke posisi asal. Dania masih dalam keadaan terkejut.

         "Macam mana gosip tak berasas tu boleh tersebar?hah!"Dania sudah panas.

          "Ramai saksi yang nampak kau naik kereta dengan abang Zariq. And, dia bercakap dengan kau! Dengan kau?!"Fairah berujar. Dania tepuk dahi. 

          "Haish..!ni salah Ketua Pengawaslah ni.."Dania hentak kepala atas meja berkali - kali. Stress!!??

           "So, any explanation?"Fairah jongket dahi. Dania berhenti dari hentak kepala atas meja. Dia pandang Fairah. Dia duduk tegak. 

           'inilah masanya, untuk jelaskan..Darwisya Dania Fighting!' Dania memberi kata semangat pada diri sendiri dalam hati.

         "Sebenarnya dia tunang aku," ujar Dania dengan sekali nafas. Fairah terkejut sampai tak mampu berkata - kata. Speachless!

        "You owe me an explanation, Darwisya Dania"Fairah berkata serius. 

       Dania mula membuka cerita. 

        

            

      

   

      

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience